Anda di halaman 1dari 11

4.

2 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA


TEORI BEHAVIORIS TEORI KONSTRUKTIVISME TEORI MENTALIS TEORI INTERAKSIONALIS

14

4.2.1 TEORI BEHAVIORIS


Golongan behaviorisme yang mengikuti aliran ini cenderung untuk membuat kajian bahasa secara dekat. Golongan ini cuba untuk menghuraikan pertalian psikologi dan bahasa dengan menggunakan pendekatan yang dapat diamati secara langsung atau secara fizikal. Ahli-ahli behavioris berpendapat bahawa otak menusia ini merupakan satu kotak hitam yang gelap dan apa-apa yang berlaku didalam situasi atau keadaan tersebut adalah tidak dapat diamati dengan sempurna. Ini bermakna, apa sahaja yang ada di dalam kotak tersebut adalah tidak berkaitan dengan penyelidikan linguistik, dan apa yang penting ialah bahasa dalam bentuk kalimat-kalimat yang merupakan perangai atau kebiasaan yang terdapat secara langsung untuk diamati dan diselidiki. Secara konseptualnya, aliran ini dipengaruhi oleh teori-teori dan ilmu psikologi. Golongan behavioris berpendapat bahawa bahasa adalah satu proses perilaku iaitu hasil operasi stimulasi atau rangsangan dan respon atau tindak balas yang bergantung hanya semata-mata kepada naluri yang ada pada setiap manusia. Oleh kerana manusia mempunyai alat-alat biologis yang berfungsi untuk menghasilkan bahasa, maka dapatlah manusia menggunakan bahasa tersebut sebagai alat untuk

berkomunikasi sesama mereka. Selain daripada itu, aliran ini juga menganggap bahawa pembelajaran bahasa merupakan satu kebiasaan yang diperolehi dengan mengulang-ulangkan aktiviti yang hendak dikuasai itu. Aliran ini menekankan bahagia luar bahasa yang merupakan kalimat-kalimat yang diperolehi menurut cara yang dihasilkan secara mekanis. Dalam konteks pemerolehan bahasa pula, golongan ini menekankan bahawa bahasa dapat dikuasai melalui pembelajaran yang tidak formal dan pembelajaran yang tidak formal. Cara yang tidak formal boleh berlaku pada peringkat awal kanak-kanak sehingga sebelum mereka memasuki alam persekolahan sekolah rendah. Cara formal pula berlaku di peringkat sekolah melalui proses pembelajaran yang insentif. Bagi golongan ini, pengukuhan, pemerhatian, sifat-sifat ingin tahu serta meniru adalah yang menjadi faktor utama dalam pembelajaran bahasa.
15

Behaviorisme merupakan salah satu pendekatan untuk memahami perilaku individu. Behaviorisme memandang individu hanya dari sisi fenomena jasmaniah, dan mengabaikan aspek-aspek mental. Dengan kata lain, behaviorisme tidak mengakui adanya kecerdasan, bakat, minat dan perasaan individu dalam suatu belajar. Peristiwa belajar semata-mata melatih refleks-refleks sedemikian rupa sehingga menjadi kebiasaan yang dikuasai individu. Beberapa hukum belajar yang dihasilkan dari diantaranya : 1. Connectionism ( S-R Bond) menurut Thorndike. Dari eksperimen yang dilakukan Thorndike terhadap kucing menghasilkan hukumhukum belajar, diantaranya: a. Law of Effect; artinya bahwa jika sebuah respons menghasilkan efek yang memuaskan, maka hubungan Stimulus - Respons akan semakin kuat. Sebaliknya, semakin tidak memuaskan efek yang dicapai respons, maka semakin lemah pula hubungan yang terjadi antara Stimulus- Respons. b. Law of Readiness; artinya bahwa kesiapan mengacu pada asumsi bahwa pendekatan behaviorisme ini,

kepuasan organisme itu berasal dari pemdayagunaan satuan pengantar (conduction unit), dimana unit-unit ini menimbulkan kecenderungan yang mendorong organisme untuk berbuat atau tidak berbuat sesuatu. c. Law of Exercise; artinya bahwa hubungan antara Stimulus dengan Respons

akan semakin bertambah erat, jika sering dilatih dan akan semakin berkurang apabila jarang atau tidak dilatih.

16

2. Classical Conditioning menurut Ivan Pavlov Dari eksperimen yang dilakukan Pavlov terhadap seekor anjing menghasilkan hukum-hukum belajar, diantaranya : a. Law of Respondent Conditioning yakni hukum pembiasaan yang dituntut. Jika dua macam stimulus dihadirkan secara simultan (yang salah satunya berfungsi sebagai reinforcer), maka refleks dan stimulus lainnya akan meningkat. b. Law of Respondent Extinction yakni hukum pemusnahan yang dituntut.

Jika refleks yang sudah diperkuat melalui Respondent conditioning itu didatangkan kembali tanpa menghadirkan reinforcer, maka kekuatannya akan menurun. 3. Operant Conditioning menurut B.F. Skinner Dari eksperimen yang dilakukan B.F. Skinner terhadap tikus dan selanjutnya terhadap burung merpati menghasilkan hukum-hukum belajar, diantaranya : a. Law of operant conditining yaitu jika timbulnya perilaku diiringi dengan

stimulus penguat, maka kekuatan perilaku tersebut akan meningkat. b. Law of operant extinction yaitu jika timbulnya perilaku operant telah

diperkuat melalui proses conditioning itu tidak diiringi stimulus penguat, maka kekuatan perilaku tersebut akan menurun bahkan musnah. Reber (Muhibin Syah, 2003) menyebutkan bahwa yang dimaksud dengan operant adalah sejumlah perilaku yang membawa efek yang sama terhadap lingkungan. Respons dalam operant conditioning terjadi tanpa didahului oleh stimulus, melainkan oleh efek yang ditimbulkan oleh reinforcer. Reinforcer itu sendiri pada dasarnya adalah stimulus yang meningkatkan kemungkinan

timbulnya sejumlah respons tertentu, namun tidak sengaja diadakan sebagai pasangan stimulus lainnya seperti dalam classical conditioning.
17

4. Social Learning menurut Albert Bandura Teori belajar sosial atau disebut juga teori observational learning adalah sebuah teori belajar yang relatif masih baru dibandingkan dengan teori-teori belajar lainnya. Berbeda dengan penganut Behaviorisme lainnya, Bandura memandang Perilaku individu tidak semata-mata refleks otomatis atas stimulus (S-R Bond), melainkan juga akibat reaksi yang timbul sebagai hasil interaksi antara lingkungan dengan skema kognitif individu itu sendiri. Prinsip dasar belajar menurut teori ini, bahwa yang dipelajari individu terutama dalam belajar sosial dan moral terjadi melalui peniruan (imitation) dan penyajian contoh perilaku (modeling). Teori ini juga masih memandang pentingnya conditioning. Melalui pemberian reward dan punishment, seorang individu akan berfikir dan memutuskan perilaku sosial mana yang perlu dilakukan. Sebetulnya masih banyak tokoh-tokoh lain yang mengembangkan teori belajar behavioristik ini, seperti : Watson yang menghasilkan prinsip kekerapan dan prinsip kebaruan, Guthrie dengan teorinya yang disebut Contiguity Theory yang menghasilkan Metode Ambang (the treshold method), metode meletihkan (The Fatigue Method) dan Metode rangsangan tak serasi (The Incompatible Response Method), Miller dan Dollard dengan teori pengurangan dorongan

18

4.2.2 TEORI KONSTRUKTIVISME


Dalam bidang pendidikan, pelbagai teori pernah digunakan sebagai panduan untuk menjadikan proses pendidikan lebih efektif dan efisyen. Teori-teori pendidikan sedemikian adalah berasaskan pengetahuan psikologi tentang cara pembelajaran manusia sejagat, yakni cara manusia sejagat memahami, menganalisis dan menyimpan maklumat. Salah satu teori tersebut adalah Teori Konstruktivisme.

Teori Konstruktivisme merupakan teori tentang cara pembelajaran manusia yang diperkenalkan oleh ahli psikologi Jean Piaget pada abad ke-20. Teori ini menyatakan bahawa manusia sepatutnya membina kefahaman dan pengetahuan tentang dunia menerusi pengalaman dan penilaian pengalaman tersebut. Apabila seseorang mengalami sesuatu fenomena baru, seseorang itu perlu menilai fenomena itu berdasarkan idea yang sedia ada serta pengalaman asas. Penilaian sedemikian berupaya mengubah persepsi dan pemahaman kita ataupun berupaya mengabaikan maklumat baru itu sebagai sesuatu yang tidak relevan.

Dalam kata lain, seseorang individu itulah yang menjadi pembina pengetahuan yang sedang ditimba. Dalam proses pembinaan pengetahuan tersebut, seseorang individu perlu bertanya soalan, meneroka dan menilai apa-apa sahaja yang kita ketahui. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
19

Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid. Terdapat beberapa prinsip-prinsip asas dalam Teori Konstruktivisme. Berikut adalah penerangan secara ringkas tentang setiap prinsip tersebut. Setiap prinsip yang terlibat akan dibincangkan tentang aplikasinya dalam proses pendidikan dengan selanjutnya dalam bahagian kesan-kesannya terhadap pembelajaran para pelajar nanti.

Antaranya ialah pengetahuan dibina sendiri oleh pelajar. Pelajar bukan merupakan tin kosong untuk diisi, tetapi merupakan individu aktif yang perlu berusaha mencari pengertian kepada perkara-perkara yang ditemuinya. Para pelajar mestilah construct iaitu membina pengetahuan. Dengan ini, para pelajar perlu menggunakan daya pemikiran mereka sendiri, dan bukannya bergantung semata-mata pada maklumat yang dimiliki oleh guru. Oleh itu, guru-guru tidak sekadar memberi maklumat dan ilmu yang terkandung dalam sukatan pelajaran begitu sahaja, tetapi menggalakkan pelbagai jenis aktiviti dilakukan oleh pelajar di mana setiap aktiviti merupakan suatu proses ke arah membina pengetahuan tertentu.

Seterusnya ialah setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas . Pelajar perlu membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan yang sedia ada serta menggunakan idea mereka sendiri. Sememangnya, setiap pelajar mempunyai pandangan dan satu set idea sendiri tentang subjek yang dipelajari. Idea-idea ini tidak harus ditolak begitu sahaja, malah perlu digalakkan oleh guru dengan adanya bimbingan guru. Pengetahuan asas yang sudah ada perlu diaplikasikan oleh para

20

pelajar untuk mewujudkan hubungkait antara subjek-subjek tertentu, seterusnya membentuk suatu pengetahuan dan kefahaman yang baru terhadap subjek tersebut.

Selain itu, proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek social. Para pelajar perlu berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat sesama sendiri dan juga dengan para pendidik tentang subjek yang sedang dipelajari, iaitu pembelajaran secara berkumpulan dititikberatkan. Hal ini adalah kerana para psikologi seperti Jean Piaget berpandangan bahawa pembelajaran merupakan proses yang dinamik dan sosial, iaitu idea-idea berbeza yang difikirkan oleh individu-individu yang berlainan perlu dikumpulkan dan dibandingkan supaya dapat membina pengetahuan yang kukuh asasnya. Para pelajar tidak digalakkan untuk belajar bersendirian semasa dalam kelas.

Di

samping

itu,

guru

merupakan

fasilitator

dalam

proses

pembinaan

pengetahuan pelajar. Guru hanya membimbing para pelajar, bukan memindahkan ilmu pengetahuan terus ke otak pelajar. Guru bertanggungjawab untuk memberi para pelajar penunjuk dan garis panduan yang sesuai. Guru tidak memberi jawapan kepada soalansoalan yang dikemukakan; malah, guru hanya berperanan untuk bertanyakan soalansoalan yang dapat memberangsang pemikiran para pelajar.

21

4.2.3 TEORI MENTALIS


Teori ini memandang bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan khas manusia secara semulajadi. Ia menganggap bahawa bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf dan ini boleh berlaku setelah ianya menerima bahan buku dalam bentuk perangsang daripada telinga, mata dan alat-alat artikulasi yang lain. Apa yang perlu diambil perhatian ialah proses yang terjadi didalam otak dan saraf itu sendiri yang membolehkan pembentukan dan pemerolehan serta penghasilan bahasa tersebut. Teori ini juga banyak menegaskan makna dan proses-proses yang tersembunyi yang telibat dengan penghasilan bahasa. Mengikut teori ini, semua bidang penghuraian bahasa mestilah berdasarkan kepada logik akal, kerana sesuatu yang tidak dapat diertikan adalah tdak bermakna dan tidak dapat diterima. Dari segi pembelajaran bahasa pula, teori ini menekankan kepada pengetahuan seseorang itu. Ia menganggap pengetahuan seseorang pelajar tentang struktur-struktur bahasa yang hendak dipelajari into penting kerana dipercayai bahawa pengetahuan ini memudahkan pembelajaran bahasa tersebut. Teori mentalis mengutarakan beberapa ciri yang penting dalam memperolehi kemahiran atau pengetahuan bahasa yang baik, antaranya adalah seperti yang berikut : I. Manusia sejak lahir telah mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa. Perkara ini adalah berlaku secara semulajadi. II. Ada dua bahagian yang penting dalam proses penguasaan bahasa. Pertama disebut sebagai pengetahuan mahupun kecekapan dan kedua disebut sebagai prerstasi. III. Bahasa mempunyai pertalian yang erat dengan pemikiran. Penguasaan bahasa ada kaitannya juga dengan keupayaan mental. IV. Bahasa mempunyai ciri-ciri kesejagatan dan kreativiti.

22

V.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna adalah ditekankan dan bukan latihan-latihan yang membentuk kebiasaan.

VI. VII.

Bahasa dihuraikan melalui analisa transformasi generatif. Kesalahan pelajar adalah bukan kerana kegagalan mereka, tetapi ia adalah satu percubaan hipotesis.

23

4.2.4 TEORI INTERAKSIONALIS


Teori ini berkembang dalam bidang psikolinguistik dalam tahun-tahun 60-an dan 70-an. Ahli-ahli bahasa seperti Bloom 1970, Bowennan 1973-1976 dan lain-lain yang menunjangi teori ini bersependapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa. Ini adalah kerana, kebolehan kognitif hanya membolehkan kanak-kanak mentafsir makna tetapi tidak menjamin pentafsiran ini dilahirkan dalam betuk bahasa. Menurut teori pembelajaran interaksionalis, kanakkanak perlu dilahirkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara untuk menggambarkan makna-makna kognitif dalam bentuk-bentuk linguistik yang jelas dan tepat. Secara literalnya, konsep ini memandang pembelajaran bahasa sebagai alat berinteraksi dan ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Teori ini menekankan tentang pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undangundang bahasa dalam sesuatu pembelajaran bahasa itu. Seseorang pelajar harus boleh menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari aspek tatabahasa dan makna. Kebolehan ini adalah penting bagi membolehkan mereka itu berkomunikasi dalam bahasa masyarakat itu dengan baik dan berkesan. Dalam pembelajaran bahasa, teori ini mencadangkan supaya guru-guru memberikan banyak latihan kepada para pelajar. Walaupun pada dasarnya teori ini menganggap panyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa, namun kedua dua makna dan struktur harus berjalan secara serentak. Langkah ini dapat menolong murid-murid untu menggunakan bahasa-bahasa yang dipelajarinya itu dengan betul dan sempurna. Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik adalah penting untuk difikirkan. Menurut teori ini, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan, membolehkan murid-murid bukan sahaja berusaha untuk membaiki penggunaan sistem bahasa itu, tetapi juga berkemampuan untuk menggunakanny dengan fasih dan lancar.

24

Anda mungkin juga menyukai