Anda di halaman 1dari 2

Imam al-Ghazali dalam 

Ihya’ Ulumiddin, menjelaskan ada empat kategori orang yang tertipu.


Pertama, orang yang mempelajari ilmu agama dan ilmu lain, tetapi ia tidak mengamalkan ilmunya.
Ilmu tidak mendekatkan dirinya kepada Allah, menjauhkannya dari yang haram, dan membentuknya
berakhlak mulia.

Nabi bersabda, ''Orang yang paling berat mendapat azab Allah adalah orang yang alim (berilmu),
tetapi Allah tidak memberikan manfaat kepadanya melalui ilmunya. Ia salah seorang dari tiga
golongan orang yang dikabarkan Nabi yang pertama merasakan azab api neraka.'' (Al-Hadis).

Kedua, orang yang banyak beribadah dan berupaya memberatkan diri melakukan amalan lahir,
seperti memperbanyak shalat sunat dan puasa sunat. Namun, ia mengabaikan penelitian terhadap
hati dan menyucikan hatinya dari berbagai penyakit batiniah, seperti iri, dengki, riya, dan sombong. 

Penyakit batiniah bukan hanya membuat amalnya tidak bernilai, melainkan juga merusak dirinya.
Padahal, Islam ingin mewujudkan keseimbangan antara amalan lahir dan batin, ibadah yang banyak
dan berkualitas serta kesucian hati. Nabi bersabda, ''Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada
bentuk rupamu dan harta yang kamu miliki, tetapi Ia melihat kepada hati dan amalmu.'' (Al-Hadis).

Ketiga, orang yang beribadah kepada Allah dengan penuh kehati-hatian, tetapi sikapnya tersebut
sampai pada batas menyulitkan dirinya. Sikap hati-hati memang dianjurkan Islam, tetapi tidak boleh
sampai menyulitkan.

Sebab, Allah menginginkan kemudahan kepada umatnya dalam pelaksanaan Islam, seperti firman-
Nya, ''Allah menginginkan kemudahan kepadamu, dan Ia tidak menginginkan kesulitan
terhadapmu.'' (QS 2: 185). 

1. Belitan syaitan ketika seseorang berwuduk


Ketika seseorang Islam itu berwuduk, maka syaitan segera melakukan kerja jahatnya dengan berbisik
agar manusia membazirkan air. Sebab itulah kita sering melihat ada sesetegah individu yang
membasuk anggota badan lebih dari tiga kali basuhan selain membuka air dengan banyak yang
boleh menyebabkan berlakunya pembaziran.

Syaitan akan membisikkan kepada mereka dengan mengatakan: "Engkau sekarang sedang


melakukan ibadah, jika tidak menggunakan air yang banyak maka ibadah nanti tidak sah.

Bukankah baginda Rasulullah pernah mengingatkan kepada Sa'ad yang ketika itu sedang berwuduk
dengan sabda baginda: "Kenapakah israf (berlebihan) ini?". Maka Sa’ad menjawab: Adakah pada
wuduk juga terdapat israf? Lalu Baginda menjawab: “Ya, sekalipun kamu berada di sungai yang
mengalir.”  - [HR Ibn Majah 425].

2. Belitan syaitan ketika seseorang mengerjakan solat


Ada dalam kalangan mereka yang sanggup meninggalkan solat di tempat kerja semata-mata kerana
takut pakaiannya terkena kotoran di jalanan sedangkan mereka hanya meraguinya (was-was).

Antara situasi lain pula ialah seseorang itu melakukan takbir berulang kali kerana mereka ingin
membetulkan niat seperti apa yang mereka lafaz. 

3. Belitan syaitan ketika seseorang bangun untuk solat malam

Ada di antara mereka yang terlalu menjaga solat sunat di malam hari sehingga terlalai solat subuh
ataupun terlalu sibuk menyiapkan diri sehingga tertinggal berjemaah untuk solat subuh.

Pertama: Dipermudahkan jalan menuju ke syurga. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

‫ ومن س لك طريقا يطلب به علما س هل هللا له طريقا إلى الجنة‬:‫ ق ال رس ول هللا ص لى هللا عليه وس لم‬:‫عن أبى هريرة رضى هللا عنه ق ال‬
}‫{رواه اإلمام البخارى‬

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu berkata:  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan maka Allah akan
mempermudahkan baginya suatu jalan untuk ke syurga.

Di dalam nas-nas al-Quran dan juga hadis-hadis yang sahih, terdapat banyak celaan
yang ditujukan kepada kejahilan. Antaranya adalah fi rman Allah S.W.T:

ِ ‫َو أَ عْ ِر ضْ َع‬
َ ِ‫ن ْال َج ا ِه ل‬
  ‫ين‬

Maksudnya: Dan berpalinglah kamu dari orang-orang yang jahil .

Surah Al-A’raaf (199)

Ini kerana Bal’am seorang ulama’ Bani Israil bukanlah calang-calang orang yang diminta oleh Nabi
Musa a.s. untuk menggantikannya berdakwah bagi menyelamatkan Fir’aun sekiranya masih ada
ruang baginya berubah kepada kebaikan, tetapi malang Bal’am yang memiliki ilmu yang begitu luas
dalam persoalan agama kecundang apabila dia yang ditarik Fir’aun meninggalkan bidang dakwah
yang diceburinya, kerana dengan habuan dunia yang ditawarkan oleh Fir’aun.

Ulama’ seperti Bal’am itulah yang disifatkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. sebagai ulama’ jahat yang
mengelabui orang ramai dengan ilmunya, mereka bukan sahaja menyesatkan orang ramai dengan
ilmu yang dimilikinya, malah disifatkan Nabi sebagai manusia yang memiliki hati serigala, sentiasa
mahu membaham orang lain agar tersesat daripada kebenaran

Anda mungkin juga menyukai