Anda di halaman 1dari 4

MESYUARAT AGUNG PIBG SK ALOR PEROI KALI KE-15

(6 MAC 2019)

Mengumumkan ketibaan..
Yang Berbahagia En Mohd Husaimi B. Hussin- Ketua Bersatu Bahagian Besut merangkap timbalan pengerusi pakatan
harapan parlimen Besut,diiringi oleh Yang DiPertua PIBG SK Alor Peroi – Tn Hj Rashid B. , Tuan Guru Besar En Wan
Sulaiman Bin Wan Samat serta para tetamu jemputan.

Kasihnya ibu membawa ke syurga


Kasihnya ayah berkorban nyawa
Kasihnya guru mencurah ilmu
Pemacu segala pelita dan lampu
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Menjalankan tugas dengan amanah yang berkat
Seribu tahun menjadi hikmat

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Satu Malaysia.

Yang Berbahagia En Mohd Husaimi B. Hussin- Ketua Bersatu Bahagian Besut merangkap timbalan pengerusi pakatan
harapan parlimen Besut, yang dihormati Yang DiPertua PIBG SK Alor Peroi – Tn Hj Rashid B. ,yang berusaha Tuan
Guru Besar En Wan Sulaiman Bin Wan Samat, barisan pentadbir, Ahli- ahli Jawatankuasa PIBG, ibu-bapa penjaga, serta
rakan-rakan pendidik yang dikasihi sekalian

Pada petang yang permai ini, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta
limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15 SK Alor
Peroi.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia En Mohd Husaimi B. Hussin.Saya juga melahirkan rasa
banga dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa, guru-guru dan para tetamu dalam menunaikan
amanah sebagai Ahli PIBG. Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita
mencari titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum,
disiplin dan sahsiah. Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya…kalau
kita dapat satukan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan menjadi milik kita bersama.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala
urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Mohd Nasir Bin Ibrahim
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Nasir Bin Ibrahim atas pimpinan bacaan doa itu
tadi.

Hadirin sekalian,
Seterusnya kita akan sama-sama menyanyikan lagu Negaraku. Untuk itu, siding hadirin diminta berdiri.

Kepimpinan diteladani,
Program dirancang dan direalisasikan,
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi

Tirai ucapan pada petang ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha En Wan Sulaiman Bin Wan
Samat, Guru Besar SK Alor Peroi merangkap Penasihat PIBG untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya
dipersilakan.
Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha tuan Guru Besar SK Alor Peroi. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang DiPertua PIBG SK Alor Peroi – Tn Hj Rashid Bin
bagi menyampaikan ucapan beliau.Dipersilakan..

Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG SK Alor Peroi – Tn Hj Rashid Bin . Majlis mengucapkan ribuan
terima kasih.

Sidang hadirin yang budiman,

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami

Majlis dengan sukacita dan penuh takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia En Mohd Husaimi B. Hussin- Ketua
Bersatu Bahagian Besut merangkap timbalan pengerusi pakatan harapan parlimen Besut, bagi menyampaikan ucaptama
dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Alor Peroi kali ke-15.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Dengan Bismillah kita mulai,


Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En Mohd Husaimi B. Hussin- Ketua
Bersatu Bahagian Besut atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Sidang hadirin yang dirahmati,


Banyak kejayaan yang telah terlakar oleh anak-anak kita di sepanjang tahun2018. SK Alor Peroi sentiasa menjadi bualan
dan buah mulut orang terutamanya dalam bidang kokurikulum. Kini, bidang Kurikulum kita juga semakin melonjak
naik.Sebagai menghargai komitmen serta sumbangan yang telah diberikan oleh anak-anak didik kita di sepanjang tahun
lalu, majlis akan diteruskan Penyampaian anugerah kecemerlangan PPSR dan Sukan 2018. Untu itu majlis sekali lagi
mempersilakan Yang Berbahagia En Mohd Husaimi B. Hussin- Ketua Bersatu Bahagian Besut dengan didiringi oleh Yang
dihormati Tuan YDP PIBG dan yang berusaha Tuan Guru Besar untuk naik ke pentas.

i) Anugerah kecemerlangan UPSR 2018


(Rujuk senarai penerima hadiah)

ii) ii) Anugerah kecemerlangan Sukan 2018


(Rujuk senarai penerima hadiah)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En Mohd Husaimi B. Hussin atas kesudian menyampaikan anugerah itu
tadi.

Untuk memulakan sesi mesyuarat agung kita untuk kali yang ke 15 ini, saya dengan ini menyerahkan majlis kepada tuan
pengerusi mesyuarat.

*cabutan bertuah
Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara

Gugur menguning buah kuini,


Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Kami  bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.
Majlis menjemput perasmi,tetamu serta sidang hadirin untuk menikmati jamuan minum petang yang telah disedikan.
Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
*CABUTAN BERTUAH

Majlis pada hari ini diteruskan pula dengan acara cabutan bertuah khas untuk para ibu bapa dan guru SKAP.
Untuk menyempurnakan majlis , dipersilakan
bagi mengiringi
untuk naik ke pentas untuk membuat cabutan.

Dimaklumkan, nombor masing-masing tercatat pada buku program hadirin pada hari ini.

Penerima bertuah yang pertama ...................


Hadirin bertuah yang terakhir ialah ................
Hadirin sekalian,
Usah kecewa kerana acara cabutan bertuah masih belum lagi berakhir. Diminta para hadirin untuk bersabar dan setia
menunggu sehingga ke akhir majlis.
Dipersilakan ………………………………………………………………………………………… untuk membuat cabutan nombor
bertuah.Dijemput naik ke pentas pemilik nombor……………………………………….
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada atas kesudian
menyempurnakan upacara penyampaian anugerah dan cabutan bertuah sebentar tadi

Anda mungkin juga menyukai