Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN II

TATATERTIB AM

3. Seseorang pelajar tidak boleh –

(a) berkelakuan, sama ada di dalam atau di luar kampus, secara yang
boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan,
kesentosaan atau nama baik Institusi, atau kepada kepentingan,
kesentosaan atau nama baik mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai
atau pekerja Institusi, atau kepada ketenteraman atau keselamatan
awam, atau kepada akhlak, kesopanan atau tatatertib;

(b) melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang


bertulis, sama ada di dalam atau di luar kampus;

(c) menggendalakan atau dengan apa-apa cara mengganggu, atau


menyebabkan digendala atau dengan apa-apa cara diganggu, apa-apa
pengajaran, pengajian, penyelidikan, kerja pentadbiran atau apa-apa
aktiviti yang dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan
kebenaran Institusi, atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh
menyebabkan penggendalaan atau penggangguan itu;

(d) menahan, menghalang atau mengganggu atau menyebabkan ditahan,


dihalang atau diganggu, mana-mana kakitangan, pegawai atau
pekerja Institusi atau seseorang yang bertindak di bawah arahan atau
kebenaran kakitangan pegawai atau pekerja itu, daripada
menjalankan kerja, kewajipan atau tugasnya, atau melakukan apa-apa
perbuatan yang boleh menyebabkan penahanan, penghalangan atau
penggangguan itu;

(e) menahan atau menghalang, atau menyebabkan ditahan atau dihalang,


mana-mana pelajar daripada menghadiri sesuatu kuliah, tutorial atau
kelas atau daripada mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti yang
sah, atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyebabkan
penahanan atau penghalangan itu;

(f) mengorganisasi, mengapikan atau menyertai pemboikotan sesuatu


peperiksaan, kuliah, tutorial, kelas, atau lain-lain aktiviti yang sah
yang dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaran
Institusi;

(g) merosakkan dengan apa-apa cara apa-apa harta Institusi, atau


melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyebabkan kerosakan
itu;

(h) mengusik, mengganggu, mengalih atau dengan apa-apa cara


melakukan sesuatu ke atas apa-apa jua benda, objek, barang atau
harta, atau dengan diketahuinya melakukan apa-apa perbuatan atau
menyebabkan apa-apa perbuatan dilakukan di dalam kampus dengan
tujuan untuk menyebab atau mungkin menyebabkan apa-apa
halangan, kesusahan, kegusaran, kerugian, atau kerosakan kepada
seseorang;

(i) melanggar atau tidak mematuhi apa-apa arahan atau kehendak


pegawai perpustakaan, seseorang kakitangan perpustakaan atau
lain-lain pekerja perpustakaan mengenai penggunaan perpustakaan,
buku-bukunya dan lain-lain kemudahan di dalamnya;

(j) membawa masuk atau keluar ke dalam atau daripada bilik


peperiksaan apa-apa buku, kertas, dokumen atau gambar, kecuali
yang dibenarkan oleh pemeriksa, atau menerima apa-apa buku,
kertas, dokumen atau gambar daripada mana-mana orang lain semasa
di dalam bilik peperiksaan itu, kecuali bahawa seseorang pelajar
boleh semasa ia di dalam bilik peperiksaan itu, menerima daripada
penyelia apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar atau lain-lain benda
yang dibenarkan oleh Ketua Eksekutif Institusi;

(k) berhubung dengan mana-mana pelajar lain dalam masa peperiksaan


dengan apa-apa cara jua pun.

4. Jika seseorang pelajar dikehendaki menghadiri sesuatu kuliah,


tutorial, kelas atau lain-lain pengajaran berhubung dengan kursus
pengajiannya, ia hendaklah menghadirinya melainkan jika ia
mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Ketua
Jabatan dan melainkan hal keadaan tidak mengizinkan ia untuk
mendapatkan kebenaran secara bertulis itu terlebih dahulu dan ada
sebab atau alasan yang munasabah kerana tidak hadir, dan dalam hal
yang demikian pelajar itu hendaklah, dengan seberapa segera yang
boleh kemudiannya, memberitahu secara bertulis kepada Ketua
Jabatan dengan memuaskan hatinya, sebab-sebab ia tidak hadir dan
mendapatkan kelulusan secara bertulis mengenainya.

5. (1) Jika seseorang pelajar dikehendaki menghadiri latihan amali atau


pengajaran-pengajaran lain berhubungan dengan kursus pengajiannya,
pelajar itu hendaklah menghadiri latihan amali atau pengajaran-pengajaran
itu, melainkan jika dia mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu
daripada Ketua Jabatan di mana latihan itu dijalankan dan melainkan jika
hal keadaan tidak mengizinkan pelajar itu untuk mendapatkan kebenaran
itu terlebih dahulu dan ada sebab atau alasan yang munasabah kerana tidak
hadir dan dalam hal yang demikian dia hendaklah dengan seberapa segera
yang boleh kemudiannya memberi secara bertulis kepada Ketua Jabatan itu
dengan memuaskan hati Ketua Jabatan itu, sebab-sebab dia tidak hadir dan
mendapatkan kelulusan secara bertulis mengenainya.

(2) Semasa menjalani latihan amali, seseorang pelajar adalah tertakluk


kepada peraturan-peraturan atau arahan-arahan tempat di mana latihan itu
dijalankan dan juga peraturan-peraturan dan arahan-arahan Institusi.

(3) Jika sekiranya ada apa-apa yang berlawanan atau bercanggahan


antara peraturan-peraturan Institusi dengan peraturan-peraturan di mana
latihan dijalankan, maka peraturan-peraturan Institusi hendaklah terpakai.

6. Seseorang pelajar hendaklah berpakaian secara sopan atau bersesuaian


ketika menghadiri kuliah, tutorial, peperiksaan, kelas, bengkel atau ketika
melibatkan diri atau menghadiri apa-apa aktiviti sama ada di dalam atau di
luar kampus atau semasa berada di mana-mana bahagian di dalam kampus.

Anda mungkin juga menyukai