Anda di halaman 1dari 18

SOALAN PERCUBAAN SEJARAH STPM PENGGAL 1 2019 NEGERI SEMBILAN

Sejarah Dunia (1500-1955)

1. Huraikan ciri-ciri masyarakat maritim di Jepun pada abad ke-16M hingga abad ke-17M

2. Jelaskan sistem pemerintahan persekutuan Amerika Syarikat pada abad ke-18 dan ke-19M

3. Huraikan faktor-faktor perkembangan perdagangan dan perniagaan di Belanda pada abad ke-16 dan
18M

4. Jelaskan idea-idea politik Charles Louis Montesquie semasa era Enlightment di Perancis pada abad ke-
18M

5. Bincangkan kesan Perang Dunia Kedua ke atas negara Jepun antara tahun 1945 hingga tahun 1952

6. Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kesedaran nasionalisme di India pada abad ke-19
Masihi

Skima Jawapan

1
SKIMA JAWAPAN
SOALAN 1 :

TAJUK Huraikan ciri-ciri masyarakat maritim di Jepun pada abad ke-16M


hingga abad ke-17M
PENDAHULUAN Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan
kelautan. Kemunculan masyarakat maritim di Jepun dikesan sejak abad ke-3
Masihi lagi. Menjelang abad ke-16, Jepun mengamalkan dasar buka pintu dengan
menggalakkan kehadiran pedagang Barat .Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa
maritim di Asia dan masyarakatnya mempunyai ciri-ciri tersendiri sebagai sebuah
masyarakat maritim.

FAKTA Masyarakat maritim di Jepun dicirikan melalui kegiatan ekonomi yang mereka
jalankan.

HURAIAN/ Kegiatan ekonomi utama masyarakatnya ialah perdagangan yang berkembang


CONTOH sejak zaman Ashikaga lagi dengan pedagang dari Asia Tenggara. Menjelang
zaman Tokogawa perdagangan terjalin dengan China, Vietnam dan Korea.
Menjelang abad ke-16, Jepun menjalinkan hubungan dengan Barat yang
membawa kepada kepesatan kegiatan perdagangan di Jepun.
Buktinya, pedagang-pedagang asing dari Portugal , Belanda dan Sepanyol telah
datang ke Jepun dan perdagangan dijalankan di pelabuhan seperti Kyushu,
Nagasaki dan Shimoda.
Pedagang-pedagang Jepun mengeksport tembaga, berlian dan perak manakala
barangan yang dimport ialah sutera, tembikar dan tembaga dari China.
Masyarakat maritim di Jepun juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan yang
merupakan sumber ekonomi pentingnya dan mengumpul hasil laut seperti
mutiara.
Perkembangan dalam kalangan masyarakat maritim di Jepun juga mereka terlibat
dalam kegiatan membina dan membaiki kapal.

PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa kepelbagaian kegiatan ekonomi khususnya kegiatan


perdagangan yang berkembang pesat menjadikan masyarakat Jepun muncul
sebagai masyarakat maritim.

FAKTA Selain itu, ciri masyarakat maritim di Jepun ialah berkaitan dengan petempatan.
HURAIAN/ Masyarakat maritim Jepun tinggal di kawasan pesisir pantai dan kepulauan.
CONTOH
Dari segi geografi, Jepun terdiri dari pulau-pulau yang dikelilingi laut dan bentuk
muka bumi kepulauan yang bergunung-ganang menyebabkan petempatan
didirikan di kawasan pesisir pantai.
Kedudukan berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan aktiviti
perdagangan, menangkap ikan dan mengutip hasil laut.

2
Terdapat juga masyarakat maritim yang tinggal di pelabuhan-pelabuhan di muara
sungai seperti pelabuhan Kyushu, Hirohima, Nagasaki dan Shimoda.
Perkembangan terus berlakudan dapat dilihat apabila pelabuhan-pelabuhan ini
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat penginapan
dan gudang telah menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran barang dagangan.
Selain itu, masyarakat maritim juga tinggal di perkampungan nelayan di
Yokohama dan mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan dan mengutip hasil
laut seperti mutiara.

PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa petempatan yang berhampiran dengan laut menyebabkan
masyarakat Jepun dapat menjalankan kegiatan ekonomi kelautan dan muncul
sebagai masyarakat maritim.

FAKTA Masyarakat maritim di Jepun juga mempunyai kemahiran dalam teknologi


perkapalan dan pelayaran.
HURAIAN/ Masyarakat maritim Jepun mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam ilmu
CONTOH pelayaran seperti ilmu nautika dan kartografi.
Perkembangan dan perubahan terus berlaku kerana mereka juga mempunyai
kemahiran membina kapal dan perahu yang menggunakan teknologi tinggi
daripada pedagang Portugal dan Sepanyol.
Kapal layar yang dikenali sebagai Shuinsen digunakan oleh pedagang Jepun
untuk pelayaran jarak jauh seperti ke pelabuhan di Asia Tenggara.
Kapal jenis ini juga dilengkapi senjata bagi tujuan mempertahankan diri daripada
serangan lanun.
Mereka juga mempunyai kemahiran membina kapal seperti Higaki-kaisen dan
Taru-kaisen yang digunakan untuk perdagangan dalam negara antara Osaka dan
Edo.
Contohnya, kapal Higaki digunakan untuk mengangkut kargo yang lebih banyak
seperti kapas, kain, minyak masak, wain dan beras ke bandar Edo.
Kapal Taru digunakan untuk menghantar tong-tong berisi wain.

PENEGASAN ISI Tegasnya penguasaan teknologi perkapalan dan pelayaran ini menjadikan
masyarakat Jepun dikenali sebagai masyarakat maritim.

FAKTA Masyarakat maritim di Jepun juga terlibat dalam aktiviti penerokaan dan
penjelajahan.
HURAIAN/ Menjelang abad ke-16, pedagang Jepun terlibat dalam aktiviti perdagangan di
CONTOH Asia Tenggara. Kapal-kapal dagang dari Jepun singgah di pelabuhan-pelabuhan
yang terletak di Asia Tenggara. Perkembangan terus dapat dilihat dalam kalangan
masyarakat maritim di Jepun kerana menjelang abad ke-17 pula, lebih daripada
350 buah kapal Jepun terlibat dalam pelayaran ke luar negeri.

3
Misalnya, secara purata, Jepun menghantar 14 ekspedisi perdagangan ke negara-
negara lain setiap tahun. Masyarakat maritim Jepun juga melancarkan ekspedisi
pelayaran ke China, Korea dan Amerika Selatan.

PENEGASAN ISI Jelaslah keupayaan masyarakat maritim Jepun melakukan penerokaan dan
penjelajahan membolehkan mereka menguasai laluan laut dan menjalinkan
hubungan perdagangan yang lebih luas.

FAKTA Masyarakat maritim di Jepun juga mempunyai semangat ingin tahu, sifat berani
dan semangat keterbukaan.
HURAIAN/ Melalui semangat ini mereka sanggup belayar ke kawasan baharu dan
CONTOH menjalinkan hubungan dengan masyarakat tempatan.
Perkembangan telah berlaku kerana hasil kesanggupan belayar dan menjalin
hubungan dengan masyarakat lain, mereka juga dapat mengetahui adat resam,
budaya dan sejarah masyarakat tersebut.
Semangat ingin tahu mendorong mereka menjalankan kajian mengenai bentuk
muka bumi, iklim dan cuaca di sesuatu tempat.
Mereka juga berani mengharungi pelbagai cabaran ketika belayar di lautan luas.
Contohnya, masyarakat Jepun menerima pengaruh agama Kristian daripada
mubaligh Kristian Portugal.
Perubahan juga didapati dalam kalangan masyarakat maritim di Jepun kerana
mereka juga menerima pengaruh agama Buddha dan Confucius daripada
masyarakat Cina.
Shogun Ieyasu mengamalkan dasar terbuka dengan mendapatkan bantuan
teknikal dalam bidang pelayaran dan perkapalan daripada orang Sepanyol, British
dan Belanda.
Masyarakat Jepun turut mempelajari teknik membuat tembikar daripada Korea
dan menjadi salah satu industri penting di Jepun.
Perkembangan perdagangan dengan negara Barat menyebabkan mata wang perak
digunakan dalam urus niaga di Jepun.

PENEGASAN ISI Tegasnya, sikap dan semangat yang ada pada masyarakat maritim Jepun
membolehkan pemindahan idea dan teknologi berlaku dan membawa kepada
perkembangan perdagangan.

KESIMPULAN Ciri-ciri yang terdapat pada masyarakat maritim di Jepun telah melahirkan
ekonomi berasaskan perdagangan dan kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim
meninggalkan kesan dalam aspek ekonomi dan sosial.
Kepesatan perdagangan di Jepun berakhir pada pertengahan abad ke-17 apabila
pemerintahan Tokogawa mengambil keputusan untuk mengamalkan dasar
pemencilan daripada dunia luar

4
SOALAN 2 :

TAJUK Jelaskan sistem pemerintahan persekutuan Amerika Syarikat pada abad ke-18
dan ke-19M

PENDAHULUAN Negara Persekutuan ialah bentuk kerajaan yang mempraktikkan pembahagian kuasa
antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri atau kerajaan tempatan.
Persekutuan pula merupakan gabungan beberapa wilayah atau negeri di bawah satu
perlembagaan pusat. Sistem ini mempunyai dua buah kerajaan iaitu kerajaan pusat
dan kerajaan negeri yang mempunyai kuasa masing-masing.

FAKTA Mengamalkan pemerintahan demokrasi


HURAIAN/ Perlembagaan persekutuan Amerika Syarikat menetapkan pembentukan-
pembentukan kerajaan persekutuan menerusi amalan demokrasi.

Pemilihan presiden dan anggota kongres dilakukan menerusi sistem pilihanraya.


Amalan demokrasi yang dilaksanakan memberi kuasa kepada rakyat untuk
memilih kerajaan yang bakal mentadbir negara. Amalan demokrasi ini juga
membolehkan pemindahan kuasa dilakukan secara aman.
CONTOH
Wakil-wakil dari parti Fedaralis dan Parti Republikan bertanding untuk memilih
presiden

PENEGASAN ISI Sistem demokrasi yang diamalkan telah dapat menjamin hak, kebebasan dan
keadilan rakyat dalam pentadbiran di Amerika Syarikat.

FAKTA Wujud pengasingan kuasa yang jelas


HURAIAN/ Sistem pentadbiran persekutuan Amerika Syarikat menekankan pembahagian kuasa
antara kerajaan pusat dan negeri. Setiap peringkat pentadbiran diberi kebebasan
untuk menguruskan pentadbiran mengikut kuasa yang diperuntukkan.
Kerajaan pusat berkuasa dalam perkara yang penting seperti pertahanan, percukaian,
matawang dan dasar luar Negara. Sementara kerajaan negeri pula berkuasa dalam
menguruskan hal ehwal tempatan dalam negeri masing-masing.
CONTOH
Amerika Syarikat mempunyai 50 buah negeri dan saiznya luas serta penduduknya
yang terdiri daripada berbilang bangsa. Oleh itu, para pemimpinnya perlu peka
terhadap undang-undang yang hendak digubal.

PENEGASAN ISI Perlembagaan Amerika Syarikat memberi kebebasan kepada negeri-negeri


menggubal undang-undang yang berkaitan dengan adat budaya tempatan kerana
setiap negeri mempunyai latar belakang dan sejarah yang berlainan.
FAKTA Mempunyai Badan Eksekutif

5
HURAIAN/ Diketuai oleh presiden yang dipilih melalui pilihanraya. Presiden boleh dipilih
untuk tempoh 4 tahun tetapi boleh dilantik semula untuk penggal kedua.
Kuasa presiden sangat besar termasuklah menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera,
CONTOH
merunding perjanjian, mempunyai kuasa pembatal undang-undang, memberi
pengampunan dan mentadbir kongres. Semua undang-undang yang diluluskan oleh
kongres perlu ditandatangani oleh presiden
Presiden boleh membatalkan undang-undang dengan kuasa veto dan boleh
mengawasi kongres melalui 2/3 undi ahli kongres

PENEGASAN ISI Presiden mempunyai kuasa yang kuat dalam menjalankan tugasnya meliputi
Kabinet Eksekutif, pengurusan Rumah Putih dan sebagainya.
FAKTA Wujudnya Badan Perundangan
HURAIAN/ Dikenali juga sebagai Kongres dan tugasnya menggubal undang-undang. Terdiri
daripada Dewan Rakyat dan Dewan Senat. Setiap negeri akan memilih 2 ahli
CONTOH
Dewan Senat dan Dewan Rakyat mengikut jumlah penduduk.
Dewan ini berkuasa menentukan presiden jika timbul kekurangan majoriti undi
calon presiden dalam pilihanraya. Senator dalam Dewan Senat perlu berkhidmat
selama 6 tahun dan diketuai oleh Timbalan presiden Amerika Syarikat.

PENEGASAN ISI Mengikut perlembagaan, anggota dewan berhak untuk membawa sebarang usul ke
kongres, menggubal undang-undang biasa, meminda perlembagaan dan memberi
kebenaran kepada negeri baharu yang mahu menyertai persekutuan.

FAKTA Wujudnya Badan Kehakiman


HURAIAN/ Terdiri daripada Mahkamah persekutuan dan Mahkamah Negeri dan merupakan
badan bebas serta tidak menerima campurtangan politik. Badan Kehakiman boleh
mengambil tindakan terhadap presiden sekiranya beliau melanggar perlembagaan.
Manakala mahkamah negeri mempunyai kuasa kehakiman bagi semua kes yang
melibatkan undang-undang kecuali berlaku percanggahan dengan persekutuan.
CONTOH
Badan Kehakiman di Amerika Syarikat mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan
tindakan kongres, keputusan presiden mahupun dokumen undang-undang di
sesetengah perundangan negeri sebagai melanggar perlembagaan.
PENEGASAN ISI Badan kehakiman yang terdiri daripada mahkamah persekutuan dan mahkamah
negeri mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan
bidang masing-masing.
KESIMPULAN Perlembagaan Persekutuan Amerika Syarikat telah menggariskan secara terperinci
badan-badan yang memerintah Amerika Syarikat. Pembahagian kuasa telah
memastikan pentadbiran dijalankan dengan teratur. Menjelang abad ke-19,
Amerika berkembang menjadi sebuah negara yang terdiri daripada 50 buah negeri.

6
SOALAN 3 :

TAJUK JELASKAN FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN PERDAGANGAN


DAN PERNIAGAAN DI BELANDA MENJELANG ABAD KE-16 HINGGA
KE- 18.
PENDAHULUAN Perkembangan Renaisance dan Reformation di Eropah telah mempengaruhi
perkembangan ekonomi masyarakat Eropah. Revolusi Perdagangan di Eropah pada
abad ke-18 dan ke-19 dipelopori oleh negara-negara Eropah.
Pengamalan dasar merkantilisme dan kapitalisme menggiatkan lagi aktiviti
perdagangan. Kapitalisme berteraskan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi dan
pasaran serta hak milik persendirian bertujuan mengumpulkan keuntungan.
Merkantilisme pula ialah campurtangan kerajaan dalam menggalakkan kekayaan,
kekuasaan dan kebajikan. Menjelang abad ke-18, perkembangan perdagangan dan
perniagaan telah menyebabkan Belanda berjaya memonopoli perdagangan rempah
di bawah kawalan Syarikat Hindia Timur Belanda.
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan dan
perniagaan di Belanda menjelang abad ke-16 hingga 18 M.

FAKTA Kedudukan yang strategik


HURAIAN/ Kegiatan perdagangan berkembang kerana kedudukan strategik Belanda di
pertengahan laluan perdagangan.
CONTOH Dari segi geografi, Belanda terletak di tengah2 laluan perdagangan yang
menghubungkan bahagian Timur Laut dan Barat Daya Eropah dan menjadi pusat
pengedaran barang dagangan di Eropah. Belanda juga memiliki industri pembinaan
kapal. Kapal2 ini membawa barang keperluan negara2 Eropah.
Cth : gandum dan barli dari Poland dan Timur Prusia.
Ia juga mengangkut hampir keseluruhan pengeluaran logam besi dari Sweeden.

PENEGASAN ISI Kedudukan yang strategik ini telah membolehkan Belanda memainkan peranan
penting sebagai pusat pengedaran barang dagangan di Eropah. Hal ini menyebabkan
berlakunya kepesatan perdagangan dan perniagaan di Belanda.
FAKTA Kekurangan sumber alam mendorong industri pembuatan
HURAIAN/ Antara faktor yang mendorong perkembangan perdagangan adalah kekurangan
sumber alam.
CONTOH Kekurangan sumber alam menyebabkan Belanda tidak dapat mengeluarkan barang
keperluan yang mencukupi kecuali produk hasil tenusu.
Jadi, Belanda terpaksa mengimport barang keperluan penduduknya dari negara lain.
Keadaan ini menyebabkan berlakunya peningkatan dalam aktiviti perdagangan dan
perniagaan Belanda.
Kekurangan sumber alam juga menyebabkan kemunculan industri2 pembuatan.
Industri2 ini menghasilkan produk daripada barang yang diimport seperti tekstil dan
kertas dan kemudiannya dieksport
Cth : Bahan mentah bagi industri kain di Belanda diimport dari England. Kain
biasanya diproses dan dicelup dengan pewarna sebelum dieksport semula ke negara
lain.

7
PENEGASAN ISI Kekurangan sumber alam ini secara tidak langsung menyebabkan Belanda terlibat
dalam aktiviti perdagangan import bagi memenuhi keperluan negara. Kemunculan
industri pembuatan pula merancakkan lagi aktiviti perdagangan dan perniagaan di
Belanda pada abad ke 16 sehingga 18 M.
FAKTA Kemudahan kewangan / sistem perbankan
HURAIAN/ Banyak institusi perbankan ditubuhkan di Belanda pada abad ke-17 M. Institusi ini
menyediakan kemudahan pinjaman dan modal kepada peniaga.
CONTOH Penubuhan Bank Amsterdam memudahkan pemindahan wang dan pinjaman kepada
pedagang sebagai pelaburan jangka panjang.
Institusi bank juga turut ini memainkan peranan dalam menyelaraskan pinjaman dan
memperkenalkan sistem pembayaran menerusi cek.
Cth : pada tahun 1609, sebuah institusi pertukaran wang dikenali sebagai Wisselbank
telah ditubuhkan di Amsterdam.

Penubuhan bank ini dapat mengelakkan kekeliruan akibat penggunaan mata wang
yang berbeza. Hal ini kerana setiap daerah dan provinsi di Belanda memiliki mata
wang masing-masing.
Cth : Wilayah2 seperti Hoorn, Medemblik dan Enkhuizen mempunyai mata wang
yang standard.
Mata wang kebangsaan yang mempunyai nilai yang berbeza turut digunakan dalam
urusan perniagaan.

PENEGASAN ISI Jelaslah, penubuhan institusi perbankan meningkatkan kegiatan perdagangan kerana
dapat menyediakan modal dengan mengenakan kadar faedah yang rendah.
Kemunculan institusi bank ini turut menyebabkan kegiatan perdagangan dapat
dijalankan dengan sistematik dan teratur. Keadaan ini turut meningkatkan keupayaan
pelaburan Belanda dalam perdagangan antarabangsa.
FAKTA Insuran Maritim
HURAIAN/ Pengenalan insurans maritim mendorong perkembangan perdagangan di negara
Belanda. Insurans ini diperkenalkan bagi pedagang-pedagang yang terlibat dalam
CONTOH perdagangan menggunakan laluan laut.
Insurans ini diperkenalkan sejak pertengahan abad ke-16 M sebagai langkah
menanggung risiko yang dihadapi oleh pedagang semasa barang2 diangkut
menggunakan jalan laut.
Premium bagi insurans berbeza dari semasa ke semasa berdasarkan harga belian
barang yang diangkut
Kadar premium insurans yang diperkenalkan pada tahun 1650 adalah antara 5%
hingga 11% daripada harga barangan.

PENEGASAN ISI Pengenalan insurans maritim ini turut membantu perkembangan perdagangan dan
perniagaan Belanda. Hal ini kerana dengan adanya skim perlindungan insurans ini
maka golongan pedagang lebih berani mengambil risiko menjalankan perdagangan
import dan eksport barangan melalui jalan laut. Tambahan pula, abad ke-16 hingga
18 M menunjukkan bahawa jalan laut adalah merupakan jalan utama yag digunakan
bagi kegiatan perdagangan import dan eksport di seluruh dunia.

8
FAKTA Kemunculan syarikat dagang
HURAIAN Penggunaan mata wang juga memainkan peranan dalam peningkatan perdagangan.
Cth : pada tahun 1594 pedagang2 dari Amsterdam telah menubuhkan Society of
/CONTOH Distant Land. Persatuan ini menyediakan dana bagi membantu pedagang2 dan
membiayai kos pembinaan kapal-kapal dagang.
Hal ini turut mempengaruhi kemunculan lebih banyak syarikat yang ditubuhkan bagi
membiayai kegiatan penjelajahan dan penerokaan.

Pada 20 Mac 1602- Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan. Syarikat ini diberi
hak monopoli untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan penjajahan di Asia.
Syarikat ini muncul sebagai syarikat perdagangan yang terbesar di dunia. Komoditi
utama syarikat ini ialah teh, kopi, dan rempah ratus.

Pedagang Belanda membuat perjanjian dengan pemerintah tempatan untuk


mendapatkan konsesi perdagangan. Syarikat ini berjaya mengawal monopoli
perdagangan rempah di Timur.

PENEGASAN ISI Penubuhan Syarikat Hindia Timur Belanda mewujudkan kewangan korporat yang
sistematik, menjamin kekayaan dan melahirkan pedagang yang bijak
memaksimumkan keuntungan.

KESIMPULAN Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang merangsang pertumbuhan pesat


kegiatan perdagangan di Belanda pada abad ke-16 hingga 18 M. Selain kedudukan
strategik, perkembangan perdagangan juga disebabkan oleh kemudahan perbankan,
pengenalan insurans maritime dan kemunculan syarikat dagang. Perkembangan
pesat kegiatan perdagangan menyebabkan Belanda muncul sebagai pusat
perdagangan penting di Eropah pada abad ke-16 hingga 18 M.

9
Jelaskan idea-idea politik Charles Louis Montesquie semasa era Enlightment di Perancis pada abad ke-
18M

SOALAN 4 :

TAJUK Jelaskan idea-idea politik Charles Louis Montesquie semasa era Enlightment di
Perancis pada abad ke-18M

PENDAHULUAN Zaman Pencerahan (enlinghtenment) (1650-1800 M) adalah satu gerakan


intelektual yang berlaku di Eropah selepas Renaisans dan Reformasi
Enlightenment bererti Zaman Kesedaran iaitu semangat kepercayaan dan
pegangan manusia adalah kritikal dan berasaskan sebab-musabab dan keadah-
kaedah saintifik.
Zaman ini mewakili suatu gerakan menuju masyarakat yang lebih terbuka,
mengarah untuk kebahagiaan individu, perlembagaan, toleransi, fikiran yang
tidak dikongkong dan suatu masyarakat yang bedasarkan undang-undang.
Antara ahli-ahli falsafah yang berpengaruh ialah Charles Louis Montesquieu
(1689-1755)

ATAU
Charles Louis Montesquie, dilahirkan di Chateau de la Brede, barat daya
Perancis pada 18 Januari 1689. Lulusan undang-undang dari Universiti
Bordeaux dan berjaya jadi peguam pada 1708.
Beliau merupakan tokoh pemikir politik Perancis dan banyak memberi
sumbangan dan idea semasa Zaman Pencerahan.Pada tahun 1716, Montesquieu
dilantik sbg Presiden Parlimen Bordeaux menggantikan bapa saudaranya.
Idea beliau melalui buku yang terkenal ialah Spirit of the Laws yang diterbitkan
pada tahun 1748 telah membawa perubahan yang besar kepada lanskap politik
dunia pada abad ke 19.
Karya lain ialah The Considerations on the Causes of the Grandeur and
Decadence of the Romans (1734) dan Letters Persanes (1721)
FAKTA Idea berkaitan Teori pengasingan kuasa
HURAIAN/ Doktrin yang terkenal ialah doktrin pembahagian kuasa
CONTOH Teori ini dibincangkan melalui karyanya Spirit of The Laws (L`Esprit des
Lois). Melalui karya ini telah memberi kesan yang mendalam terutamanya
dalam bidang politik dan pemerintahan terhadap negara-negara di dunia dan
juga dalam bidang intelektual

10
Menurut beliau kuasa pemerintahan di Perancis perlu dibahagikan antara raja,
golongan bangsawan, majlis perbandara, estet-estet provinsi dan pihak gereja.
Beliau menjelaskan bahawa konsep pengasingan kuasa dalam pemerintahan
terbahagi kepad tiga buah badan bebas iaitu Badan Peundangan, Badan Esekutif
dan Badan Kehakiman
Ketiga-tiga badan tersebut mempunyai bidang kuasa tersendiri dan setiap
cabang pemerintahan tidak mencampuri urusan badan lain. Doktrin ini
dikemukan kerana beliau menentang pemerintahan berkuasa mutlak.
Beliau berpendapat jika konsep menggubal undang-undang (legistatif) dan
kuasa memerintah (eksekutif) dimiliki oleh orang yang sama, pasti kebebasan
tidak akan wujud kerana pihak pemerintah akan menggubal undang-undang
yang zalim supaya mereka terus berkuasa. Kebebasan juga tidak akan berlaku
jika hakim-hakim tidak diberi kebebasan untuk melaksanakan tugasnya.
Bila ketiga-tiga jentera ini menjalankan tugas secara berasingan, maka rakyat
akan memiliki kebebasan.
PENEGASAN ISI Tegasnya bahawa pengasingan kuasa ini perlu supaya penyalahgunaan kuasa
dapat dielakkan demi kesejahteraan bersama.

FAKTA Idea berkaitan Pembentukan kerajaan


HURAIAN/ Beliau mengetengahkan idea dengan menyatakan bahawa sesebuah kerajaan
CONTOH dibentuk berbeza-beza mengikut iklim dan keadaan.
Contohnya despotisme (pemerintahan mutlak) hanya sesuai untuk empayar
yang besar dalam iklim panas dan demokrasi hanya akan berfungsi dalam
negara kota kecil.
PENEGASAN ISI Tegasnya beliau telah meberikan suatu idea yang telah diterima pakai dalam
membentuk sesebuah kerajaan.

FAKTA Idea yang Mengkritik amalan masyarakat Perancis yang menyebabkan


kejatuhan kerajaan Rom

HURAIAN/ Karya The Consideration on the Causes of the Grandeur and Decadence of
CONTOH the Romans pula memaparkan sejarah kebangkitan, kegemilangan dan
kejatuhan kerajaan Rom di akhir abad ke-4 Masihi..
Sebagai contoh, beliau menyatakan, bagi memahami kegemilangan dan
kejatuhan sesebuah empayar, seseorang perlu memahami masyarakatnya
terlebih dahulu dan boleh dijadikan iktibar untuk sesebuah negara.
Antara iktibar yang boleh diperoleh dan dapat dijadikan panduan dalam bidang
politik ialah ialah kejayaan Rom disebabkan amalan menjaga kebajikan
masyarakatnya, sistem konsul, kebijaksanaan senat, pembahagian harta
rampasan, pembahagian tanah yang adil, censorship (pemeriksaan) dn
sebagainya. Sedangkan kemunduran Rom antara lain disebabkan oleh
merosotnya kerjasama antara rakyat dan militer, hilangnya identiti
kewarganegaraan rakyat Rom, yang menyebabkan Republik tidak mungkin
dapat dipertahankan.
Montesquieu juga mencurahkan perhatiannya pada perkembangan fahaman
atheisme, materialisme, dan hedonisme yang menyebabkan hancurnya moral,
agama, patriotisme dan kebajikan masyarakat Rom.

11
PENEGASAN ISI Beliau telah membuat kajian tentang kesan dan akibat sosial dan fenomena
persekitaran terhadap tingkah laku manusia.

FAKTA Kemerosotan moral dan kaitannya dengan kejatuhan kerajaan


HURAIAN/ Melalui karyanya Letters Persanes yang diterbitkan pada tahun 1721, beliau
CONTOH telah mengkritik masyarakat Perancis khususnya kerana kemerosotan moral
pada penghujung zaman pemerintahan Raja Louis XIV dan Louis XV, dimana
rakyat telah memberikan ketaat setiaan yang keterlaluan kepada Raja.
Buku ini berisi surat-surat dan secara tepatnya berjumlah 161 surat dan tidak
terdapat uraian atau kaitan cerita di antara surat yang satu dan yang lain.
Masing-masing surat lebih mirip dengan sebuah karangan singkat yang
menggambarkan beberapa subjek seperti dasar pemerintahan, tradisi
kepercayaan, gaya hidup dari suatu masyarakat; bahkan ada beberapa surat
yang datang dari sanak saudara, isteri-isteri, dan para pembantu tentang
berbagai peristiwa yang terjadi di Persia dan melalui karya ini boleh dijadikan
landasan yang betul dalam mempertahankan keutuhan sesebuah kerajaan.
Selain itu, beliau mendapati juga bahawa masyarakat Perancis juga masih
mengamalkan cara lama yang boleh menyekat kemajuan. Contohnya,
kongkongan lelaki terhadap kaum wanita.

PENEGASAN ISI Sehubungan itu idea yang diketengahkan oleh beliau telah menimbulkan
kesedaran dalam kalangan masyarakat Perancis
FAKTA Pembinaan jentera pentadbiran sebuah negara moden yang berfungsi tanpa
campur tangan raja

HURAIAN/ Muncul pemerintah Enlightened Despot iaitu raja-raja memerintah dengan


CONTOH penuh kesedaran dan mempraktikan undang-undang yang tegas.
Selain itu, berlakunya pemusatan kuasa dalam pemerintahan iaitu
keistimewaan yang dimiliki oleh provinsi (wilayah ) dihapuskan
Berlaku perubahan dalam jentera pentadbiran iaitu pemerintah membina jentera
pentadbiran sebuah negara moden yang berfungsi tanpa campur tangan raja.
Raja-raja juga bertindak menggantikan pegawai-pegawai kerajaan di peringkat
pusat, provinsi dan tempatan.
Misalnya, perlantikan mereka berasaskan teori-toeri politik oleh golongan
intelektual.
Perubahan sistem percukaian iaitu raja menghapuskan imuniti yang dinikmati
oleh golongan bangsawan dan cukai ditaksir dan dibayar mengikut kemampuan
pembayar.

PENEGASAN ISI Jelaslah melalui doktrin beliau mengenai pengasingan kuasa amat berpengaruh
terhadap landskap politik di Eropah seperti bangsa Amerika dan beberapa
negara lain sehinggakan didapati bahawa penggubalan Perlembagaan Amerika
Syarikat pada tahun 1787 berdasarkan idea beliau.

KESIMPULAN Charles Louis Montesquieu telah banyak memberikan sumbangan kepada


Perancis khususnya iaitu dengan meletakkan asas bagi kemunculan revolusi di
Perancis dan mengubah secara drastik lanskap politik, ekonomi dan sosial di
Eropah apabila idea beliau tersebar ke negara-negara lain di benua Eropah.

12
Idea dan doktrin beliau mempunyai pengaruh dalam penggubalan
perlembagaan di dunia hari ini.

SOALAN 5 :

13
TAJUK BINCANGKAN KESAN PERANG DUNIA KEDUA KE ATAS NEGARA
JEPUN ANTARA TAHUN 1945 HINGGA TAHUN 1952
PENDAHULUAN Pendudukan Amerika Syarikat di Jepun bermula pada 2 hb. September 1945 apabila
tentera Jepun tewas dalam Perang Dunia Kedua. Jeneral Douglas Mac Arthur
mentadbir negara Jepun sebagai Pemerintah Agung Kuasa-Kuasa Berikat atau
Suprem Council Abselute Power (SCAP).
FAKTA Aspek Politik
Ketenteraan
Angkatan tentera Jepun dibubarkan bagi memastikan Jepun tidak mengancam
keamanan dan keselamatan dunia.
Pemerintahan demokrasi
SCAP memperkenalkan unsur demokrasi kepada Jepun. Pada tahun 1947. Jepun
memperkenalkan semula sistem kerajaan berparlimen dengan keunggulan
DIET(Dewan Rakyat dan House of Councillors) iaitu kuasa negara tertinggi yang
berkuasa penuh kepada hal berkaitan kewangan.

Ketenteraan
HURAIAN/ Jentera perang Jepun dimusnahkan. Angkatan tentera dan 1300 persatuan nasionalis
dibubarkan. Kilang-kilang membuat senjata ditutup. Tentera Jepun dan orang awam
CONTOH
di seberang laut di bawa balik ke Jepun. Tentera dibicarakan dan tujuh orang kanan
negara Jepun termasuk Jeneral Tojo dijatuhi hukuman gantung pada Disember 1948.
Sejumlah 200 000 orang pegawai tentera yang memimpin kerajaan dan pemimpin
perniagaan yang terlibat dengan dasar perluasan kuasa Jepun disingkirkan.
Pemerintahan demokrasi
Pemerintahan negara di ubah dengan pengagihan kuasa kerajaan pusat dan pilihan
raya tempatan digalakkan. Perlembagaan ini mengubah kedudukan Maharaja Jepun
yang di anggap suci.Maharaja Jepun dijadikan lambang negara dan perpaduan rakyat
Jepun.Baginda tidak lagi mempunyai sebarang kuasa berkaitan pentadbiran negara.
Kerajaan Jepun bertukar kepada pemerintahan sekular.
PENEGASAN ISI Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia kedua pada tahun 1945 memusnahkan
impiannya menjadi kuasa ketenteraan yang unggul di Asia. Walau bagaimana pun,
Jepun bangkit menjadi negara yang hebat di peringkat dunia sekarang.Hal ini
menunjukkan kebijaksanaan kepimpinan dan rakyat Jepun berusaha menyesuaikan
kehidupan dengan suasana yang wujud ketika itu. Mereka tekun berusaha
meningkatkan maruah bangsa agar tidak di label sebagai bangsa yang gagal dan
negatif. Sebaliknya perubahan dilakukan untuk menjayakan hasrat mewujudkan
negara yang berjaya dalam semua aspek kehidupan.

14
FAKTA Aspek Ekonomi
SCAP memperkenalkan program pembaharuan tanah yang bertujuan menambahkan
pemilikan tanah kepada para petani.Di samping itu, monopoli ekonomi golongan
Zaibatsu dihapuskan. Galakan penubuhan kesatuan sekerja dalam perindustrian
berlaku pada masa ini. Perdagangan di peringkat antarabangsa ditingkatkan untuk
pemulihan ekonomi Jepun.

HURAIAN/ Akta Pembaharuan Tanah 1946 memberikan kuasa kepada SCAP membeli tanah-
tanah kepunyaan tuan tanah tidur (Absentee landlords). Tanah-tanah ini dijual
CONTOH
dengan harga rendah kepada para petani yang menambahkan jumlah tanah pertanian
yang dipunyai oleh petani.
Sejumlah 83 buah syarikat induk kepunyaan Zaibatsu telah dibubarkan. Begitu juga
harta-harta kepunyaan Zaibatsu yang dibekukan.Tindakan menyingkirkan ahli-ahli
keluarga dan eksekutif Zaibatsu juga dilakukan dalam usaha pembaharuan ekonomi
ini,
Akta Kesatuan Sekerja 1945 memberi hak kepada pekerja untuk mengadakan
pemogokan dan perundingan secara kolektif. Impak yang berlaku ialah
meningkatkan jumlah ahli kesatuan sekerja yang membantu memajukan
perindustrian di Jepun.
Perang Dingin menyebabkan Amerika menghapuskan pembayaran ganti rugi perang
oleh kerajaan Jepun. Sebaliknya Amerika Syarikat bersetuju memberikan bantuan
ekonomi kepada Jepun. Langkah-langkah untuk memulihkan ekonomi Jepun
dijalankan, ini termasuklah meningkatkan perdangangan antarabangsa yang disertai
oleh negara Jepun.

PENEGASAN ISI Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia kedua pada tahun 1945 memusnahkan
impiannya menjadi kuasa ketenteraan yang unggul di Asia. Walau bagaimana pun,
Jepun bangkit menjadi kuasa ekonomi yang hebat apabila diiktiraf sebagai negara
Asia yang termaju di dunia. Hal ini merupakan kebijaksanaan kepimpinan dan rakyat
Jepun memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam menguruskkan pentadbiran negara.

FAKTA Aspek sosial


Sistem pendidikan Jepun disusun semula mengikut model Amerika Syarikat.

HURAIAN/ Pelaksanaan sistem pendidikan baru di Jepun yang mencontohi Amerika bertujuan
memperluaskan pendidikan dalam kalangan masyarakat Jepun. Pendidikan wajib
CONTOH
dilanjutkan daripada enam tahun kepada sembilan tahun. Kurikulum yang berasaskan
sains sosial mengambil alih kurikulum yang berfahaman ketenteraan. Usaha-usaha
menulis semula buku teks dilakukan. Kaedah pengajaran baru diperkenalkan di
sekolah bagi memajukan pendidikan. Pengajian tinggi dimajukan dengan
menubuhkan universiti-universiti yang menawarkan pengajian peringkat tinggi
kepada pelajar di Jepun.

PENEGASAN ISI Aspek pendidikan yang merupakan cabang utama menyumbang kemajuan negara
dimajukan bagi memulih dan meningkatkan pencapaian Jepun setanding negara luar
yang berjaya dalam dunia. Peranan Amerika di Jepun ini seolah-olah mendidik,

15
melatih dan membimbing Jepun untuk maju bersama dalam pelbagai bidang. Hal ini
terbukti apabila Jepun berjaya maju setanding pencapaian negara Amerika sekarang
ini.

KESIMPULAN Penglibatan Amerika Syarikat dalam pentadbiran negara Jepun selepas Perang Dunia
Kedua membawa pembaharuan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Pada 8hb.
September 1951, Amerika Syarikat dan 47 buah negara lain menandatangani satu
perjanjian perdamaian dengan negara Jepun di San Francisco. Perjanjian ini
menjadikan Jepun mencapai semula kemerdekaannya pada 28 hb. April 1952. Walau
bagaimana pun Jepun terpaksa menggugurkan segala tuntutan ke atas bekas tanah
jajahannya.

Soalan 6: Huraikan faktor-faktor kebangkitan nasionalisme di India pada abad ke-19

PENDAHULUAN Ramai sarjana berpendapat bahawa Dahagi India 1857 menandakan


permulaan kesedaran kebangsaan dalam kalangan orang India. Namun
demikian, terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kesedaran kebangsaan
bermula sebelum tahun 1857 lagi. Kemunculan pertubuhan-pertubuhan
sosioagama telah menunjukkan wuudnya kesedaran kebangsaan. Terdapat
beberapa faktor yang mendorong kemunclan semangat kebangsaan dalam
kalangan rakyat India.

FAKTA 1. Pendidikan barat

HURAIAN/CONTOH Pendidikan barat merupakan faktor utama yang melahirkan kesedaran


kebangsaan dalam kalangan rakyat India. Matlamat utama kerajaan British
memperkenalkan pendidikan barat adalah untuk melahirkan tenaga kerja
yang murah dalam kalangan penduduk tempatan. Kerajaan British juga
berpendapat pendidikan barat akan menanam semangat kesetiaan rakyat
terhadap pemerintahan British.

Sistem pendidikan ini berjaya melahirkan ramai golongan cerdik


pandai dalam kalangan rakyat India.Pendidikan barat telah
menyebabkan masyarakat India terdedah kepada konsep-konsep
seperti kebebasan, demokrasi, persamaan dan hak asasi manusia.
Pendidikan Barat juga telah memberi kesedaran tentag penindasan
yang dilakukan oleh pemerintah British terhadap rakyat India.
Perkembangan ini melahirkan tokoh-tokohnasionalis seperti Raja
Ram Mohan Roy, W.C. Banerjee dan G.K. okhale yang memainkan
peranan dalam gerakan nasionalisme di India.

FAKTA 2. Bahasa Inggeris

16
HURAIAN/CONTOH Bahasa Inggeris turut memainkan peranan dalam membangkitkan
kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat. Bahasa Inggeris berperanan
sebagai alat perpaduan yang menyatukan orang India yang terpisah
daripada segi agama, bangsa dan wilayah
Terdapat lebih kurang 600 bahasa daerah yang di tuturkan oleh penduduk
di seluruh dunia. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium perantaraan
di sekolah-sekolah dapat menghalang masalah kewujudan bahasa-bahasa
daerah.

FAKTA 3. Diskriminasi dalam perkhidmatan awam

HURAIAN/CONTOH
Kerajaan British mengamalkan diskriminasI dalam pengambilan orang India
bagi memenuhi jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam. Amalan
diskriminasi melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan golongan
terpelajar di India. Kerajaan British menghalang penyertaan orang India
dalam perkhidmatan awam dengan mengadakan peperiksaan untuk
perkhidmatan awam di britain berdasarkan sukatan pelajaran britain.

FAKTA 4. Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan

HURAIAN/CONTOH Pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan moden turut


memainkan peranan dalam mencetuskan semangat kebangsaan dalam
kalangan rakyat India. Pembinaan landasan kereta api dan jalan raya
menyatukan orang India yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan
keturunan. Pengenalan sistem perhubungan dan pengangkutan yang
cekap meningkatkan mobiliti dan merapatkan hubungan antara mereka.
Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan membolehkan idea
nasionalisme dapat di sebarkan dengan pantas ke seluruh India.

FAKTA 5. Dasar pentadbiran Lytton

HURAIAN/CONTOH Dasar pentadbiran Lord Lytton telah menimbulkan rasa tidak puas hati
dalam kalangan rakyat India. Pelbagai akta yang di perkenalkan oleh Lytton
seperti Akta Senjata dan Akta Akhbar Vernakular melahirkan sentimen anti
Inggeris. Tindakan kerajaan British untuk mengenakan sekatan terhadap
akhbar-akhbar vernakular telah menyekat kebebasan rakyat untuk
menyuarakan pandangan mereka. Lytton juga mengambil langkah
pentadbiran seperti menggalakkan import dan mengehadkan umur
penyertaan perkhidmatan awam kepada 18 tahun.

FAKTA Peranan Akhbar


HURAIAN/CONTOH Akhbar-akhbar tempatan meminkan peranan dalam membangkitkan
kesedaran kebangsaan di kalangan rakyat. Antara akhbar-akhbar
yang mengkritik dasar kerajaan British ialah Kesari, The Maratha, dan

17
Patriot. Akhbar-akhbar ini juga mlahirkan kesedaran politik dalam
kalangan golongan kelas menengah di India. Selain itu, akhbar-akhbar
ini turut meyebarkan idea pemerintahan sendiri dan amalan
demokrasi dalam kalangan penduduk tempatan.
FAKTA Dasar Ekonomi British
HURAIAN/CONTOH Dasar ekonomi yang diamalkan oleh British turut memainkan
peranan dalam kebangkitan kesedaran kebangsaan dalam kalangan
masyarakat India. British mengamalkan dasr ekonomi bagi
memenuhi kepentingan sektor perindustrian di England. Dasar ini
menyebabkan kerajaan Inggeris tidak menggalakkan perkembangan
industi tempatan dan mengawal perusahaan-perusahaan tempatan.
Langkah-langkah ini membangkitkan perasaan benci penduduk
tempatan terhadap pemerintahan Inggeris.
FAKTA Penindasan terhadap buruh-buruh India di seberang laut.
HURAIAN/CONTOH Selain itu, penindasan British terhadap buruh-buruh India di
seberang laut telah melahirkan semangat kebangsaan dalam
kalangan rakyat. Buruh-buruh India yang bekerja di tanah-tanah
jajahan British seperti di Fiji, Afrika Selatan dan beberapa negara di
Asia Tenggara seperti Tanah Melayu dan Burma telah menerima
layanan buruk daripada pemerintah British. Selain itu, mereka tidak
mengambil berat tentang kebajikan dan hak asasi buruh-buruh India
di seberang laut. Layanan sedemikian melahirkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan golongan nasionalis terhadap British.
FAKTA Gerakan reformasi Sosioagama
HURAIAN/CONTOH Kemunculan pertubuhan -pertubuhan sosioagama melahirkan
semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat India. Antara
pertubuhan-pertubuhan yang memainkan peranan adalah Brahmo
Samaj, Brahma Samaj dan Pertubuhan Ramakrishna. Pertubuhan-
pertubuhan agama ini meletakkan asas bagi kebangkitan kebangsaan
dan kemunculan parti-parti politik di India
Kesimpulan Terdapat beberapa faktor yang mendorong kebangkitan nasionalisme
dalam kalangan masyarakat India. Banyak dasar-dasar yang
dilaksanakan oleh British menjadi asas kemunculan sentimen anti-
British dalam kalangan rakyat. Kebangkitan semangat nasionalisme
melahirkan tokoh-tokoh pemimpin nasionalis India yang mengatur
gerakan untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.

18

Anda mungkin juga menyukai