Anda di halaman 1dari 6

Masyarakat Maritim di Jepun dan Portugal

Definisi Masyarakat Maritim


 Masyarakat Maritim bermaksud masyarakat yang diberikan tumpuan utama terhadap
pedagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut
 Mempunyai pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan
kelautan pelabuhan ini dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan seperti bekalan air,
tempat menyimpan barang dan kawasan berjual beli.
 Masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, menjalankan aktiviti pedagangan, membuat kapal,
menangkap ikan dan mengutip hasil laut.

MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN

Pendahuluan:
 Masyarakat maritime bergantung kepada aktiviti berasaskan kelautan.
 Kemunculan masyarakat Maritim di Jepun dikesan pada abad ke-3 masihi lagi.
 Menjelang abad ke-16, Jepun mengamalkan dasar buka pintu dengan menggalakkan kehadiran
pedagang barat.
 Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa Maritim di asia dan masyarakat mempunyai ciri-ciri
tersindiri dengan sebuah masyarakat Maritim

ISI-ISI PENTING:

Kegiatan ekonomi
 Kegiatan ekonomi utama masyarakatnya ialah perdagangan yang bekembang sejak Zaman
Ashikaga lagi dengan pedagang dari Asia Tenggara. Menjelang zaman Tokogawa perdagangan
terjalin dengan China, Vietnam, dan Korea.
 Abad ke-16, Jepun menjalinkan hubungan dengan barat yang membawa kepada kepesatan
kegiatan pedagangan di Jepun.
 Buktinya, pedagang-pedagang asing dari Portugal, Belanda, dan Sepanyol telah dating ke Jepun
dan pedagang dijalankan di perlabuhan seperti Kyusha, Nagasaki dan Shimonida.
 Padangang Jepun mengeksport tembaga, berlian dan perak manakala barangan yang diimport
sutera, tembikar dan tembaga dari China
 Masyarakat Maritim di Jepun juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan yang merupakan
sumber ekonomi dan mengumpul hasil laut seperti mutiara.
 Petempatan
 Masyarakat maritim Jepun tinggal di kawasan pesisir pantai dan kepulauan. Kedudukan
berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan aktiviti perdagangan, menangkap
ikan, dan mengutip hasil laut.
 Selain itu, masyarakat maritim juga tinggal di pelabuhan yang terletak di muara sungai. Antara
pelabuhan yang menjadi tumpuan masyarakat maritim ialah pelabuhan Kyushu, Hiroshima,
Nagasaki dan shimoda.

   Teknologi perkapalan
 Masyarakat maritim Jepun terdedah kepada kemahiran dalam pembinaan kapal dan perahu.
Mereka mempunyai kemahiran membina kapal layar yang dikenali sebagai shuinsen. Kapal layar
ini digunakan oleh pedagangan-pedagangan Jepun untuk pelayaran jarak jauh seperti ke
pelabuhan di Asia Tenggara.
 Di samping itu, masyarakat maritim Jepun juga mempunyai kemahiran membina kapal
seperti Higaki-kaisen dan Taru-kaisen. Kapal jenis ini digunakan dalam perdagangan dalam
negara yang melibatkan laluan antara Osaka dan Edo.

    Teknologi pelayaran
 Masyarakat maritim di Jepun mempunyai kemahiran dalam teknologi pelayaran. Mereka
mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam ilmu pelayaran, ilmu nautika dan kartografi.
 Masyarakat maritim menerima pengetahuan mengenai teknologi perkapalan daripada
pedagangan portugal. Shogun Leyasumendapat bantuan daripada orang sepanyol dalam
teknologi perkapalan.

    Penjelajahan  dan penerokaan


 Masyarakat maritim di Jepun terlibat dalam aktiviti penerokaan dan penjelajahan. Menjelang
awal abad ke-17, lebih daripada 350 buah kapal terlibat dalam pelayaran ke luar negeri.
 Secara purata, Jepun menghantar 14 ekspedisi perdagangan ke negara-negara lain setiap tahun.
Di samping itu, masyarakat maritim Jepun juga melancarkan ekspedisi pelayaran ke China,
Korea, dan Amerika Selatan.

    Masyarakat pelbagai Budaya.


 Jalinan perhubungan dengan masyarakat antarabangsa menyebabkan masyarakat Jepun
menerima pelbagai pengaruh budaya luar seperti pengaruh agama Kristian yang dibawa oleh
mubaligh-mubaligh Kristian Portugis, agama Buddha dan Confucius dari China serta Shinto yang
merupakan kepercayaan tempatan.
 Di bandar-bandar pelabuhan pula terdapat pedagang-pedagang Portugis, Sepanyol dan China.
Sebelum pengamalan dasar tutup pintu, mubaligh Kristian dibenarkan menjalankan aktiviti
penyebaran agama Kristian dan mendirikan gereja bagi menjalankan kegiatan agama mereka.

Menguasai Ilmu Kelautan Dan Pelayaran.


 Masyarakat maritim Jepun menguasai ilmu pelayaran mereka belayar hingga ke Australia, Asia
Tenggara, Amerika Selatan, Korea dan China.
 Mereka mampu membina kapal besar meredah lautan. Kapal mohor merah (Shuinsen) adalah
kapal layar bersenjata pedagang Jepunyang berlayar dalam perdagangannya ke pelabuhan-
pelabuhan Asia Tenggara, di awal pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Antara 1600 dan 1635,
lebih dari 350 kapal Jepun melakukan pelayaran dagang ke luar negeri.

Pelabuhan Entreport.
 Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan melalui pelabuhan  entreport Kyushu, Shimoda,
Hokodate dan Nagasaki. Para pedagang Jepun pada abad ke-16, telah
mengeksport  perak,  berlian, tembaga, pedang, dan barang-barang lainnya.
 Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan produk-produk Asia Tenggara (seperti gula dan
kulit rusa). Lada dan rempah-rempah jarang diimport oleh Jepun kerana masyarakatnya tidak
banyak makan daging. Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan antara
kapal-kapal Jepun dan China.

Menerima Pengaruh Luar.


 Sebelum dasar tutup pintu abad-17, masyarakat maritim Jepun mudah menerima pengaruh luar
seperti agama Buddha, Confucius dan agama Kristian. Para pedagang dan mubaligh Jesuit dari
Portugal pertama kali tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan
kebudayaan antara Jepun dan Dunia Barat (Perdagangan dengan Nanban).
 Penganut Kristian bebas menjalankan aktiviti mereka dan mubaligh juga bebas berdakwah.
Malah tulisan Jepun berasal dari huruf China dan kosa kata Bahasa Jepun juga menerima
pengaruh bahasa Portugis. Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari Dunia Barat
sebagai namban yang bererti kaum gasar dari selatan

Penutup
 Kesimpulannya, masyarakat maritim di negara Jepun memberi sumbangan dalam bidang
perdagangan, penjelajahan, dan penerokaan. Kemunculan masyarakat maritim di Jepun berkait
rapat dengan perdagangan. Dari segi pengaruh luar, kedudukan geografi, pelabuhan, teknologi
pelayaran atau pemerintah adalah berasaskan perdagangan.
 Malahan, pada zaman pemerintahan Tokugawa Ieyasu,dasar perdagangan diperkenalkan.
Pelbagai dasar diperkenalkan bagi mengukuhkan perdagangan masyarakat maritim di Jepun dan
menjadi faktor-faktor kemunculannya.

MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL

Pendahuluan
   Masyarakat maritim bergantung kepada aktiviti berasaskan laut seperti perdagangan,
perikanan, pengumpulan hasil laut dan perkapalan. Masyarakatnya tinggal di pesisir pantai,
lembah sungai, pelabuhan atau Bandar pelabuhan. Masyarakat maritim menjalankan aktiviti
menangkap ikan dan mengumpul hasil laut. Masyarakat maritim terdiri daripada golongan
pedagang, nelayan, nahkoda , anak kapal dan peneroka .
 Kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim yang unggul sejak abad ke-15 dan 16. Munculnya
golongan pelayar dan peneroka terkenal. Pelayar Portugal terlibat dalam penerokaan,
penjajahan, penjelajahan dan perdagangan .

ISI-ISI PENTING :

Kegiatan Ekonomi
  Kegiatan ekonomi utama masyarakat maritim di Portugal ialah perdagangan yang di jalankan di
pelabuhan seperti Lisbon dan Antwerp.Masyarakat maritim melancarkan ekspedisi ke Timur
untuk menguasai perdagangan rempah . Pedagang Portugal memperoleh barang dagangan
seperti rempah-ratus, sutera dan batu permata.
 Mereka membawa hasil hutan dan bahan pencelup dari Brazil. Selain berdagang masyarakat
maritim juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan, mengumpul hasil laut dan mempunyai
kemahiran membina kapal.

Petempatan:
 Masyarakat maritim Portugal tinggal berhampiran pesisir pantai , lembah sungai dan kepulauan.
Petempatan mereka berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan kegiatan
seperti perdagangan, menangkap ikan dan mengumpul hasil laut.
 Masyarakat maritim juga tinggal di pelabuhan yang terletak di muara sungai . Antara pelabuhan
yang menjadi tumpuan ialah Pelabuhan Libson dan Antwerp yang memainkan peranan sebagai
pusat pengumpulan dan pengedaran barang dagangan Portugal.
Teknologi perkapalan dan pelayaran
 Masyarakat maritim mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal dan perahu seperti
kemahiran membina kapal jenis Caravel  seberat 2000 tan .Kapal jenis ini dibina dengan
teknologi tinggi kerana akan digunakan untuk pelayaran jarak jauh.
 Masyarakat maritim di Portugal mempunyai kemahiran teknologi pelayaran di mana tokohnya
ialah Putera Henry yang telah mengasaskan sebuah sekolah pelayaran di Sagres. Sekolah
tersebut terlibat dalam penciptaan peralatan bagi memudahkan pelayaran seperti kompas
magnetik, astrolab dan carta pelayaran.Kewujudan sekolah ini juga membolehkan masyarakat
Portugal terdedah kepada ilmu nautika.

Penjelajahan & penerokaan


 Masyarakat maritim di Portugal terlibat dalam aktiviti penerokaan dan penjelajahan dan telah
melancarkan ekspedisi mencari jalan laut ke Timur .
 Bartholomew Diaz belayar ke Tanjung Harapan dan berjaya mengelilingi Tanjung Harapan
sampai ke Malindi kemudian beliau meneruskan pelayaran ke Calicut , India .

Memiliki sifat ingin tahu


 Masyarakat maritim mempunyai semangat ingin tahu yang kuat yang menyebabkan mereka
ingin mengetahui adat resam, budaya dan sejarah masyarakat lain . Semangat ingin tahu ini
mendorong mereka mengkaji bentuk muka bumi , iklim dan cuaca sesuatu tempat
 Masyarakat maritim di Portugal merupakan masyarakat yang berani menghadapi cabaran.
Sebagai contoh, ekspedisi yang di lancarkan oleh Ferdinand Magellan di mana beliau terpaksa
menghadapi cabaran kekurangan makanan dan kerosakan kapal namun meneruskan perjalanan
walaupun telah didesak oleh anak kapal untuk berpatah balik. Ini menunjukkan Magellan
merupakan tokoh yang berani menghadapi pelbagai cabaran sepanjang pelayaran .

Kemahiran membina kapal


 Masyarakat maritim juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal. Mampu membina
kapal yang besar seperti caravel yang boleh belayar di lautan luas
 Kemajuan dalam pembinaan kapal menyebabkan muncul industri pembinaan kapal di Portugal

Kemahiran teknologi pelayaran


 Masyarakat maritim mempunyai kemahiran dalam teknologi pelayaran. Masyarakat maritim
mempunyai kemahiran menentukan arah pelayaran dengan menggunakan kompas magnetik
dan astrolabe. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu nautical
 Putera Henry mendirikan sebuah sekolah pelayaran untukmelatih ahli pelayaran dan jurumudi di
Sagres.
Penjelajahan dan penerokaan
 Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang terdedah kepada kegiatan  penerokaan dan
penjelajahan. Mempunyai kemahiran dalam merancang dan melancarkan ekspedisi penerokaan
dan penjelajahan
 Menjelang abad ke-15M, orang Portugis melancarkan beberapa ekspedisi mencari jalan laut ke
Timur. Contohnya Vasco da Gama melancarkan ekspedisi atas permintaan Raja Manuel I sekitar
tahun 1497.

   Semangat keterbukaan
 Masyarakat maritim memiliki semangat keterbukaan. Sanggup mengharungi lautan luas dan
belayar ke negara-negara lain
 Menjalin hubungan dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Hasilnya berlaku
pemindahan idea dan teknologi. Melahirkan cerdik pandai yang dapat menghasilkan ciptaan-
ciptaan baru

Memiliki sifat berani


 Masyarakat maritim berani hadapi cabaran. Mempunyai kemampuan untuk hadapi pelbagai
cabaran ketika belayar di lautan luas. Contohnya Ferdinand Magellan melancarkan ekspedisi ke
Timur pada tahun 1519
 Pengalaman yang diperoleh masyarakat maritime ketika di laut menjadikan mereka bangsa yang
berani

Keupayaan menguasai laluan laut


 Mempunyai keupayaan dan kebolehan dalam menguasai jalan laut. Mengatur langkah untuk
mencari dan menguasai laluan laut ke Timur
 Mendirikan pangkalan perdagangan di Sri Lanka, Sumatera, Jawa dan Kepulauan Rempah

Penutup
 Portugal merupakan kuasa besar maritim pada abad ke-17 di Eropah selain Belanda dan Inggeris
 Portugal menjadi masyarakat maritim oleh faktor kedudukan geografi , kestabilan politik ,
perkembangan kapitalisme dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai