Anda di halaman 1dari 3

Ciri ciri masyarakat maritim di Portugal

Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama


terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini
mempunyai pelabuhan-pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan
perdagangan atau kegiatan kelautan yang dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan
kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang
tinggal di pesisir pantai, kepulauan dan di lembah sungai bagi memudahkan
mereka menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan
dan mengutip hasil laut.

1. Kegiatan ekonomi
- Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama (di Lisbon & Antwerp)
- Memperoleh barangan dagangan seperti rempah ratus , sutera danbatu
permata dari timur
- Turut menangkap ikan dan mengumpul hasil laut
- Ada kemahiran bina kapal

2. Petempatan
- Tinggal berhampiran di persisir pantai , lembah sungai dan kepulauan
(berhampiran dengan laut)
- Juga tinggal di Pelabuhan di muara sungai (Lisbon & Antwerp)
- Menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran barang dagangan Portugal

3. Teknologi perkapalan
- Mempunyai kemahiran membina kapal contohnya kapal jenis caravel
seberat 2k tan
- untuk pelayaran jarak jauh

4. teknologi pelayaran
- Putera henry memainkan peranan dalam perkembangan teknologi
pelayaran
- Telah mengasaskan sebuah sekolah perlayaran di sagres , Portugal untuk
memberi latihan kepada ahli pelayaran dan jurumudi
- Pelatih pelatih sekolah ini mencipta
1. Kompas magnetik
2. Astrolab (ciptaan orang arab untuk menentukan kedudukan kapal &
membantu pelayar Portugal melancarkan ekspedisi pelayaran ke
timur)
3. Carta pelayaran
- Membantu masyarakat Portugal terdedah kepada ilmu nautika

5. penjelajahan dan penerokaan


- ekspedisi untuk cari jalan ke laut pada abad ke 15
- Bartholomew diazz belayar ke tanjung harapan yang paling selatan di
afrika pada tahun 1487 (180 anak kapal & 40 buah kapal seberat 120 tan)
- Berjaya mengelilingi tanjung harapan dan sampai di Malindi pada tahun
1497 lalu meneruskan perjalanan ke Calicut , india pada 1498

6. Sifat ingin tahu


- pelayar Portugal mempunyai keinginan untuk mencari prestor john (raja
yang konon memerintah sebuah kerajaan Kristian di afrika) untuk dapat
bantuan menguasai kerajaan islam di maghribi
- mendorong mereka menjalankan kajian mengenai bentuk muka bumi ,
iklim , dan cuaca suatu tempat

7. Semangat keterbukaan
- sanggup berlayar ke kawasan kawasan baharu untuk jalinkan hubungan
dengan masyrakat tempatan
- berlaku pemindahan idea dan teknologi
- mempelajari ilmu dan teknologi baharu daripada orang arab dan cina

8. Memiliki sifat berani


- ekspedisi yang dilancarkan oleh Ferdinand Magellan , terpaksa hadap
cabaran seperti kekurangan bekalan makanan dan kerosakan kapal tetapi tetap
meneruskan pelayaran walaupun didesak untuk berpatah balik
9. keupayan menguasai laut
1. menguasai Pelabuhan di laut
2. mendirikan pangkalan perdagangan
3. mengasaskan koloni di tanah jajahan
- menguasai rangkaian Pelabuhan di sepanjang laut dari madeira – cape verda
- juga mendirikan pangkalan perdagangan di Ceylon , sumatera , jawa ,
kepulauan rempah
- mengasaskan koloni tanah jajahan di goa , melaka , maluku , macau

Anda mungkin juga menyukai