Anda di halaman 1dari 4

MELAYU BANGSA PELAUT YANG DIKAGUMI DALAM SEJARAH DUNIA 

Sebenarnya laut dan orang-orang Melayu tidak boleh dipisahkan. Ia ibarat irama dan
lagu, aur dengan tebing atau isi dengan kuku. Kehidupan orang-orang Melayu pada
zaman dahulu adalah berkisar sekitar pantai,pohon kelapa,pasir pantai,perahu dan
kapal. Ini kerana orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah
pengembara,pedagang dan ahli pelayaran. Siapa yang dicanangkan berjaya berlayar
mengelilingi dunia?Ferdinand Magellan. Namun yang anehnya mengapa beliau
mengambil seorang anak kapal berbangsa Melayu,Hitam atau nama Sepanyolnya
Enrique? 

Mengapa Columbus gagal mengelilingi dunia? Kerana tiada navigator yang benar-
benar tahu akan lautan Hindi tempat sebenar yang hendak dituju beliau. Bangsa
Melayulah penguasa laut timur atau dalam bahasa Yunaninya Eritrean seas, oleh itu
jika mahu menguasai lautan timur maka kuasailah orang Melayu atau berbaik dengan
mereka. Inilah yang dibuat oleh para pelayar Arab dan Parsi tetapi tidak diendahkan
Columbus.

Selain dari bangsa Phoenicia,Norseman atau Viking,terdapat satu bangsa lain di dunia
yang mempunyai intuisi dan 'sixth sense' semulajadi tentang laut yakni bangsa Naga
Laut atau Melayu Nusantara. Sejak dari zaman Mesir Purba sehingga ke
Sumeria,bangsa ini diketahui berlayar mengelilingi dunia,mengembara dan berdagang.

Magellan tahu perkara yang tidak diendahkan oleh Christopher Columbus ini. Dia tahu
rahsia yang tidak diketahui oleh Columbus.Sebab itu apabila Columbus sampai ke
Amerika,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Itali ini melompat-lompat
bersorak,menyangka dia telah berjaya sampai ke India dan mengatakan orang-orang
tempatan sebagai Red Indian. Inilah yang cuba dielakkan oleh Magellan,ahli pelayaran
Sepanyol kelahiran Portugis.

Melayu adalah dikenali sebagai bangsa pelaut. Bagaimana budaya sebagai seorang
pelaut, meredah lautan bergelora sebenarnya telah mewujudkan sebuah reformasi
hebat dalam Tamadun Melayu itu sendiri. Untuk menjadi seorang pelaut, seseorang
harus mampu membina kapal-kapal yang hebat, yang tidak akan ranap di tengah
ombak gelora lautan.

Justeru, kajian demi kajian harus dilakukan bagaimana budaya “PELAUT” bangsa
Melayu mampu memberi pengaruh kepada wilayah di sekitar ALAM MELAYU dan juga
di luarnya? Mari bersama-sama saya menyelami sejarah TAMADUN AGUNG MELAYU.

Dalam buku Maritime Southeast Asia to 1500 tulisan Lynda Shaffler mengatakan
bahawa tembikar-tembikar tanah liat adalah datang daripada budaya Melayu dan
disebarkan oleh pelaut-pelaut Melayu ke kawasan sekitar Asia. Dalam menceritakan
tentang ini, Lynda menyebut bahawa pelayar Melayu merupakan pelayar-pelayar yang
mempunyai ilmu laut yang tinggi, berlayar merentasi lautan beribu-ribu batu tanpa
bantuan kompas atau carta-carta bertulis. Pelayar-pelayar melayu menggunakan angin,
bintang, warna air laut, rupa bentuk gelombang laut untuk mengetahui lokasi. Mereka
boleh tahu kedudukan sebuah pulau walaupun mereka masih berjarak 30 batu dari
pantainya hanya dengan melihat tabiat burung-burung tertentu, haiwan dan tumbuhan
laut dan juga rupa bentuk gelombang pada permukaan laut.

Bahkan budaya PELAUT bangsa Melayu sebenarnya telah membantu dan mengajar
orang Cina dalam bidang perlayaran. Lynda Shaffler dipetik berkata demikian dalam
bukunya yang menceritakan seperti berikut:

“Orang Cina juga tahu penduduk pulau ini sebagai pembina dan kru kapal laut serta
akan terlibat perdagangan laut. Orang Cina sebenarnya telah banyak belajar daripada
mereka. Orang Melayu mula membina kapal yang diperbuat dari tikar anyaman yang
diperkukuhkan dengan buluh, sekurang-kurangnya beberapa beratus-ratus tahun SM
dan ketika masa Dinasti Han (206 SM hingga 221 SM), orang Cina telah menggunakan
layar itu."

Lihat bagaimana budaya pelaut bangsa melayu mempengaruhi orang China. Tidak
berhenti di situ, diceritakan juga bagaimana BUDAYA PELAUT BANGSA MELAYU ini
membuatkan mereka mencipta sebuah teknologi yang melampaui zaman mereka.

Untuk menjadi seorang pelayar yang hebat, mesti mempunyai kapal yang hebat kelak
bakat serta kemahiran yang ada hanyalah sia-sia. Sebagai contoh, Abu merupakan
seorang rider sebuah motorsikal, dia sangat hebat berlumba namun sekiranya enjin
motorsikalnya itu lemah, maka bakat Abu hanyalah sia-sia.

Justeru, apakah orang Melayu mempunyai kapal mereka sendiri? Saya membuat
rujukan di internet, dan beberapa buah buku di luar sana dan saya mendapati bahawa
sebenarnya orang Melayu mempunyai kemahiran tersendiri dalam membuat kapal,
sebuah teknologi yang sangat canggih.

Pakar-pakar perkapalan Eropah misalnya telah menemui kapal-kapal Melayu dengan


teknik pembuatan kapal 'sewn-plank and lashed-lug' di mana teknik ini hanya
digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya. Pakar arkeologi maritim,
Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut ketika era Sriwijaya, pembina kapal
Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapal yang amat maju, jauh dibandingkan
dengan contoh-contoh tongkang China sezaman dengannya.
Bahkan menurut pendapat daripada 
(http://depts.washington.edu/silkroad/texts/weilue/appendices.html) diceritakan bahawa
seperti berikut:

“Memandangkan tiada bukti kukuh yang dapat mengesahkan kewujudan kapal besar
dari rantau lain, dapatlah disimpulkan bahawa bangsa Melayu adalah yang pertama
sekali membina kapal besar (1,000 tan ke atas) bermula dari kurun pertama masehi.
Pada kurun ketiga pula kapal 7 tiang yang boleh dianggarkan melebihi 2,000 tan
muncul dari dunia Melayu.”

Pertembungan antara armada Portugis yang sedang dalam perjalanan menyerang


Melaka dengan sebuah kapal dari Aceh telah dicatatkan oleh Gaspar Correia
membuktikan bahawa budaya pelaut ini sebenarnya telah menimbulkan reformasi hebat
dalam komuniti Melayu itu sendiri.

"Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese ships;
naos,caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire because
she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only
penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of
this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights
and only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which
she carried outside as on the barges of Ribatejo"

Bahkan budaya pelaut orang Melayu ini telah memberi kesan yang cukup besar kepada
sebuah wilayah yang bernama Madagascar.

Diceritakan bahawa orang Melayu pernah sampai ke Madagascar dan menjadi rulling
clas di sana sehingga hari ini. Dari keturunan mereka yang beranak pinak di sini,
bangsa Malagasy yang kemiripan budaya mereka dan bahasa mereka sangat dekat
dengan Bangsa Melayu di alam Melayu ini.

Sebagai contoh, bahasa Malagasy sedikit banyak memiliki persamaan dengan bahasa
Melayu Indonesia dan Bahasa Jawa. Untuk bahasa Melayu, horita (gurita), tanjona
(tanjung), varatra (barat), hihy (gigi), fify (pipi), molotra mulut dan sebagainya.
Sementara untuk bahasa Jawa, misalnya untuk pengiraan seperti roa (loro,dua), telo
(telu, tiga), fito (pitu, tujuh) dan seterusnya. Menurut sejarawan yang bernama OC Dahl,
suku BANGSA MELAYU telah sampai ke Madagascar sejak tahun 686 SM. Di sinilah
bangsa Melayu mendirikan sebuah kerajaan Merina yang terletak di tanah tinggi dan
telah memerintah bangsa-bangsa pribumi di Madagascar.
Kesimpulannya, TAMADUN MELAYU merupakan sebuah tamadun agung yang harus
dibanggakan oleh setiap anak muda bernama Melayu. Kalian harus berbangga dengan
peninggalan nenek moyang kalian. 

Inilah masa untuk anak Melayu ku kembali bangkit, jangan terus lena selepas 400
tahun kita dibuai mimpi indah sementara bangsa lain terus memahat nama dalam
sejarah dunia. 

*Gambar sekadar hiasan sahaja* 

-HE dan ASJ- 

(KLIK SHARE DAN LIKE AGAR SEJARAH ANAK BANGSA MELAYU DIKENALI
DUNIA)

https://www.facebook.com/photo.php?
fbid=215540081973358&set=a.182165691977464.1073741828.181500092044024&typ
e=1

Anda mungkin juga menyukai