Anda di halaman 1dari 11

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : JANUARI 2014

HBEF 2803
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
(T2A1)

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )


DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS )

NAMA PELAJAR

MOHAMAD FAUDZI BIN


MOHAMAD SALEH

NO. MATRIKULASI

731208125515001

NO. KAD PENGENALAN :

731208-12-5515

NO. TELEFON

0138927731

E-MAIL

faudzi@oum.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN :

OUM, TAWAU

HBEF 2803 : PERKEMBANGAN


PROFESIONALISME KEGURUAN

ISI KANDUNGAN
BIL

TAJUK

M/S

1.0

PENGENALAN

2.0

RUMUSAN HASIL PEMBENTANGAN KERTAS KERJA.

3.0

PENUTUP

BIBLIOGRAFI

10

HBEF 2803 : PERKEMBANGAN


PROFESIONALISME KEGURUAN

RUMUSAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA YANG BERTAJUK


PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN :
KEBERTANGGUNGJAWABAN INISIATIF KENDIRI
OLEH DR. NASARUDDIN BIN BASAR, KETUA PENOLONG PENGARAH,
SEKTOR PENINGKATAN ILMU, BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.0

PENGENALAN

Kedinamikan perubahan profesion keguruan dalam masyarakat moden sentiasa dipengaruhi


oleh pelbagai faktor dan dasar strategik seperti ekonomi, politik, perubahan sosial dan
pembangunan nasional. Sehubungan dengan pelbagai perubahan yang berlaku ini, profesion
keguruan sebenarnya amat memerlukan pelbagai perubahan inovatif dan kreatif yang mampu
menyesuaikan perjuangannya dengan cabaran-cabaran baru dunia masa kini.

Selaras dengan usaha transformasi ekonomi negara daripada pertanian kepada perindustrian,
daripada masyarakat maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat k-ekonomi, maka
peranan profesion keguruan akan turut sama berubah dalam menzahirkan kurikulum dan
seterusnya menjadikan profesion ini lebih relevan. Bagaimanapun, sekiranya profesion
keguruan ini tidak bersifat responsif kepada perubahan dan cabaran tersebut, sebaliknya
bersifat defensif dan konservatif maka profesion guru akan berhadapan dengan pelbagai
dilema dalam era k-ekonomi.

Berdasarkan kepada kepentingan perubahan atau anjakan dalam bidang prosesianalisme


keguruan, maka satu seminar profesionalisme

keguruan telah diadakan oleh Sektor

Peningkatan Ilmu, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam


seminar ini Ketua Penolong Pengarah, Sektor Peningkatan Ilmu, Dr. Nasaruddin bin Basar
telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan:
Kebertanggungjawaban Kendiri. Merujuk kepada pembentangan ini maka penulisan yang
2

HBEF 2803 : PERKEMBANGAN


PROFESIONALISME KEGURUAN

seterusnya ini akan menghurai dengan lebih lanjut kandungan pembentangan kertas kerja
tersebut.

2.0

RUMUSAN HASIL PEMBENTANGAN KERTAS KERJA.

Kertas kerja ini disampaikan sempena Program Pembangunan Profesionalisme Guru yang
dianjurkan oleh Open University Malaysia (OUM). Muqaddimah kertas kerja ini dimulakan
dengan penghargaan terhadap OUM di atas penglibatan ke arah menjayakan Program
Pengsiswazahan Guru (PPG) di Malaysia. Dalam satu kajian impak secara menyeluruh di
seluruh negara terhadap keberkesanan Program Pengsiswazahan Guru Dalam Bidang-bidang
Kritikal bersama OUM, beliau mendapati program ini telah berjaya membawa impak yang
positif terhadap proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Ini adalah berdasarkan
kepada maklum balas dari kesemua bekas pelajar yang mengikuti program ini dan juga warga
kerja di sekolah-sekolah serta peringkat pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia yang
terlibat dalam kajian. Bertitik tolak daripada itu beliau telah mensyorkan agar program ini
diteruskan dengan penambahbaikkan. Hasilnya program gelombang kedua program OUMKPM dimulakan. Oleh sebab itu, beliau mengharapkan guru-guru dapat melibatkan diri
dalam program ini kerana program ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan
pengetahuan tetapi juga untuk mengubah paradigma serta kemahiran berdasarkan kepada
hasil tugasan modul, ceramah, kuliah dan kajian.

Pembentangan kandungan kertas kerja ini secara umumnya bertujuan untuk memperjelaskan
bagaimana kejayaan dan kecemerlangan seorang guru adalah berdasarkan kepada inisiatif
kendiri. Untuk itu, beliau telah mengupas mengupas empat aspek utama iaitu;-

i.

Pembangunan Profesinalisme

ii.

Pembangunan Profesionalisme Kendiri

iii.

Kebertanggungjawaban guru

iv.

Laluan kerjaya- melalui potensi guru

HBEF 2803 : PERKEMBANGAN


PROFESIONALISME KEGURUAN

Guru yang ada pada hari seharusnya tidak berfikiran secara vertikal iaitu pemikiran yang
beranggapan bahawa ilmu yang telah ada dan funsi yang dipegang perlu dikekalkan kerana
ianya tidak memadai dalam era pendidikan masa kini. Walaupun sistem pendidikan dahulu
berjaya melahirkan pelajar yang berjaya namum pendidikan hari ini memerlukan guru yang
menguasai pelbagai bidang ilmu dan kemahiran untuk melahirkan pelajar yang berjaya.

Dalam

Pelan

Pembangunan

Pendidikan

Malaysia

2013-2025,

Anjakan

keempat

mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Walaupun selama ini, kita
sering menganggap profesian ini sebagai profesian yang hebat dan mulia namun pihak negara
masih terus ingin membangunkan, melonjakkan dan mentransformasi profesian ini. Tindakan
kerajaan ini adalah disebabkan profesion ini perlu terus dibangunkan kerana kualiti-kualiti
yang ada pada hari ini belum menjamin survival negara pada masa kini dan masa hadapan.

Berdasarkan kepada ukuran pencapaian akedemik pelajar, tidak dapat dinafikan bahawa pada
hari ini kita telah berjaya meningkatkan peratusan pelajar lulus dan cemerlang dalam
peperiksaan namun masih terdapat pelajar yang gagal baik gagal sebilangan mata pelajaran
ataupun gagal dalam semua mata pelajaran. Ini bermakna masih terdapat ruang untuk guru
menambahbaikan dan meningkatkan kompetensi diri. Sunguhpun begitu, cabaran hari ini
menuntut guru untuk mempergunakan kompetensi diri untuk menbangunkan pelajar. Adalah
tidak bermakna apabila guru memiliki kompetensi diri yang hebat tetapi gagal melahirkan
pelajar yang hebat. Kompetensi guru seharusnya dapat menyediakan warga negara masa
depan yang dapat menyumbang tenaga, kemahiran dan idea untuk negara.

Dalam satu pembentangan kertas kerja yang lain oleh Profesor Lee Siew Kong dari
Singapura, pembentang menjelaskan terdapat tiga aspek yang diambil kira oleh majikan
dalam soal pengambilan pekerja dari kalangan graduan iaitu;-

i.

Mereka yang berkebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan terutama mereka


yang menguasai multibahasa.

ii.

Mereka yang mampu berkolaborasi untuk menghasilkan input yang terbaik.


4

HBEF 2803 : PERKEMBANGAN


PROFESIONALISME KEGURUAN

iii.

Mereka yang pakar dalam bidangnya.

Dunia perniagaan hari ini sudah melewati sempadan Negara-negara. Ini bermakna wujud
hubungan komunikasi dari pelbagai bangsa. Oleh sebab itu, graduan yang menguasai
pelbagai bahasa akan menjadi keutamaan majikan dalam soal pengambilan pekerja. Selain itu
juga, komunikasi berkesan juga akan menentukan mesej atau arahan dapat diterjemah dengan
jelas dan tepat.

Komunikasi yang berkesan juga akan menentukan keupayaan seseorang untuk berkolaborasi
dengan pelbagai pihak. Kolaborasi amat penting dalam dunia perniagaan hari ini kerana
dengan kolaborasi sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan berkesan. Selain itu juga,
penghasilan produk-produk baru akan lebih pantas dan efektif. Menurut beliau di Lembah
Silikon di Amerika Syarikat, terdapat ramai pakar-pakar dari seluruh dunia. Mereka bekerja
penuh dengan suasana kolaborasi dan hasilnya penciptaan alat-alat baru dapat dihasilkan
dengan pantas dan berkualiti. Atas sebab ini, majikan mengutamakan kemahiran kolaborasi
sebagai prasyarat pengambilan pekerja.

Majikan hari ini juga mengutamakan pekerja yang mahir dalam bidangnya. Oleh sebab itu,
majikan lebih suka memilih graduan yang memperoleh pencapaian sederhana berbanding
graduan berpencapaian akademik tinggi memandangkan persepsi mereka bahawa graduan
percapaian sederhana akan memiliki kemahiran kerana semasa pembelajaran mereka adalah
golongan yang aktif berbanding graduan yang bercapaian akademik tinggi. Sungguhpun
begitu, beliau menegaskan keadaan ini hanya sesuai bagi mereka yang baru hendak
memulakan pekerjaan. Bagi golongan pendidik, pencapaian ilmu pengetahuan semestinya
tinggi kerana mereka telah berkecimpung dalam dunia pendidikan

Berdasarkan kepada keadaan ini maka keperluan terhadap transformasi dalam bidang
keguruan adalah wajar dan mendesak bagi memartabatkan profesion keguruan. Kualiti
pendidikan guru sentiasa menjadi isu perbincangan kerana kualiti bersifat dinamik iaitu suatu
yang tidak mempunyai ukuran tetap. Ia sentiasa berubah mengikut keperluan semasa dan
masa hadapan. Oleh sebab itu, guru harus menguasai kualiti-kualiti baru dan masa hadapan
5

HBEF 2803 : PERKEMBANGAN


PROFESIONALISME KEGURUAN

sekiranya ingin melahirkan pelajar yang memenuhi tuntutan majikan melalui peningkatan
profesionalisme kendiri.

Generasi hari ini adalah generasi yang berkebolehan. Mereka boleh menguasai ilmu dan
kemahiran secara kendiri. Sungguhpun begitu, mereka masih memerlukan guru berdasarkan
persepsi kerelevan guru. Sekiranya guru yang berada di depan mereka tidak membawa erti
dalam pembelajaran mereka maka kehadiran guru tidak menjadi keperluan bagi mereka. Hari
ini, generasi ini sangat mudah memperoleh maklumat. Hanya dengan sentuhan jari maklumat
seperti bentuk muka bumi gurun, gunung berapi dan sebagainya akan diperoleh melalui
telefon bimbit, komputer riba dan i-pad. Oleh sebab itu, guru harus mempertingkatkan
profesionalisme kendiri sekiranya ia mahu terus relevan dalam kalangan pelajarnya.

Kualiti pendidikan masa lalu telah melahirkan guru yang ada pada hari ini. Sungguhpun
begitu, kualiti tersebut tidak relevan untuk generasi masa kini. Oleh sebab itu, guru perlu
sentiasa menambah dan meningkatkan kualiti diri. Antara kualiti tersebut adalah seperti
menguasai kemahiran teknologi maklumat, mengusai bidang penyelidikan dan kajian dan
menguasai multikemahiran dan ilmu. Untuk tujuan ini guru perlu sentiasa mempunyai
semangat dan keinginan untuk memperoleh kemahiran tersebut seperti mengikuti Program
Pengsiswazahan Guru (PPG).

Pendidikan hari ini menuntut guru untuk melaksanakan sesuatu tanpa alasan yang tidak
munasabah. Sikap untuk menunggu segala kemudahan dipenuhi akan menyebabkan kualiti
pendidikan tidak mencapai standart yang dihasratkan. Guru-guru harus mempunyai inisiatif
dan kemahiran untuk melakukan perubahan. Sebagai contohnya, guru-guru di pedalaman
yang serba masih berjaya untuk melahirkan pelajar yang berjaya hasil usaha dan inisiatif
sendiri. Kesemua inilah yang dipanggil inisiatif kendiri. Inisiatif kendiri menuntut guru untuk
melakukan sesuatu pembaharuan yang baik tanpa menunggu arahan atau peruntukan.

HBEF 2803 : PERKEMBANGAN


PROFESIONALISME KEGURUAN

Terdapat enam inspirasi murid yang harus ditunaikan oleh seorang guru menurut Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Iaitu mempunyai;-

i.

Pengetahuan

ii.

Kemahiran Berfikir

iii.

Kemahiran memimpin

iv.

Kemahiran dwibaha

v.

Kemahiran etika dan kerohanian

vi.

Identitikan nasiona

Timbul persoalan samaada guru telah bersedia untuk menunaikan hasrat ini. Guru-guru yang
telah menamatkan pengajian di OUM seharusnya dapat menunjukkan kelainan dan kelebihan
berbanding guru-guru yang belum mempunyai ijazah. Hari ini pengalaman bekerja bukan lagi
satu ukuran kualiti seorang guru kerana terdapat guru hanya mengulang semula perkara yang
telah dilakukan untuk tahun-tahun yang berikut. Pengalaman sebenar seorang guru adalah
perubahan-perubahan

dan

kaedah-kaedah

baru

yang

diperkenalkan

sepanjang

perkhidmatannya. Guru yang berkualiti akan berupaya untuk meningkatkan prestasi murid
namum guru yang tidak berkualiti akan membunuh potensi murid.

Peranan seorang guru adalah besar kerana lahirnya seorang jurutera, doctor dan sebagainya
adalah hasil pendidikan seorang guru. Di sekolah guru memainkan pernan yang lebih besar
terhadap pencapaian murid berbanding peranan pentadbir. Hasil kajian menunjukkan hanya
20 % sahaja sumbangan peranan guru besar dalam pencapaian murid berbanding 53% yang
disumbangkan oleh guru.

Memandangkan

pentingnya

peranan

guru.

Pelan

Pembangunan

Profesinalisme

Berterusan(PPPB) telah beranjak dari Inisiatif Organisasi kepada Inisiatif Kenderi melalui
tiga gelombang iaitu;i.

Gelombang 1 dari tahun 2013-2015

ii.

Gelombang 2 dari tahun 2016-2020.

iii.

Gelombang 3 pada tahun 2021-2025


7

HBEF 2803 : PERKEMBANGAN


PROFESIONALISME KEGURUAN

Peningkatan profesinalisme guru terpaksa menuntut kementerian turun padang untuk merayu
guru-guru mengikuti mengikuti pengajian. Namun begitu usaha ini hanya berjaya menarik
minat 4000 orang guru berbanding 12000 orang guru yang menolak. Keadaan ini
menunjukkan inisiatif kendiri guru adalah rendah. Sungguhpun begitu hari ini, guru-guru
telah menunjukkan inisiatif kendiri yang positif apabila melanjutkan pengajian dengan kos
sendiri. Bagi meningkatkann inisiatif guru, satu skim perkhidmatan guru yang baru akan
dilaksanakan.

Hasil kajian-kajian penyelidikan menunjukkan kursus-kursus hanya dapat mencapai 10%


objektif kursus diadakan namun sebagai tanggungjawab organisasi anjuran kursus, seminar
dan bengkel masih perlu dilakukan. Sungguhpun begitu guru-guru harus mempunyai inisiatif
kendiri untuk meningkatkan profesionalisme kendiri melalui pembacaan, penyelidikan, dan
kajian. Hasil pembacaan, penyelidikan dan kajian ini, seharusnya dapat meninggalkan impak
positif kepada murid seperti memperkenalkan kaedah menguasai kemahiran mengira, kaedah
membaca dan sebagainya.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah berjaya membangunkan kursus membaca
dan telah berjaya mengatasi masalah kemahiran membaca. Kursus ini diperkenalkan oleh
mereka yang bukan dari kelompok warga pendidikan. Kejayaan mereka ini seharusnya
mempertigkatkan daya saing guru untuk membangunkan kursus yang lebih berkualiti. Dalam
satu kajian di India telah menunjukkan potensi diri kanak-kanak telah meningkat hasil
pengalaman mereka menggilap kasut pelancong. Sungguhpun begitu, potensi diri mereka
telah terbantut dan merosot apabila mereka ditempatkan di sekolah. Hasil kajian ini
menunjukkan bahawa guru yang tidak berkualiti di sekolah akan membunuh potensi diri
murid.

Guru seharusnya dapat nmengenal potensi diri murid melalui kajian atau penyelidikan.
Dengan cara ini potensi murid akan dapat dikenalpasti dan dibangunkan. Dunia hari ini telah
menyediakan ruang pembelajaran percuma melalui internet. Oleh sebab itu, guru harus
merebut peluang ini untuk meningkatkan kompetensi diri. Guru-guru yang mempunyai ijazah
seharusnya memiliki kompetensi yang tinggi. Guru-guru dari gred 41 hingga 54 seharusnya
mempunyai ciri-ciri guru yang berwawasan, strategis, aspirasi, profesien dan kompeten
8

HBEF 2803 : PERKEMBANGAN


PROFESIONALISME KEGURUAN

kerana ciri-cirilah yang akan menggerakkan generasi abad ke-21. Selain itu juga semua guru
harus memiliki ciri-ciri ini sekurang-kurangnya secara minima.

Guru-guru yang mempunyai ijazah seharusnya memiliki sekurang-kurangnya separuh


daripada kompetensi yang diharapkan untuk melahirkan generasi yang berjaya, Antara
contoh kompetensi yang diharapkan tersebut vadalah seperti menetapkan objektif proses
pengajaran dan pembelajaran yang jelas serta memilih alat pengajuaran yang berkesan dan
efektif dan mempunyai nilai profesionalisme diri dengan melaksanakan tugas yang diarahkan
dengan tumpuan dan komitmen yang tinggi. Oleh sebab itu guru perlu mengongsi kompetensi
diri dengan apa jua cara untuk menghasilkan kualiti pendidikan negara yang berjaya.

Kesimpulannya, kebertanggungjawaban inisiatif kendiri itu adalah melahirkan diri sebagai


guru yang berkualiti iaitu guru yang mampu meningkatkan kompetensi diri dan berupaya
untuk menggunakan kompetensi diri untuk menlahirkan pelajar yang berjaya dan berupaya
untuk menyumbang kapada kehebatan kualiti pendidikan negara seta dapat meningkatkan
imej dan kulaiti profesionalisme keguruan negara.

PENUTUP

Sesungguhnya guru itu adalah insan yang paling penting dalam mencorak genarasi dan
negara di masa kini dan masa hadapan. Tanpa seorang guru tidak akan lahir sorang perdana
menteri, tidak lahir seorang doktor, tidak akan berdirinya menara petronas dan tidak akan ada
Litar Sepang. Oleh sebab itu, pembangunan profesionalisme guru bukan hanya bersndarkan
kepada usaha organisasi tetapi yang paling pentingnya adalah usaha kendiri. Sebagai satu
bidang yang mencabar guru perlu bersedia dengan pelbagai kompetensi baru dan memiliki
kualiti-kualiti baru.

HBEF 2803 : PERKEMBANGAN


PROFESIONALISME KEGURUAN

BIBLIOGRAFI

http://www.youtube.com/watch?v=A4QaH4rFQS

10

Anda mungkin juga menyukai