Anda di halaman 1dari 4

1.

1 Aliran Pemikiran Naturalis


Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaan
yang sebenar. (Abdullah Zhidi Omar, 2016) Individu yang berfikiran naturalis dianggap
sebagai individu bermoral kerana cenderung untuk menerima apa-apa sahaja keadaan
dalam kehidupan sehariannya. Contohnya, seorang murid masih gagal dalam peperiksaan
walaupun dia telah mengulang kaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh. Namun, dia
dilihat sebagai seorang yang berfikiran naturalis kerana dia hanya menerima keputusan itu
seadanya dengan mengatakan bahawa memang dia tidak cukup berusaha. Dia tidak degil
untuk mencari sebab-sebab yang menyebabkan dia gagal. Setiap orang mungkin
menghadapi apa-apa sahaja situasi dalam kehidupan seharian sama ada yang membawa
kegembiraan, kekecewaan, kesedihan mahupun kesengsaraan. Oleh itu, individu
seharusnya berfikiran naturalis dengan cuba menerima seada-adanya supaya mewujudkan
kesejahtaraan dalam kehidupan seharian.

1.2 Aliran Pemikiran Emotivis

Aliran pemikiran emotivism merujuk kepada sikap manusia yang suka bertindak
mengikut perasaan atau emosi. (Abdullah Zhidi Omar, 2016) Individu yang berfikiran
emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukan mengikut pernyataan fakta tetapi
mengikut emosi, sikap atau perasaan. Setiap individu mempunyai perasaan yang berlainan
walaupun mengalami situasi yang sama. Oleh itu, bagi membentuk individu bermoral, aliran
pemikiran ini perlulah diterapkan dengan baik dan tepat dalam kehidupan seharian individu
berkenaan. Contohnya, seorang anak yang amat menyayangi ibunya selalu menghabiskan
masa membantu ibunya untuk menjual kuih di pasar. Dia berbuat demikian untuk
meringankan beban ibunya walaupun ia telah menyebabkannya semakin merosot dalam
pelajaran. Anak ini dilihat sebagai emotivis kerana dia bertindak mengikut perasaan kasih
sayang terhadap ibunya. Walaupun anak tersebut kurang mempertimbangkan tentang
pelajarannya, namun kasih sayangnya terhadap ibunya menunjukkan dia seorang yang
bermoral.

1.3 Aliran Pemikiran Intuitionis

Aliran pemikiran intuitionis ini berkaitan dengan gerak hati kerana ia merujuk kepada
satu proses melihat dan memahami secara spontan. (Abdullah Zhidi Omar, 2016) Dalam
kehidupan seharian, tindakan seseorang individu yang berfikiran intuitionis lazimnya
berlandaskan perasaan yang dirasai di dalam hatinya berdasarkan pengalaman hidupnya
yang banyak. Kebaikan aliran pemikiran ini boleh dilihat dari segi ketepatan membuat pilihan
dan mengambil tindakan kerana intuitionis merupakan satu proses melihat atau memahami
secara intelek. Sebagai contoh, murid-murid yang lebih tinggi intuitionisnya tidak mudah
dipedaya oleh orang lain yang berniat buruk terhadap mereka, terutamanya penculik.
Mereka mampu membuat tafsiran dengan lebih tepat apabila berlakunya sebarang kejadian
yang mencurigakan di sekeliling mereka. Aliran pemikiran tersebut penting dalam
pembentukan individu bermoral kerana ia secara tidak langsung membantu untuk
mengurangkan anasir-anasir negatif yang berlaku dalam kehidupan seharian sekaliugus
mengukuhkan keamanan negara.

1.4 Aliran Pemikiran Rasionalis

Rasionalis berasal daripada perkataan ratio yang bermakna reason atau sebab di
mana segala tingkah laku moral akan memerlukan asas pemikiran rasional yang waras dan
logik. (Abdullah Zhidi Omar, 2016) Aliran pemikiran ini amat diperlukan supaya membentuk
individu yang sentiasa membuat pertimbangan dan mengambil tindakan secara rasional.
Contohnya, seorang murid tidak pernah melibatkan diri dalam kes membuli walaupun
beberapa rakannya adalah pembuli, malah dia selalu menasihat rakannya supaya tidak
membuli orang lain kerana ini hanya membawa kesengsaraan kepada orang lain dan
menjatuhkan maruah dirinya sendiri. Tindakan murid tersebut jelas menunjukkan dia
seorang yang bermoral kerana dia sedar bahawa membuli adalah perbuatan yang tidak
wajar dan dilarang sama sekali. Individu yang berfikiran rasionalis biasanya menunjukkan
tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar, bersemangat
patriotik dan sebagainya. Jelasnya, individu yang bermoral seharusnya berfikiran rasionalis
supaya menjamin kesejahteraan hidup diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Tindakan Ling dan Eureen ini membezakan antara nilai instrinsik dan nilai
instrumental. Apabila Ling menjumpai sampah dibuang merata-rata tempat, dia selalu
mengutip sampah itu untuk dibuang ke dalam tong sampah. Ling berbuat demikian kerana
dia suka tempatnya bersih. Ling telah menjadikan tempat di sekelilingnya sentiasa bersih
walaupun dia sebenarnya tidak berniat untuk meningkatkan kebersihan alam sekitar.
Sebaliknya, Eureen hanya akan membuang sampah yang dijumpainya ke dalam tong
sampah apabila menampak gurunya. Hal ini kerana Eureen ingin mendapatkan pujian dan
hadiah daripada gurunya, tetapi bukan disebabkan ingin menjaga kebersihan alam sekitar.
Ling dan Eureen bertindak sama tetapi dengan hasrat yang berbeza. Tegasnya, individu
yang mampu mempamerkan kedua-dua nilai instrinsik dan nilai instrumental dengan niat
yang positif adalah individu bermoral.
Hal ini kerana menurut berita atas talian yang dipaparkan oleh Pejabat Perdana Menteri
Malaysia (17 Februari 2019), Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah kata,
sikap toleransi yang diamalkan rakyat Malaysia merupakan kunci kepada pembangunan
dan keamanan negara. Justeru, kita sebagai individu bermoral mesti bersikap sabar dan
bertolak ansur apabila berinteraksi dengan orang lain supaya mengelakkan berlakunya
pertelingkahan antara satu sama lain. Kita juga perlu menghormati dan bersedia untuk
menerima

mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan harmoni. Contohnya, guru boleh
untuk yang berlainan latar belakang. Apabila membahagikan murid kepada kumpulan untuk
menjalankan aktiviti pula, guru perlu memastikan setiap kumpulan terdiri daripada murid
yang berbilang bangsa, budaya dan agama. Hal ini memberi peluang kepada murid untuk
berinteraksi dan membina persefahaman antara satu sama lain.

5.0 Ciri-Ciri Pembentukan Individu Bermoral

Selain daripada beberapa aliran pemikiran moral dan nilai-nilai yang dinyatakan di
atas, seseorang individu bermoral juga seharusnya memenuhi ciri-ciri seperti bertoleransi,
hormat-menghormati, bersopan santun dan adil. Hal ini kerana menurut berita atas talian
yang dipaparkan oleh Pejabat Perdana Menteri Malaysia (17 Februari 2019), Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah kata, sikap toleransi yang diamalkan rakyat
Malaysia merupakan kunci kepada pembangunan dan keamanan negara. Justeru, kita
sebagai individu bermoral mesti bersikap sabar dan bertolak ansur apabila berinteraksi
dengan orang lain supaya mengelakkan berlakunya pertelingkahan antara satu sama lain.
Kita juga perlu menghormati dan bersedia untuk menerima pendapat, fikiran atau
kepercayaan orang lain tanpa mengira kaum, agama dan bahasa.

Individu bermoral hendaklah bersikap adil dengan melayani sesiapa sahaja secara
sama rata tanpa mengira sosial, jantina atau etnik mereka. Contohnya, golongan lelaki tidak
sepatutnya melakukan diskriminasi terhadap golongan perempuan kerana kita mesti
menghormati hak setiap individu yang lain. Jelasnya, keadilan amat penting bagi menjamin
kemakmuran hidup masyarakat majmuk.

Zoel terus menerima Ahmad sebagai ahli kumpulannya walaupun dia mengetahui bahawa
Ahmad selalu berlengah-lengah dalam menyiapkan tugasan. Zoel menerima sahaja sikap
Ahmad itu dan tidak degil untuk menukar ahli kumpulan kerana dia akur bahawa setiap
budaya mempunyai gaya tersendiri dalam pendekatan menyelesaikan tugasan. (Noriati A.
Rashid & et.al, 2017) Malah, Zoel sentiasa bertoleransi dan berkolaborasi dengan Ahmad
supaya bersama-sama menghasilkan tugasan yang cemerlang. Walaupun kita mungkin
berinteraksi dengan sesiapa sahaja yang berbeza dari segi gaya berfikir, sikap dan tingkah
laku, namun kita seharusnya berfikiran naturalis dengan bersedia untuk menerima
perbezaan orang lain.

seorang ibu terus menerima hakikat bahawa dia melahirkan seorang anak perempuan
walaupun dia sebenarnya mengharapkan kelahiran anak lelaki. Dia tidak pernah mengadu
tentang nasibnya di mana dia telah melahirkan empat orang anak perempuan kerana dia
akur dengan takdir dan mengatakan bahawa anak merupakan anugerah Tuhan yang tidak
ternilai. Dia tidak pernah melepaskan geramnya terhadap anaknya itu disebabkan

Anda mungkin juga menyukai