Anda di halaman 1dari 7

TUN TAN CHENG LOCK

1. lahir pada 5 April 1883


2. seorang pemimpin politik Cinadi Tanah Melayu
3. merupakan presiden pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun 1949.
4. ketika Tan Cheng Lock berumur 40 tahun beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan
Tidak Rasmi Selat dan S.S. Executive Council dari tahun 1933 hingga 1935. Semasa
tempoh memegang jawatan tersebut, beliau memperjuangkan nasib kaum Cina
khususnya dari aspek undang-undang perkahwinan, candu, pendidikan dan isu-isu
imigresen.Dalam tahun 1949, beliau telah dilantik menjadi presiden pertama bagi
Malayan Chinese Associations (MCA).
5. Pada 27 Februari 1949, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain
seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee, Tan mengasaskan Persatuan Cina
Tanah Melayu (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama. Matlamat utama untuk
membentuk MCA adalah untuk menyatukan orang-orang Cina di Tanah
Melayu,melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina dan bekerjasama dengan
kerajaan untuk menentang komunisme serta bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain
untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu
6. Tan Cheng Lock, selaku ketua MCA, menyokong gagasan Dato' Onn Jaafar untuk
membentuk Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). IMP dibentuk pada 26
September 1951 di Kuala Lumpur dengan kerjasama berbagai-bagai bangsa.
7. Tun Tan Chen Lock dilahirkan pada 5 April 1883 di Hereen Street, Melaka.
8. Berasal daripada keluarga berada dan mendapat pendidikan di sekolah Iggeris.
9. Mendapat pendidikan di Malacca High School dan Raffles Institution, Singapura.
10. Bertugas sebagai guru di Raffles Institution selama enam tahun.
11. Bekerja sebagai penolong pengurus di estet getah sepupunya sebelum membuka syarikat getah
sendiri.
12. Dilantik menjadi anggota tidak rasmi Majlis Perbandaran Melaka pada tahun 1912.
13. Pada tahun 1923 beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat
14. Orang Asia pertama dilantik ke Majlis Eksekutif Negeri-negeri Selat.
15. Merupakan salah seorang pemimpin paling awal membayangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
16. Dilantik sebagai Pengerusi Pusat Tenaga Rakyat dan memasuki Majlis Tindakan Bersama Se-
Tanah Melayu (PUTERA-AMCJA)
17. Sejak meletusnya Perang Dunia Pertama, beliau bergiat dalam Persatuan Rakyat British Keturunan
Cina Selat( Straits Chinese British Association)
18. Pada tahun 1943 beliau menubuhkan Persatuan Orang Cina Seberang Laut India.
19. Usaha Tun Tan Cheng Lock dan beberapa pemimpin Cina lain seperti Tun Leong Yew Koh
akhirnya melahirkan Persatuan Cina Tanah Melayu (Malayan Chinese Association-MCA) PADA
Februari 1949.
20. Seorang pemimpin berjiwa rakyat
21. Perjuangan Tun Tan Cheng Lock telah diteruskan oleh anaknya Tun Tan Siew Sin.

Tan membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada 23 Ogos 1953,
dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk
mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan Parti Perikatan antara MCA,
UMNO, dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51
daripada 52 kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955. Cita-cita Tan untuk
memperoleh taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika
UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan
kepada Suruhanjaya Reid yang ditugasi untuk menulis Perlembagaan Persekutuan.

Tan Cheng Lock adalah generasi kaum Cina awal 1920-an dan 1930-an yang menyumbang
kepada asas Malaysia sekarang. Selama hampir 40 tahun beliau bergiat cergas dan aktif dalam
ehwal awam.

Sumbangan.
Jadi,sumbangan Tun Tan Cheng Lock terhadap negara kita adalah sangat banyak dan tidak
boleh kira dengan sepuluh jari kita .Beliau sanggup berkorban dan
menyumbang tenaga untuk memperjuangkan nasib
orang Cina .Beliau menyumbang tenaga dalam bidang ekonomi,sosial orang Cina.

1. Dari segi sosial,Tun Tan Cheng Lock menyediakan


kemudahan biasiswa kepada pelajar Cina yang pintar tetapi kekurangan sumber
kewangan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Hal ini
disebabkan kebanyakan pelajar berasal dari keluarga yang miskin dan sebab
inilah keluarga mereka tidak mampu menyara pelajaran mereka hingga ke peringkat
yang tertinggi. Lazimnya,pelajar yang pintar akan dihantar ke
London .Namun,pembiayaannya agak tinggi. Hanya golongan aristrokat dan berada saja
yang mampu menghantar anak ke luar Negara. Akibat inilah banyak pelajar pintar yang
terpaksa berhenti separuh jalan kerana sumber kewangan yang terhad. Bagi,menangani
isu ini,Tun Tan Cheng Lock menyarankan supaya British memberikan kemudahan
biasiswa kepada pelajar yang miskin tetapi cemerlang untuk melanjutkan pelajaran
mereka ke tahap lebih tinggi.Hanya dengan ini sahaja,mutu pendidikan ,perkhidmatan
dan masalah sosio-ekonomi penduduk Tanah Melayu dapat dipertingkatkan. Antara
biasiswa yang paling berprestij ketika itu ialah Biasiswa Ratu atau Queen
Scholarship.Namun begitu,tidak ramai pelajar di kalangan penduduk tempatan mendapat
biasiswa tersebut walaupun berpretasi cemerlang kerana diskriminasi British terhadap
penduduk tempatan. Hal ini terbuktilah Tun Tan Cheng Lock ialah seseorang yang
mementingkan pendidikan dalam generasi muda.Beliau sedari pendidikan adalah sangat
penting sehingga dapat meningkatkan kemajuan Negara

2. Selain daripada pendidikan,beliau juga menyediakan kemudahan untuk semua


kaum.Semasa pemerintahan British,kekurangan kemudahan yang disediakan loeh British
kerana sikap British yang mementingkan diri sendiri.Oleh itu,Tun Tan Cheng Lock telah
mendesak pihak British menyediakan kemudahan seperti bantuan dalam
pendidikan,perniagaan dan sebagainya. Tun Tan Cheng Lock sentiasa membantu
masyarakat Cina maju dalam perniagaan .Dari segi pendidikan pula,beliau
menggalakkan tenaga pengajar dari China untuk mengajar anak-anak mereka.Cara ini
dapat meningkatkan tahap pendidikan mereka pada masa hadapan.Anak-anak yang
cemerlang akan diberi peluang untuk menjejaki alam pengajian tinggi di luar
Negara.Beliau sentiasa memastikan anak-anak bangsanya mendapat biasiswa,penaja
atau diberi bantuan melalui persatuan. Tetapi,beliau berasa pendidikan bukan khas untuk
manusia yang sempurna sahaja ,warga cacat juga memerlukan pendidikan untuk
menjamin masa depan mereka.Pada masa itu,kebanyakan penduduk yang mengalami
kecatatan seperti buta wajar.Tun Tan Cheng Lock tidak mahu golongan tersebut tersisih
dari segi pendidikan kerana golongan cacat penglihatan mempunyai kebijaksaan seperti
manusia normal .Sekiranya mereka diber pendidikan mereka pasti dapat menyumbang
tenaga kepada Negara. Oleh itu,beliau menyarankan kepada pihak British supaya
mengadakan kelas didikan untuk golongan cacat penglihatan dan kelas-kelas tersebut
perlu mempunyai silibus yang sama seperti sekolah harian.Cara belajar ialah melalui
penggunaan Braille supaya golongan tersebut senang mendapat maklumat dalam buku
walaupun tidak dapat lihat.Selain itu,sekolah tersebut juga harus memasukkan pelbagai
kemahiran seperti membuat bakul,beg tangan dan menganyam.Kemahiran ini mungkin
boleh digunakan untuk sara diri kerana boleh mendatangkan keuntungan.

3. Masih dalam isu pendidikan,pada masa penjajahan British,kebanyakan sekolah di Tanah


Melayu tidak mempunyai standard tertentu dan mendapat pendidikan yang kurang
berkualiti.Kebanyakan pelajaran diajar asas untuk mengenal huruf dan para pelajar
hanya mendapat jawatan yang rendah. Bagi sekolah-sekolah Kristian,mereka hanya
menjurus kepada pendidikan pentadbiran,ekonomi dan politik.Hanya anak pegawai
British mampu melanjutkan pelajaran ke UK.

Bagi sekolah cina lebih menjurus kepada pendidikan China dan berkaitan dengan fahaman
politik.Pengaruh kominis amat kuat di Bhina bermakna fahaman pendidikan juga kea rah
komunis.Tiada wujudnya penerapan nilai yang bail dalam pendidikan itu.Begitu juga dengan
sekolah India,mereka diajar mengenai negara India.Hal ini telah menyebabkan tiada integrasi
antara kaum di Tanah Melayu.

Tun Tan Cheng Lock telah menyedari hakikat ini dan beliau barasa satu sistem pendidikan
standard perlu wujud.Caranya ialah menyediakan bantuan kewangan kepada sekolah yang daif
tetapi cemerlang,menyamatarakan sistem pendidikan,menyemaikan semangat cintakan
negara.Hanya dengan cara ini,salah faham atau prasangka antara kaum dapat diminimumkan.

Idea beliau mendapat pertimbangan pihak British.Pihak British percaya hanya mewujudkan
sistem pendidikan yang standard sahaja dapat mengekang pengaruh komunis dalam sekolah
Cina dan sebagainya.
Tun Tan Cheng Lock juga memperjuangkan pendidikan cina.Perjuangan dalam pendidikan cina
mendapat bantuan masyrakat cina dari luar Negara.
Perjuangan beliau didorong oleh kesedaran beliau bahawa kebanyakkan kanak-kanak Cina di
sekolah Inggeris kurang fasih berbahasa Mandarin,sedangkan seseorang itu tidak sepatutnya
dihalang daripada mendapat pendidikan dalam bahasa ibunda mereka.Oleh itu,beliau
mancadangkan bahasa Mandarin diajar di kurikulum sekolah.
Pada tahun 1932,iaitu semasa kemelesetan ekonomi, permintaan bantuan dari sekolah-sekolah
Cina meningkat tetapi Sir Cecil Clementi berpendapat bantuan tidak akan diberi kepada sekolah
Cina dan Tamil.Hal ini telah mendapat tentangan daripada Tun Tan Cheng Lock melalui satu
memorandum kepada Sir Samuel Wilson,beliau menyatakan kerajaan sepatutnya memberi
subsidi kepada sekolah vernakular Cina kerana sekolah itu memberi pendidikan kepada kanak-
kanak Cina .
Tan Cheng Lock berpendapat kerajaan belum cuba sedaya upaya dalam pendidikan Cina.Jika
diberi subsidi,pendidikan Cina akan menjadi lebih baik.Tetapi,pendapat beliau tidak
diendahkan.Sir Cecil Clementi tidak memberi sebarang ulasan tentang pembentangan Tan
Cheng Lock ke atas pendidikan vernacular Cina.
Di samping itu,Tun Tan Cheng Lock menyeru diperkenalkan pendidikan Inggeris yang universal
dan wajib kepada semua kanak-kanak secara percuma supaya dapat membina insan yang
berpengetahuan luas.Pendidikan Inggeris akan mewujudkan masyarakat yang setia kepada
British.Beliau juga melihat pendidikan Inggeris sebagai jalan untuk membina bangsa dalam
negara majmuk dan mencapai perkembangan politik kepada tanah jajahan.
Tun Tan Cheng Lock menganggap pendidikan Inggeris sebagai satu cara untuk lari daripada
belenggu kemiskinan dan mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan.Orang Melayu juga
mahukan pendidikan Inggeris untuk bersaing dengan bangsa lain.Oleh itu,pendidikan Inggeris
perlu diberi secara percuma.
Selain beliau memberi sumbangan kepada bidang pendidikan,Tun Tan Cheng Lock juga
berusaha memajukan masyarakat di Tanah Melayu sentiasa terjamin.Justeru itu,beliau
menggalakkan masyarakat Cina bekerjasama dengan orang Melayu untuk mentadbir
negara ini.
Tun Tan Cheng Lock berpendapat hubungan mesra antara kaum amat penting untuk
mencapai kemerdekaan.Oleh itu,beliau mendesak supaya campur tangan orang Cina dan
Melayu dalam pentadbiran British.Dengan itu,Tun Tan Cheng Lock menggalakkan anaknya
supaya bergaul dengan anak-anak bangsa lain supaya mewujudkan intergrasi kaum.

Dari segi ekonomi,Tun Tan Cheng Lock juga menyumbang tenaga dalam bidang penanaman
getah.Suatu ketika dahulu,harga getah semakin merosot keTunrana pengeluaran yang tidak
terkawal.Bagi mengawal harga getah di pasaran dunia,Skim Stevenson diperkenalkan.Apabila
para saudagar dari Pertubuhan Dewan Perniagaan Cina cuba menghapuskan sekatan tersebut
pada tahun 1925. Tun Tan Cheng Lock menentang cadangan itu kerana beliau khuartir
penarikan balik sekatan itu akan menurunkan harga getah dengan lebih teruk.
Sokongan beliau terhadap sekatan tersebut adalah wajar berdasarkan perkembangan industry
getah pada masa itu.Sebelum ini,harga getah ialah RM 1.98 bagi 373 gram dan mula jatuh pada
tahun 1913.
Pendirian Tun Tan Cheng Lock berhubung dengan penanaman padi ialah beliau menggesa
kerajaan supaya membuka peluang menanam padi kepada orang Cina dan orang India supaya
satu kuasa buruh yang benar-benar berkuasa dapat dibentuk.Seterusnta pada tahun 1927,beliau
meminta pengembangan kegiatan menanam padi supaya bekalan beras negara
mencukupi.Permintaan beliau menarik perhatian kerajaan kerana persoalan kecukupan bekalan
beras selalu ditimbulkan.
Selain daripada memberi sumbangan kepada bidang ekonomi di Tanah Melayu,beliau juga
pandai merancang perbelanjaan kerajaan.Dalam hal kewangan,beliau lebih suka mengamalkan
sikap berjimat-cermat sementara beliau juga bekerja dalam perkara yang melibatkan awam dan
menekankan soal ekonomi dalam kerajaan.

Prinsip Tun Tan Cheng Lock terbukti apabila beliau dengn beraninya mengkritik perbelanjaan
yang berlebihan dengan pembayaran gaji kepada para pegawai awam Eropah yang kurang
berkaliber.Satu pembaziran telah berlaku kerana pegawai Eropah lebih
mementingkan kemewahan daripada berkhidmat kepada rakyat Tanah Melayu.

Sejak awal tahun 1928,iaitu sebelum zaman kemelesetan ,Tun Tan Cheng Lock mengingatkan
kerajaan supaya tidak menaikkan kadar perbelanjaan daripada 8.7juta pada tahun 1920 kepada
16.1juta pada tahun 1929 iaitu peningkatan sebanyak 50 peratus.Beliau menggesa kerajaan
mengurangkan kakitangan Eropah untuk mengurangkan perbelanjaan dan menggantikan
pegawai Eropah yang bersara dalam perkhidmatan awam Tanah Melayu dengan orang-orang
Asia.

Pihak British tidak mempendulikan cadangan Tun Tan Cheng Lock.Sebaliknya menaikkan
gaji,pencen dan elaun sementara kerana pihak kerajaan lebih mementingkan kehidupan yang
mewah.

Kemelesetan yang dialami mula memperlihatkan kebenaran pendapat Tun Tan Cheng
Lock.Pada tahun 1931,setiausaha tanah jajahan mencadangkan pengurangan elaun
sementara.Setengah tahun kemudian,Sir Cecil Clementi secara tiba-tia menghapuskan elaun
sementara untuk menjimatkan 1.0 juta.

Konklusinya,sebagai seorang pemimpin Cina,beliau telah memberi banyak sumbangan dan telah
berkorban banyak kepada Tanah Melayu dan jasa beliau dikenang sampai ke abad ke-21 dan
kepada semua generasi Y .

1. https://www.scribd.com/doc/221023291/biografi-tun-tan-cheng-lock
2. https://sarawakvoice.com/2016/08/16/retorik-politik-tunku-tan-cheng-lock-dan-
sambanthan-bagi-mencapai-kemerdekaan/
3. http://mus_1981.tripod.com/tokoh.html
4. https://www.hmetro.com.my/nuansa/2017/11/279270/mengenal-negarawan
5. https://www.star2.com/people/2015/09/02/tun-sir-tan-cheng-lock-they-should-learn-
to-regard-themselves-as-malayans-first-irrespective-of-their-
race/#gtYe1fuLP7x3dVoP.99
6. https://www.scribd.com/document/143176710/
7. https://www.scribd.com/document/163382849/Sumbangan-Tokoh
8. . https://www.bharian.com.my/node/78207
9. https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20171101/282114931835495

////////

10. http://www.academia.edu/32141276/TUN_TAN_CHENG_LOCK_PRESIDEN_PERTAMA_P
ERSATUAN_CINA_TANAH_MELAYU_MCA

///////

11. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia&
sec=Rencana&pg=re_06.htm
12. http://penatokoh.blogspot.com/2014/02/tun-tan-cheng-lock.html
13. https://s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/37779874/UPSI12_Jatidiri_17101
2.pdf?AWSAccessKeyId=AKIAIWOWYYGZ2Y53UL3A&Expires=1532842006&Signature=r4
2BLgUvYUkOWBeyAR4eb73POE8%3D&response-content-
disposition=inline%3B%20filename%3DSidang_Pengarang.pdf#page=9
14.
Tokoh kemerdekaan

-memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan British.

Cinta akan Negara

- Suatu ketika dahulu orang cina datang ke Tanah Melayu untuk mencari harta kekayaan dan
pulang semula ke negara asal. Memandangkan Tun Tan Cheng Lock dilahirkan dan dibesarkan di
Tanah Melayu yang ketika itu terdapat pelbagai kaum, menyebabkan beliau mempunyai sikap
baru tidak seperti nenek moyang beliau. Tun Tan Cheng Lock dan generasi berikutnya mula
menganggap Tanah Melayu sebagai negara mereka, bukan lagi sebagai “orang cina di seberang
laut”.

- Pada 1 Januari 1923, ketika Tan Cheng Lock berumur 40 tahun beliau telah dilantik menjadi
Ahli Majlis Perundangan Tidak Rasmi Selat dan S.S. Executive Council dari tahun 1933 hingga
1935. Semasa tempoh memegang jawatan tersebut, beliau memperjuangkan nasib kaum Cina
khususnya dari aspek undang-undang perkahwinan, candu, pendidikan dan isu-isu imigresen.

Anda mungkin juga menyukai