Anda di halaman 1dari 1

DEDIKASI

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan buat Allah atas kurniaan


kesihatan dan kelapangan waktu untuk menyiapkan kajian ini. Teristimewa buat dua
insan yang menjadi penguat kepada diri ini iaitu ayahanda tersayang, Wan Ibrahim Bin
Wan Salleh dan ibunda yang dikasihi Zuraila Binti Ab Rahman. Sekalung penghargaan
diucapkan atas segala sokongan, semangat dan doa yang tidak pernah jemu kalian
ttitipkan buat anakmu. Pengorbanan kalian merupakan asbab dan pemangkin utama
kepada diri ini untuk terus berjaya. Seterusnya sekalung aspirasi buat pensyarah-
pensyarah terutamanya pensyarah penyelia, Ustaz Wan Azlan Bin Wan Adnan dan Dr
Ramlan Bin Mustapha atas tunjuk ajar dan bantuan yang diberi. Sejujurnya, kajian ini
tidak akan lengkap tanpa pengorbanan dan usaha kalian dalam membimbing kami.
Kalian adalah pendidik yang berdedikasi yang sentiasa menjadi idola kepada kami.
Seterusnya, kepada kesemua peserta kajian, jutaan terima kasih saya ucapkan
kepada kalian kerana sudi mengorbankan masa dan tenaga untuk terlibat dalam kajian
ini. Jasa kalian amat saya hargai. Semoga kerjasama kalian akan memberi manfaat
kepada pelbagai pihak melalui kajian ini. Buat sahabat-sahabat perjuangan, PISMP
Pendidikan Islam dan juga sahabat dari unit lain, terima kasih kerana sudi menjadi
teman yang setia dalam menempuh liku-liku kehidupan sepanjang lima tahun
menjalani latihan perguruan di IPGKTAA ini. Terlalu banyak kenangan, tunjuk ajar,
bimbingan, teguran yang dikongsi bersama sehingga terbentuk persahabatan yang
dilimpahi dengan kasih sayang dan keikhlasan. Semoga persahabatan ini tidak
terhenti di dunia malah akan terus kekal hingga ke syurga.

iv

Anda mungkin juga menyukai