Anda di halaman 1dari 7

REPORT WRITING

You are required to explore on application of irrational numbers in daily life activities
or non-routine problems involving various types of numbers. Chose one title that you
found most interesting to write a report.

TAJUK : Penghasilan sebuah bingkai gambar menggunakan konsep golden ratio.

Tugasan ini telah meminta saya untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang
penggunaan nombor bukan nisbah dalam kehidupan seharian. Oleh itu, saya telah
melakukan banyak penerokaan dan pembacaan terhadap nombor bukan nisbah ini melalui
sumber internet dan juga buku iaitu menjelaskan bahawa nombor bukan nisbah ini
merupakan suatu nombor yang tidak boleh ditulis dalam bentuk pecahan mudah contohnya
seperti Pi (π), number euler (e), golden ratio (φ), punca kuasa dua (√) dan banyak lagi.
Saya memberi penekanan terhadap konsep golden ratio kerana kebanyakan bidang
mahupun industri yang saya temui menggunakan konsep golden ratio seperti dalam bidang
kesenian, makanan, alatan muzik, industri perabot dan lain-lain.

Saya amat berminat untuk mengkaji bidang kesenian di mana saya ada terjumpa
sesuatu yang menarik tentang penghasilan sebuah bingkai gambar yang menggunakan
konsep golden ratio. Oleh yang demikian, kebetulan juga keluarga saya baru berpindah ke
rumah baru dan saya diberikan bilik baru oleh ibu saya. Dengan itu, ia telah mendorong
saya untuk menghasilkan sebuah bingkai gambar yang menarik dan dapat diletakkan
banyak gambar yang menggunakan konsep golden ratio dengan urutan nombor fibonaci
seperti 1,1,2,3,5,8,13 dan seterusnya untuk diletakkan dalam bilik baru saya itu. Dengan ini,
gambar-gambar yang saya ada dapat dimuatkan hanya dalam satu bingkai gambar sahaja
dan ini dapat menjimatkan ruang-ruang yang ada dalam bilik baru saya itu. Oleh itu, kajian
saya ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah bingkai gambar yang menarik dan
menggunakan konsep golden ratio.

Oleh itu, berdasarkan kajian dan penyelidikan yang telah saya lakukan, saya telah
membina sebuah jadual untuk menghasilkan bingkai gambar yang menggunakan konsep
golden ratio. Jadual tersebut seperti berikut dalam Jadual 1;

1
Jadual 1. Ukuran bagi bingkai gambar mengikut urutan nombor fibonaci.

URUTAN NOMBOR URUTAN NOMBOR FIBONACI UNTUK GOLDEN RATIO


FIBONACI BINGKAI GAMBAR (φ)
Lebar (cm) Panjang (cm)
1 5 5
1 5 10
2 10 15
3 15 25
5 25 40

Ukuran-ukuran yang saya gunakan untuk membina sebuah bingkai gambar ini
adalah mengikut urutan nombor fibonaci. Saya telah melakukan banyak percubaan untuk
mencari suatu ukuran yang terbaik untuk membina bingkai gambar tersebut dan saya telah
memilih 5cm sebagai ukuran permulaan kerana ia bertepatan dengan saiz gambar saya
yang paling kecil. Dengan itu, urutan nombor fibonaci yang saya gunakan adalah 5,5,10, 15,
25 dan 40. Oleh kerana bingkai gambar yang saya ingin hasilkan ini mempunyai lima ruang
maka ukuran saya seperti dalam jadual tersebut. Pengiraan untuk urutan nombor fibonaci ini
dapat dilakukan melalui formula berikut:

Xn = Xn-1 + Xn-2

Contohnya: untuk mencari ukuran kedua selepas 5cm,

X2 = X2-1 + X2-2

=X1 + X0

=5+0

= 5 cm

Manakala, pengiraan untuk golden ratio pula dapat dikira melalui kaedah tersebut,

a+b
÷
a ÷ b
a+b
=
a
= 1.618... = φ
b b

2
Contoh pengiraan bagi golden ratio bagi ukuran terkecil bingkai gambar yang saya akan
hasilkan adalah seperti berikut,

Panjang = 5cm, lebar = 5cm

Nisbah golden = 5
5
φ=1

Pengiraan bagi nilai golden ratio yang seterusnya dapat dirujuk dalam lampiran 1 dan nilai
yang telah diperoleh telah dinyatakan melalui Jadual 2 seperti berikut,

Jadual 2. Nilai Golden Ratio yang diperoleh.

URUTAN NOMBOR URUTAN NOMBOR FIBONACI UNTUK GOLDEN RATIO


FIBONACI BINGKAI GAMBAR (φ)
Lebar (cm) Panjang (cm)
1 5 5 1
1 5 10 2
2 10 15 1.5
3 15 25 1.666
5 25 40 1.6

Bingkai gambar yang ingin saya hasilkan adalah mengikut ukuran yang telah
saya pilih yang menggunakan urutan nombor fibonaci berdasarkan konsep golden ratio.
Bingkai gambar ini akan mempunyai lima ruang dengan saiz yang berbeza. Ini merupakan
bentuk bingkai gambar yang saya ingin hasilkan untuk diletakkan dalam bilik baru saya itu
dapat dilihat pada rajah 1 dan langkah-langkah penghasilan bingkai gambar tersebut satu
persatu dengan ukuran yang berbeza dapat dirujuk dalam Lampiran 2 yang telah saya
lampirkan.

3
5

1 2
:
4
3

Rajah 1. Bentuk Bingkai Gambar yang akan dihasilkan mengikut urutan nombor fibonaci

Saya mendapati bahawa ukuran panjang (cm) dan lebar (cm) yang saya gunakan
untuk penghasilkan bingkai gambar ini adalah selaras dengan turutan nombor fibonaci iaitu
1,1,2,3,5,8 dan seterusnya. Selain itu, berdasarkan jadual 2, saya menyedari bahawa nilai-
nilai yang saya perolehi untuk nilai golden ratio tidak mencapai nilai golden ratio yang
sebenar iaitu 1.61803398874989484820... . Oleh yang demikian, hal ini telah mendorong
saya untuk mencari ukuran bingkai gambar yang ke berapa supaya nilai golden ratio dapat
dicapai dalam sebuah bingkai gambar. Oleh itu, saya telah membina sebuah jadual lagi iaitu
Jadual 3 bagi menunjukkan nilai golden ratio yang saya dapati dengan menambah ukuran
pada bingkai gambar tersebut. Pengiraan tersebut dapat dirujuk dalam lampiran 3.

4
Jadual 3. Nilai Golden Ratio yang diperoleh dengan penambahan ukuran pada Bingkai
Gambar.

URUTAN NOMBOR URUTAN NOMBOR FIBONACI UNTUK GOLDEN RATIO


FIBONACI BINGKA GAMBAR (φ)
Lebar (cm) Panjang (cm)
1 5 5 1
1 5 10 2
2 10 15 1.5
3 15 25 1.666
5 25 40 1.6
8 40 65 1.625
13 65 105 1.615
21 105 170 1.619
34 170 275 1.617
55 275 445 1.618

Ukuran lebar 275cm dan panjang 445cm iaitu ukuran untuk bingkai gambar yang
kesepuluh telah menujukkan bahawa nilai nisbah golden yang diperoleh adalah
menghampiri nilai sebenar golden ratio. Di sini dapat saya simpulkan bahawa semakin besar
turutan nombor fibonaci, semakin menghampiri nilai sebenar golden ratio. Ini turut
membuktikan bahawa dalam industri kesenian, bingkai gambar yang dihasilkan adalah
menggunakan konsep golden ratio dengan urutan nombor fibonaci. Tambahan lagi,
berdasarkan jadual 3, saya dapat mengenalpasti bahawa urutan nombor fibonaci yang
bermula daripada 1 sehingga 5 merupakan nombor nisbah manakala turutan nombor
fibonaci yang seterusnya iaitu 8 sehingga 55 adalah berada dalam kategori nombor bukan
nisbah.

Seterusnya, saya menemui bahawa bingkai gambar yang terhasil pada akhirnya
menunjukkan tentang “fibonaci Spiral” iaitu apabila sesuatu rekaan yang dihasilkan
menggunakan urutan nombor fibonaci, ia akan menghasilkan satu bentuk yang menarik di
mana bentuk tersebut dapat membentuk “fibonaci Spiral” dan “fibonaci Spiral” ini saling
berkait dengan golden ratio. Saya dapat simpulkan bahawa “fibonaci Spiral”, urutan nombor
fibonaci dan golden ratio adalah saling berkait antara satu sama lain. Saya mempelajari
bahawa apabila sesuatu benda seperti bingkai gambar, kabinet atau pun siput mendapat
bentuk “fibonaci Spiral” yang sempurna, maka nilai golden ratio yang tepat akan dapat
dicapai dengan anggaran iaitu φ = 1.618. tetapi bingkai gambar yang saya hasilkan ini tidak

5
mencapai nilai golden ratio yang tepat dan “fibonaci Spiral” yang sempurna kerana bingkai
gambar yang saya hasilkan ini bermula dengan ukuran yang kecil dan saiz bingkai gambar
yang saya hasilkan juga kecil.

25 cm

40 cm

Bingkai gambar yang telah siap saya dihasilkan mengikut ukuran urutan nombor
fibonaci dan “fibonaci Spiral” serta menggunakan konsep golden ratio diletakkan dalam bilik
baru saya. Bilik baru saya nampak menarik dengan bingkai gambar yang pelbagai saiz itu.

Kesimpulannya, sebuah bingkai gambar yang dihasilkan sememangnya


menggunakan konsep golden ratio bagi mendapatkan satu bentuk bingkai gambar yang
menarik. Dengan pengalaman penghasilan bingkai gambar untuk bilik baru saya ini, saya
sebagai bakal guru dapat mengadaptasikan penghasilan bingkai gambar yang
menggunakan konsep golden ratio ini dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
(RBT) di sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya objektif
pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah lebih berkesan dan dapat membentuk pelajar
yang kreatif dan inovatif.

6
Hal ini sependapat dengan (Muhamad Suhaimi et. al, 2012) iaitu pengajaran yang
berkesan merupakan satu pengajaran yang berupaya mencapai hasil pembelajaran atau
objektif yang telah dirancang atau setidak-tidaknya dapat memberi kefahaman kepada
pelajar. Dapatan kajian daripada Kimber dan Wang (2000) turut menyatakan bahawa
keberkesanan sesuatu pengajaran adalah berkait rapat dengan cara pembelajaran pelajar
itu sendiri. Hal ini terbukti apabila setiap pelajar menghasilkan bingkai gambar mereka
sendiri melalui mata pelajaran RBT maka mereka dapat mempelajari dan mengetahui
kelemahan dan kelebihan daripada penghasilan mereka itu

Oleh itu, penghasilan bingkai gambar yang saya lakukan ini dapat dilakukan
beberapa cadangan dan penambahbaikan yang lebih baik supaya apabila orang lain yang
ingin menghasilkan bingkai gambar ini mendapat sebuah bingkai gambar yang menarik.
Penambahbaikan yang dapat dilakukan adalah dengan menambahkan lagi ruang pada
bingkai gambar tersebut yang mana saya hanya menghasilkan bingkai gambar yang
mempunyai lima ruang tetapi menambahnya kepada sembilan mahupun sepuluh ruang bagi
mendapatkan satu bentuk yang menarik dan mampu menghasilkan bingkai gambar yang
mempunyai “fibonaci Spiral” serta bingkai gambar yang akan dihasilkan nanti dapat
mencapai golden ratio dengan tepat. Bilangan ruang yang banyak pada bingkai gambar
memboleh seseorang itu meletakkan banyak gambar. Selain itu, saya mencadangkan
sekiranya seseorang ingin menghasilkan bingkai gambar perlulah melakukan penambahan
ukuran pada bingkai gambar tersebut iaitu dengan menggunakan ukuran yang lebih besar
pada bingkai gambar untuk menghasilkan satu bingkai gambar yang bersaiz lebih besar dan
mencapai nilai golden ratio secara tepat.

(1104 patah perkataan )

Anda mungkin juga menyukai