Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN IBRAHIM (2),

17000 PASIR MAS,

KELANTAN DARUL NAIM.

KERTAS KERJA

KELAB BADMINTON

SK SULTAN IBRAHIM (2)

TAHUN 2018

DISEDIAKAN OLEH

SITI SALSABILA BINTI MOHAMAD ESA

SETIAUSAHA SK SULTAN IBRAHIM (2)

1
1.0 LOGO

2.0 VISI DAN MISI

VISI
Melahirkan insan cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah melalui
sukan badminton dengan penuh disiplin dan komitmen yang tinggi.

MISI
Berusaha melahirkan insan yang berilmu, berdisiplin dan berjasa serta bertanggungjawab
terhadap diri, agama, bangsa dan negara.

3.0 PENGENALAN
Permainan Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal tahun 1809. Pada waktu itu,
permainan ini dikenali sebagai Poona. Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang
undang-undang atau peraturan yang boleh dijadikan penduan dalam permainan. Pada tahun
1934, Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan. Persekutuan ini bertindak

2
sebagai badan khas yang bertanggungjawab kepada segala hal yang bersangkutan permainan
badminton di seluruh dunia.

Pada 11 november 1934, Persatuan Badminton Malaya telah ditubuhkan. Presiden


pertamanya ialah J.L Woods dari Perak. Pada masa yang sama Malaya terkenal kerana A.
Samuel berjaya ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan All England. Pada tahun 1949 dan
1992, Malaya telah menjuarai Piala Thomas. Sukan Badminton berkembang pada tahun 1992
di Barcelona dan badminton menjadi acara rasmi dalam sukan Olimpik. Kini, dapat dilihat
kejayaan demi kejayaan telah dicapai dalam perkembangan arena sukan terutamanya dalam
sukan badminton. Datuk Lee Chong Wei juga adalah nama yang tidak asing lagi bagi negara
Malaysia, beliau merupakan jaguh badminton nombor satu dunia. Oleh itu, pencapaian yang
dicapai melalui sukan badminton ini adalah satu kejayaan yang besar dikecapi oleh Malaysia.

Kehangatan perkembangan permainan badminton yang telah menular ke seluruh


pelusuk Malaysia telah menjadi satu ikon gaya hidup yang sihat serta berpeluang untuk
mewakili negara ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, cadangan penubuhan Kelab
Badminton Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (2) merupakan satu inisiatif ke arah
mewujudkan komuniti murid yang mengamalkan gaya hidup sihat serta dapat membina dan
membentuk murid sebagai insan yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan juga
dari aspek kokurikulum. Hal ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) untuk
melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.

4.0 MATLAMAT
Matlamat penubuhan Kelab Badminton ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid
Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (2) bahawa selain mengutamakan pencapaian dalam
bidang akademik, bidang sukan juga perlu dititikberatkan bagi melahirkan murid yang mindanya
cerdas, tubuh badannya cergas. Hal ini bertepatan dengan slogan yang dibawa oleh kerajaan
iaitu 1Murid 1Sukan. Oleh itu, penubuhan kelab ini adalah selari dengan hasrat kerajaan bagi
mendidik murid mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti bersukan seperti Badminton.

Tambahan lagi, penubuhan Kelab Badminton ini juga untuk mewujudkan murid yang
aktif serta mampu menonjolkan diri bukan sahaja dalam medan kurikulum tetapi juga
kokurikulum. Kelab ini turut membina keyakinan diri murid agar dapat membentuk modal insan
yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

3
5.0 RASIONAL
5.1 Untuk melahirkan murid-murid yang aktif dan berkebolehan mengurus dan
melibatkan diri dalam bidang sukan selain mahir di dalam bilik darjah.
5.2 Untuk mencungkil bakat dan kebolehan sedia ada dalam diri murid terhadap
sesuatu permainan yang disertai.
5.3 Memupuk semangat kerjasama antara pasukan dan organisasi permainan.
5.4 Memupuk semangat cintakan sukan dan kesihatan sepanjang hayat.
5.5 Menggalakkan murid-murid mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti
bersukan seperti bermain badminton.

6.0 OBJEKTIF
6.1 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid dan guru SK Sultan Ibrahim
(2).
6.2 Menerapkan amalan persaingan yang sihat dalam kalangan murid.
6.3 Meningkatkan interaksi, integrasi dan semangat kesukanan serta menjunjung
tinggi semangat muhibbah dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.
6.4 Membentuk individu yang berkemahiran serta berkebolehan dalam bidang sukan
dan permainan untuk pembangunan diri dan sekolah.

7.0 JAWATANKUASA PENAJA

Sila rujuk Lampiran 1

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Sila rujuk Lampiran 2

9.0 JAWATANKUASA PERSATUAN/KELAB

Sila rujuk Lampiran 3

4
10.0 KUMPULAN SASARAN
10.1 Jumlah peserta : 30 orang murid
(senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 4)

10.2 Jumlah fasilitator : 3 orang guru


(senarai nama guru adalah seperti Lampiran 2)

11.0 KETERANGAN PROGRAM


Pelaksanaan aktiviti bagi Kelab Badminton Sk Sultan Ibrahim (2) akan dijalankan setiap hari
Selasa minggu ke-2 dan minggu ke-4 pada pukul 2 petang. Tempoh pelaksanaan bagi aktiviti
kelab adalah bergantung kepada jenis aktiviti yang dijalankan. Walau bagaimanapun, guru
kelab bertanggungjawab untuk membuat pemberitahuan awal kepada murid dan ibu bapa
berkenaan maklumat masa tamat perjumpaan kelab.

12.0 TAKWIM/PERANCANGAN PROGRAM KELAB BADMINTON


Sila rujuk Lampiran 5

13.0 BAHAN DAN SUMBER

BIL BAHAN BILANGAN CATATAN


1. Bilik kosong 1
Kelas lama yang tidak
digunakan dan berada dalam
keadaan baik dan kondusif.
2. Papan putih 2
Papan putih kekal dan papan
putih mudah alih yang masih
berada dalam keadaan yang
baik.
3. Papan kenyataan 2
Papan kenyataan masih berada
dalam keadaan baik dan tidak
digunakan.

5
4. Meja dan kerusi 30 set
30 set meja dan kerusi untuk
kegunaan murid masih dalam
keadaan baik dan hanya perlu
dibersihkan.
5. Meja dan kerusi guru 1 set
Masih berada dalam keaddan
baik dan perlu dibersihkan.
6. Lampu dan kipas Kipas : 4
Masih berada dalam keadaan
Lampu : 6
baik dan perlu dibersihkan

14.0 ANGGARAN KOS


Sila rujuk Lampiran 6

15.0 SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA CATATAN


1. Sumbangan individu daripada Jawatankuasa Penaja RM100.00
2. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) RM300.00
3. Persatuan Badminton Pasir Mas RM 1000.00

JUMLAH RM1400.00

16.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan Kelab Badminton di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (2)


merupakan aset yang bernilai kepada sekolah bagi meningkatkan prestasi murid seterusnya
menaikkan nama baik sekolah melalui aktiviti yang disertai. Selain itu, kemahiran dan disiplin
yang diterapkan melalui Kelab Badminton ini mampu melahirkan komuniti murid yang bersatu
padu dan berhemah tinggi. Oleh yang demikian, memajukan sukan, iaitu permainan badminton
di peringkat sekolah, selaras dengan salah satu matlamat yang dibawa oleh Persatuan

6
Badminton Malaysia iaitu “menjadikan permainan badminton sebagai permainan sukan yang
pertama dalam kalangan rakyat Malaysia” melalui penubuhan kelab ini.

Sehubungan dengan itu, penubuhan kelab ini juga diharapkan dapat menjadi suatu
aktiviti yang dapat membentuk keperibadian positif seorang murid serta dapat melahirkan insan
yang berjiwa kental, bersih dan bersemangat dalam setiap perkara yang dilakukan. Semoga
melalui Kelab Badminton ini dapat memupuk keyakinan dan membentuk kesihatan jasmani
para pelaksana dan peserta agar prihatin, bijak dan mahir dalam menangani pelbagai masalah
secara efektif dan rasional. Tuntasnya, program yang dijalankan ini mampu membentuk murid
yang berdisiplin dan aktif dalam segenap bidang sama ada dalam bidang akademik mahupun
kokurikulum. Justeru, adalah sangat diharapkan agar kertas kerja penubuhan Kelab Badminton
di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (2) ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya
daripada pihak pengurusan sekolah.

7
Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

SITI SALSABILA BINTI MOHAMAD ESA EN. ABDUL RAZAK BIN SHAFI
Setiausaha, Penolong Kanan Kokurikulum,
Sk Sultan Ibrahim (2), Sk Sultan Ibrahim (2),
17000 Pasir mas, 17000 Pasir mas,
Kelantan. Kelantan.

Disokong Oleh : Diluluskan Oleh :

PN. FARIDAH BINTI HASSAN TUAN KHAMSIAH BINTI TUAN YUSOF


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Besar,
Sk Sultan Ibrahim (2), Sk Sultan Ibrahim (2),
17000 Pasir mas, 17000 Pasir mas,
Kelantan. Kelantan.

Anda mungkin juga menyukai