Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT

Kelas : 5 Gemilang
Tarikh : 13 Julai 2018 (Jumaat)
Masa : 11.00 pagi – 11.30 pagi
Bilangan Murid : 28 orang
Tajuk : Aktiviti tepukan dan bermain rekorder soprano berdasarkan skor lagu ‘Amalan Kita’
Standard Kandungan : 1.4 Memainkan rekorder secara ensembel.
Standard Pembelajaran : 1.4.1 Memainkan rekorder berdasarkan skor.
- Memainkan frasa lagu
- Memainkan melodi kaunter
- Memainkan melodi

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


1. Menepuk corak irama lagu ‘Amalan Kita’ dengan tempo yang tepat
2. Meningkatkan kemahiran membaca notasi muzik dengan betul
3. Memainkan rekorder bagi beberapa frasa lagu ‘Amalan Kita’ dengan ton yang baik mengikut
tempo yang tepat.

Pengetahuan Sedia Ada : 1. Kesemua murid berupaya membaca notasi lagu dengan betul.
2. Kesemua murid sudah mengetahui penjarian not E, F, G, A, B, C’ dan D’
3. 85% murid mahir memainkan not E, F, G, A, B, C’ dan D’ pada rekorder dengan pernafasan dan
perlidahan yang betul dan tepat
Kemahiran Berfikir (KB) : Membanding beza, menilai, menganalisis

Penerapan Nilai : 1. Berdisiplin – murid dapat mengikut arahan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
2. Bekerjasama – murid memberi kerjasama semasa menepuk dan memainkan rekorder mengikut
corak tepukan yang telah dilakukan
3. Kerajinan – murid mengulang meniup rekorder sehingga dapat memainkan beberapa frasa lagu
‘Amalan Kita’ dengan lancar

Elemen Merentasi : 1. Nilai Murni - murid melakukan aktiviti bermain rekorder dengan penuh disiplin, rajin dan sentiasa
Kurikulum (EMK) bekerjasama antara satu sama lain
2. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) - murid ditayangkan slaid LCD semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran
3. Kreativiti – murid mengaplikasi corak tepukan irama ke dalam permainan rekorder

Bahan Bantu Mengajar : Rekorder, komputer riba, slaid perisian sibelius, notasi Lagu Amalan Kita, LCD dan pembesar
suara

Fokus MI : Muzik
MASA / ISI PELAJARAN AKTIVITI P&P CATATAN /BAHAN
LANGKAH

Set Induksi Memaparkan Slaid 1. Guru menayangkan slaid perisian sibelius yang KB :
(5 minit) Skor Lagu ‘Amalan mengandungi notasi lagu ‘Amalan Kita’ dan - Menganalisis
Kita’ Dan memperdengarkan melodi lagu ini kepada murid
Nilai :
Memperdengar - Berdisiplin mendengar
Melodi Lagu 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang melodi yang arahan guru
(Lampiran 1) dimainkan dan mengaitkannya dengan pengetahuan - Menumpukan
sedia ada murid agar guru dapat menganalisa tahap perhatian
- Perbincangan not pengetahuan sedia ada murid - Meneroka
bersama murid Contoh: BBM :
i) Adakah kamu pernah mendengar lagu Amalan Kita - Komputer Riba
sebelum ini? - LCD
ii) Bolehkah kamu meneka not-not yang dimainkan dalam - Pembesar Suara
lagu ini berdasarkan notasi lagu yang ditunjukkan?

3. Guru membimbing murid untuk menepuk corak irama lagu


ini mengikut tempo yang tepat
Langkah 1 Memainkan 1. Guru menjelaskan not-not yang akan dimainkan dan KB :
(10 minit) Rekorder Frasa menunjukkan penjarian yang tepat kepada murid - Membanding beza
demi Frasa - Menganalisis
2. Guru memainkan rekorder bagi keseluruhan lagu Amalan
Kita manakala murid memerhatikan penjarian guru dan Nilai :
mendengar dengan baik bagaimana guru memainkan - Kerajinan
rekorder tersebut - Patuh pada arahan
- Berdisiplin
3. Guru membimbing murid untuk memadankan corak
tepukan irama tadi dengan permainan rekorder BBM :
- Komputer Riba
4. Guru memasang audio rakaman rekorder lagu Amalan - Rekorder
Kita frasa demi frasa bagi memudahkan murid - Pembesar Suara
mengikutinya dengan tepat dan lancar - LCD
Langkah 2 Memainkan 1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan iaitu KB:
(7 minit) Rekorder murid yang mahir dan murid yang lemah. - Menganalisis
Keseluruhan Lagu
2. Kumpulan 1 iaitu kumpulan murid yang mahir diberi aktiviti Nilai:
pengayaan: - Kerajinan
2.1 Guru meminta murid meneroka sendiri dan - Patuh pada arahan
memainkan rekorder bagi keseluruhan lagu Amalan - Berdisiplin
Kita berdasarkan notasi yang telah diedarkan dalam - Bekerjasama
helaian kertas (lampiran 1)
2.2 Murid diberi kebebasan untuk meneroka lagu tersebut BBM:
di mana-mana sahaja dengan syarat tidak - Komputer Riba
mengganggu kumpulan murid yang lemah. - Rekorder
2.3 Kumpulan ini memainkan notasi lagu bagi rekorder 1. - Pembesar Suara
- Helaian kertas notasi
3. Kumpulan 2 iaitu kumpulan murid yang lemah dibimbing lagu Amalan Kita
oleh guru dengan aktiviti pemulihan: - LCD

3.1 Guru membimbing sekumpulan murid ini dengan


notasi rekorder yang baru dan lebih mudah
(lampiran 2).
3.2 Notasi ini ditayangkan pada LCD.
3.3 Kumpulan ini memainkan notasi lagu rekorder 2
Langkah 3 Memainkan melodi 1. Guru memanggil kumpulan 1 dan mendengar hasil KB :
(6 minit) lagu Amalan Kita penerokaan mereka semasa aktiviti pengayaan - Menganalisis
secara harmoni 1.1 Guru membetulkan kesilapan yang dikesan melalui - Membanding beza
dengan permainan rekorder mereka
menggabungkan 1.2 Guru memastikan sekurang-kurangnya murid mahir Nilai :
skor lagu rekorder 1 memainkan dua frasa notasi rekorder 1 lagu Amalan - Kerajinan
dan rekorder 2. Kita dengan lancar dan mengikut tempo yang tepat - Patuh pada arahan
- Berdisiplin
2. Guru menggabungkan kumpulan 1 dan kumpulan 2 - Bekerjasama

2.1 Guru membentuk ensembel rekorder


BBM :
2.2 Kumpulan 1 memainkan notasi lagu rekorder 1
- Komputer Riba
2.3 Kumpulan 2 memainkan notasi lagu rekorder 2
- Rekorder
2.4 Guru memaparkan gabungan notasi rekorder 1 dan
- Pembesar Suara
rekorder 2 menggunakan LCD di hadapan kelas
- Helaian kertas notasi
(lampiran 3)
lagu Amalan Kita
- LCD
3. Murid memainkan dua frasa lagu Amalan Kita secara
serentak dan menghasilkan melodi yang harmoni.
Penutup Membuat Refleksi 1. Guru dan murid duduk dalam satu bulatan bagi KB :
(2 minit) dan Penilaian membincangkan mengenai hasil pembelajaran pada hari - Menganalisis
ini.
Nilai :
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang dapatan aktiviti - Bersikap proaktif
yang telah dijalankan - Berani menyatakan
masalah yang dialami
Contoh: - Berkeyakinan
i) Adakah kamu semua berasa seronok bermain rekorder
pada hari ini?
ii) Adakah terdapat sebarang masalah ketika kamu bermain
rekorder?

3. Guru menganalisis hasil maklum balas yang diterima


daripada murid dan memperbaiki pengajaran pada masa
akan datang.

Anda mungkin juga menyukai