Anda di halaman 1dari 1

Migrasi merupakan penghijrahan atau perpindahan seseorang individu, keluarga ataupun kumpulan

masyarakat dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Sebenarnya proses migrasi ini sudah lama terjadi
dalam kalangan manusia sejak zaman dahulu lagi. Perbezaaan antara migrasi zaman dahulu dan
zaman moden atau masa kini adalah disebabkan oleh faktor individu dan bukannya didorong oleh
sesuatu organisasi atau puak. Menurut Carl Bucher salah satu persamaan yang boleh dilihat pada
migrasi zaman kini dan zaman dahulu adalah keinginan manusia untuk mendapatkan kehidupan yang
lebih baik atau perasaan dan kesedaran untuk menaikkan taraf hidup dari sebelumnya. Secara
umumnya, penghijrahan ini berlaku samaada secara tetap, separuh tetap atau sementara, perkara
adalah dipengaruhi oleh individu yang melakukan perpindahan itu sendiri dan bergantung kepada
beberapa faktor sekelilinginya. Proses perpindahan seseorang dari satu kawasan ke satu kawasan lain
disebabkan secara sukarela, tidak rela dan paksaan.
Bagi negara membangun,migrasi dari desa ke bandar akan berlaku disebabkan oleh faktor ekonomi,
faktor sosial ,persekitaran dan peperangan.
Beberapa teori dapat digunakan dalam memberi penjelasan sebab faktor ekonomi menjadi tarikan
migran ke sesuatu kawasan.
Menurut teori ‘bright-light’, shaw, menjelaskan bahawa sesuatu migrasi berlaku disebabkan
kepercayaan individu akan kewujudan peluang masa depan ekonomi dan kerjaya yang lebih cerah
sekiranya melakukan penghijrahan. Bersesuaian, dengan nama teori shaw ( lampu terang) ‘bright-
light’, manusia percaya bahawa mereka dan keluarga mereka akan memiliki kehidupan yang lebih
baik dan terjamin sekiranya melakukan penghijrahan ke bandar. Teori ini menekan kerasionalan
perkembangan ekonomi keatas kehidupan yang lebih cerah.

Manakala menurut Lee, pendekatan ‘push-pull’ turut menjadi salah satu faktor dalam migrasi. Teori
dijelaskan oleh Lee dengan menerangkan sebab penghijrahan ke sesuatu kwawasan berlaku akibat
adanya unsur tarikan dan tolakan. Apabila berlakunya peperangan,perubahan iklimkekurangan
peluang pekerjaan atau kehilangan punca pendapatan seseorang individu di kawasan tempat tinggal
asalnya, individu tersebut akan memikirkan jalan untuk keluar dari masalah yang dihadapinya.
Desakan ini yang menjadi punca kepada penghijrahan seseorang individu dan ini dikenali sebagai
‘push factor’. Peluang pekerjaan yang lebih baik dan pemberian gaji serta mutu kehidupan yang lebih
sempurna di kawasan bandar dilihat sebagai faktor tarikan kepada penduduk. Faktor yang menarik ini
akan melibatkan keinginan penduduk yang ingin memajukan diri kearah yang lebih positif.

Anda mungkin juga menyukai