Anda di halaman 1dari 17

PERAKAUNAN PENGURUSAN

JTW213 / 3
JTW213TG2

PERAKAUNAN PENGURUSAN
MANAGEMENT ACCOUNTING
Academic Session 2020/2021

TUGASAN TG2

 Name  GEETHA A/P MARTIN


 Matric
 JG/10763/19
No.
 IC No.  910419045164
 Region
al
Centre
 Phone  House :
No.  H/P:0186609104

910419045164

NOTE :

1. Please use this form as the FRONT COVER of your assignment.


    AS : Please use blue colour cover
    LR : Please use yellow colour cover

2. Complete all details.

3. Without the barcode, your assignment cannot be recorded by the


computer system.

ISI KANDUNGAN
M/S

1.0 KONSEP KOS 1


PERAKAUNAN PENGURUSAN

1.1 Definisi Kos


1.2 Perbezaan Antara Kos Dan Belanja
1.2.1 Kos
1.2.2 Belanja
2.0 PENGELASAN KOS 3
2.1 Tingkah Laku Kos
2.1.1 Kos Tetap
2.1.2 Kos Berubah
2.1.3 Kos campuran
2.2 Tempoh Kos
2.3 Fungsi Pengurusan
2.4 Keupayaan Mengesan Kos ke Atas Produk
3.0 TUJUAN MAKLUMAT PERAKAUANAN PENGURUSAN 7
3.1 Perancangan belanjawan
3.2 Pemantauan Operasi Syarikat
3.3 Pengawalan Operasi Syarikat
3.4 Membuat Keputusan
4.0 CARA PENYEDIAAN PENYATA KOS BARANG DIKILANG 12
4.1 Contoh cara menyediakan penyata kos barang dikilang
5.0 KESIMPULAN 15
PERAKAUNAN PENGURUSAN

1.0 KONSEP KOS


1.1 Definisi
Perakaunan pengurusan atau kos merupakan satu aspek yang sangat penting
dalam industri perkilangan dan perkhidmatan. Seorang pengurus perlu bergantung
kepada klasifikasi kos untuk tujuan mengendalikan sesebuah organisasi perkilangan.
Konsep kos itu sendiri harus digunakan dalam sesuatu proses perancangan,
pengarahan, pengawalan, penambahbaikan berterusan dan pembuatan keputusan
sesuatu industri. Secara umumnya, kos ialah jumlah perbelanjaan yang digunakan
bagi menghasilkan sesuatu produk atau melaksanakan sesuatu aktiviti.
Kos dapat didefinisikan sebagai sumber yang digunakan atau yang ditukar
mahupun diubahsuai untuk mengeluarkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Kos ini
juga akan diambilkira dalam penghasilan sesuatu produk dan perkhidmatan. Sebagai
contoh, sumber bahan mentah iaitu kayu yang digunakan dalam industri perkilangan
perabot. Sumber bahan mentah ini akan ditukar dan diubahsuai menjadi perabot untuk
kegunaan pelanggannya. Sumber bahan mentah ini dapat diklasifikasikan sebagai
salah satu kos bahan mentah yang terlibatkan dalam proses penghasilan perkilangan
perabot. Bagi menghasilkan sesuatu produk, dua jabatan utama akan terlibat dalam
sesebuah syarikat pembuatan. Antara jabatan yang terlibat ialah jabatan perkilangan
dan jabatan bukan perkilangan. Elemen kos - kos yang terlibat dalam kedua-dua
jabatan ini akan mempengaruhi kos produk yang akan dihasilkan.

Kos Produk

Kos Perkilangan Kos Bukan Perkilanagan

Bahan Buruh Overhed Jabatan Jabatan


Langsungg Langsung Perkilangan Pentadbiran Lain-Lain

Buruh Tak Bahan Tak


Lain- Lain
Langsung Langsung

Rajah 1: Elemen Kos Sesuatu Produk

1
PERAKAUNAN PENGURUSAN

Proses pengiraan kos ini akan dibuat apabila sesuatu produk baru hendak dihasilkan
dan dipasarkan. Pengiraan kos dapat dibuat dalam bentuk nilai mata wang seperti
Ringgit Malaysia (RM), Dollar ($), Rupee (Rs) dan lain. Pengiraan kos sesuatu
produk merupakan aspek yang sangat penting dalam melancarkan sesuatu produk
baru dalam sesuatu industri kerana ia merupakan asas yang penting sebelum harga
sesuatu barangan atau perkhidmatan ditentukan. Penentuan harga yang sepatutnya
dapat mempengaruhi keuntungan sesuatu produk. Oleh itu pengiraan kos adalah amat
penting bagi semua bidang industri samada pengeluaran atau perkhidmatan. Pengiraan
kos sesuatu produk dapat dikira melalui persamaan kos seperti dibawah:

Y= a +bx
Y=Jumlah kos
a=kos tetap
b=kos berubah
x=unit pengeluaran

Rajah 2: Persamaan kos

1.2 PERBEZAAN ANTARA KOS DAN BELANJA

1.2.1 Kos

Pada kebiasaannya kos ialah sesuatu unsur yang berasaskan kepada sumber bahan
mentah atau aset tertentu yang dimiliki oleh pengurus. Sumber bahan mentah dan aset
tertentu yang dimilikinya akan digunakan untuk menukarkannya ke bentuk aset lain.
Sebagai contoh aset semasa iaitu modal (wang tunai) akan digunakan bagi membeli
aset bukan semasa (jentera mesin atau peralatan seperti alat tulis bagi kegunaan
jabatan pengeluaran atau jabatan pentadbiran). Seterusnya, apabila pihak pengurus
membeli bahan mentah seperti kayu meranti, jati, dan bahan upholstery seperti fabrik,
kulit dan pvc bagi kegunaan pembuatan perabot. Kos ini dianggap belanja yang dibuat
bagi menghasilkan aset semasa syarikat iaitu perabot. Perbelanjaan yang dilakukan
adalah untuk mengeluarkan sesuatu produk  iaitu  membeli bahan mentah, membayar
upah buruh dan membayar overhed merupakan kos produk.  Aset jenis ini dapat
diinventorikan kerana produk yang dikeluarkan dan belum dijual merupakan aset
perniagaan.

2
PERAKAUNAN PENGURUSAN

1.2.2 Belanja
Manakala belanja berlaku apabila pengurusan sesuatu syarikat mengeluarkan wang
bagi perjalanan operasi perniagaan. Sebagai contoh sebuah syarikat pembuatan
perabot harus mengeluarkan wang bagi membayar gaji, utiliti, sewa bagi
membolehkan barangniaganya dijual kepada pengguna. Ini dipanggil sebagai belanja
operasi perniagaan. Belanja ini perlu dilakukan untuk memperolehi hasil dalam
sesuatu tempoh perakaunan.
KOS BELANJA
 Merupakan sumber yang perlu  Merupakan kos yang lupus di mana
dikorbankan untuk mendapatkan manfaat daripada kos yang
barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan telah diterima.
akan memberikan manfaat masa
depan.
Rajah 3: Perbezaaan Belanja dan Kos

2.0 PENGELASAN KOS


Kos terdiri daripada beberapa elemen utama yang boleh diperolehi daripada beberapa
jabatan berbeza yang terlibat dalam penghasilan sesuatu produk. Antara elemen yang
terlibat dalam penentuan kos produk dapat dilihat dalam Rajah 1: Elemen Kos Sesuatu
Produk. Elemen-elemen ini dapat dikelaskan mengikut kebergantungannya terhadap
tujuan kos itu diperlukan. Sesuatu kos juga mampu dikategorikan dalam lebih dari
satu jenis kelas. Contohnya, dalam pengkategorian kos penggajian pekerja jabatan
perakaunan sesuatu syarikat pembuatan perabot. Kos penggajian ini boleh dikelaskan
sebagai kos pentadbiran atau kos berubah atau kos tempoh. Maka sesuatu kos
mungkin berada dalam lebih dari satu kelas. Cara yang digunakan untuk pengelasan
kos ialah mengikut tingkah laku kos, tempoh kos,fungsi pengurusan dan
keupayaan mengesan kos.
Tingkah Laku Kos Tempoh Kos Fungsi Pengurusan Keupayaan
mengesan kos
 Kos Tetap  Kos Sejarah  Kos pengilangan  Kos Langsung
 Kos Berubah  Kos Anggaran  Kos bukan  Kos tidak
 Kos Campuran Pengilangan Langsung
Rajah 4: Kaedah Pengelasan Kos

3
PERAKAUNAN PENGURUSAN

2.1 Tingkah Laku Kos


Tingkah laku kos juga dikenali sebagai gelagat kos. Pengelasan ini merujuk kepada
respon sesuatu kos terhadap persekitarannya dalam aktiviti pengeluaran. Pihak
pengurusan syarikat perlu merujuk tingkah laku kos bagi memahami bagaimana kos
operasi bertindak balas terhadap perubahan tahap aktiviti organisasi. Kos ini mungkin
termasuk bahan langsung, tenaga kerja langsung, dan kos overhed yang timbul dari
penghasilan produk. Sebagai contoh, jumlah kos berubah akan berubah sehubungan
dengan peningkatan aktiviti, sementara kos tetap pula akan tetap sama. Fungsi kos
boleh datang dalam pelbagai bentuk.

2.1.1 Kos Tetap


Kos tetap ialah kos yang tidak akan berubah atau bertindak balas terhadap
pengeluaran produk. Kos tetap merupakan kos yang akan ditanggung oleh syarikat
walaupun tiada aktiviti pengeluaran dihasilkan. Ini bermakna kos tetap akan berlaku
walaupun kadar pengeluaran berada di tahap sifar. Sebagai contoh dalam syarikat
pembuatan perabot, pihak pengurusan atau pemilik syarikat masih perlu membayar
gaji kepada pekerjanya iaitu buruh langsung atau buruh tidak langsung walaupun
syarikat pembuatan perabot tidak mengeluarkan sebarang produk semasa pandemik
covid. Kos tetap lain yang perlu ditanggung oleh syarikat pembuatan perabot ialah
sewa premis, lesen perniagaan, dan susut nilai jentera perkilangan. Sewa premis
merupakan antara contoh yang jelas dapat dilihat dalam konsep kos tetap syarikat
pembuatan perabot. Kos ini merupakan satu jenis kos yang tidak berubah langsung
walaupun pengeluaran bertambah atau berkurang. Walaupun sewa itu dinaikkan,
ianya tetap tidak menganggu aktiviti yang dijalankan dalam premis sewaan tersebut.

 Contoh : susut nilai aset tetap,


belanja insurans, sewa bangunan,
belanja pengiklanan, belanja faedah
dan cukai harta.

Rajah 5: Graf Kos Tetap

4
PERAKAUNAN PENGURUSAN

2.1.2 Kos Berubah


Kos ini merupakan kos yang berubah secara berkadar atau malar mengikut tahap
pengeluaran produk. Semakin tinggi output semakin tinggi kos berubah. Kos berubah
atau ‘variable cost’ juga dikenali sebagai kos langsung atau kos utama sesuatu
produk.

 Contoh: kos upah‘over time’,kos


elektrik, kos bahan mentah,
komisen, kos buruh langsung,
duti atas bahan mentah, belanja
langsung kilang.

Rajah 6: Graf Kos Berubah

2.1.3 Kos Campuran


Kos ini merupakan kos yang mempunyai ciri-ciri kos berubah dan kos tetap. Juga
dikenali sebagai ‘semi-variable’. kos ini akan berubah secara keseluruhan tetapi tidak
berubah mengikut tingkat aktiviti pengeluaran.

 Contoh: utiliti kilang, sewa talian


telefon+penggunaan telefon, gaji
bulanan+komisen

Rajah 7: Graf Kos Campuran

5
PERAKAUNAN PENGURUSAN

2.2 Tempoh Kos


Tempoh Kos adalah bertentangan dengan kos produk, kerana ia tidak berkaitan
dengan pengeluaran, ia tidak boleh dibahagikan kepada produk, kerana ia dikenakan
pada tempoh di mana ia timbul. Kos ini dapat diklasifikasikan mengikut kos anggaran
dan kos sejarah.

Kos Anggaran Kos Sejarah


 Kos yang belum berlaku  Berdasarkan kos sebenar yang pernah
 Diambilkira berdasarkan pengalaman ditanggung
lepas, rekod, atau penyelidikan  Contoh: kos gaji buruh
Rajah 8: Kos Anggaran dan Kos Sejarah

Semua kos bukan pembuatan seperti perbelanjaan pejabat dan umum dianggap
sebagai Kos Masa seperti bunga, gaji, sewa, iklan, komisen kepada jurujual,
penyusutan aset pejabat, dan yuran audit

6
PERAKAUNAN PENGURUSAN

2.3 Fungsi Pengurusan


Fungsi perniagaan sesebuah syarikat perabot dapat dibahagikan kepada 2 iaitu jabatan
perkilangan dan jabatan bukan perkilangan. Terdapat 3 jenis kos yang terlibat dalam
jabatan perkilangan iaitu kos bahan langsung, kos buruh langsung dan overhed
perkilangan.

Kos Bahan Langsung Kos Buruh Langsung Overhed Perkilangan


 Merupakan semua kos  Kos yang akan dibayar  Semua kos kecuali kos
bahan mentah utama kepada pekerja atau bahan langsung dan kos
yang digunakan dalam buruh yang terlibat buruh langsung bagi
penyediaan perabot. dalam jabatan menjalankan
Contohnya,kayu perkilangan perabot. perniagaan.
jati,meranti,fabrik dan Contohnya, operator  Contohnya kos elektrik,
skru. mesin atau jentera susut nilai
 kos bahan langsung dalam kilang dan buruh penyelengaraan, bahan
yang terlibat ialah yang memotong dan kegunaan seperti kertas
semua belanja yang mengetam kayu. pasir, dan perekat.
terlibat dalam  Kos ini merupakan kos  Boleh terdiri dari kos
pembelian bahan berubah berubah dan kos tetap
langsung, contohnya
cukai, angkutan masuk
dan insuran atas belian
bahnan mentah produk
syarikat

Rajah 9: Kos dalam Jabatan Perkilangan


Manakala kos jabatan bukan perkilangan pula terdiri daripada kos jabatan pentadbiran
dan jabatan pemasaran syarikat perabot yang tidak terlibat lansing dalam proses
pembuatan perabot. Sebagai contohnya, komisen jurujual, gaji kakitangan pentadbiran
dan pemasaran.

7
PERAKAUNAN PENGURUSAN

2.4 Keupayaan Mengesan Kos ke Atas Produk


Boleh dikelaskan mengikut kos langsung dan kos tidak langsung.

Kos langsung Kos tidak langsung


 kos yang dapat dikesan dengan  Kos mempengaruhi seluruh syarikat,
mudah kepada objek tertentu bukan hanya satu produk. Contohnya
( dikenali sebagai objek kos ). kos seperti pengiklanan dan kos
contonya, bahan mentah yang belanja am untuk syarikat. Kos tidak
digunakan untuk menghasilkan langsung sering dipanggil, kos
produk atau tenaga kerja yang overhead.
berkaitan dengan kerja untuk  Terdiri daripada kos bahan tidak
menghasilkan produk. langsung, dan kos buruh tidak

 Terdiri daripada kos bahan langsung, langsung.

kos buruh langsung dan kos belanja  Kos ini dikenali sebagai kos

langsung ‘Conversion’

 Ketiga-tiga kos ini dikenali sebagai


kos ‘Prime’
Rajah 10: Kos Langsung VS Kos Tidak Langsung

8
PERAKAUNAN PENGURUSAN

3.0 TUJUAN MAKLUMAT PERAKAUANAN PENGURUSAN


Maklumat dan laporan yang diperolehi daripada akauntan pengurusan syarikat
sangat membantu pihak pengurusan sesebuah syarikat dalam mentadbir organisasi
mereka. Data yang disediakan pada kebiasaanya akan menunjukkan tunai yang
dimiliki oleh syarikat, jumlah jualan, jumlah jualan pulangan, pembelian bahan,
pulangan pembelian, nilai kerja dalam pelaksanaan dan pemiutang dan penghutang.
Data yang diperolehi oleh mereka mampu menyelaraskan perjalanan firma terbabit
dengan cekap dan berkesan. Penentuan dan membuat anggaran kos merupakan antara
tujuan utama maklumat perakauan pengurusan diperlukan oleh sesebuah syarikat.
Data dan maklumat yang dihasilkan melalui analisis membolehkan kos sesuatu
produk diukur dan dikira bagi tujuan penetapan harga padanya sebelum dipasarkan.
Pengurus-pengurus syarikat juga perlukan satu sistem maklumat yang tepat
berkenanan pengoperasian syarikat demi mengenalpasti masalah yang dihadapinya.
Maklumat perakaunan boleh membantu mengenalpasti penyelesaiannya menerusi
perangkaan statistik. Pihak pengurusan syarikat juga bergantung kepada maklumat
perakaunan pengurusan untuk merancang dan mengawal organisasi. Pengumpulan,
pengorganisasian dan penganalisasian data yang dijalankan dapat membantu pihak
pengurusan membuat perancangan, penyeliaan, pengawalan dan pembuatan
keputusan dengan berkesan dalam organisasi.

3.1 Perancangan belanjawan


Maklumat yang diperolehi oleh akauntan pengurus daripada operasi syarikat
mampu memberi gambaran kepada mereka untuk membuat perancangan firma
perniagaan dengan jelas melalui rangkaan belanjawaan. Belanjawaan yang disediakan
merupakan perancangan perniagaan mengikut bulanan,tahunan atau jangka panjang
mengikut permintaan syarikat. Perancangan ini dapat dibuat mengikut keupayaan
sumber yang ada atau dijangka ada pada masa hadapan mengikut ramalan akauntan
pengurus berdasarkan dokumen- dokumen syarikat. Perangkaan belanjawaan yang
berkesan mampu menjadi satu sistem kawalan organisasi. Sebagai contoh, syarikat
pembuatan perabot akan merangka satu perbelanjaan awal bagi setiap bulan atau
tahunan selaras dengan misi dan visi syarikatnya. Pada kebiasaanya, rancangan
belanjawaan yang dirangka oleh akauntan pengurus akan merangkumi semua aspek
yang terlibat dalam pengoperasian syarikat seperti bahan mentah, pekerja, pelabur dan
keuntungan. Analisis perbandingan berdasarkan aktiviti dan maklumat yang lepas dan

9
PERAKAUNAN PENGURUSAN

terkini dapat membantu dalam membuat perancangan yang lebih baik serta mampu
meningkatkan prestasi syarikat pada masa hadapan.

3.2 Pemantauan Operasi Syarikat


Data-data dan laporan kos dan operasi yang disediakan oleh akauntan pengurus
juga dapat membantu pihak atasan syarikat dalam memantau perjalanan operasi
harian syarikat. Data yang disediakan berdasarkan pengeluaran, penjualan, kewangan,
staff dan unit-unit dalam syarikat. Maklumat seperti ini membolehkan pihak atasan
syarikat dapat memantau pembelian bahan mentah, prestasi jualan setiap produk atau
prestasi mesin pemprosesan yang digunakan. Melalui pemantauan ini pihak pengurus
atasan syarikat mampu menggerakkan strategi-strategi yang telah ditetapkan semasa
membuat perancangan syarikat yang berteraskan misi dan visinya. Sebagai
contohnya, sekiranya terdapat masalah dalam pengoperasian jentera atau kekurangan
staf dalam perkilangan pembuatan perabot, data dan analisis yang dihasilkan oleh
akauntan pengurus mampu memperlihatkan masalah ini serta menunjukkan
berkaitannya dalam pengeluaran produk syarikat. Melalui data seperti ini pihak atasan
syarikat dapat memantau operasi syarikat dan mencari penyelesaian agar tidak
mempengaruhi pengeluaran syarikat.

3.3 Pengawalan Operasi Syarikat

Info dan maklumat perakaunan juga mampu mendedahkan operasi yang


menguntungkan dan tidak menguntungkan. Melalui maklumat ini, pihak pengurusan
dapat membuat keputusan samaada untuk menghapuskan atau mengawal aktiviti yang
tidak menguntungkan. Analisi varian yang disediakan oleh akauntan pengurus dapat
membantu pihak atasan syarikat mengawal perjalanan operasi. Sekiranya terdapat
corak yang tidak baik dalam pengurusan syarikat, maka para pengurus dapat
mengambil tindakan pembetulan dengan segera agar tidak berlaku kerugian dalam
perniagaan.

3.4 Membuat Keputusan

10
PERAKAUNAN PENGURUSAN

Maklumat yang dianalisiskan oleh akauntan pengurus dengan betul dan tepat
amat berguna kepada pihak atasan syarikat dalam membuat keputusan. Keputusan
yang diambil boleh memberi kesan yang sangat mendalam kepada prestasi dan
kedudukan kewangan perniagaan. Keputusan yang diambil ini mampu memberi kesan
kepada pengoperasian syarikat samaada untuk jangka masa panjang atau pendek.
Keputusan yang sistematik dan berkesan juga dapat dihasilkan oleh pihak atasan
syarikat dengan memahami tingkah laku kos yang dianalisis oleh akauntan
pengurusan. Penentuan kos bagi pelbagai kerja dan proses juga dapat mengelakkan
sebarang kerugian dan pembaziran dalam proses kerja. Keputusan yang cepat dan
berkesan juga mampu dilaksanakan dengan memahami gelagat -gelagat kos yang
berkaitan dalam syarikat pembuatan perabot.

4.0 CARA PENYEDIAAN PENYATA KOS BARANG DIKILANG

11
PERAKAUNAN PENGURUSAN

Selain mengetahui kos yang ditanggung untuk menyediakan produk, pihak


pengurusan sesebuah syarikat perlu mengetahui jenis-jenis kos yang terlibat dalam
penghasilan jumlah kos sesuatu produk tersebut. Kos-kos yang terlibat sudah
semestinya akan bermula daripada proses bahan mentah ke produk siap. Antara kos
yang terlibat adalah kos bahan mentah langsung, buruh langsung dan kos overhed
seperti yang ditunjukkan dalam ‘Rajah 1: Elemen Kos Sesuatu Produk’ bagi kos
perkilangan. Format untuk mendapatkan kos barang dikilang adalah seperti dibawah:
Syarikat Perkilangan Perabot
Penyata Kos Barang Dikilang
Bagi Bulan Berakhir Jan 2020
Ii
Inventori awal bahan langsung XX
+belian bahan langsung XX
XXX
(-)inventori akhir bahan langsung (XXX)
Bahan langsung digunakan XXX
Buruh langsung XXX
Overhed kilang:
Bahan tak langsung XX
Buruh tak langsung XX
Gaji penyelia kilang XX
Sewa kilang XX
Susutnilai peralatan kilang XX XXX
Kos Perkilangan Semasa
XXX
+ inventori awal kerja dalam proses
XXX
XXX
- inventori akhir kerja dalam proses
XXX
Kos Barang Dikilang XXXX

4.1 Contoh cara menyediakan penyata kos barang dikilang

12
PERAKAUNAN PENGURUSAN

Kos yang terlibat dalam Syarikat Perkilangan “Perabot Kami Sdn Bhd” bagi
mengeluarkan produknya.
No Details RM Kos produk Kategori
1 Kerja dalam proses 1 feb RM 18,000 Kos dalam Kos
proses perkilangan
2 Belian bahan RM 20,000 Bahan Kos Prima
langsung
3 Bahan 1 feb RM 9,000 Bahan Kos Prima
langsung
4 Bahan 28 feb RM 11,000 Bahan Kos Prima
langsung
5 Kerja dalam proses 28 feb RM 8,000 Kos dalam Kos
proses perkilangan
6 Upah Tukang kayu RM 20,000 Buruh Kos Prima
langsung
7 Gaji penyelia kilang RM 2,000 Overhed Kos penukaran
kilang
8 Cukai atas kilang RM 2,000 Overhed Kos penukaran
kilang
9 Susut nilai mesin pemotong RM 6,000 Overhed Kos penukaran
kilang
10 Utiliti kilang RM 5,000 Overhed Kos penukaran
. kilang
11 Pelbagai bahan mentah RM 2,000 Overhed Kos penukaran
. tidak langsung kilang
12 Pengiklanan RM 1,000 Kos bukan Kos period
. perkilangan
13. Sewa bangunan kilang RM 2,000 Overhed Kos penukaran
kilang
Rajah 11: Details Syarikat Perkilangan “Perabot Kami Sdn Bhd”
*Angka-angka yang ditunjukkan adalah untuk tujuan hipotetikal

Syarikat Perkilangan Perabot Kami Sdn Bhd

13
PERAKAUNAN PENGURUSAN

Penyata kos barang di kilang


Bagi bulan berakhir Feb 2020

Bahan langsung digunakan: RM RM


Bahan, 1 Feb 9,000
(+) belian bahan 20,000
29,000
(-) bahan 28 Feb 11,000 18,000

Buruh langsung:
Upah Tukang Kayu 20,000

Overhed kilang:
Gaji penyelia kilang 2,000
Cukai atas kilang 2,000
Susutnilai mesin pemotong kayu 6,000
Utiliti kilang 5,000
Pelbagai bahan mentah tidak langsung 2,000
Sewa bangunan kilang 2,000 19,000

Kos perkilangan 57,000


(+) kerja dalam proses, 1 feb 18,000
Jumlah KDP 75,000
(-) kerja dalam proses, 28 feb 8,000
KOS BARANG DI KILANG 67,000

Kos barang di kilang ini kemudian akan digunakan dalam akaun untung rugi bagi
melihat keuntungan dan kerugian syarikat.

5.0 KESIMPULAN

14
PERAKAUNAN PENGURUSAN

Kos adalah sumber yang harus dikorbankan bagi mendapatkan barang atau
perkhidmatan (PRODUK) yang akan digunakan bagi menghasilkan hasil pada masa
hadapan. Seorang akauntan pengurus harus mengetahui segala kos yang terlibat dalam
penghasilan sesuatu produk syarikat supaya dia dapat memberi khidmat nasihat
kepada pihak atasan syarikat agar 4 peranan utama iaitu merancang, memantau,
mengawal dan membuat keputusan dapat dibuat dengan cekap dan berkesan.
Pengelasan kos mengikut fungsi pengurusan, tingkah laku kos, tempoh kos dan
keupayaan mengesan kos keatas produk perlu difahami dengan teliti agar pihak
pengurus mampu memahami setiap kos yang terlibat dan kesannya kepada produk.
Secara ringkas untuk mengetahui kos yang terlibat dalam sesuatu syarikat klasifikasi
kos perlu difahami mengikut rajah dibawah.

Klasifikasi kos dapat ditujukan seperti dibawah:

Bahan Mentah
Kos Langsung

Buruh Langsung Kos Produk


KOS
PERKILANGAN Overhed Kilang Kos Tak Langsung

KOS

Belanja Jualan
KOS BUKAN Kos Tak Langsung
PERKILANGAN Kos Tempoh

Belanja pentadbiran

Rajah 12: Ringkasan Klasifikasi Kos

15

Anda mungkin juga menyukai