Anda di halaman 1dari 1

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) Anjakan 4: Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan Profesion keguruan akan

menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan dibuat hanya dalam kalangan graduan 30% terbaik dalam negara untuk menceburi bidang keguruan. Guru pelatih akan menerima latihan yang sebaik mungkin dari mula mereka mengikuti program latihan sehingga mereka bersara (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025). Mereka akan memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang menarik merentas beberapa laluan kerjaya, dengan kemajuan berasaskan prestasi dan kompetensi, bukan bergantung kepada tempoh perkhidmatan. Sistem pendidikan akan mewujudkan budaya bimbingan rakan sejawat untuk meningkatkan kecemerlangan profesional menerusi pementoran, pembangunan dan perkongsian amalan terbaik, serta meningkatkan kebertanggungjawaban rakan sejawat dalam memenuhi standard profesional kerjaya. Pada masa depan, hanya calon terbaik sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti latihan perguruan. Hal ini bermakna Kementerian akan melaksanakan standard kemasukan ke profesion keguruan yang ketat bagi memastikan semua guru yang mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi syarat kelayakan minimum akademik. Kementerian akan bekerjasama dengan KPT bagi memastikan standard yang sama digunakan dalam program latihan perguruan di institute pengajian tinggi awam. Bagi memenuhi hasrat melahirkan guru berkualiti, Kementerian juga akan bekerjasama dengan Institut Pendidikan Guru dan KPT untuk memastikan kualiti kurikulum dan pensyarah ditingkatkan.

Untuk maju, Pelan Pembangunan Pendidikan akan terus menggunakan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan pendidikan seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi setiap murid. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi yang dicapai oleh negara lain bagi mengenal pasti kemahiran khusus yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi global (Ekshibit 8). Enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global 1.Pengetahuan 2. Kemahiran berfikir 3. Kemahiran memimpin 4. Kemahiran dwibahasa 5. Etika dan kerohanian 6. Identiti nasioanl Sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan

Anda mungkin juga menyukai