Anda di halaman 1dari 22

KESANTUNAN BAHASA

Bahasa Sapaan Bahasa Tubuh

APA ITU KESANTUNAN BAHASA?


Kesantunan bahasa ialah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada secara lisan ataupun bertulis Kesantunan berbahasa juga bermakna timbang rasa yang diberikan kepada pihak yang mendengar apa-apa yang diperkatakan atau apa-apa yang bertulis.

BAHASA SAPAAN
KATA GANTI DIRI DAN SAPAAN DALAM KELUARGA KATA GANTI DIRI DAN SAPAAN DALAM MASYARAKAT PROTOKOL PANGGILAN HORMAT ATURAN SAPAAN

KATA GANTI DIRI DAN SAPAAN DALAM KELUARGA


Kata ganti diri pertama Kata ganti diri kedua Kata ganti diri ketiga

Bahasa sapaan antara ibu bapa dengan anak


Kata ganti diri pertama digunakan oleh seseorang bagi membahasakan dirinya semasa berhubung dengan orang lain 2 jenis pola ; a. hubungan dari atas ke bawah

Bapa anak Ibu anak Kata ganti nama yang sesuai ialah awak, kamu, anda dan engkau.

Bahasa sapaan antara ibu bapa dengan anak


b. Hubungan dari bawah ke atas
Anak ibu / ayah

Anak pula menggunakan panggilan bapa, abah, ayah, emak Di kalangan kerabat diraja sapaan kekeluargaan seperti ayahanda, bonda, anakanda, adinda dan seumpamanya digunakan.

Bahasa sapaan antara adik beradik


Perhubungan adik-beradik ditentukan oleh faktor umur. Adik harus menghormati abang dan kakak Panggilan yang biasa ialah ;

Abang (bang) Adik (dik) Kakak (kak)

Kata ganti nama diri dan sapaan dalam masyarakat


Penggunaan bahasa sapaan dalam masyarakat ditentukan oleh faktor-faktor seperti taraf sosial pengguna, situasi rasmi dan tidak rasmi, kekuasaan dan setia kawan, darjah perhubungan antara pengguna, topik perbincangan dan semua aspek sosial yang terlibat seperti situasi keagamaan dan sebagainya Merujuk kepada taraf sosial, apabila bercakap dengan orang lain, penggunaan kata ganti nama ditentukan oleh perhubungan antara diri kita dengan orang yang berlawan cakap.

Kata ganti nama diri dan sapaan dalam masyarakat


a. Pola hubungan secara mendatar interaksi bersama rakan yang sebaya atau hampir sebaya. kata ganti nama yang sesuai : awak, engkau atau kau b. Pola hubungan atas ke bawah murid guru anak buah ketua pelatih pensyarah Kata ganti nama yang sesuai seperti encik, tuan, puan dan cik. Bagi murid harus menggunakan panggailan cikgu apabila

Protokol dan Panggilan Hormat


Di Malaysia, penggunaan protokol panggilan hormat yang betil sangat dititikberatkan dalam pelbagai majlis sama pada peringkat jabatan, organisasi, negara dan antarabangsa. Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan

Aturan Protokol
Pada permulaan setiap ucapan, pengerusi majlis mesti menyapa terlebih dahulu orang yang paling kanan dalam majlis tersebut mengikut susunan protokol yang ditentukan seperti Yang Mulia, Yang Berbahagia, Yang dihormati dan sebagainya. Selepas itu, barulah disapa orang lain.

Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar


(a) Yang di-Pertuan Agong - * Ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda (b) Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda (c) Raja Perlis - DYMM Tuanku (d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan (e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku (f) Sultan Selangor - DYMM Sultan (g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan (h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan (i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan (j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan (k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah (l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan (m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu (n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku (o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku (p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan (q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah (r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan (s) Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan (t) Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama (u) Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia
*DYMM = Duli Yang Maha Mulia

Yang Dipertua Negeri / Duta


Gelaran Panggilan Hormat

Yang Dipertua Negeri Melaka Yang Dipertua Negeri Sabah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Yang Dipertua Negeri Sarawak Duta Besar / Pesuruhjaya Tinggi
Yang Dipertua Dewan Negara / Dewan Rakyat

Tuan Yang Terutama Tuan Yang Terutama Tuan Yang Terutama Tuan Yang Terutama Tuan Yang Terutama
Yang Berhormat @ Tuan Yang Dipertua Dewan Negara

Perdana Menteri/Timbalan Perdana Menteri/menteri-menteri/timbalan-timbalan menteri


Gelaran Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Menteri Besar Ketua Menteri Tun / Toh Puan Menteri Ahli Parlimen Ahli Dewan Undangan Negeri Bergelar Kurniaan (cth : Tan Sri, Puan Sri, Datuk, Dato;, Datin, Datuk Seri, Datuk Paduka Yang Berbahagia Yang Amat Berbahagia Yang Berhormat Panggilan hormat Yang Amat Berhormat

Pegawai-Pegawai Kerajaan
Gelaran Ketua Hakim Negara Hakim Mufti Kadi Ketua Jabatan Ketua Polis Negara Ketua Turus Tentera Panggilan Hormat Yang Amat Arif Yang Arif Sahibus-Samahah Sahibul-Fadhilah Yang Berusaha Yang Berbahagia Yang Berbahahia

Masyarakat Umum
Gelaran Haji / Hajah Ustaz / Ustazah Imam Pengetua / Guru Besar
Panggilan Hormat

Yang Mulia Haji/Hajah Yang Berbahagia Ustaz/Ustazah Yang Berbahagia Tuan Imam Yang Berbahagia Tuan Pengetua/Guru Besar

BAHASA TUBUH
Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan. Sangat penting bagi menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan. Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang.

Gerakan anggota badan


Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai makna tertentu. Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan. Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang.

Gerakan mata
Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat. Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta. Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malau atau tidak tenteram perasaannya.

Gerakan tangan
Mempunyai maksud sejagat yang difahami. Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksud Maksud yang disampaikan boleh berbeza kerana dipengaruhi oleh budaya. Maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang

Gerakan tangan
Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang. Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu.

Mimik muka
Riak air muka mempunyai maksud tersirat yang dapat diterjemah maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang. Contoh; Pengamatan air muka dapat membantu mengetahui maksud yang tersurat dan tersirat. Mengetahui keperibadian seseorang.

Anda mungkin juga menyukai