Anda di halaman 1dari 2

1.

4Pengkaryaan&PenggubahanSeniVisual
Pengkaryaan dan penggubahan merujuk kepada cara dan teknik seniman dalam menggunakan
bahan/bahantara untuk menghasilkan sesuatu yang indah.
Aktiviti 1.4a: Keluarkan hasil seni yang diperoleh di tingkatan 5, semak teknik yang terlibat dalam
penghasilan karya itu
Dalam seni, kita memilih media dan teknik yang sesuai untuk menghasilkan kesan tampak yang diingini.
Untuk menghasilkan 'awan', kita boleh menggunakan cat air dan kertas sebagai media melalui teknik
basah atas basah untuk menimbulkan kesan awan kepada penglihatan.
Media merupakan alat, bahan atau bahanantara yang dipilih untuk proses penghasilan karya dan rekaan.
Contohnya, bahan seperti pensil, pen, arang dsb merupakan alat utama untuk membuat sebuah lukisan.
Manakala, warna pastel dan cat minyak adalah media yang digunakan dalam penghasilan sebuah catan.
Tanpa media, hasil seni tidak mungkin dihasilkan. Media terbahagi kepada:
1.
Media kering: media yang tidak melibatkan sebarang cecair seperti warna pensel, arang, krayon,
pen dsb. Ia seseuai digunakan untuk membuat lukisan.
2.
Media basah: media yang melibatkan penggunaan cecair seperti air dan minyak untuk
menghasilkan kesan tampak yang lebih licin seperti cat minyak, cat air, warna pastel dsb.

Teknik pula adalah cara menggunakan media tersebut. Contohnya, pensel boleh menghasilkan garisan
yang tebal lalu digosok untuk menghasilkan kesan ton pada sebuah lukisan. Maka teknik gosokan
merupakan teknik dalam penghasilan lukisan itu. Teknik lain termasuklah glazing, sentuhan, titik, tiupan,
impasto, sgraffito, frottage, alla prima dsb bergantung pada media yang digunakan. Kesemua tersebut
adalah teknik konvensional yang telah wujud sejak zaman dahulu. Teknik moden ialah hasil inovasi
seniman semasa mencari cara dan kaedah luar biasa untuk menghasilkan karya yang lebih unggul dalam
bidang tertentu. Contohnya, tanah digunakan untuk menghasilkan sesuatu catan. Seni grafik komputer
juga merupakan teknik moden (seni op).

Aktiviti 1.4b: Apakah media dan teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan kolaj.

Anda mungkin juga menyukai