Anda di halaman 1dari 3

TIPS SERTA PANDUAN MENGHADIRI TEMUDUGA

Posted on the November 27th, 2009 under Tips by johnjimat

Menghadiri temuduga kerja adalah perkara biasa bagi kalangan graduan lepasan ijazah, diploma,
lepasan SPM, mahupun golongan yang sudah pun bekerja.

Jika diketepikan soal politik, kabel, dan talian hayat, apakah faktor utama kepada kejayaan
sesebuah temuduga?

Kejayaan awal

Andaikan anda mendapat suatu panggilan temuduga bagi mengisi sesebuah jawatan kosong yang
pernah anda pohon suatu ketika dahulu di sesebuah organisasi.

Apa yang harus anda lakukan? Setkan dalam minda bahawa anda telah pun berjaya dalam
peringkat pertama mengejar karier. Jangan sesekali memandang rendah akan kuasa minda.

Minda yang dapat disetkan dengan baik mampu memberi kekuatan kepada keseluruhan
perjalanan temuduga yang akan dilalui ini.

Setkan bahawa:

Tanpa kejayaan anda di peringkat pertama ini, tidak mungkin akan wujud peringkat kedua. Oleh
itu, perjalanan mesti diteruskan.

Persiapan awal: Kajian

Sebaik mendapat surat temuduga, buat sedikit persiapan sebelum tiba tarikh temuduga.

Kaji latar belakang organisasi yang menawarkan temuduga jawatan kosong kepada anda. Apakah
urusan utama organisasi tersebut, berapa lama ditubuhkan, saiz organisasi, kaitan organisasi
dengan anda, dan sebagainya.

Buat kajian terperinci tentang jawatan yang ditawarkan. Kenapa jawatan itu diwujudkan, peranan
utama jawatan, pengetahuan yang perlu ada untuk mengisi jawatan tersebut, dan mengapa anda
rasa anda diperlukan untuk mengisi jawatan tersebut.

Kalau dapat, lihat berapa banyak kerusi yang ditawarkan untuk jawatan tersebut, serta berapa
ramai calon yang dipanggil untuk temuduga jawatan tersebut.

Kaji juga sejauh mana anda sendiri memerlukan jawatan mahu pun organisasi tersebut. Sejauh
mana ia bersesuaian dengan kelulusan anda, dan sejauh mana kelulusan anda bersesuaian dengan
jawatan tersebut.
Sekiranya anda berasa selesa setelah menjalani kajian-kajian di atas, besarlah harapan anda
untuk berjaya dalam temuduga itu nanti.

Sebaliknya jika anda rasa kurang selesa, cuba cari tawaran lain dan lupakan temuduga tersebut,
melainkan anda memang terdesak untuk meneruskan kehidupan anda sehari hari.

Persiapan sebelum temuduga

Pada hari temuduga, bangun awal. Banyak perkara yang harus anda lakukan sebelum pergi ke
tempat temuduga, dengan tenang dan tidak gopoh gapah.

Sebelum solat subuh, lakukan solat sunat hajat (lepas subuh tak boleh, masa tu tak boleh solat
sunat dah). Minta supaya dipermudahkan urusan temudugaanda pada hari tersebut.

Tali leher bagi lelaki adalah wajib

Selepas mandi (jangan tak mandi pula), bagi lelaki, wajib memakai baju kemeja lengan panjang
lengkap dengan tali leher, tidak kira bagi jawatan apa sekalipun. Bagi perempuan, kenakan
pakaianyang sopan dan semestinya menutup aurat.

No perfume, please!

Elakkan memakai bau-bauan atau sebarang perkara yang bermaksud untuk berwangi-wangian.
Selain berdosa (bagi perempuan), bau-bauan ini boleh mengakibatkan markah anda ditolak
seandainya penemuduga terhidu perfume anda sewaktu proses temuduga dijalankan.

Dapatkan gambaran isu semasa

Para remaja biasanya kurang berminat untuk mengetahui isu semasa, terutama bab politik dan
ekonomi. Kerana ianya membosankan dan tidak seseronok tabloid Metro Harian.

Namun, untuk hari temuduga, korbankan sedikit ketidakselesaan itu. Selepas bersarapan ala
kadar, ambil masa baca suratkhabar atau dengar radio. Paling baik kalau dapat tonton dengan
Buletin Pagi di TV3, sambil sarapan pun boleh dengar.

Kalau tak dapat tonton TV, baca suratkhabar utama seperti Berita Harian, Utusan, New Straits
Times, The Star, dan sebagainya.

Baca topik-topik semasa, politik, ekonomi, dan isu-isu kerajaan serta berita yang mempunyai
kaitan dengan jawatan anda jika ada.

Penemuduga biasanya berminat dengan calon yang mempunyai kepekaan dan keprihatinan
terhadap persekitaran hidup masyarakat keseluruhan, terutama dari segi fizikal, sosial, ekonomi,
pentadbiran sertapolitik.

Melangkah ke lokasi temuduga


Sebelum meninggalkan rumah, pastikan anda membawa bersama surat panggilan temuduga serta
dokumen-dokumen yang diisyaratkan dalam surat panggilan temuduga.

Buatkan satu check-list ringkas supaya tiada yang tertinggal melainkan tapak kaki.

Pastikan anda tiba sebelum masa yang ditetapkan. Aspek masa amat dititikberatkan dalam
sesebuah program temuduga.

Setibanya anda di lokasi, tenangkan diri dan banyakkan doa tawakkal. Letakkan harapan anda
pada Yang Maha Esa.

Akhir kata, selamat menghadiri temuduga. Semoga berjaya!

Anda mungkin juga menyukai