Anda di halaman 1dari 5

Tips DO & DON'T

temuduga kerajan
Tips-tips DO and DON'T semasa interview kerajaan (dan bukan kerajaan pun boleh)...

1 ) Apabila nama anda dipanggil untuk masuk ke dalam


bilik temuduga setelah sekian lama menunggu.
    
   DO - Tarik nafas dalam-dalam, ketuk pintu dan berikan salam yg berhemah "Assalamualaikum dan
Selamat sejahtera (kot2 ada bukan Islam)". Masuk ke dalam bilik sambil memberikan senyuman
penuh ceria kepada semua penemuduga itu.

     DON'T - Dgn gaya gelabah, tidak sempat memberi salam, terus masuk melulu atau memberi salam
seperti memberi salam kepada jiran sebelah. Dan lagi, tunduk kerana takut berhadapan dgn
penemuduga. Markah keyakinan anda 0% pada pandangan pertama pihak penemuduga.

2)  Duduk di kerusi
 
    DO - Duduk tegak. Duduk mcm orang bersanding pun lagi bagus. Senyum.

    DON'T - Duduk bersandar. Kaki bersilang. Anda bukan melepak kat kedai mamak ketika itu.

3) Nervous? Nervous adalah satu 'wabak' yg mampu


menghilangkan semua cita-cita dan harapan dalam sekelip
mata. Apa yg dijawab akan menjadi tidak sama dgn apa
yang disoal akibat terlalu nervous.
  
     DO - Fokus pada soalan penemuduga.  Sila fokus. Genggam kedua-dua belah tangan secara
perlahan bagi menghilangkan perasaan nervous itu.

    DON'T - Jangan hilang fokus. Buruk padahnya.


                   "Kenapa awak sangat berminat dgn kerjaya ini?"
                   "Saya...saya...memang minat dgn kerja ni."
                   "Kenapa awak minat?"
                   "Sebab saya memang minat lah dgn kerjaya ini."
 0% markah diberikan!!!
                  

4) Perkenalkan diri. Ini mungkin soalan pertama yg


diajukan. Dan mungkin ia akan menjadi sukar apabila
diminta perkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris.
Sebenarnya, ia adalah untuk menguji keupayaan kita
berbahasa Inggeris.
     DO - Perkenalkan nama, pendidikan yg diperolehi dari darjah 1 sehingga sekarang, pengalaman
kerja (jika ada), sedikit latar belakang keluarga. Oh ya, perkenalkan diri dengan lancar dan jelas.
Tahap keyakinan anda dinilai disitu.

     DON'T - Menceritakan makanan kegemaran, hobi di masa lapang, haiwan peliharaan, kisah putus
cinta 2 tahun lepas, hal-hal peribadi yg tidak relevan langsung. Percayalah, ia tidak menampakkan
anda seorang yg peramah, ia menampakkan anda  TIDAK PROFESSIONAL.

5 )  Apa yg anda tahu mengenai tugas dan peranan


jawatan yg dipohon?
     DO - Buat ulangkaji, ambil tips-tips temuduga dari orang lain, bersedia dan tahu akan tugas dari
jawatan yg dipohon.

     DON'T - Bersikap sambil lewa, dan kemudian menjawab soalan subjektif ini seperti menjawab
soalan objektif. PLEASEEEE...BE PREPARED! Di sini, ia akan menilai sejauh mana anda bersedia
menerima sesuatu beban tugas.

6) Anda akan diberi soalan situasi dalam sebuah masalah


kerja, bagaimana anda akan menyelesaikannya. Contoh
soalan, "Sekiranya tugas anda banyak menimbun dan
perlu disiapkan segera, tetapi ada rakan sejawat lain yg
bekerja bersama anda tidak hadir, dan kerjanya juga perlu
disiapkan dgn kadar segera. Mahukah anda membantu
menyiapkan kerjanya?" 
     DO - Fikir dulu sebelum jawab. Jawapan anda boleh memakan diri anda sendiri. Dan, jawablah
dengan ikhlas dan berhemah.

     DON'T - Jawab dengan kepura-puraan. Tahukah anda, panel penemuduga itu kemungkinan besar
bakal menjadi orang atasan anda, mereka makan garam lebih dulu dari anda. Jadi, tidak perlu
jawapan yg palsu untuk menaikkan diri anda sendiri.

7) Latarbelakang tempat anda bakal bekerja.


     DO - Hafal la setiap visi, misi, objektif, tahun bila ia ditubuhkan? Siapa ketua tertinggi organisasi?

     DON'T - Pergi interview dengan tiada pengetahuan langsung mengenai organisasi. Ini
menunjukkan anda tidak berminat untuk bekerja di situ.
8) Pengalaman kerja terdahulu.
    DO - Menceritakan kesungguhan anda dalam menjalankan pekerjaan anda, sumbangan yg telah
anda berikan terhadapa organisasi yg lepas.

    DON'T - Menceritakan keburukan boss anda. Ingat! Ni bukan kedai mamak!

9) Apa yang kamu lihat pada diri kamu 10 tahun akan


datang?
    DO - "Saya nak jadi macam ........................(sebutkan nama ketua tertinggi dalam organisasi anda)",
ucaplah dengan seikhlas hati. Tanamkan azam itu.

    DON'T - "Saya nak ada anak 4 orang, lepas tu saya nak buat kolam dekat belakang rumah, kat
depan rumah pulak nak letak pasu bunga banyak-banyak."

10) Isu semasa


     DO - Sebelum sampai kat tempat temuduga, singgah la beli surat khabar. Ambil tahu berita
hari ni. Ia akan menunjukkan diri anda seorang yg peka kepada hal-hal berkaitan ekonomi,
politik, sukan, budaya, dan lain-lain. Mereka tentu akan memilih pekerja yang berpengetahuan
luas.

     DON'T - Elakkan dari menceritakan isu-isu politik sahaja dan gaya anda seperti berpihak kepada
mana-mana parti politik.

11) Kata-kata rumusan dan penggulungan (penggulungan


pon boleeee)
     DO - "Kalau saya dapat menjawat jawatan ini, saya akan laksanakan tugas dgn baik,
saya tidak akan menghampakan harapan mereka yg telah memilih saya. Kerana tidak kira
di mana saja saya bekerja, di situlah punca rezki saya, yg saya berikan pada kedua ibu-
bapa saya. Pekerjaan saya juga ibadah saya."Sila ambil ayat ni, bawak pergi temuduga, mcm
ucapan menang anugerah bintang fofuler.

    DON'T - "Kalau dapat..dapatlah. Kalau tak dapat...takpe." Sila ambil surat keputusan temuduga
selepas saja dari temuduga ini. CONFIRM GAGAL!!! HAHAHAHAHAA

note : jgn makan gula-gula, cekelat dan cewing gum semasa interview. ia tidak akan menampakkan
anda cool langsung...
Latar Belakang IKBN
Pagoh
Ditulis oleh admin   

Isnin, 15 Jun 2009 12:05

Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh (IKBNP) ditubuhkan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan
Di dalam RMK 7 menepati keperluan semasa di sektor industri. Institut ini mula dibina pada 23
Oktober 1999 dan disiapkan sepenuhnya pada 31 Oktober 2001 di atas keluasan 30 ekar. Institut
ini terletak di Pagoh Muar Johor iaitu kira-kira 21 kilometer dari Bandar Muar dan kira-kira 2
kilometer dari Plaza Tol Pagoh.

Ini adalah bertujuan untuk memberi pendekatan latihan berasaskan pelaksanaan semasa iaitu
meliputi pendidikan BIna Insan dan latihan Kemahiran. Pendidikan Bina Insan dilaksanakan melalui
aktiviti keagamaan, kawad, kepimpinan, keusahawanan, ketatanegaraan, kemasyarakatan dan
kesukanan. Latihan Kemahiran terdiri daripada kuliah teori (30%) dan latihan praktikal (70%).
Institut ini juga merupakan salah satu Pusat Kecemerlangan bagi pengkhususan di dalam bidang
Kejuruteraan Mekanikal.

Penubuhan IKBN adalah untuk menampung permintaan tenaga mahir yang semakin meningkat.
Dengan ini ia dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan tenaga mahir negara. Kadar
pengeluaran tenaga mahir adalah dijangkakan seramai 1200 orang apabila beroperasi sepenuhnya.
Institut ini mula beroperasi pada bulan Januari 2003.

Vis
i
Ditulis oleh admin   
Isnin, 15 Jun 2009 12:06
Menjadi institut kemahiran yang terunggul menepati keperluan pembangunan negara.

Misi
Ditulis oleh admin   
Isnin, 15 Jun 2009 12:06
Menghasilkan seramai mungkin belia yang berkemahiran dalam bidang teknikal, berwawasan dan
berakhlak mulia untuk keperluan tenaga kerja yang berketerampilan selaras dengan dasar
pembangunan negara.

Objektif
Ditulis oleh admin   
Isnin, 15 Jun 2009 12:08
1. Melahirkan belia mahir dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

2. Memastikan belia-belia mahir menjadi tenaga kerja berkualiti dan bersesuaian dengan
permintaan industri.

3. Mewujudkan lebih banyak peluang latihan kemahiran dengan mempelbagaikan program


latihan kemahiran bersesuaian dengan keperluan industri.

4. Memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan pihak swasta ke arah memperluaskan peluang


latihan di industri-industri.

5. Melahirkan usahawan belia dalam bidang pembuatan mekanikal.

Anda mungkin juga menyukai