Anda di halaman 1dari 2

Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia

Projek Tahun Akhir

Penyelidikan (Kuantitatif)

Maklumat Umum

Projek penyelidikan yang menggunakan pendekatan kuantitatif melibatkan kajian yang


menggunakan kaedah pengumpulan dan analisis data numerikal yang lazimnya
diperolehi dari soal-selidik, ujian, eksperimen atau lain-lain instrumen yang
bersesuaian.
Jenis-jenis penyelidikan kuantitatif adalah:
o Kajian deskriptif (Tinjauan)
o Korelasi
o Kausal – Komparative (Causal-Comparative)
o Kajian Eksperimental (Benar atau Kuasi)

Maklumat Penulisan

Penulisan laporan projek penyelidikan yang menggunakan pendekatan kuantitiaf lazimnya


mengikut urutan seperti berikut:

BAB 1 Pengenalan
o Bahagian ini memperkenalkan topik atau isu yang dikaji, latarbelakang kajian,
pernyataan masalah, objektif, hipotesis kajian (jika ada), kerangka konseptual
kajian, kepentingan kajian, definisi istilah dan batasan kajian.

BAB 2 Sorotan Karya Terpilih


o Bab ini dimulai dengan pendahuluan dan diakhiri dengan rumusan. Bahagian ini
hendaklah meliputi huraian penyelidikan terdahulu dan maklumat yang
berkaitan dengan kajian. Tujuan bahagian ini adalah untuk membolehkan anda
menghubungkaitkan kajian terdahulu dengan kajian anda, memberi cadangan
pengkaedahan atau teknik serta idea baru yang boleh diguna dalam kajian
anda, dan memberi panduan sumber rujukan lain yang berkaitan.

BAB 3 Metodologi
o Bab ini harus membincangkan dengan mendalam bagaimana kajian dilakukan,
apakah kaedah pengukuran dan bagaimana maklumat di analisis. Aspek ujian
rintis, keesahan dan kebolehpercayaan juga harus dimasukkan. Sub topik
termasuk reka bentuk kajian, populasi dan sampel, instrumen kajian,
pengukuran instrumen, ujian rintis dan analisis data.

BAB 4 Dapatan dan Perbincangan


o Bab ini akan melaporkan dapatan dari instrumen kajian dengan terperinci.
Persamaan atau perbezaan hasil dapatan kajian dengan kajian-kajian lepas
harus dibincangkan. Objektif dan hipotesis kajian (jika ada) turut dibincangkan
di dalam bab ini.

BAB 5 Rumusan, Kesimpulan dan Cadangan


o Rumusan atau ringkasan kajian dibentangkan dalam bab 5 yang membincangkan
secara ringkas objektif kajian, metodologi dan dapatan utama. Kesimpulan
menyentuh intipati kajian dan kaitannya atau perbezaannya dengan model/
teori/pendapat pengkaji lepas. Cadangan untuk pihak berkaitan harus
dibincangkan dan cadangan harus dikemukakan berdasarkan dapatan kajian
sahaja.
Rujukan
Disusun mengikut abjad nama pengarang menggunakan format APA. Pelajar harus
menyedari perbezaan format untuk untuk jenis rujukan yang berlainan, misalnya format
rujukan untuk buku berbeza dari jurnal. Semua pengarang yang dirujuk di dalam teks
harus dimuatkan dalam bahagian rujukan.

Rujukan boleh didapati dari buku, jurnal, dan pelbagai laporan. Rujukan yang berusia lebih
daripada 10 tahun tidak digalakkan kecuali untuk kajian yang bercorak falsafah, sejarah,
teori dan klasik. Pelajar juga harus berhati-hati dalam memilih rujukan yang terdapat di
halaman web untuk memastikan kesahihan kandungannya. Umpamanya, laporan oleh
institusi pendidikan atau penyelidikan, jurnal elektronik yang telah diteliti patut diberi
keutamaan berbanding dengan kenyataan atau laporan yang diberi oleh syarikat yang
bersifat komersil.

Semua pemetikan (citation) hendaklah menggunakan sistem American Pscyhological


Association (APA) edisi kelima dan APA Electronic Reference Format.

Lampiran
Bahagian memuatkan maklumat tambahan untuk PTA termasuklah borang soal selidik atau
instrumen yang digunakan, surat kebenaran melakukan penyelidikan dan lain-lain dokumen
yang berkaitan dengan PTA.

Anda mungkin juga menyukai