Anda di halaman 1dari 33

PANDUAN PENYEDIAAN PROJEK TAHUN AKHIR

Sesi 2007/2008

Nama: _____________________________

No. Matrik: ________________________


Halaman 2

PENGENALAN

Projek Tahun Akhir (PTA) bertujuan untuk membina keupayaan pelajar untuk merancang dan
mengatur kerja projek penyelidikan dan pembangunan secara sistematik. Setiap pelajar diberi
peluang memilih atau mencadangkan tajuk selepas berbincang dan mendapat persetujuan
penyelia yang berkaitan. Lazimnya, tajuk yang dicadangkan adalah mengikut subjek teras
program masing-masing. Walaupun tajuk projek berbeza antara satu sama lain, para pelajar
akan mendapat latihan yang sama dari segi perancangan dan pelaksanaan proses penyelidikan.

Kandungan panduan ini memberi penjelasan tentang tahap pelaksanaan, format fizikal dan
prosedur penyerahan laporan projek dan lain-lain maklumat berkaitan. Adalah menjadi
tanggungjawab pelajar untuk memastikan projek tahun akhir masing-masing disediakan
mengikut panduan ini.

TAHAP PELAKSANAAN PTA

PTA melibatkan beberapa aktiviti penting dengan tarikh akhir yang perlu dipatuhi. Pelajar
akan diberikan seorang penyelia selewat-lewatnya dalam minggu pertama semester. Dalam
proses menyediakan PTA, pelajar perlu mesti berbincang dengan penyelia sekurang-
kurangnya 6 kali per semester dan butiran perbincangan mesti dicatatkan dalam buku log
menggunakan format yang ditunjukkan dalam lampiran A1.

Pelajar akan melakukan dua (2) kali pembentangan iaitu untuk bab 1,2 dan 3 di semester
pertama dan bab 4 dan 5 di semester kedua. Rujuk Lampiran A2 untuk format pembentangan
1 dan 2. Sila rujuk lampiran A3 untuk maklumat lengkap tentang aktiviti dan tarikh penting.

Selepas PTA digred, tiga (3) atau empat (4) salinan laporan PTA berjilid yang telah
ditandatangani penyelia serta satu salinan softcopy dalam disket atau CD-ROM mesti
diserahkan ke Pejabat Am FSKPM oleh pelajar. Salinan berjilid pertama adalah untuk
simpanan pihak fakulti, salinan berjilid kedua untuk penyelia, salinan berjilid ketiga serta
softcopy untuk PKMA, dan salinan berjilid keempat (jika berkenaan) untuk organisasi yang
terlibat dalam kajian. Pelajar mesti mendapatkan pengesahan dari organisasi bahawa mereka
telah menerima sesalinan PTA dan menghantar surat pengesahan berkenaan kepada
Penyelaras PTA program masing-masing sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan (Rujuk
Lampiran A4). Transkrip akhir keputusan pelajar akan ditahan jika pelajar gagal menghantar
sesalinan laporan ke organisasi dan / atau tidak menghantar salinan berjilid mengikut format
yang ditetapkan oleh fakulti.

PENILAIAN

Pelajar akan dinilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan seperti jadual di bawah.

KMK 3102/KMS 3102/KMC 3102/KMP 4102 (Projek Tahun Akhir I)


Laporan PTA : 80%
Sahsiah : 5%
Seminar dan/atau Bengkel : 5%
* Pembentangan Kertas Cadangan : 10%
Halaman 3

KMK 3104/KMS 3104/KMC 3104/KMP 4104 (Projek Tahun Akhir II)


Laporan PTA : 70%
Sahsiah : 5%
* Pembentangan Akhir : 15%
Poster (sila rujuk Lampiran N) : 10%

* Pembentangan oleh pelajar adalah DIWAJIBKAN. Pelajar yang tidak membuat


pembentangan akan diberi gred F.

TANGGUNGJAWAB

Tanggungjawab Pelajar
Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk :
 Merancang, melaksana, menulis dan menghantar PTA mengikut format yang telah
ditetapkan
 Memastikan laporan telah diedit oleh pihak berkecuali untuk memastikan tiada
kesalahan ayat dan ejaan pada laporan sebelum dihantar kepada penyelia untuk
diperiksa
 Berjumpa dan berbincang dengan penyelia sekurang-kurangnya 6 kali per semester
 Memastikan kerja PTA mengikut tahap yang sepatutnya iaitu menyiapkan bab 1,2
dan 3 di semester 1 dan bab 4 dan 5 di semester 2
 Tidak memplagiat
 Melakukan pembentangan
 Menghantar salinan PTA ke organisasi (jika berkaitan)
 Berbincang dengan penyelia mengenai masalah yang dihadapi dalam PTA
 Mematuhi peraturan fakulti dan Universiti dalam proses pelaksanaan

Tanggungjawab Penyelia
 Membantu pelajar memahami proses penyelidikan yang betul
 Menyemak kerja pelajar dan memberi maklumbalas dalam tempoh selewat-lewatnya
10 hari
 Memastikan pelajar datang berjumpa dan berbincang mengenai PTA sekurang-
kurangnya 6 kali per semester,
 Mengingatkan pelajar tarikh-tarikh penting seperti tarikh pembentangan, tarikh
menghantar PTA
 Memperuntukkan waktu pertemuan / perbincangan untuk PTA
 Memantau pelajar berada pada tahap perkembangan PTA yang sepatutnya
 Memastikan pelajar mengikuti format PTA yang telah ditetapkan

Tanggungjawab Pejabat Am
 Menyediakan surat permohonan menjalankan penyelidikan di organisasi
 Mengedarkan borang penerimaan tesis oleh organisasi
 Menerima dan merekod penerimaan salinan PTA berjilid serta menghantar salinan
PKMA ke PKMA berserta softcopy
 Mendokumenkan tajuk PTA dan nama pelajar untuk rujukan
 Menyediakan maklumat tentang syarikat pencetakan
Halaman 4

FORMAT LAPORAN

Panjang PTA
Jumlah muka surat yang dicadangkan adalah antara 30-50 mukasurat tidak termasuk
lampiran.

Bahasa
Laporan boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Bahasa yang diguna
perlulah mudah difahami dan tidak mempunyai kesalahan dari segi tatabahasa serta ejaan.

Penaipan
Fon (Font)
Pelajar harus menggunakan fon bersaiz 12-mata; jenis Times New Roman. Jenis fon yang lain
tidak diterima.

Langkauan (Spacing)
Laporan perlu ditaip pada satu muka surat termasuk untuk halaman tajuk dan halaman
tandatangan penyelia. Teks utama laporan perlu ditaip langkau 1.5 baris. Langkau sebaris
perlu digunakan untuk semua halaman tambahan yang lain seperti halaman tajuk, tandatangan
penyelia, penghargaan, jadual kandungan, senarai jadual, senarai gambarajah dan plat/gambar
foto, abstrak, rujukan dan lampiran.

Susunan (Alignment)
Keseluruhan teks utama perlu ditaip dalam susunan penuh (justified alignment).

Margin
Margin untuk semua muka surat (kecuali muka surat pertama setiap bab) adalah sekurang-
kurangnya 3 cm untuk atas dan 3.5 cm untuk bawah.. Untuk kiri 4 cm dan kanan 3 cm. Untuk
muka surat pertama setiap bab, margin atas adalah 7.0 cm.

Nombor mukasurat
Nombor mukasurat mestilah mengikut turutan untuk keseluruhan laporan, termasuk halaman
untuk rajah, jadual dan lampiran. Nombor mukasurat diberi mengikut angka Arab (1,2,3,…)
bermula dari halaman pertama Bab 1. Halaman tambahan (seperti halaman sebelum Bab I
mesti menggunakan angka Roman kecil (i, ii, iii, ...). Nombor halaman untuk semua tajuk Bab
tidak perlu dicetak.

Nombor mukasurat mesti diletakkan di tengah-tengah bahagian bawah halaman, atau di


penjuru atas sebelah kanan halaman (tengah-tengah bahagian bawah halaman dicadangkan).
Nombor ini mesti ditaip sekurang-kurangnya 1 cm dari margin bawah halaman. Nombor
mukasurat tidak boleh diletakkan dalam kurungan atau antara dua tanda sempang, atau cara
lain.

Setiap lampiran mestilah dikenalpasti secara berasingan dengan menggunakan huruf


(A,B,C,...). Nombor mukasurat lampiran juga perlu dicetak dengan cara yang sama seperti
yang dinyatakan di atas.

Kertas
Kertas berwarna putih bersaiz A4 - 21 cm x 29.7 cm (sekurang-kurangnya 80gm) perlu
digunakan.
Halaman 5

Kualiti Penaipan
Laporan perlu dicetak dengan menggunakan pencetak laser atau ink-jet. Salinan cetakan laser
juga boleh digunakan.

Penjilidan
Sila rujuk Lampiran B1 dan B2. Penjilidan diuruskan oleh syarikat pencetakan yang dilantik
oleh universiti. Pelajar hanya perlu memberikan butiran fakulti, tajuk, program dan tahun.
Format akan disusun oleh syarikat berkenaan.

Susunatur Isi Kandungan


Berikut ialah satu contoh turutan kandungan untuk laporan projek.
a. Borang Pengesahan Status Tesis (untuk salinan PKMA sahaja)
b. Halaman Tajuk
c. Tandatangan Penyelia
d. Penghargaan
e. Jadual kandungan
f. Senarai jadual, gambarajah dan plat / gambar foto
g. Abstrak (dalam Bahasa Melayu dan Inggeris jika ditulis dalam Bahasa Melayu dan
sebaliknya jika ditulis dalam Bahasa Inggeris)
h. Teks utama laporan yang disusun mengikut bab
i. Rujukan
j. Lampiran

Borang Pengesahan Status Tesis


Untuk salinan PKMA sahaja, borang ini perlu diisi dan ditandatangani oleh pelajar dan
penyelia dan dijilidkan pada mukasurat pertama selepas muka depan laporan. Penyelia akan
meletakkan gred di borang ini. Hanya PTA yang mendapat gred A dan A- sahaja yang akan
dihantar ke CAIS. Sila rujuk Lampiran B untuk contoh borang ini.

Halaman Tajuk
Tajuk projek mestilah seringkas dan setepat mungkin dalam memberikan penjelasan tentang
projek yang dikaji. Format halaman tajuk disediakan dalam Lampiran C.

Tandatangan Penyelia
Halaman ini memerlukan tandatangan penyelia untuk mengesahkan bahawa laporan telah
diterima untuk diperiksa oleh beliau. Sila rujuk Lampiran D untuk PTA yang ditulis dalam
Bahasa Malaysia dan Lampiran E untuk PTA yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Penghargaan
Halaman ini biasanya memuatkan kenyataan penghargaan yang ringkas bagi menghargai
individu dan/atau organisasi yang telah membantu menjayakan projek. Halaman dedikasi
yang ditujukan kepada orang yang tertentu perlu dielakkan. Sila rujuk Lampiran F.

Jadual Kandungan
Tajuk semua halaman tambahan serta tajuk dan subtajuk semua tahap bagi semua halaman
bab termasuk nombor halaman tempat perkara-perkara tersebut diletakkan mestilah
disenaraikan dalam jadual kandungan. Setiap tajuk dan subtajuk bagi semua tahap dalam
Jadual Kandungan mesti sama seperti yang tercatat dalam laporan. Untuk laporan yang
mempunyai banyak sub-tajuk, pelajar perlu menggunakan sistem penomboran berhirarki
(misalnya, 3.1, 3.1.1, seterusnya). Sistem penomboran sedemikian berserta penggunaan huruf
kecil dan huruf besar, indentasi dan italik, boleh memberikan ringkasan tentang hubungkait
antara bahagian-bahagian laporan. Sila rujuk Lampiran G.
Halaman 6

Senarai Jadual, Gambarajah dan Plat (Gambar Foto)


Senarai Jadual, Gambarajah dan Plat hendaklah dibentangkan pada halaman berasingan dan
setiap jadual/gambarajah/plat perlu diberi bilangan, tajuk dan nombor mukasurat. Semua
jadual, gambarajah dan plat mestilah dinomborkan secara berturutan dalam keseluruhan
laporan. Sila rujuk Lampiran H dan I.

Abstrak
Abstrak dan tajuk projek dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu disediakan.
Abstrak adalah ringkasan keseluruhan projek. Ia memberikan ringkasan objektif projek,
pengkaedahan yang diguna, penemuan yang signifikan dalam konteks bidang kajian dan
kesimpulan. Abstrak mestilah ditaip dalam satu perenggan sahaja dan tidak melebihi satu
halaman teks yang bertaip langkau satu baris (iaitu 150-300 perkataan) dengan saiz fon 12-
mata. Abstrak dalam Bahasa Inggeris perlu menggunakan fon gaya italik sekiranya laporan
ditulis dalam Bahasa Melayu atau sebaliknya. Sila rujuk Lampiran J.

TEKS UTAMA LAPORAN


Teks utama laporan biasanya disusun berdasarkan bab yang dinomborkan secara berturutan.
Susunannya bergantung pada jenis projek, tetapi pelajar adalah bertanggungjawab untuk
menyediakan laporan yang tersusun rapi dan sistematik. Keseluruhan teks utama mesti
menggunakan fon saiz 12-mata, langkauan 1.5 baris dan susunan penuh.

Setiap bab perlu dimulakan dengan nombor bab dan diikuti oleh tajuk bab berkenaan. Sila
rujuk Lampiran K. Subtajuk pada setiap tahap perlu dinomborkan secara berurutan.
Perenggan pertama sejurus selepas subtajuk pada setiap tahap perlu diasingkan oleh satu baris
kosong dan ditaip langkau ke dalam (indentasi) sebanyak 1 cm. Setiap perenggan yang
seterusnya juga perlu dimulakan dengan langkau ke dalam yang sama.

Laporan biasanya mengandungi bahagian seperti yang disenaraikan di Lampiran M mengikut


jenis projek yang dijalankan. Walau bagaimanapun, bahagian ini boleh diubah mengikut
kesesuaian projek setelah mendapat persetujuan daripada penyelia.
Halaman 7

Lampiran A1

Format Buku Log Perbincangan dengan Penyelia

Bil. Tarikh Masa Tandatangan


Penyelia Pelajar

Bil. Tarikh Masa Perjumpaan Isi penting perbincangan (sila Ulasan dan
Mula Tamat catatkan apa yang dibincangan Tandatangan
dengan penyelia, apa yang perlu Penyelia
dilakukan untuk pertemuan
akan datang)
Halaman 8

Lampiran A2

Format Pembentangan PTA

Topik pembentangan Bab 1, 2, 3 / cadangan penyelidikan (10%)

1. Tajuk

2. Latar belakang kajian

3. Kenyataan Masalah

4. Objektif

5. Hipotesis serta kerangka konseptual serta definisi istilah (jika berkaitan)

6. Kepentingan kajian dan limitasi kajian

7. Metodologi

Format pembentangan bab 4 dan 5 (semester 2)

1. Tajuk

2. Objektif

3. Hipotesis (jika berkaitan)

4. Dapatan, perbincangan dan sokongan dari kajian lepas

5. Demonstrasi sistem ATAU pembentangan produk/modul (jika berkaitan)

6. Kesimpulan dan cadangan

Untuk kedua-dua pembentangan:

Tempoh pembentangan ialah 10 minit dan 10 minit untuk soal jawab. Pelajar mesti hadir
sekurang-kurangnya tiga sesi pembentangan yang lain dan terlibat dengan aktif dalam
perbincangan. Pelajar juga perlu mencatatkan pengalaman pembelajaran yang diperolehi dari
sesi pembentangan yang dihadiri di dalam buku log.
Halaman 9

Lampiran A3
AKTIVITI DAN TARIKH PENTING

KMK 3102/KMS 3102/KMC 3102/KMP 4102 (PROJEK TAHUN AKHIR I)


Sem 1 2007/2008
Tarikh Aktiviti Tindakan
Sem 2 Sesi 2006/2007 Pembahagian pelajar-penyelia Penyelaras
Minggu perkuliahan PTA
terakhir Program
Sem 1 sesi 2007/2008 Pembahagian/Perubahan penyelia (jika ada). Penyelaras
Minggu 1 Taklimat tentang prosedur PTA: PTA
9-13 Julai 2007  Perjumpaan dengan penyelia Program
 Buku log (perjumpaan dengan penyelia
sekurang-kurangnya 6 kali / semester)
 Tarikh penting pembentangan dan penyerahan
Bab 1,2 dan 3
 Format pembentangan
 Format penilaian
 Hal-hal lain
Minggu 9-10 Seminar pembentangan kertas cadangan (Bab 1, 2 Pelajar&
3 Sept – 15 Sept 2007 dan 3) Penyelia
Minggu 4-14 Melaksanakan Penulisan/Projek berdasarkan Pelajar
30 Julai – 9 Okt 2007 persetujuan.

Penyeliaan Mingguan ** Penyelia**


Minggu 14
10 Okt 2007 Tarikh akhir penghantaran Bab 1, 2 dan 3 Pelajar
26 November 2007 Pemberian Gred kepada Penyelaras PTA Program Penyelia
26 November 2007 Pemaparan Gred pada Papan Notis Penyelaras
PTA
Program
Cuti antara semester Pengumpulan data dan/atau pembangunan Pelajar
(25 Nov – 30 Dis 2007) sistem/produk/modul
**Pelajar perlu berjumpa penyelia setiap minggu untuk melaporkan prestasi dan perkembangan.

KMK 3104/KMS 3104/KMC 3104/KMP 4104 (PROJEK TAHUN AKHIR II)


Sem 2 2007/2008
Tarikh Aktiviti Tindakan
Minggu 1 – 7 Sambungan pengumpulan data dan/atau pembangunan Pelajar
31 Dis 2007 – 22 Feb 2008 sistem/produk/modul serta kemaskini Bab 1, 2 dan 3
Minggu 10-11 Seminar pembentangan Bab 4 dan 5 dan/atau Pelajar&
10 –21 Mac 2008 sistem/produk/modul Penyelia
Minggu 14 Penghantaran draf terakhir kepada penyelia Pelajar
11 April 2008
9 Mei 2008 Penghantaran 5 salinan berjilid (penyelia, fakulti, Pelajar
CAIS, organisasi dan sendiri)
12 Mei 2008 Pemberian Gred kepada Penyelaras PTA Program Penyelia
6 Jun 2008 Borang pengesahan penerimaan PTA oleh organisasi Pelajar
kepada penyelaras PTA program (jika berkenaan)
* Pelajar mestilah lulus Projek Tahun Akhir I sebelum boleh mengambil Projek Tahun Akhir II.
Halaman 10

Lampiran A4

BORANG PENGESAHAN PENERIMAAN PROJEK TAHUN AKHIR


PROGRAM SAINS KOGNITIF
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan
Sarawak Malaysia
Nama Pelajar : No. Matrik :

Nama Penyelia :

Tajuk Projek Tahun Akhir :

Pengesahan Organisasi

Saya dengan ini mengesahkan telah menerima satu salinan Projek Tahun Akhir yang dijalankan di
organisasi ini.

Nama Organisasi dan alamat :

Nama dan Jawatan :

Tandatangan dan cop : Tarikh:

Sila kembalikan borang ini kepada :

Penyelaras PTA
Program Sains Kognitif
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan
Faks : 082 –581567

Sebelum atau pada 6 Jun 2008


Halaman 11

Lampiran B

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS Gred:


JUDUL : _______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

SESI PENGAJIAN :___________

Saya _________________________________________________________________
(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,


Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak


2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan
tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi
5. ** sila tandakan (  )

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI
1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh


organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

___________________________ _________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:
______________________________
______________________________
______________________________

Tarikh : _______________________ Tarikh: _____________________________

Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
*Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai TERHAD.
Halaman 12

Lampiran C

Format Muka Hadapan (bahagian dalam)

TAJUK LAPORAN PROJEK TAHUN AKHIR


(Times New Roman saiz fon 12, huruf besar dan hitamkan, susunan tengah)

(NAMA)
NUR NADIA SYAFIQAH ABIDIN
(Times New Roman saiz fon 12, huruf besar, susunan tengah)

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk


Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian
(Sains Kognitif)
(Times New Roman saiz fon 12, susunan tengah)

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia


UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
Halaman 13

Format Muka Hadapan (bahagian dalam) – untuk laporan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris

TAJUK LAPORAN PROJEK TAHUN AKHIR


(Times New Roman saiz fon 12, huruf besar dan hitamkan, susunan tengah)

(NAMA)
NUR NADIA SYAFIQAH ABIDIN
(Times New Roman saiz fon 12, huruf besar, susunan tengah)

This project is submitted in partial fulfilment of the requirements for a


Bachelor of Science with Honours
(Congntive Science)
(Times New Roman saiz fon 12, susunan tengah)

Faculty of Cognitive Sciences and Human Development


UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
Halaman 14

Lampiran D

Projek bertajuk ‘[Nama Projek]’ telah disediakan oleh [Nama Pelajar] dan telah
diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai
memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (nama program)
( Times New Roman, 12, susunan penuh, margin atas)

Diterima untuk diperiksa oleh:

-----------------------------------
(Nama Penyelia)

Tarikh:

-----------------------------------
( Times New Roman, 12, susunan kanan)

Gred
Halaman 15

Lampiran E

* Untuk laporan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris


The project entitled ‘[Project Title]’ was prepared by [Student’s Name] and submitted
to the Faculty of Cognitive Sciences and Human Development in partial fulfillment of
the requirements for a Bachelor of Science with Honours (program)
( Times New Roman, 12, susunan penuh, margin atas)

Received for examination by:

-----------------------------------
(Nama Penyelia)

Date:

-----------------------------------
( Times New Roman, 12, susunan kanan)

Grade
Lampiran F
Halaman 16

Lampiran F

PENGHARGAAN / ACKNOWLEDGEMENT
(Times New Roman, 12, dihitamkan, susunan tengah, langkau sebaris, margin atas)
(tinggalkan dua baris kosong)

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia projek, XYZ


atas segala bimbingan, tunjuk ajar ………

Terima kasih juga ditujukan kepada Jabatan …..

(Times New Roman, 12, susunan penuh, langkau sebaris)


Halaman 17

Lampiran G

JADUAL KANDUNGAN / TABLE OF CONTENTS


(Times New Roman, 12, dihitamkan, susunan tengah, margin atas)
(tinggalkan 2 baris kosong)

Penghargaan/Acknowledgement (tab ke -12) iii


Jadual Kandungan/Table of Contents iv
Senarai Jadual/List of Figures

Senarai Gambarajah/List of Tables


Abstrak/Abstract
Abstract/Abstrak (italik)

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang Kajian


1.2 Kenyataan Masalah
1.3 Objektif Kajian
1.4 Kerangka Konseptual
1.5 Hipotesis
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Definisi
1.8 Limitasi Kajian

BAB 2
2.1 Konsep Pemindahan Latihan
2.1.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi pemindahan latihan
2.1.2 Faktor persekitaran

2.2 Teori Pemindahan Latihan


2.2.1 ……

2.2.2 15
2.2.2.1 …….… …
2.2.2.2 ………. …
2.3 ……….
2.4

(Times New Roman, 12, susunan penuh, langkau sebaris)


Halaman 18

Lampiran H

SENARAI RAJAH / LIST OF FIGURES


(Times New Roman, 12, dihitamkan, susunan tengah, margin atas)
(tinggalkan 2 baris kosong)

Rajah 1

Kerangka Konsepsual Kajian 6

Rajah 2

Model Pembelajaran Honey and Mumford 12


Halaman 19

Lampiran I

SENARAI JADUAL / LIST OF TABLES


(Times New Roman, 12, dihitamkan, susunan penuh, margin atas)
(tinggalkan 2 baris kosong)

Jadual 1

Taburan Responden Mengikut Faktor Demografi 45

Jadual 2

Taburan Responden Mengikut Sikap Terhadap Mentoring 47


Halaman 20

LAMPIRAN J

ABSTRAK
(Times New Roman, 12 dihitamkan, susunan tengah, margin atas)
(tinggalkan 2 baris kosong)

[TAJUK PROJEK]
( Times New Roman, 12, huruf besar, susunan tengah)
(tinggalkan 1 baris kosong)
[Nama penulis]
( Times New Roman, 11, susunan tengah)
(tinggalkan 1 baris kosong)

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti


( Times New Roman, 12, susunan penuh, langkau sebaris)

Abstrak dalam Bahasa Inggeris diperlukan bagi laporan yang ditulis dalam Bahasa
Melayu atau sebaliknya. Keseluruhan halaman ini perlu ditaip dengan fon gaya italik.

ABSTRACT
(Times New Roman, 12, dihitamkan, italik, susunan tengah, margin atas)
(tinggalkan 2 baris kosong)

[TAJUK PROJEK ]
( Times New Roman, 12, huruf besar, italik, susunan tengah)
(tinggalkan 1 baris kosong)
[Nama penulis]
( Times New Roman, 11, italik, susunan tengah)
(tinggalkan 1 baris kosong)

This study aims to identify …..


( Times New Roman, 12, italik, susunan penuh, langkau sebaris)
Halaman 21

Lampiran K
Teks Utama

(tinggalkan 5 baris kosong dari margin atas)

BAB 1
PENGENALAN
( Times New Roman, 12, huruf besar, dihitamkan)
(tinggalkan 5 baris kosong)

1.0 Subtajuk Pertama : Pendahuluan


(Times New Roman, 12, dihitamkan, huruf besar untuk huruf pertama setiap
perkataan)

Tinggalkan satu baris kosong antara setiap subtajuk pada mana-mana tahap dengan baris
pertama perenggan yang seterusnya. Baris pertama bagi setiap perenggan mesti dimulakan
dengan jangkau ke dalam sebanyak 1 sm. Setiap perenggan perlu ditaip dengan langkau
sebaris dengan menggunakan fon bersaiz 12………….

Perenggan kedua dan seterusnya akan dimulakan pada baris yang seterusnya………

1.1 Subtajuk Kedua : Latar Belakang Kajian

Tinggalkan satu baris kosong antara ayat terakhir bagi subtajuk pertama dengan subtajuk
kedua. ……

1.1.1 Subtajuk tahap kedua

1.1.2 Subtajuk tahap ketiga

1.2 Subtajuk ketiga : Kenyataan Masalah


Halaman 22

LAMPIRAN L

Faculty of Cognitive Sciences and Human Development

[TAJUK PROJEK DALAM HURUF BESAR]


( Times New Roman, 12, dihitamkan, susunan tengah)

[Nama Penuh Penulis]


(Times New Roman, 12, dihitamkan, susunan tengah)

Kota Samarahan
2007
(Times New Roman, 12, dihitamkan, susunan tengah)
Halaman 23

LAMPIRAN M

1. Penyelidikan
Projek penyelidikan melibatkan kajian yang menggunakan kaedah seperti eksperimen,
temuramah, soal-selidik, pemerhatian dan sebagainya untuk tujuan mendapat maklumat atau
pemahaman tentang sesuatu isu, masalah dan topik.

Penyelidikan - Penulisan

BAB 1 Pengenalan
Bahagian ini memperkenalkan topik atau isu yang dikaji, latarbelakang kajian, pernyataan
masalah, objektif, kerangka konseptual kajian, kepentingan kajian, definisi istilah dan batasan
kajian.

BAB 2 Sorotan Karya Terpilih


Bab ini perlu dimulai dengan pendahuluan dan diakhiri dengan rumusan. Bahagian ini
hendaklah meliputi huraian penyelidikan terdahulu dan maklumat yang berkaitan dengan
kajian anda. Tujuan bahagian ini adalah untuk membolehkan anda menghubungkaitkan kajian
terdahulu dengan kajian anda, memberi cadangan pengkaedahan atau teknik serta idea baru
yang boleh diguna dalam kajian anda, dan memberi panduan sumber rujukan lain yang
berkaitan.

Rujukan boleh didapati dari buku, jurnal, dan pelbagai laporan. Rujukan yang berusia lebih
daripada 10 tahun tidak digalakkan kecuali untuk kajian yang bercorak falsafah, sejarah, teori
dan klasik. Pelajar juga harus berhati-hati dalam memilih rujukan yang terdapat di halaman
web untuk memastikan kesahihan kandungannya. Umpamanya, laporan oleh institusi
pendidikan atau penyelidikan, jurnal elektronik yang telah diteliti patut diberi keutamaan
berbanding dengan kenyataan atau laporan yang diberi oleh syarikat yang bersifat komersil.

Semua pemetikan (citation) hendaklah menggunakan sistem American Pscyhological


Association (APA) edisi kelima dan APA Electronic Reference Format. Contoh panduan
membuat pemetikan dan rujukan dengan format APA boleh didapati di http://www.wisc.edu/
writing/Handbook/DocAPAReferences.html.

BAB 3 Metodologi
Bab ini harus membincangkan dengan mendalam bagaimana kajian dilakukan, apakah kaedah
pengukuran dan bagaimana maklumat di analisis. Aspek ujian rintis, keesahan dan
kebolehpercayaan juga harus dimasukkan.

Sub topik termasuk reka bentuk kajian, populasi dan sampel, instrumen kajian, pengukuran
instrumen, ujian rintis dan analisis data.

BAB 4 Dapatan dan Perbincangan


Bab ini akan melaporkan dapatan dari instrumen kajian dengan terperinci. Persamaan atau
perbezaan hasil dapatan kajian dengan kajian-kajian lepas harus dibincangkan. Objektif dan
hipotesis kajian (jika ada) turut dibincangkan di dalam bab ini.
Halaman 24

BAB 5 Rumusan, Kesimpulan dan Cadangan


Rumusan atau ringkasan kajian dibentangkan dalam bab 5 yang membincangkan secara
ringkas objektif kajian, metodologi dan dapatan utama. Kesimpulan menyentuh intipati kajian
dan kaitannya atau perbezaannya dengan model / teori / pendapat pengkaji lepas. Cadangan
untuk pihak berkaitan harus dibincangkan dan cadangan harus dikemukakan berdasarkan
dapatan kajian sahaja.

Rujukan
Disusun mengikut abjad nama pengarang menggunakan format APA. Pelajar harus menyedari
perbezaan format untuk untuk jenis rujukan yang berlainan, misalnya format rujukan untuk
buku berbeza dari jurnal. Semua pengarang yang dirujuk di dalam teks harus dimuatkan
dalam bahagian rujukan.

Lampiran
Bahagian memuatkan maklumat tambahan untuk PTA termasuklah borang soal selidik atau
instrumen yang digunakan, surat kebenaran melakukan penyelidikan dan lain-lain dokumen
yang berkaitan dengan PTA.
Halaman 25

2. Pembinaan Modul
Kamdi Kamil (1990) mentakrifkan modul sebagai satu pakej pengajaran dan pembelajaran
atau pukal belajar sendiri yang lengkap dengan komponen-komponen pengajaran
pembelajaran seperti objektif, bahan dan aktiviti pembelajran, aktiviti penilaian serta arahan
dan tatacara yang sistematik supaya pelajar dapat mengikuti langkah demi langkah bagi
menguasai satu unit pembelajaran dan boleh dijalankan secara individu.

Modul boleh dilaksanakan dalam bentuk akademik dan bukan akademik (Russell, 1974).
Pengajaran bermodul secara akademik boleh dilaksanakan sama ada di sekolah, kolej atau
universiti. Dalam konteks bukan akademik pula, penggunaan modul boleh dilaksanakan
seperti dalam aktiviti mempertingkat diri, latihan, kegemaran merekacipta, pengembaraan dan
rekreasi.

Jamaludin Ahmad (2002) membahagikan modul kepada empat jenis berdasarkan kepada
tujuan pembinaan sesuatu modul iaitu modul pengajaran, modul motivasi, modul latihan dan
modul akademik.

Modul Pengajaran
Modul jenis ini lebih berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah, kolej
dan universiti. Modul jenis ini diperkenal untuk membantu kumpulan sasaran yang lemah
dalam bidang akademik.

Modul Motivasi
Modul yang dibangunkan untuk membantu kumpulan sasaran mempertingkat motivasi
dalamannya agar mencapai matlamat yang ditetapkan. Kebiasaannya modul jenis ini
mempunyai pelbagai aktiviti, latihan dan permainan. Modul ini kebiasaannya dikendalikan
oleh fasilitator atau moderator. Segala arahan, penerangan dan pelaksanaan kesemua aktiviti
dalam modul ini akan disampaikan oleh fasilitator dan moderator dan kumpulan sasaran
hanya mengikuti segala arahan dan penerangan untuk dilaksanakan oleh mereka.

Modul Latihan
Modul ini merupakan modul berbentuk latihan perkembangan yang diusahakan oleh piha-
pihak tertentu untuk meningkatkan kecekapan warga kerja di sesebuah organisasi. Modul in
kebiasaannya dukendalikan dalam bentuk kursus-kursus jangka pendek atau jangka panjang
dan peserta-peserta kursus pula akan mengikuti segala arahan yang dikeluarkan oleh
fasilitator.

Modul Akademik
Modul jenis ini merupakan modul yang berkonsep memberi kemudahan khususnya kepada
pelajar-pelajar universiti bagi mengikuti pengajian mereka di IPTA/IPTS. Modul akademik
ialah modul yang mengandungi bahan nota lengkap yang telah disediakan oleh pensyarah
untuk diberikan kepada pelajar.

Rujukan

Jamaludin Ahmad (2002). Kesahan, kebolehpercayaan dan keberkesanan modul program


maju diri ke atas motivasi pencapaian di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah negeri
Selangor. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Halaman 26

Kamdi Kamil (1990). Keberkesanan program pengayaanalam dan manusia secara bermodul
untuk murid-murid pemcapaian tinggi Tahun Lima. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan.
Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Russell, J.D. (1974). Modular instruction: A guide to design, selection, utilization and
evaluation of modular materials. New York: Publishing Company.

Pembinaan Modul - Penulisan

BAB 1 Pendahuluan
Abstrak
Pengenalan Kajian
Tujuan Kajian
Pernyataan Masalah

BAB 2 Kajian Literatur


Latar Belakang Kajian
Pendekatan Teori

BAB 3 Metodologi
Rekabentuk
Tempat Kajian
Responden
Alat Kajian
Tatacara Kajian

BAB 4 Keputusan Kajian


Penganalisaan Data
Kesahan
Kebolehpercayaan

BAB 5 Perbincangan

Implikasi Kajian
Implikasi Teoretikal
Aplikasi Praktikal
Limitasi Kajian
Cadangan
Kesimpulan
Halaman 27

Pembinaan Modul – Manual Modul


Tajuk Modul
Menerangkan tajuk atau subjek, atau kursus.

Grid Kurikulum
Memaparkan isi kandungan modul yang mengandungi tajuk-tajuk dalam kurikulum serta
tajuk-tajuk bagi setiap unit

Panduan Menggunakan Modul


Struktur modul perlu dijelaskan, terutamnaya jika modul dipecahkan kepada beberapa unit.
Prosedur penggunaan modul diterangkan serta symbol-simbol yang diguna pakai untuk input,
aktiviti, maklumbalas dan lain-lain. Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar
mestilah jelas.

Pernyataan tujuan
Terdapat pernyataan tentang kumpulan sasaran dan di mana kedudukan modul itu di dalam
program pengajian, subjek atau kursus.

Prasyarat kemahiran dan pengetahuan


Menerangkan mengenai pengetahuan atau kemahiran yang diperlukan untuk mencapai
objektif modul.

Objektif Umum
Objektif umum perlu diberikan dalam bentuk umum dan khusus. Kedua-duanya mestilah
bersifat objektif tingkahlaku (behavioural objective) iaitu pencapaian yang boleh diukur dan
dilihat. Objektif ini perlu dinyatakan pada permulaan modul dan juga pada permulaan unit-
unit dalam modul berkenaan

Peralatan dan sumber yang perlu digunakan bersama-sama modul


Perlu disenaraikan dengan terperinci setiap peralatan dan tujuan peralatan yang digunakan
bagi menjalankan modul. Jika jawapan kepada soalan, hasil tugasan dan bentuk hasilan lain
perlu dibuat menggunakan sebarang jenis media, maka semua itu perlu dijelaskan.

Rujukan
Buku-buku rujukan, artikel, bahan ujian, bahan filem dan slaid, CD, VCD, DVD atau pegawai
personalia yang boleh dirujuk dinyatakan dalam modul.

Aktiviti-aktiviti pengajaran tersusun


Aktiviti-aktiviti pengajaran tersusun (sequenced instructional activities) adalah teras kepada
modul dan merupakan isi kandungan modul. Aktiviti ini dibuat dalam bentuk input-process-
output ataupun input-practice-feedback bagi setiap aktiviti. Semua soalan dalam teks,
penilaian kendiri dan maklumbalas perlu dimasukkan ke dalam bahagian ini.
Halaman 28

Pembinaan Modul - Contoh Format Modul

Bil Muka surat Komponen Format

1 Tajuk Modul Muka depan

1 Grid Kurikulum Matrik/Jadual

2 Panduan Menggunakan Penjelasan


Modul

3 Penyataan Tujuan Perenggan

3 Prasyarat Kemahiran Senaraikan


dan pengetahuan

4 Objektif Umum Senaraikan

4 Peralatan dan sumber Senaraikan


yang perlu digunakan
bersama modul

5 Rujukan Senaraikan

6-12 Komponen Utama Objektif am khusus


Unit 1 pada permulaanunit.
Unit 2 Kandungan dalam
Unit 3 input-processoutput
Unit 4 atau input-practice-
Unit 5 feedback

13 Rumusan Modul Senaraikan

14 Bacaan Tambahan Senaraikan


Halaman 29

3. Pembangunan Sistem - Penulisan


BAB 1 Pengenalan
Motivasi
Masalah
Matlamat dan Objektif
Kepentingan
Analisis kesesuaian (feasibility analysis): analisis faedah kos, analisis
teknikal, analisis stakeholder.

BAB 2 Kajian Literatur


Apakah perkaitan dan/atau perbezaan jika dibandingkan dengan sistem sedia ada
dalam bidang berkaitan.
Penerangan teori, model dan/atau algoritma yang berkaitan.
Kekuatan dan kelemahan sistem sedia ada
Ciri-ciri sistem sedia ada

BAB 3 Rekabentuk
Huraian komprehensif tentang rekabentuk yang dipilih, bagaimana sistem boleh
menyelesaikan masalah berkenaan serta kenapa sesuatu rekabentuk dipilih.
Huraian tentang senibina sistem, modul sistem, algoritma, carta alir, permodelan
(data, pengguna dan/atau proses), dan/atau rekabentuk antaramuka.

BAB 4 Implementasi
Huraian komprehensif tentang implementasi sistem. Ini termasuk bahasa
pengaturcaraan, perisian dan pelantar yang dipilih, bagaimana sistem
diimplementasikan, masalah yang dihadapi, perubahan pada rekabentuk hasil dari
implementasi.

BAB 5 Penilaian
Huraian komprehensif tentang rancangan pelaksanan penilaian yang dijalankan
terhadap sistem. Antara penilaian yang boleh dilakukan termasuk ujian kesahan,
penilaian sistem menggunakan set data yang berlainan atau untuk aplikasi yang
berbeza, survei prestasi sistem secara statistik dan/atau hasil penilaian pengguna
terhadap sistem.

BAB 6 Kesimpulan dan Cadangan

Huraian pencapaian utama serta kesimpulan yang boleh dibuat. Cadangan


penyelidikan dan pembangunan juga perlu dimuatkan dalam bab ini.

Lampiran
Manual Pengguna
Panduan Instalasi
Halaman 30

4. Rekabentuk Produk
Skop Rekabentuk Produk
- Sebarang produk industri dan komersial (contoh: meja, kerusi, telefon, pakaian, kereta).
- Sebarang antaramuka kawalan dan paparan produk atau mesin (contoh: vending machine,
keyboard, car dashboard, cockpit).

Rekabentuk Produk - Penulisan

Bab 1 Pengenalan
Pengenalan kepada projek yang akan dijalankan beserta masalah yang ingin diselidiki,
definisi masalah, matlamat atau objektif projek dan skop projek.

Bab 2 Kajian Literasi


Kajian permasalahan yang dijalankan sebelum projek dapat dilaksanakan. Ianya meliputi
kajian serta analisa ke atas produk-produk terdahulu, kajian ke atas teknik yang akan
digunakan serta kajian terhadap domain bagi projek tersebut berserta teori dan model yang
berkaitan.

Bab 3 Metodologi
Satu huraian yang mendalam tentang kaedah penyelidikan dan teknik yang digunakan bagi
menyelesaikan masalah projek yang dikemukakan termasuklah proses rekabentuk produk,
keperluan rekabentuk (fungsian atau bukan fungsian), keperluan perkakasan dan perisian
termasuklah perancangan rekabentuk antaramuka, aliran maklumat dan modul-modul yang
terlibat.

Bab 4 Perlaksanaan Rekabentuk


Huraian berkenaan pembangunan dan penrekaan rekabentuk yang boleh dilaksanakan
menggunakan bahasa pengaturcaraan komputer yang tertentu atau perisian yang berkaitan
samada ke bentuk prototaip atau produk sebenar.

Bab 5 Pengujian Rekabentuk


Huraian yang mengesahkan sama ada rekabentuk berfungsi mengikut keperluan dan
spesifikasi yang telah ditentukan. Pengujian boleh dijalankan secara berperingkat-peringkat
dengan melibatkan pengguna beserta prosedur-prosedur pengujian.

Bab 6 Perbincangan/Kesimpulan
Membincangkan keputusan yang diperolehi, masalah dan penyelesaian, kelebihan dan
kelemahan rekabentuk yang dihasilkan, peningkatan yang boleh dijalankan pada masa
hadapan, cadangan serta kesimpulan bagi projek yang dijalankan.
Halaman 31

LAMPIRAN N

PANDUAN PENYEDIAAN POSTER PROJEK TAHUN AKHIR


Semester 2
Sesi 2007/2008

Setiap pelajar perlu menyediakan satu poster bersaiz A3 (hardcopy dan softcopy) dan
satu poster yang sama dalam format .pdf untuk paparan pada laman web fakulti
(softcopy).

Elemen Penting
Secara amnya, setiap poster perlu mengandungi

- Tajuk
- Subtajuk
- Kandungan
- Maklumat Pelajar (nama pelajar, nombor matrik, program pengajian, nama
fakulti, nama universiti dan tahun pada bahagian bawah poster)

Contoh:

Mohammad Arif bin Ahmad Merzuki (13274)


Cognitive Science Programme
Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
UNIMAS
2007

- Logo universiti

Kriteria Penilaian

Penilaian poster sebanyak 10% adalah mengikut kriteria berikut.

Maklumat lanjut tentang format dan cara penyediaan poster terdapat dalam slaid
ceramah penyediaan poster Projek Tahun Akhir yang boleh didapati di laman web
http://ww2.fcs.unimas.my/fcs/ - melalui pautan Knowledgebase. Laman web ini juga
memuatkan ceramah berkenaan dalam bentuk video, pelbagai pautan ke laman web
yang berkaitan dengan cara penggunaan perisian Adobe Ilustrator serta menyediakan
satu platform interaksi antara pelajar Projek Tahun Akhir berkaitan dengan perkara
ini.
Halaman 32

A. Teknikal

Kejelasan (contoh: saiz fon, jenis fon, kualiti pencetakan)


Reka bentuk visual secara keseluruhannya (susunan teks, gambarajah, latarbelakang
(background), pemilihan warna)

B. Kandungan

Tajuk (menyampaikan perkara utama projek secara berkesan)


Penstrukturan (pembahagian seksyen yang baik dan jelas untuk menyampaikan
kandungan projek)

C. Maklumat Am

Maklumat Pelajar (nama pelajar, nombor matrik, program pengajian, nama fakulti,
nama universiti, tahun dan logo universiti pada bahagian bawah poster)
Halaman 33

Borang Penilaian Poster

Nama Pelajar :
Nombor Matrik :
Program :
Nama Penyelia :
Tarikh :
_____________________________________________________________________

Skorkan setiap item berikut.

A. Teknikal
Markah Markah
penuh diperolehi
Kejelasan (contoh: saiz fon, jenis fon, kualiti 5
pencetakan)

Reka bentuk visual secara keseluruhannya (susunan 15


teks, gambarajah, latarbelakang (background),
pemilihan warna)

B. Kandungan
Markah Markah
penuh diperolehi
Tajuk (menyampaikan perkara utama projek secara 5
berkesan)

Penstrukturan (pembahagian seksyen yang baik dan 20


jelas untuk menyampaikan kandungan projek)

C. Maklumat Am
Markah Markah
penuh diperolehi
Maklumat Pelajar (nama pelajar, nombor matrik, 5
program pengajian, nama fakulti, nama universiti,
tahun dan logo universiti pada bahagian bawah poster)

Jumlah markah diperolehi = ______________

Markah sebenar = (Jumlah markah diperolehi)/50 x 10% = ______________

Anda mungkin juga menyukai