Anda di halaman 1dari 3

1.Siapakah PRS?

PRS adalah sebagai pembimbing sebaya , kaunselor sebaya , fasilitator sebaya , pembimbing pelajar ,
penolong pelajar , pembimbing rakan dan pembantu rakan.

2.Apakah tugas PRS?

Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.

Sebagai khidmat sokongan , PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
di sekolah.

Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.Sebagai penghubung kepada
khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.

Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
menjalankan strategi intervensi jika perlu.Sebagai Role Model kepada murid lain.

Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka dan tanpa syara.

Mendengr , menjelas dan membantu rakann melihat beberapa alternatif sebelum membuat
keputusan.

Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif

Mematuhi etika PRS

Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi

Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal

Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelesaian
sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya

Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.

Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.

3.Mengapakah PRS penting bagi golongan remaja ?

PRS penting bagi golongan remaja kerana di peringkat inilah seseorang individu itu mengalami
proses renggangan daripada ibu bapa dan lingkungan keluarga.Ini merupakan proses yang dianggap
palinjg utama dalam hidup pada zaman remaja kerana jurang emosi telah tebentuk.Jurang ini harus
diisi dan dalam banyak perkara kepada rakan sebaya merekalah golongan remaja ini mencari
sokongan pada zaman transisi ini.Tambahan pula, menurut Coleman (1980) , pentingnya rakan
sebaya ini ialah mereka diikat dengan rasa mempunyai pengalaman yang sama pada masa
itu.Pergantungan golongan ini pada rakan-rakan dikuatkan lagi dengan adanya konflik-konflik ,
ketegangan-ketegangan , dan kesulitan yang dihadapi di rumah dibincangkan atau dikongsi bersama
serta dicari penyelesaiannya.Hasilnya,timbullah rasa simpati dan pemahaman yang timbal balik.
Bagi remaja yang kurang yakin akan diri dan tidak pasti akan kebolehan serta tepaksa menyesuaikan
diri dengan perubahan yang besar,mereka ini sangat memerlukan sokongan yang kuat.Oleh
itu,mereka tidak dapat atau tidak selesa untuk mendapatkan sokongan atau pertolongan daripada
orang dewasa.Ketika ini,rakan sebayalah yang memainkan peranan penting dalam memberikan
sokongan yang diperlukan.Tambahan pula,masyarakat kini sedang mengalami jurang generasi.Ibu
bapa telah kurang berinteraksi dengan anak-anak remaja mereka, seolah-olah meninggalkan
tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak itu.Ini menambahkan lagi perluya pertolongan
daripada kaunselor rakan sebaya.

Bagi golongan remaja, keperluan untuk berkawan amat penting.Hamblin (1980) menyatakan bahawa
tidak mempunyai teman bererti kesunyian yang besar bagi golongan muda.Mereka berasa terasing
dan tersingkir kerana tidak ada kawan yang ingin berbicara dengan mereka.Tanpa rakan
sekolah,akan hilang nilainya pada golongan muda dan pembelajaran akan menjadi lebih berat dan
sukar.Apabila seseorang itu berasa terasing daripada teman-teman, dia akan menarik diri.Ada yang
meninjukkan tanda-tanda psikosomatik,ada yang menjadi agresif dan rasa benci kepada orang lain
akibat daripada rasa marah dan takut yang dialaminya. Bowmen (1983) dan Strain (1981) dalam
kajian mereka mendapati pelajar-pelajar yang berasa tersingkir adalah yang paling cenderung
mengalami masalah psikologi yang serius dalam hidup mereka pada masa depan nanti.Pelajar-
pelajar begini memerlukan teman-teman yang faham yang dapat menolong meringankan
ketegangan dan rasa resah mereka.Hanya kaunselor rakan sebayalah yang dapat memainkan
peranan sebagai teman dan memperbetulkan keadaan ini yang membolehkan mereka berasa lebih
selamat dan diterima oleh masyarakat remaja.

Rakan sebaya amat penting bagi golongan remaja. Apabila mereka bertambah besar, mereka akan
bertambah rapat dengan rakan sebaya mereka , malah mereka lebih suka menghabiskan masa
berinteraksi dengan kawan-kawan daripada keluarga di rumah. Mereka berasa mereka lebih
mempunyai persamaan dengan kawan-kawan daripada ibu bapa meraka. Mahler dan Caaldwell
(1961)berpendapat ini mungkin menjadi satu penarik kuasa yang amat kuat dalam mempengaruhi
tingkah laku dan pemikiran golongan remaja itu. Keseluruhan cara hidup dan pandangan mereka
diwarnakan dengan apa yang dilihat dan didengar daripada rakan-rakan sebaya mereka.

4.Siapakah yang layak menjadi PRS dan bagaimana dengan pemilihannya ?

Tidak ada satu ciri yang tetap yang dapat dinyatakan paling baik untuk memilih ahli. Namun begitu,
pemilihan ahli haruslah teliti dan objektif. Untuk menjadi tutor, mungkin prestasi akademik yang
baik diperlukan.Namun demikian, sekiranya untuk menghampiri pelajar yang ponteng sekolah,
mungkin ciri lain pula diperlukan.

Kaedah pemilihan juga boleh dibuat dengan cara menjemput pelajar secara sukarela.Kaedah
sukarela akan memudahkan proes pemilihan.Di samping itu, kadangkala pelajar sebagai rakan
sebaya juga boleh mencalonkan teman mereka untuk menjadi PRS.Pemilihan cara begini mungkin
akan mendapat calon yang disukai oleh pelajar atau popular.
5.Adakah PRS akan menyimpan rahsia rakannya?

Ya. Sebagai PRS akan sentiasa ingat dan patuh kepada etika iaitu

amanah dan menyimpan rahsia

menerima dan menghormati rakan dan orang lain

memahami batasan dan keupayaan diri

sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek

melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa tentang kes yang boleh merosakkan
diri dan orang lain

merujuk kes rumit kepada guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa

mematuhi peraturan sekolah ,norma masyarakat dan agama

6.Adakah PRS mempunyai kemahiran untuk memberikan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
kepada pelajar ?

Semua PRS akan menerima latihan yang telah disediakan oleh sekolah , tujuannya adalah untuk
menyediakan PRS dari segi pengetahuan,sikap dan etika serta kemahiran untuk menjalankan
peranan mereka.Pada asasnya, PRS adalah seperti pelajar remaja yang lain.Mereka mempunyai
kekuatan dan kelemahan.Latihan yang diberikan haruslah membolehkan mereka memahami
struktur tugas PRS,memahami etika kerja PRS,berupaya menguruskan diri dan masa mereka,
mempunyai kebolehan berhubung dengan baik,dan juga berkebolehan menjalankan tugas khusus
yang diberikan kepada mereka.Sekiranya mereka diharapkan untuk bertugas membantu rakan yang
menghadapi masalah ponteng sekolah,mereka mesti mempunyai pengetahuan serba sedikit tentang
psikologi dan sosiologi rakan mereka agar mereka tidak pula terpengaruh.Mereka juga harus
diberikan kesedaran tentang had-had tugas mereka.

Antara latihan asas yang diperlukan adalah seperti berikut :

1. Latihan dalam kemahiran komunikasi

2. Latihan dalam pengenalan diri

3. Latihan dalam teknik bimbingan individu

4. Latihan dalam bimbingan kelompok

6. Latihan dalam bidang khusus yang perli dijalankan seperti kemahiran mengendalikan
tutorial,bimbingan kerjaya,dan lain-lain.

Walaupun pembimbing rakan sebaya telah dilatih tetapi mereka bukan kaunselor yang
bertauliah.Mereka tetap dibawah seliaan guru Bimbingan dan Kaunseling.

Anda mungkin juga menyukai