Anda di halaman 1dari 11

1.

0 : PENGENALAN

Pada abad ke-19, dapat kita lihat bahawa aktiviti ekonomi seperti perlombongan,

perdagangan, pertanian komersial dan sebagainya telah membawa kepada keuntungan yang

berlipat kali ganda kepada Tanah Melayu sekaligus membuka mata pelabur-pelabur asing

termasuklah pihak British sendiri. Namun, keadaan ini telah mendatangkan kepada pertikaian

kerana golongan yang menguasai sektor ini bukanlah rakyat Melayu sebaliknya dikuasai oleh

golongan imigran. Malah, golongan pemerintah juga gemar untuk menjalinkan kerjasama

dengan golongan imigran berbanding rakyat Melayu. Hal ini diperjelaskan di dalam artikel A.

Rahman Tang Abdullah. Tambahan pula, hal ini turut disokong di dalam penulisan sejarah

oleh beberapa ahli sejarah yang terkenal. Fenomena ini dapat dilihat di dalam penulisan

John G. Butcher, Chai Hon Chan dan James C. Jackson.1

Secara tradisionalnya, rakyat Melayu menjalankan ekonomi secara kecil-kecilan dan

hanya untuk menyara diri dan ahli keluarga sahaja. Mereka lazimnya tinggal di luar bandar

dan melakukan perkerjaan seperti pertanian, nelayan, menternak haiwan dan sebagainya.

Adakah disebabkan faktor ini yang memandang rendah terhadap kebolehan rakyat Melayu

yang menyebabkan pemerintah cenderung untuk membentuk kerjasama dengan imigran

dalam ekonomi komersial? Oleh itu, di dalam artikel ini, saya akan menganalisiskan sebab

dan musabab mengapakah pemerintah gemar bekerjasama dengan golongan imigran

berbanding usaha mentransformasikan rakyat Melayu ke dalam ekonomi baru.

1
A. Rahman Tang Abdullah, “ Economic Change and Transition of Malay Society in Malaya in Late Nineteenth
and Early Twentieth Centuries”, Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Jilid 20, (2012) : 84.

1
2.0 : FAKTOR PEMERINTAH GEMAR MEMBENTUK KERJASAMA DENGAN
KOMUNITI IMIGRAN DALAM AKTIVITI KOMERSIAL

2.1: PENCAPAIAN KOMUNITI IMIGRAN DALAM BIDANG EKONOMI


KAPITALIS

Golongan imigran dilihat mempunyai pencapaian yang baik berbanding rakyat Melayu dalam

bidang ekonomi komersial. Bidang yang dimaksudkan ialah seperti bidang perniagaan,

perdagangan, perlombongan timah serta perladangan komersial. Aktiviti perlombongan

menunjukkan bahawa kemasukan buruh-buruh dari negara luar seperti China telah menjadi

bukti bahawa sememangnya pemerintah Melayu gemar membentuk kerjasama dengan

imigran luar. Hal ini demikian kerana sektor perlombongan berkembang dengan pesat pada

akhir tahun 1870-an. Kira-kira empat perlima pendatang Cina di Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu terlibat secara langsung dalam perlombongan. (Arudsothy. 1968: 57).2 Jadi,

ramailah golongan imigran dari China hadir ke Tanah Melayu.

Pelombong Cina telah memajukan aktiviti perlombongan di Tanah Melayu dengan

memperkenalkan teknik-teknik yang jauh lebih baik dari rakyat Melayu sendiri. Teknik yang

digunakan oleh rakyat Melayu ialah seperti mendulang dan melampan manakala Cina pula

menggunakan teknik yang lebih moden untuk mendapatkan hasil perlombongan dalam skala

yang besar. Oleh kerana tiada golongan proletar Melayu yang sedia bekerja di lombong,

pemerintah Melayu setuju membenarkan penyertaan pelombong Cina dengan mendapat

komisen yang lumayan.3

Hal ini bermakna, golongan Melayu sendiri yang membuka ruang dan peluang kepada

golongan imigran Cina khususnya di dalam sektor perlombongan. Pemerintah juga

2
Jomo Kwame Sundram, Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 181.
3
Jomo Kwame Sundram, Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia, hlm. 181.

2
membentuk kerjasama dengan imigran luar kerana mereka mendapat komisen yang begitu

tinggi sehingga menyebabkan mereka mudah untuk mengaut keuntungan dalam masa yang

singkat.

Perkembangan perlombongan ini tertumpu di Larut, Lukut, Kinta, Lembah Klang dan

Sungai Ujong. Buktinya berdasarkan kepada peningkatan eksport pada tahun 1850 iaitu 6500

tan dan meningkat pada tahun 1890 kepada 15101 tan. Dari segi perniagaan pula, banyak

kedai dibuka oleh orang-orang Cina terutamanya di bandar-bandar yang terletak di kawasan

perlombongan.4 Maka, perkembangan ekonomi di Tanah Melayu ini semakin meningkat oleh

sebab kedatangan golongan imigran. Hal ini menyebabkan Tanah Melayu menjadi sebuah

pengeluar bijih timah yang tertinggi di dunia pada ketika itu disebabkan oleh permintaan

yang tinggi dari negara luar.

2.2 : KELEBIHAN KOMUNITI IMIGRAN YANG MEMPUNYAI AKSES


MODAL YANG BESAR SERTA MENDAPAT GALAKAN DARIPADA
PEMERINTAH

Golongan pemerintah gemar membentuk kerjasama dengan golongan imigran kerana

terdapat pelbagai kemudahan dari aspek kewangan. Mereka peroleh kewangan melalui sistem

cukai yang dibayar oleh rakyat dan modal-modal dari pihak luar. Salah satu bentuk kerjasama

yang dapat dilihat antara golongan pemerintah dengan komuniti imigran ialah terdapatnya

pelabur-pelabur asing memberikan modal kepada pemerintah Melayu di samping mendapat

galakan daripada pihak British. Sebagai contoh, modal British cukup menyedari pentingnya

kuasa dan sokongan kerajaan untuk menyediakan suasana pelaburan yang stabil dan menarik

daripada segi undang-undang dan infrastruktur ekonomi.5

4
Hairi Abdullah, Penduduk Semenanjung Malaysia, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1989, hlm.
71.
5
Jomo Kwame Sundram, Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 182.

3
British memberikan galakan dan sokongan yang padu kepada golongan pemerintah

dan juga kepada komuniti imigran khususnya golongan Cina. Mereka menggalakkan

kedatangan Cina ke Tanah Melayu dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi

tambang, jaminan keselamatan dan sebagainya memandangkan keperluan tenaga buruh yang

murah dan banyak. Faktor inilah yang menjadi faktor penarik komuniti imigran gemar

menjalankan aktiviti ekonomi di Tanah Melayu.

Golongan pemerintah melihat perkara ini sebagai satu aset kepada mereka kerana

mereka peroleh keuntungan yang berlipat kali ganda sekiranya mereka membentuk kerjasama

dengan golongan imigran. Sebagai contoh, kaum Cina memperoleh kewangan atau modal

untuk mengusahakan aktiviti perlombongan yang dilihat mendapat permintaan yang tinggi di

dunia. Perusahaan ini banyak memberi ruang dan peluang kepada golongan imigran untuk

menjalankan aktiviti bersifat komersial.

Selain komuniti imigran Cina, terdapat juga golongan imigran seperti kaum India

yang membentuk kerjasama dengan golongan pemerintah di Tanah Melayu untuk memajukan

ekonomi di Tanah Melayu. Mereka turut mendapat keistimewaan seperti mendapat peluang

untuk mengusahakan perusahaan getah. Hal ini disebabkan oleh perkembangan pertanian

ladang telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan sekali gus mendorong kedatangan
6
imigran asing ini ke Tanah Melayu secara besar-besaran. Permintaan yang tinggi terhadap

getah di Eropah dan Amerika adalah untuk menghasilkan pelbagai jenis barang seperti tayar,

kasut, penebat barangan elektrik dan sebagainya telah menggalakkan kerajaan Inggeris

mengusahakan penanaman getah secara besar-besaran.

6
Cheah Boon Kheng dan Abu Talib bin Ahmad, Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara Lain, Kuala
Lumpur: Fajar Bakti, 1990, hlm. 172.

4
Keperluan ini semakin mendesak apabila orang-orang Melayu tidak gemar untuk

berladang getah. Oleh itu, orang India dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang kerana

mereka tidak kisah sekiranya dibayar upah yang sedikit. Galakan British inilah yang menjadi

pendorong kepada kaum India untuk mengusahakan perladangan getah. Sebaliknya, golongan

Melayu enggan mengusahakan aktiviti perladangan dan pertanian kerana mereka diupah

dengan gaji yang sedikit yang tidak setimpal dengan kerja yang mereka lakukan walaupun

terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan yang diberikan oleh golongan pemerintah.

2.3 : KOMUNITI IMIGRAN LEBIH BIJAK DAN BERANI MENGAMBIL RISIKO

Komuniti imigran dilihat begitu bijak dan berani mengambil risiko terutamanya dalam aspek

perdagangan. Aktiviti perdagangan ini dikuasai oleh golongan imigran khususnya Cina.

Mereka mempunyai pelbagai kelebihan seperti sangat bijak dalam tawar-menawar, bijak

mengaut keuntungan yang lebih besar, malah mereka begitu rajin dan berdikari. Kesemua

ciri-ciri yang dinyatakan ini diperoleh melalui pengalaman sejarah mereka iaitu pernah

diambil sebagai tenaga buruh sebelum ini lagi. Hal ini dapat dilihat di dalam buku P.

Ramasamy (1994), “the effectiveness of their bargaining position was based on certain

historical circumstances such as the manner of labour recruitment, organization, and control

within the colonial economy”.7 Jadi, hal ini telah membuka mata pemerintah untuk

membentuk kerjasama dengan golongan imigran. Contohnya, golongan pemerintah

melakukan aktiviti perdagangan dengan komunti imigran seperti Arab, Eropah, China, dan

India Muslim.

Rakyat Melayu dilihat hanya berdagang secara kecil-kecilan yang hanya untuk

memenuhi keperluan hidup mereka sahaja. Walaupun begitu, rakyat Melayu hanya mampu

7
P Ramasamy, Plantation Labour, Unions, Capital, and The State in Peninsular Malaysia, Kuala Lumpur: Oxford
University Press, 1994, hlm. 38.

5
untuk menjadi penjaja kecil-kecilan. Sebagai contoh, pada awal abad ke-19, hanya terdapat

satu kedai di sebuah kawasan terutamanya di kampung-kampung. Oleh itu, mereka tidak tahu

cara untuk mengaut keuntungan yang lebih besar. Hal ini demikian kerana mereka tidak

mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang secukupnya untuk menceburi bidang

ekonomi komersial. Golongan pemerintah melihat hal ini sebagai salah satu cara untuk

membentuk kerjasama dengan golongan imigran disebabkan oleh golongan imigran cekap

mengambil kesempatan malah lebih bersikap terbuka untuk mengubah cara hidup mereka

iaitu dari ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial. Rakyat Melayu pula masih

menumpukan perusahaan ekonomi sara diri terutama dalam sektor pertanian dan perikanan

yang ternyata tidak banyak menyumbang kepada pemangkin ekonomi negara.

Di samping itu, kebijaksanaan kaum imigran Cina jelas terpamer apabila mereka

menubuhkan pertubuhan mereka sendiri demi menjaga kepentingan ekonomi mereka.

Kegiatan berpersatuan orang Cina bermula dengan penubuhan kongsi. Sebuah kongsi yang

berpengaruh dikenali sebagai Twelve Company atau San-tiao Kou Kongsi. Penubuhan ini

telah dibentuk pada sekitar tahun 1830-an apabila bermulanya kegiatan melombong emas di

Bau, Kuching. Kongsi juga berperanan sebagai badan yang mengurus hal ehwal orang Cina

di Bau, khususnya dalam perlombongan. Tambahan pula, terdapat juga penubuhan persatuan

yang lain. Antaranya Kongkek yang dibentuk oleh pemimpin Hokkien dan Teochew seawal

tahun 1876.8 Kongkek berfungsi untuk mengendalikan urusan penanaman dan perusahaan

lada serta gambir. Ironinya, imigran Cina sememangnya mahir menggunakan kesempatan

yang ada untuk kepentingan ekonomi mereka sendiri.

8
Ho Hui Ling, “Orang Cina dan Penglibatan dalam Politik di Negeri Sarawak”, Jurnal Jabatan Sejarah Universiti
Malaya, 20, (2012): 7.

6
2.4 : KEENGGANAN RAKYAT TEMPATAN MENCEBURI BIDANG PERTANIAN
DAN PERLOMBONGAN

Salah satu faktor rakyat tidak mahu menceburi bidang perladangan dan perlombongan adalah

kerana mereka tidak bersedia untuk tinggal di kawasan perladangan dan perlombongan yang

jauh terpencil dari kawasan tempat tinggal mereka. Mereka tidak bersedia untuk

meninggalkan ahli keluarga mereka yang tinggal di kampung. Pada pandangan mereka,

mereka lebih gemar menjalankan ekonomi sara diri yang sudah menjadi pekerjaan turun-

temurun berbanding memajukan taraf ekonomi mereka kepada ekonomi komersial.

Faktor inilah yang menjadi punca pemerintah gemar melakukan aktiviti pertanian dan

perladangan dengan komuniti imigran. Perkara ini juga disebabkan oleh kecekapan golongan

imigran dalam menguruskan hal ekonomi yang berskala besar atau ekonomi kapitalis.

Sebagai contoh, di Johor, Temenggung telah bekerjasama dengan Syeikh dan Cina dalam

sektor perladangan komersial pada pertengahan abad ke-19.9 Tambahan pula, rakyat Melayu

sendiri yang tidak mahu berkecimpung dalam ekonomi komersial. Mereka tidak mahu kerana

mereka dibayar gaji yang rendah, dipaksa melakukan tugas yang berat tetapi upah yang

mereka terima tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan oleh mereka.

Walau bagaimanapun, P. Ramasamy menggunakan isitilah yang berlainan untuk

menunjukkan bahawa keengganan rakyat tempatan dalam menceburi bidang ekonomi

komersial iaitu keengganan kepada kebencian seperti “initially, European planters

experimented with local Malay labour but concluded that the native Malays had an aversion

work on plantations”.10 Hal ini demikian kerana, isitilah yang digunakan oleh P. Ramasamy

tersebut ialah untuk menunjukkan bahawa kesungguhan rakyat Melayu yang tidak mahu

9
A. Rahman Tang Abdullah, “ Economic Change and Transition of Malay Society in Malaya in Late Nineteenth
and Early Twentieth Centuries”, Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Jilid 20, (2012) : 77.
10
P Ramasamy, Plantation Labour, Unions, Capital, and The State in Peninsular Malaysia, Kuala Lumpur:
Oxford University Press, 1994, hlm. 19.

7
menceburi bidang pertanian dan perlombongan. Oleh itu, golongan pemerintah dan komuniti

imigran telah menggunakan kesempatan ini kerana komuniti imigran dilihat sudah biasa

dengan orientasi ekonomi wang malah golongan pemerintah pula bukannya mahu

memulakan transformasi ekonomi dalam kalangan rakyat.

Contohnya, konsesi untuk penanaman padi di Kedah diberikan kepada kaum Cina oleh

Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada akhir abad ke-19 kerana kaum Cina banyak

berkecimpung di dalam bidang pertanian padi secara komersial berbanding Melayu. Hal ini

dapat dibuktikan di dalam jurnal A. Rahman Tang Abdullah bahawa kes di Kedah pada abad

ke-19 dan awal abad ke-20, perkembangan penanaman padi sebagai ekonomi komersial telah

disumbangkan oleh imigran Cina berbanding kaum Melayu.11

Pendapat yang dikemukakan oleh A. Rahman Tang Abdullah begitu tepat

menunjukkan bukti bahawa sejak dari dahulu lagi, sememangnya ekonomi di Tanah Melayu

telah dikuasai oleh imiran Cina. Impaknya, jelaslah bahawa penglibatan imigran Cina di

dalam ekonomi di Tanah Melayu akan melibatkan kerjasama dengan pemerintah kerana

mereka mahir dalam bidang pertanian padi.

2.5 : LANGKAH MENTRANSFORMASIKAN EKONOMI TRADISIONAL


RAKYAT MELAYU KEPADA EKONOMI KOMERSIAL PERLAHAN
BERBANDING KOMUNITI IMIGRAN

Aspek utama yang memperlihatkan transformasi di dalam aktiviti pertanian orang Melayu

ialah penanaman padi. Orang Melayu melakukan aktiviti pertanian padi yang berskala kecil.

Tujuan mereka ialah untuk memenuhi keperluan keluarga mereka dan untuk keperluan

penduduk kampung sahaja. Jadi, pertanian padi ini tidak boleh dijadikan sebagai lebihan

makanan malah tidak boleh dieksport ke negara luar disebabkan oleh penanaman yang

11
A. Rahman Tang Abdullah, “ Economic Change and Transition of Malay Society in Malaya in Late Nineteenth
and Early Twentieth Centuries”, Jurnal Jabatan Sejarah, Jilid 20, (2012) : 84.

8
berskala kecil. Kesannya, pada awal abad ke-19, kecenderungan untuk menghasilkan lebihan

makanan tidak menjadi keutamaan kepada masyarakat Melayu petani. Langkah

mentransformasikan diri mereka daripada ekonomi sari diri kepada ekonomi komersial agak

perlahan.

Perkembangan penanaman padi kepada peringkat yang lebih besar iaitu sebagai

penanaman komersial telah dijalankan oleh masyarakat Cina berbanding Melayu. Kenyataan

ini turut disokong oleh A. Rahman Tang Abdullah bahawa langkah untuk

mentransformasikan ekonomi rakyat Melayu kepada skala yang lebih besar untuk memenuhi

keperluan hidup mereka adalah lebih perlahan berbanding Cina.12 Kenyataan ini secara tidak

langsung telah membuktikan bahawa tiada transformasi terhadap masyarakat Melayu

walaupun terdapat pelbagai bantuan dan kemudahan yang diberikan oleh pemerintah. Sebagai

contoh, kerajaan telah memberikan peruntukan dan kewangan dalam bentuk subsidi untuk

meningkatkan pertanian kepada skala yang lebih besar.

Namun, hal ini telah menyebabkan rakyat Melayu akan terlalu bergantung kepada

kerajaan. Oleh itu, sukar untuk mentransformasikan taraf ekonomi rakyat Melayu kepada

ekonomi komersial. Perkara ini secara tidak langsung telah menyebabkan golongan

pemerintah terdorong untuk membentuk kerjasama ekonomi dengan komuniti imigran

khasnya imigran Cina di dalam bidang penanaman padi berbanding rakyat Melayu sendiri.

12
A. Rahman Tang Abdullah, “ Economic Change and Transition of Malay Society in Malaya in Late Nineteenth
and Early Twentieth Centuries”, Jurnal Jabatan Sejarah, Jilid 20, (2012) : 84.

9
3.0 : KESIMPULAN

Kesimpulannya, dapat kita simpulkan bahawa sememangnya golongan pemerintah pada abad

ke-19 lebih cenderung untuk membentuk kerjasama dengan komuniti imigran dalam aktiviti

komersial berbanding dengan usaha mentransformasikan rakyat Melayu ke dalam ekonomi

baru di Tanah Melayu. Sebagai analoginya, peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu

telah mendorong kedatangan imigran-imigran dari luar seperti Cina dan India ke Tanah

Melayu. Negeri-negeri Selat menjadi pangkalan mereka memasuki kawasan perlombongan di

negeri-negeri Melayu dan bekerja di sektor perniagaan, pertanian dan perladangan seperti di

ladang-ladang gambir, lada hitam dan tebu.13

Sumbangan pihak imigran telah membantu meningkatkan ekonomi sekali gus

mengubah corak kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sehinggalah sekarang. Misalnya,

rakyat Malaysia boleh mengaitkan peristiwa pada abad ke-19 tersebut dengan peristiwa

sejarah pada hari ini iaitu Malaysia telah mewujudkan kerjasama ekonomi dengan negara-

negara Asia yang lain seperti Singapura, China, Korea dan sebagainya.

13
Ruslan Zainuddin, Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua, Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd, 2010, hlm. 59.

10
4.0 : BIBLIOGRAFI

A.Rahman Tang Abdullah. 2012. “Economic Change and Transition of Malay Society in
Malaya in Late nineteenth and Early Twentieth Centuries”, Jurnal Jabatan Sejarah Universiti
Malaya, 20, (2012): 71-95.

Cheah Boon Kheng dan Abu Talib bin Ahmad. 1990. Kolonialisme di Malaysia dan Negara-
negara Lain. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Hairi Abdullah. 1989. Penduduk Semenanjung Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti


Kebangsaan Malaysia.

Heidemann Frank. 1992. Kanganies in Sri Lanka and Malaysia: Tamil Recruiter-cum-
Foreman As A Sociological Category in The Nineteenth and Twentieth Century. Germany:
Anacon.

Ho Hui Ling. 2012. “Orang Cina dan Penglibatan dalam Politik di Negeri Sarawak”, Jurnal
Jabatan Sejarah Universiti Malaya, 20, (2012): 1-26.

Jomo Kwame Sundram. 1988. Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

P Ramasamy. 1994. Plantation Labour, Unions, Capital, and The State in Peninsular
Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Ruslan Zainuddin. 2010. Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

11

Anda mungkin juga menyukai