Anda di halaman 1dari 3

Pemerdagangan manusia: Faktor tarik dan tolak

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/09/08/human-trafficking-flaring-worriedly/

September 8, 2013, Jenayah memalukan ini, khususnya melibatkan wanita dan kanak-kanak, mendatangkan hasil yang lumayan. Oleh Fadzli Ramli

MELAKA: Pemerdagangan manusia menular menjadi epidemik di seluruh dunia ekoran pulangan lumayan hasil daripada kegiatan jenayah memalukan itu khususnya membabitkan wanita dan kanak-kanak. Menurut laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai pemerdagangan manusia Jun lepas, dianggarkan 27 juta orang menjadi mangsa pemerdagangan pada bila-bila masa tetapi hanya 40,000 mangsa atau 0.001 peratus dikesan. Untuk mencari penyembuh kepada penularan epidemik ini, orang ramai perlu dididik, respons kerajaan perlu ditingkatkan dan masyarakat perlu sentiasa peka, namun Koordinator Residen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) MichellenGyles-McDonnough berkata: Kita perlu lakukan lebih banyak lagi daripada sekadar menangani faktor penarik dan penolak permerdagangan manusia. Gyles-McDonnough, yang juga Wakil Residen Program Pembangunan PBB ke Malaysia, Singapura dan Brunei, berkata faktor penolak sosio-ekonomi seperti kemiskinan, ketidaksamaan gender, peluang kerja terhad dan kekurangan maklumat perlu ditangani. Faktor penarik pula ialah permintaan global terhadap perkhidmatan dan buruh murah menjadi pemacu jenayah kompleks ini yang memerangkap jutaan mangsa untuk bekerja dalam sektor yang membayar upah murah atau tiada upah langsung seperti pertanian, pembuatan, pembantu rumah dan industri pelacuran. Sering kali orang muda, wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa jenayah ini dalam usaha mereka sendiri atau keluarga untuk mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan dan mencari peluang untuk memajukan diri sendiri.

Dalam kes ini, mereka diperdaya untuk menjadi buruh atau dieksploitasi secara seksual, kata diplomat kelahiran Jamaica itu kepada Bernama semasa ditemui di luar Persidangan Antarabangsa mengenai Pemerdagangan Wanita dan Kanak-kanak di sini. Persidangan lima hari anjuran Yayasan Belia Dunia itu yang berakhir semalam dihadiri 91 peserta dari 15 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Thailand dan Malaysia. Gyles-McDonnough berkata amalan dan nilai sosial yang telah berakar umbi turut memudahkan lelaki, wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa pemerdagangan, menjadi sasaran mudah kepada penjenayah yang berniat mengaut laba daripada harapan individu berkenaan untuk mencari kehidupan lebih baik. Eksploitasi Merekrut atau mengeksploitasi orang yang tidak berdaya amat mudah serta kurang berisiko dikesan, manakala kanak-kanak mudah menjadi sasaran kerana kurang matang dan tidak mampu membuat keputusan sendiri. Kanak-kanak bergantung kepada penjaga mereka yang mungkin sering mengabaikan mereka, dan berikutan mereka kurang pengalaman, dan juga mudah mempercayai sesorang, ini dipergunakan oleh penjenayah untuk mengeksploitasi mereka, kata Gyles-McDonnough. Beliau berkata dalam kebanyakan masyarakat, wanita kurang diperkasakan berbanding lelaki dan ini dapati dilihat daripada segi ketidaksamaan gender, akses kepada kesaksamaan dalam sistem keadilan serta daripada segi memproleh hak asasi dan sosial. Daripada segi risiko menjadi mangsa penjenayah, ini dapat dilihat daripada hakikat kekuatan fizikal, yang menjadikan wanita dan kanak-kanak lebih mudah dieksploitasi berbanding lelaki menerusi kekerasan atau ugutan. Migran merupakan satu lagi kumpulan yang mudah menjadi sasaran, yang mencari peluang di luar negara untuk memperbaiki kehidupan, termasuk migran yang baru tiba yang sering tanpa ditemani anggota keluarga terdekat, kawan atau rangkaian sokongan lain. Bakal migran mungkin terlalu teruja untuk mencari peluang kerja, dan sering tertekan untuk mendapatkan kerja dengan cepat. Dan juga terdapat kumpulan lain yang juga mudah menjadi sasaran seperti remaja, pelarian, orang kelainan upaya dan miskin, katanya. Kerjasama global Mengenai tindakan PBB untuk membanteras pemerdagangan manusia, Gyles-McDonnough berkata pertubuhan itu secara berterusan menggesa dan menyokong kerjasama global untuk tindakan dan juga sentiasa memberikan respons efektif di peringkat serantau, sub-rantau dan kebangsaan.

Protokol PBB untuk menghukum, mencegah dan membanteras pemerdagangan manusia terutamanya wanita dan kanak-kanak atau Protokol TIP, merupakan kunci utama kami dalam usaha memerangi jenayah memalukan ini, mengikut kedaulatan undang-undang. Ia melengkapi konvensyen PBB dalam membanteras jenayah terancang merentas sempadan dan merupakan instrumen undang-undang di peringkat global dalam mendefinisikan pemerdagangan orang dan selaras dengan Protokol TIP, 134 negara dan wilayah di seluruh dunia telah mengambil ketetapan bahawa sebarang bentuk pemerdagangan manusia adalah satu jenayah, katanya. Beliau juga memuji usaha Malaysia dalam memerangi kegiatan pemerdagangan orang dengan mengguna pakai Protokol TIP pada 2009, dan melaksanakan tindakan peringkat kebangsaan dengan menguatkuasakan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. Menerusi akta itu diwujudkan Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) bagi memantau pelaksanaan akta itu dan untuk merumuskan dasar-dasar dan program-program untuk memerangi pemerdagangan manusia. Penubuhan badan seperti itu bukan sahaja penting tetapi juga perlu kerana penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang yang efektif amat penting untuk memerangi jenayah yang kompleks dan amat sukar ini. Bagaimanapun, masih banyak yang perlu dilakukan di sini dan di seluruh dunia. Agensi -agensi PBB bersedia membantu usah-usaha kerajaan dalam memperkukuhkan kapasiti nasional untuk memerangi pemerdagangan orang, daripada segi mengenal pasti mangsa sehingga kepada pengumpulan bukti dan pendakwaan individu terbabit jenayah itu, katanya. - Bernama

Anda mungkin juga menyukai