Anda di halaman 1dari 2

ANDA BOLEH MEMOHON PPO ATAU DEO DI:

TALIAN BANTUAN
ComCare Call 1800 222 0000
PUSAT PAKAR KEGANASAN KELUARGA

The Family and Juvenile Court

Tel: 6435 5077


Promoting Alternatives to

Violence (PAVE) Tel: 6555 0390


TRANS SAFE Centre

KEGANASAN KELUARGA

PAVE
Promoting Alternatives to Violence

MEMUSNAHKAN KEHIDUPAN
DAPATKAN BANTUAN DARI AWAL

Tel: 6449 9088


Care Corner Projek StART

6555 0390
http://www.pave.org.sg/

Tel: 6476 1481


Jika anda berusia di bawah 21 tahun, seorang saudara, penjaga, pekerja sosial atau seseorang yang bertanggungjawab bagi penjagaan anda boleh memohon PPO bagi pihak anda. Untuk memohon, bawa kad pengenalan (NRIC) atau sijil lahir anda dan sebarang laporan polis atau perubatan jika ada. Setiap orang berhak untuk berasa selamat di rumah mereka. Keganasan keluarga bukan masalah peribadi keluarga. Setiap orang berkewajipan untuk menghentikannya. Jika anda atau saudara, rakan, rakan sekerja atau jiran berada dalam suatu hubungan di mana anda didera, situasi yang menyakitkan ini tidak harus berlarutan. Dapatkan bantuan untuk diri anda, atau bantu mangsa memperolehi keberanian untuk mendapatkan bantuan dan hentikan keganasan.

TRANS SAFE Centre 6449 9088


http://www.transfamilyservices.org.sg/safe.html

Care Corner Projek StART 6476 1481


http://www.carecorner.org.sg/start.html

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut di:

www.stopfamilyviolence.sg

Dapatkan Bantuan Dari Awal

DAPATKAN BANTUAN DARI AWAL

Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang mengalami keganasan keluarga, sila hubungi

ComCare Call di 1800 222 0000

Kunjungi www.stopfamilyviolence.sg

HENTIKAN KEGANASAN KELUARGA


Pernahkah anda ditampar, ditendang, dicekik, atau diancam oleh anggota keluarga? Jangan beri alasan untuknya atau menyalahkan diri anda, kerana ia BUKAN SALAH ANDA. - Tiada sesiapa yang harus dilayan sedemikian.

APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN?


Jika anda seorang mangsa keganasan keluarga, dapatkan bantuan dari awal. Ia bukan hanya menjejas anda, tetapi ia menjejas seluruh unit keluarga termasuk kanak-kanak. Penyelidikan antarabangsa menunjukkan bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada keganasan di rumah cenderung untuk mempunyai masalah kelakuan dan tidur dan mungkin berkelakuan ganas. Anda tidak perlu berasa kurang upaya, kerana ada tempat untuk mendapatkan bantuan. Ambil langkah untuk menamatkan keganasan keluarga dan mula hidup tanpa berasa takut.

MELAWAT PUSAT KHIDMAT KELUARGA


Hubungi sebarang talian bantuan atau pergi ke Pusat Khidmat Keluarga yang terdekat. Pekerja sosial boleh menasihati anda cara untuk melindungi diri anda dan anggota keluarga anda serta memberikan bantuan praktikal.

MEMBUAT LAPORAN POLIS


Laporan polis berguna jika anda ingin memohon Personal Protection Order (PPO) (Perintah Perlindungan Peribadi). Polis juga boleh memberi anda surat rujukan untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan rawatan di poliklinik atau hospital.

PERGI KE RUMAH SAUDARA ATAU RAKAN ATAU PUSAT KRISIS JIKA TIDAK SELAMAT DI RUMAH.
Jika anda perlu meninggalkan rumah dengan segera, anda patut menghubungi dan bertanya rakan atau keluarga jika anda boleh tinggal dengan mereka. Jika anda tidak mempunyai tempat, terdapat pusat krisis di mana anda boleh tinggal buat sementara. Pergi ke Pusat Khidmat Keluarga atau polis jika anda memerlukan penempatan di pusat seperti itu.

DAPATKAN RAWATAN PERUBATAN JIKA ANDA TERCEDERA


Dapatkan rawatan perubatan di hospital atau klinik terdekat anda dan dokumentasikan kecederaan anda sebagi bukti penderaan.

PERGI KE MAHKAMAH KELUARGA UNTUK PERINTAH PERLINDUNGAN


Anda boleh memohon kepada Mahkamah untuk: Personal Protection Order (PPO) (Perintah Perlindungan Peribadi) untuk menghentikan keganasan keluarga; Expedited Order (EO) (Perintah Dipercepatkan) jika anda atau anggota keluarga anda berada di ambang bahaya akan mengalami keganasan keluarga; dan/atau Domestic Exclusion Order (DEO) (Perintah Larangan Domestik) untuk mencegah pesalah daripada memasuki rumah anda atau sebahagian daripada rumah anda Anda boleh memohon sendiri PPO/EO daripada Mahkamah Keluarga jika anda berusia 21 tahun ke atas. Jika anda di bawah 21 tahun, saudara, penjaga atau sesiapa yang bertanggungjawab bagi penjagaan anda atau pekerja sosial boleh memohon untuk PPO bagi pihak anda.

APA ITU KEGANASAN KELUARGA?


Keganasan keluarga adalah sebarang keganasan, ancaman atau kelakuan mengawal yang berlaku dalam keluarga. Ini termasuk bukan saja kecederaan fizikal tetapi ancaman, kebimbangan emosi dan psikologi, kerosakan kepada harta benda, sekatan secara paksa, dipaksa untuk menjauhi rakan dan anggota keluarga dan sebarang kelakuan yang menyebabkan seseorang untuk hidup dalam ketakutan.

Anda mungkin juga menyukai