Anda di halaman 1dari 2

p/s: Sambungan nota yang cikgu bagi BAB 3

BAB 3: KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

3.2.1 Ciri-ciri negara bangsa KMM (KESULTANAN MELAYU MELAKA)

m/s 75 hingga 78

Tengok tajuk confirm tak faham dalam maksud lain, bagaimana kesultanan
melayu melaka dianggap sebagai negara bangsa. Apa yang ada kat situ
sehingga menjadikan KMM sebagai negara bangsa.

Terdapat 6 sebab atau ciri.. yang pertama sebab ada wilayah dan wilayah
pengaruh. Wilayah ini merupakan tempat tinggal rakyat dan sempadan yang
diterima umum. Manakala wilayah pengaruh ialah kawasan yang rakyatnya
menerima dan mengakui pemerintahan seseorang raja ( awak duduk di satu
kawasan dan awak terima raja kawasan itu sebagai raja awak dengan sukarela).
KMM ada wilayah pengaruh yang luas yang meliputi keseluruhan tanah melayu
dan seluruh samudera.

Seterusnya adanya kedaulatan. Kedaulatan ini merupakan kekuasaan tertinggi


terhadap rakyat dalam sesuatu wilayah dan tidak boleh dihadkan oleh mana-
mana pihak, merujuk kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah negara atau
pemerintah ( negara atau pemerintah boleh guna kuasa yang ada untuk gubal
dan kuatkuasakan undang-undang kerana ada hak mutlak terhadap rakyatnya.
Kedaulatan juga difahami dapat memastikan negara bebas dari campur tangan,
paksaan,taklukan atau penjajahan kuasa asing.

Ciri yang ketiga ialah adanya lambang-lambang. Bila ada negeri,adalah lambang-
lambang. Lambang ini apa?? Lambang ini adalah simbol @ tanda yang menjadi
identiti sesebuah negara. Contohnya, kamu kenal Malaysia sebab bahasa melayu
adalah bahasa kebangsaan dan penyatuan bangsa. Agama islam agama rasmi
kan?. Begitu juga negara bangsa KMM. Ada bahasa melayu sebagai bahasa
pengantar, adat istiadat istana, warna, bahasa dan agama islam sebagai agama
rasmi dan alat kebesaran iaitu KALUNG DIRAJA, TENGKOLOK DIRAJA, PENDING
DIRAJA, GENDIK DIRAJA dan COGAM AGAMA.

Ciri yang paling penting adalah keunggulan undang-undang. Kenapa undang-


undang?? Undang-undang adalah cara formal yang penting untuk kawal
masyarakat melalui peraturan yang telah ditetapkan oleh negara. Dicipta untuk
lindungi rakyat, jaga keamanan. ( Kalau taka da undang-undang, kamu rasa
aman ke negara ini?, perompak tak dihukum, keselamatan kamu macam mana?
Itulah pentingnya undang-undang. Taka da Keunggulan undang-undang, negara
bangsa KMM tak akan wujud juga. Dalam KMM ada 2 undang-undang, Hukum
Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

Adanya negara KMM sebab adanya rakyat. Rakyat ini siapa pula?? Rakyat
adalah semua penduduk bagi sesebuah wilayah dan terikat kepada undang-
undang dan peraturan sesebuah negara buat. Rakyat kena ikut dan taat kepada
negara dengan sedia mempertahankan negara.
Adanya Kerajaan pula ialah badan yang diberi kuasa untuk urus pentadbiran,
jaga keamanan dan buat hubungan diplomatik. Dalam KMM kerajaan diketuai
oleh raja kemudian pembesar seperti bendahara, penghulu bendahari yang ada
tugas masing-masing di dalam istana, di darat, kawasan takluk.. sekarang
menteri di Malaysia.

WARISAN NEGERI-NEGERI MELAYU m/s 80

Apa yang ditinggalkan oleh kesultanan melayu Melaka yang masih lagi
diamalkan oleh negeri-negeri melayu kini seperti Terengganu, johor, Kedah,
Perak dan lain-lain ialah pemerintahan menggunakan nama sultan. Ini adalah
warisan negeri Melaka dahulu. Selain itu, menggunakan agama Islam sebagai
agama rasmi. Kesultanan melayu Melaka dahulu menggunakan agama islam
sebagai agama rasmi. Sekarang negeri-negeri di Malaysia menggunakan agama
islam sebagai agama rasmi. Seterusnya, menggunakan bahasa melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Bahasa yang kamu gunakan di sekolah sekarang. Ini juga
merupakan warisan kesultanan melayu Melaka yang masih lagi kekal. Dapat juga
dilihat dari segi adat istiadat melayu samaada masyarakat atau dalam kalangan
istiadat perlantikan sultan atau raja. Sebagai contohnya system pewarisan
takhta mementingkan jurai keturunan sebelah bapa( penting keluaga sebelah
ayah). Apabila kita tengok pembesar-pembesar di bawah raja menggunakan
sistem pembesar 4 lipatan.

Anda mungkin juga menyukai