Anda di halaman 1dari 5

6.

0 Peranan dan Penglibatan Malaysia dalam Konflik Berkaitan Selatan Filipina


Perlibatan Malaysia tidak asing lagi apabila berjaya menyelesaikan konflik dan masalah-masalah
yang berlaku di negara-negara luar dalam proses pendamaian dan penyatuan rundingan
kesefahaman. Maka tidak hairanlah, konflik yang berlaku di selatan Filipina turut sama
melibatkan Malaysia dalam proses pendamaian negara terbabit. Proses pendamaiaan yang
berlaku diantara Mindanao dan kerajaan Filipina telah berlaku hampir 40 tahun yang mana
konflik telah bermula sejak abad ke-16 lagi semasa era penjajahan Barat.
6.1 Peranan sebagai Fasilitator
Presiden Gloria Macapagal Arroyo yang merupakan presiden Filipina pada masa itu telah
meminta bantuan negara Malaysia sebagai fasilitator dalam proses pendamaian berkaitan
dengan selatan Filipina seterusnya, pemilihan ini adalah disebabkan Malaysia telah
dilihat sebagai sebuah negara jiran yang dihormati oleh kedua-dua belah pihak serta
sebuah negara Islam yang mempunyai keupayaan untuk mengajak kelompok MILF ke
arah pendamaian. (Utusan Malaysia, 2012).
Proses pendamaian yang bermula kembali pada tahun 2001 telah membuahkan
hasil dengan berlaku genjatan senjata bagi kedua-dua belah pihak. Peranan Malaysia
sebagai Fasilitator juga memperlihatkan kedua belah pihak membuat persetujuan bersama
untuk meningkatkan keadaan sosioekonomi penduduk Mindanao di kawasan selatan
dengan penubuhan Agensi Pembangunan Bangsamoro. (Utusan Malaysia, 2013)
6.2 Memimpin Pasukan Pemantau Antarabangsa
Proses rundingan seterusnya yang berlaku pada tahun 2004 memperlihatkan kedua-dua
belah pihak bersetuju untuk menerima pasukan pemantau antarabangsa yang dipimpin
oleh Malaysia dengan nama International Monitoring Team (IMT) yang pertama. IMT ini
juga turut melibatkan negara-negara lain seperti Brunei dan Libya sebelum disertai oleh
Jepun pada tahun 2007. Di bawah pimpinan Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain yang
merupakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia telah berjaya mengurangkan insiden
keganasan dan pertempuran antara kelompok bersenjata Mindanao.

6.3 Pendamaian Semula Selatan Filipina


Sewaktu Malaysia menjadi perantaran perundingan damai yang bermula semula dari 2
hingga 7 Oktober 2012 setelah perlantikan presiden baru iaitu Aquino III pada tahun
2010. Perdana menteri Malaysia telah menyatakan kesedian dalam memastikan kerangka
pendamaian perjanjian damai yang telah disepakati akan berjalan lancar dan memberi
jaminan Kuala Lumpur setia bertindak sebagai rakan dalam membantu merealisasikan
sepenuhnya perjanjian berkenaan. (Utusan Malaysia, 2013)
Kerajaan Malaysia juga akan menawarkan bantuan untuk membantu di wilayah
selatan Filipina dengan menawarkan latihan dan pendidikan dengan membangunkan
infrasuktur supaya kanak-kanak di wilayah Selatan dapat masa depan mereka dengan
membina impian masing-masing tanpa perlu lagi berjuang seperti ibu bapa mereka
sekarang. (Sinar Harian, 2012)

7.0 Malaysia Akhiri Misi Pemantau Antarabangsa di Filipina


Malaysia melalui menteri luar Datuk Seri Dr Rais Yatim telah mengesahkan bakal
mengakhiri misi pemantau antarabangsa di Filipina selepas mandat yang sedia ada akan
berakhir pada September 2008. Perkara ini berlaku berikutan hanya satu pihak yang
melaksanakan usahanya untuk berdamai dan tidak berlaku perkembangan dalam rundingan
damai yang telah berusia 7 tahun bermula tahun 2001 setelah gagal pada ketika dahulu yang
mana menggunakan Malaysia sebagai orang tengah dalam proses tersebut. Namun, Malaysia
akan meneruskan kembali usaha damai bagi kedua belah pihak jika masing-masing berusaha
untuk mempersetujui pelan kerjasama yang dilaksanakan bersama dalam rundingan pertama
pada tahun 2001. (The Star, 2008)
Pelantikan Presiden Aquino dalam tahun 2010 telah menjadikan perdamaian di Mindanao
sebagai tumpuan utama dalam pentadbirannya dan Malaysia terlibat kembali dalam proses
rundingan damai antara kedua belah pihak ini pada tahun 2012.

8.0 Kepentingan Penglibatan Malaysia dalam Menangani Konflik Selatan Filipina


Dalam proses penyelesaian konflik di selatan Filipina, secara tidak langsung, Malaysia akan
turut sama memperolehi faedah hasil daripada bantuan yang telah diberikan bagi proses
pendamaian antara kedua belah pihak. Pandangan terhadap kerajaan Malaysia adalaah tinggi
kerana berjaya dalam proses penyatuan ini.
8.1 Penerimaan bangsa Moro Sebagai Penduduk Filipina
Hasil proses pendamaian antara kedua belah pihak, perjuangan Bangsamoro yang
telah memperjuangkan hak mereka akhirnya dapat membina entiti politik yang baru
dan ianya berhak untuk mendapat nama yang mengambar dan menghormati
perjuangan nenek moyang mereka di Mindanao dan meraihkan sejarah di dalam
negara Filipina semasa menentang penjajah.
Penerimaan Bangsamoro sebagai masyarakat Filipina telah mengembalikan
identiti berdaulat jika sebelum ini dianggap sebagai pendatang di Filipina semenjak
empat dekad yang lepas sehingga berlaku ketengangan antara sesama penduduk
negara Filipina.
8.2 Penyelesaian Masalah Kebanjiran Pendatang Asing dan Pelarian Selatan
Filipina di Sabah
Hasil daripada lawatan rasmi presiden Filipina ke Malaysia selama dua hari telah
digunakan bagi menyelesaikan masalah kebanjiraan pendatang warga Filipina dari
selatan negara berkenaan ke Sabah dengan membincangkan beberapa langkah
proaktif bagi menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini penting bagi mewujudkan
kesetian rakyat selatan Filipina kepada negaranya dalam menerima segala bentuk
undang-undang yang dilaksanakan.
Selain itu, pendamaian itu juga penting dalam menyelesaikan masalah kebanjiran
pelarian Filipina dari menduduki Sabah tanpa kebenaran yang sah bagi mendapatkan
perlindungan akibat krisis yang melanda selatan Filipina. Malaysia dengan tangan
terbuka akan membenarkan pelarian Filipina ini untuk bekerja di Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan dan tidak memaksa pelarian ini untuk pulang ke negaranya
sehingga menimbulkan tanggapan kurang senang kerajaan Filipina terhadap
Malaysia. (Utusan Malaysia, 2013),

8.3 Penyelesaian Keselamatan Dua Negara


Selepas sesi sidang media antara kedua-dua pemimpin yang berlangsung di Bangunan
Perdana Putra, Putrajaya pada 28 Febuari tahun 2014,

kerajaan Malaysia turut

menyuarakan pendapat mahu mewujudkan hubungan Hotline antara pasukan


keselamatan kedua negara. (Utusan Malaysia, 2014),
Hubungan ini meliputi aspek pertukaran maklumat risikan. Hal ini penting untuk
mengetahui bentuk-bentuk serangan yang bakal melanda keatas kedua-dua buah
negara. Bagi Malaysia, hal ini amat penting bagi memastikan isu seperti
pencerobohan Lahad Datu tidak akan berulang sehingga mengorbankan 11 nyawa
pasukan keselamatan negara jika kedua-dua buah negara dapat mengadakan
persefahaman bagi menyelesaikan masalah ini.
9.0 Usaha Kerajaan Filipina dalam Membangunkan Kawasan Selatan
9.1 Mewujudkan Wilayah Autonomi Selatan Filipina
Selepas proses pendamaian, kerajaan Filipina bakal melaksanakan wilayah autonomi
di selatan Filipina yang mana bakal memberi ruang kepada penduduk Islam dan
bukan Islam di selatan unruk merasai suasana dan arus pembangunan. Dengan
pelaksanaan wilayah autonomi ini, kerajaan Filipina mengharapkan ianya akan
menarik pelabur dari dalam dan luar negara akan melabur di Mindanao khususnya
yang berpotensi besar sebagai pust pelaburan penting di Asia Tenggara sekali gus
dapat meningkatkan modal insan kepada penduduk untuk berubah ke arah yang lebih
baik.

9.2 Rancangan Pembangunan Bangsa Moro


Rancangan pembangunan Bangsamoro atau dikenali sebagai BDP iaitu Bangsamoro
development plan. Pelan tindakan berkenaan akan mengenalpasti program-program
yang boleh dilaksana dengan bekerjasama dengan negara luar yang lain seperti
Malaysia dan negara sekitar. Perancangan BDP ini telah dibiayai oleh geran daripada

kumpulan wang Amanah Mindanao, (MTF) yang ditakbir oleh bank dunia. Sejak
tahun 2006, sebanyak 26 juta telah didermakan bagi menyokong ekonomi dan
pemulihan sosial serta menggalakkan takbir urus yang menyeluruh dan berkesan di
kawasan konflik yang terjejas di selatan Filipina terutam kawasan Mindanao. Usaha
ini penting bagi meningkatkan keyakinan kedua belah pihak terhadap kesungguhan
proses damai di selatan Filipina.

9.3 Menggalakkan Badan Kerajaan Untuk Membantu


Kerajaan Filipina juga telah mengalakkan badan-badan pertubuhan di bawah kerajaan
baagi turut sama membantu dengan memberi sokongan pelan pembangunan
Bangsamoro agar dapat merealisasikan usaha pembangunan bagi menyakinkan proses
pendamaian adalah berjaya. Badan-badan yang telah terlibat dalam usaha ini ialah
Pejabat Presiden Penolong Prose Damai, Lembaga ekonomi dan Pembangunan
Negara, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan Jabatan kerajaan yang lain

Anda mungkin juga menyukai