Anda di halaman 1dari 17

PERHUBUNGAN LUAR

ASSOCIATION OF SOUTH EAST ASIAN NATION

ASEAN
L ⇨ Beberapa perubahan politik telah berlaku di Indonesia dan Filipina menjelang
A pertengahan tahun 1960-an. Kemunculan pemimpin baharu di kedua-dua negara itu
T
membuka ruang untuk menjalin semula hubungan dengan Malaysia.
A
R
⇨ Di Indonesia, Jeneral Suharto telah mengambil alih jawatan Presiden secara rasmi
B menggantikan Presiden Sukarno pada bulan Mac 1966, iaitu setelah rampasan kuasa
E oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) pada bulan Oktober 1965 dapat dipatahkan.
L
A ⇨ Manakala di Filipina, Macapagal telah gagal mempertahankan jawatannya dalam
K
pilihan raya Presiden yang diadakan pada tahun 1965. Walaupun Filipina tidak
A
N menarik balik tuntutannya ke atas Sabah, tetapi Ferdinand E. Marcos yang dipilih
G
sebagai Presiden berminat untuk memulihkan semula hubungan dengan Malaysia.
Peristiwa di atas telah membuka semula ruang kepada ketiga-tiga negara untuk berunding
bagi menyelesaikan perselisihan yang berlaku dan membuka lambaran baharu dalam hubungan
ketiga-tiga negara yang berjiran itu.

Setelah beberapa siri rundingan diadakan, akhirnya usaha itu telah menghasilkan
penubuhan sebuah organisasi yang dikenali sebagai 'Persatuan Negara-negara Asia
Tenggara' atau Association of South East Asian Nations (ASEAN) di Bangkok pada Ogos
1967.

Penubuhan ASEAN telah diisytiharkan melalui Deklarasi Bangkok yang ditandatangani


oleh lima buah negara di Asia Tenggara yang menjadi pengasasnya, iaitu Malaysia,
Indonesia, Thailand, Filipina, dan Singapura.
ASEAN DITUBUHKAN UNTUK MENCAPAI BEBERAPA MATLAMAT
BERIKUT

 mempercepatkan pertumbuhan, ekonomi, social dan budaya rantau asia melalui kegiatan
bersama

 menggalakkan Keamanan dan kestabilan serantau berasaskan prinsip hormat-menghormati


keadilan undang- undang dalam kalangan negara anggota serta patuh kepada piagam pertubuhan
bangsa-bangsa bersatu

 menggalakkan kerjasama dan saling membantu dalam perkara-perkara yang melibatkan


kepentingan bersama seperti bidang ekonomi, sosial, meningkatkan kerjasama dalam budaya,
teknikal, saintifik, dan pentadbiran

 Meningkatkan kerjsama dalam bentuk latihan dan kemudahan penyelidikan dalam bidang
pelajaran, profesional, teknikal dan pentadbibiran

 Bekerjasama dengan lebih berkesan dalam penggunaan bidang pertanian dan perindustrian

 meluaskan perdagangan termasuk kajian masalah perdagangan komoditi antarabangsa,


membaiki kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta meningkatkan taraf hidup rakyat
dalam kalangan negara anggota
ASEAN 10
 Matlamat kerjasama penubuhan ASEAN tidak banyak
berbeza dengan ASA, iaitu memberi tumpuan untuk Ahli asal Ahli baharu
meningkatkan yang lebih erat dalam kalangan negara
anggota dalam bidang ekonomi dan lain-lain bidang yang
MALAYSIA Brunei (1982)
berkaitan.

 Walau bagaimanapun, peranan ASEAN telah berkembang THAILAND Vietnam


lebih pesat sehingga keanggotaannya Negara turut (1995)
bertambah. Bermula dengan lima buah negara asal, kini SINGAPURA LAOS (1997)
ASEAN dianggotai oleh 10 buah negara ekoran penyertaan
lima buah negara lagi, laitu Brunei, Vietnam, Laos, INDONESIA MYANMAR(1
Myanmar, dan Kampuchea. 997)
FILIPINA KAMPUCHEA
(1999)
PENGISYTIHARAN KUALA LUMPUR 1971

 Pada tahun 1971, ASEAN Tenggara telah mengeluarkan satu perisytiharan yang dikenali
sebagai Kuala Lumpur' dalam Persidangan Menteri-menteri Luar ASEAN di Kuala
Lumpur.

 Perisytiharan Kuala Lumpur yang ditandatangani pada 27 November 1971 untuk


mewujudkan sebuah kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) di Asia Tenggara.
Konsep ZOFRAN yang diusahakan oleh Malaysia diterima sebagai cadangan di peringkat
ASEAN meliputi seluruh kawasan di Asia Tenggara.

 Melalui konsep ini, negara-negara di rantau Asia Tenggara mengambil pendirian


berkecuali dengan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar atau memberi
kebenaran kepada mereka campur tangan dalam hal ehwal di Asia Tenggara.

 Langkah menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan bebas dan berkecuali
bertujuan untuk menggelakkan tangan kuasa besar dunia seperti Rusia, China, dan
Amerika Syarikat di rantau Asia Tenggara.
 Konsep ZOPFAN mengiktiraf hak setiap negara, sama ada besar atau kecil untuk
wujud secara bebas tanpa sebarang campur tangan luar terhadap urusan dalaman
sesebuah negara itu. Sebarang campur tangan luar dilihat boleh menjejaskan
kebebasan, kemerdekaan dan keutuhan negara tersebut.

 Melalui konsep ZOPFAN, negara-negara di Asia Tenggara diharapkan dapat:

 (a) mewujudkan persahabatan dengan semua negara di dunia tanpa mengira fahaman
ideologi politik supaya rantau Asia Tenggara terus terjamin keamanan dan
keselamatan di Jodara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

 (b) menyelesaikan sebarang pertikaian di Asia Tenggara secara aman tanpa


menggunakan sebarang kekerasan

 (c) menghalang mana-mana negara atau kuasa-kuasa besar daripada mencari alasan
untuk campur tangan dalam hal ehwal di rantau Asia Tenggara
Pergerakan negara berkecuali (NAM)
⇨ • Negara-negara berkecuali merujuk kepada negara-negara yang tidak memihak kepada mana-
mana blok kuasa dunia, sama ada blok Barat atau blok Timur. Pembahagian dunia kepada dua blok
muncul selepas bermulanya Perang Dunia Kedua, akibat permusuhan antara dua kuasa besar dunia,
iaitu Amerika Syarikat dan Rusia.

⇨ Blok Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat mendapat sokongan daripada Britain, Perancis,
dan negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan ekonomi kapitalis. Blok Timur
dipimpin oleh Rusia dan disokong oleh China, Jerman Timur, Korea Utara, negara-negara di Eropah
Timur, dan lain-lain negara yang mengamalkan fahaman komunis.

⇨ • Kedua-dua blok ini sering bersaing antara satu sama lain dengan menunjukkan kekuatan masing-
masing melalui satu konfrontasi secara aman yang dikenali Perang Dingin.

⇨ Amerika Syarikat dalam usaha membendung fahaman komunis di Asia Tenggara telah membentuk
pertubuhan yang dikenali sebagai Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (South East Asia Treaty
Organisation-SEATO) pada tahun 1955.
⇨ Meskipun pembahagian blok Barat dan blok Timur telah meletakkan dunia ke dalam dua blok
kuasa politik, tetapi tidak semua negara ingin memihak kepada mana-mana blok kuasa itu.

⇨ Terdapat sesetengah negara yang mengambil jalan tengah dengan tidak memihak kepada
mana-mana blok politik. Negara-negara ini mengamalkan pendirian berkecuali dengan menjalin
hubungan sama jarak dengan semua negara.

⇨ Negara-negara yang mengambil pendirian berkecuali telah menubuhkan sebuah pertubuhan


yang dikenali sebagai Pergerakan Negara Berkecuali (Non- Alignment Movement-NAM).

⇨ Cadangan awal penubuhan NAM mula dibangkitkan pada tahun 1955 dalam Persidangan
Kemuncak Negara Berkecuali di Bandung, Indonesia. Persidangan itu dihadiri oleh 25 buah
negara dari Asia dan Afrika yang mengamalkan dasar berkecuali.

⇨ NAM telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1961 semasa berlangsungnya Persidangan
Kemuncak Negara berkecuali di Belgrade, Yugoslavia. Negara-negara yang terlibat dalam
penubuhan NAM ialah Yugoslavia, India, Republik Arab Bersatu, dan Indonesia.
PERANAN MALAYSIA DALAM PERGERAKAN NEGARA
BERKECUALI (NAM)
Malaysia mula menjadi anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) pada bulan
September 1970. Penyertaan Malaysia ini dibuat berlandaskan beberapa faktor
menjadi pegangan negara sejak merdeka, iaitu:

(a) menyelesaikan
(b) Menghormati
secara aman
keutuhan dan
terhadap apa-apa
kedaulatan wilayah
pertikaian yang
negara lain
timbul.

(d) Tidak campur


(c mengamalkan tangan dalam urusan
prinsip hidup bersama negara lain, sama ada
secara aman gerakan subversif atau
gerakan lain-lain
Sejak menjadi anggota NAM, Malaysia memberi sumbangan yang besar dalam
pertubuhan ini. Antaranya ialah:

(a) memainkan peranan dalam meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara


sedang membangun dan negara miskin yang dikenali sebagai Kerjasama Selatan-
Selatan.

(b) mempelopori tindakan memerangi penyalahgunaan dan pengedaran dadah di


peringkat antrabangsa.

(c) memperjuangkan isu Antartika sebagai hak warisan manusia sejagat yang
perlu dipelihara secara bersama.

(d) berusaha menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan. (e)


mempertahankan pendirian pergerakan itu dalam persidangan dan forum
antarabangsa, termasuk persidangan PBB.
Secara keseluruhannya,
Malaysia telah memainkan
peranan yang berkesan dalam
NAM sejak menyertai
pergerakan itu pada tahun
1970. Kejayaan negara yang
paling bermakna ialah apabila
cadangan Malaysia untuk
menubuhkan Suruhanjaya
Bebas Selatan-Selatan telah
diterima dan dilaksanakan.
PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)
⇨ Malaysia sebagai negara Islam mempunyai hubungan rapat dengan lain-lain negara Islam.
Malaysia bergiat cergas dalam Pertubuhan Persidangan Islam atau Organisation of Islamic
Conference (OIC) yang beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi.

⇨ Cadangan awal penubuhan sebuah organisasi untuk menyatukan semua negara Islam mula
dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961, tetapi kurang mendapat sambutan.
Namun, Tunku Abdul Rahman tidak berputus asa dan meneruskan usaha itu dalam beberapa
tahun kemudian.

⇨ Setelah pelbagai usaha dilakukan, Persidangan Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan Negara-


negara Islam di Rabat, Maghribi pada bulan September 1969 meluluskan cadangan penubuhan
sebuah Sekretariat Menteri- menteri Luar Negara Islam yang berpusat di Jeddah, Arab
Saudi.

⇨ Pada bulan Mac 1971, Sekretariat Menteri-menteri Luar Islam ditubuhkan secara rasmi
selepas plagam pertubuhan itu diluluskan dalam Mesyuarat Menteri-menteri Luar Islam di
Jeddah.
⇨ Tunku Abdul Rahman yang baharu sahaja bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia
telah dipilih menjadi Setiausaha Agung Sekretariat Islam yang pertama. Nama
Sekretariat Menteri-menteri Luar Islam telah ditukarkan kepada Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC).

⇨ OIC ditubuhkan untuk mewujudkan kerjasama dalam kalangan negara anggota bagi
memupuk perpaduan umat Islam di seluruh dunia. Bagi meningkatkan taraf hidup
penduduk dalam kalangan negara anggota, OIC menubuhkan sebuah tabung yang
dikenali sebagai Tabung Perpaduan Islam pada bulan Februari 1974.

⇨ Tabung Perpaduan Islam bertujuan untuk membiayai pelbagai kegiatan di negara


islam seperti kegiatan dakwah islamiah, menggalakkan penyelidikan saintifik, dan
membantu rakyat Palestin untuk mendapatkan semula wilayah mereka yang diduduki
Israel.

⇨ OIC juga menubuhkan Bank Pembangunan Islam (IDB) pada bulan oktober 1975 untuk
mengukuhkan pembangunan ekonomi dan kemajuan social dalam kalangan negara-
⇨ Malaysia telah memainkan peranan yang aktif sepanjang keahliannya dalam OIC dan terlibat
dalam menyelesaikan beberapa isu antarabangsa yang menyentuh kepentingan umat Islam.
Antaranya ialah:

⇨ (a) usaha mencari perdamaian di Timur Tengah.

⇨ (b) membantu perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan semula tanah air yang diduduki
oleh Israel.

⇨ (c) menyelesaikan perang saudara antara Iran dan Iraq

⇨ (d) memulihkan hubungan Mesir Iran dan Iraq. dengan negara-negara Islam yang lain selepas
Mesir disingkirkan kerana

⇨ (e) menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Kuala Lumpur dengan bantuan OIC dan
negara Islam yang lain. Usaha ini membolehkan para pelajar dari negara seperti Bangladesh,
Sri Lanka, Nigeria, dan Gambia melanjutkan pelajaran di UIA. Mereka mendapat bantuan
biasiswa daripada kerajaan Malaysia.
SEKIAN TERIMA
KASIH
Soalan
⇨ X1 Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia
dalam Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC). (2013)

⇨ X2 Huraikan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-


negara Asia Tenggara (ASEAN) dari tahun 1967 hingga tahun
1997 (2016)

Anda mungkin juga menyukai