Anda di halaman 1dari 1

ASEAN

PENGENALAN
The Association of Southeast Asian Nations, atau ASEAN, ditubuhkan pada 8 Ogos 1967
di Bangkok, Thailand, dengan termeterainya Deklarasi ASEAN (Deklarasi Thailand) oleh
bapa pengasas ASEAN, iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura and Thailand. Brunei
Darussalam kemudiannya menyertai pada 7 Januari1984, Viet Nam pada 28 Julai 1995, Lao
PDR dan Myanmar pada 23 Julai 1997, dan Cambodia pada 30 April 1999, yang
membentuk 10 negara anggota ASEAN.
Sepuluh tangkai padi pada bendera dan logo mewakili sepuluh negara Tenggara yang bersatu
dalam solidarity

TUJUAN
Objektif utama ASEAN ialah untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi dan melalui
kemajuan sosial dan pembangunan budaya. Objektif sekunder ialah untuk mempromosikan
keamanan dan kestabilan wilayah berdasarkan aturan undang-undang dan prinsip
piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

SEJARAH
Sebahagian besar Asia Tenggara dijajah oleh kuasa Barat sebelum berlakunya Perang Kedua
Dunia. Ketika perang berlansung, Jepun telah menguasai rantau ini tetapi dipaksa keluar
setelah tamat perang kerana negara-negara Asia Tenggara mula berusaha untuk mendapatkan
kemerdekaan. Namun, walaupun negara-negara ini telah beroleh kemerdekaan, mereka
mendapati bahawa kestabilan sukar untuk dicapai. Dari situlah pemimpin pemimpin ini mula
memandang ke arah satu sama lain untuk mendapatkan bantuan.
Pada tahun 1961, Malaysia, Filipina dan Thailand telah bersepakat menubuhkan Association
of Southest Asia (ASA) yang merupakan pelopor kepada ASEAN. Enam tahun
kemudian,ketiga-tiga negara ini beserta Singapura dan Indonesia menubuhkan ASEAN yang
berganding bahu menolak dominasi dan tekanan dari Barat. Deklarasi Bangkok dibincangkan
dan dipersetujui oleh kelima-lima pemimpin negara tersebut.
Kini, terdapat 10 negara anggota yang berada dalam ASEAN iaitu Malaysia, singapura,
Indonesia, Brunei Darussalam, Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Pada tahun 2006, ASEAN telah merapatkan 560 juta orang, 1.7 juta batu persegi tanah dan
keluaran dalam negara kasar sebanyak USD $1100 bilion.

PRINSIP DAN MATLAMAT


Menurut dokumen Perjanjian Persahabatn dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC), terdapat
enam prinsip asas penubuhan ASEAN yang perlu dipatuhi oleh setiap negara anggota :
1. Menolak campur tangan kuasa asing.
2. Menolak penggunaan ketenteraan.
3. Menghormati kemerdekaan negara lain.
4. Menyelesaikan konflik secara aman, rundingan dan diplomasi.
5. Kerjasama efektif antara negara anggota.
6. Bebas dari campur tangan luar, subversive atau paksaan.

Anda mungkin juga menyukai