Anda di halaman 1dari 18

1.

PENGENALAN
Asia Tenggara merupakan satu perkataan baru yang hanya muncul pada
zaman Perang Dunia ke-2 sahaja.Umumnya, Asia Tenggara meliputi dua jenis
masyarakat besar iaitu negeri-negeri di Tanah Besar dan negeri-negeri
Kepulauan. Kedua-duanya terdiri daripada Vietnam, Kemboja, loas, Thailand,
Myanmar, Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Indonesia, dan Filipina. 1Kesemua
negara yang terdapat di Asia Tenggara ini pernah di jajah oleh kuasa asing
seperti Perancis, Belanda, Inggeris, Portugis, dan juga Sepanyol kecuali
negara Thailand.Negara-negara di Asia Tenggara yang kebanyakkannya
merdeka menjelang abad ke-19 sememangnya mempunyai pelbagai konflik
dan juga cabaran yang terpaksa dihadapi sebagai sebuah negara yang
sedang membangun.Antara konflik ataupun cabaran yang biasanya dihadapi
oleh negara yang sedang membangun adalah seperti konflik dengan negara
jiran, isu sosial dan agama, dan juga gerakan pemisah.Filipina juga tidak
dapat lari daripada konflik dalaman yang telah menyebabkan negara tersebut
berhapan dengan ketidakstabilan politik, ekonomi, dan sosial.Antara konflik
yang sedang berlaku di Filipina adalah konflik yang melibatkan gerakan
pemisah seperti MNLF, MILF dan Abu Sayyaf.
2. ISI-ISI PENTING
2.1

MNLF

Moro

National

Liberation

Frontier/Barisan

Pembebasan Kebangsaan Moro )


Jika kita kembali kepada sejarah, konflik atau peristiwa yang berlaku di
selatan Filipina terutamanya mempunyai sejarah rentetan yang panjang dan
rumit.Jika dikaji dengan teliti, perjuangan gerakan pemisah Moro yang
berlaku pada tahun 1972 merupakan kesinambungan daripada perjuangan
masyarakat Moro sejak abad ke-16 lagi.Keadaan yang sebegini bermula
apabila pihak Sepanyol yang mula menjajah Filipina telah memulakan Perang
Moro sepanjang pemerintahan mereka di Filipina. Akibat daripada menganut
agama yang sama dengan bangsa Arab atau Moor ( Moro dalam bahasa
1

Kobkua Suwannathat Pian, Asia Tenggara : Hubungan Tradisional Serantau, Kuala


Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003, hlm 8.

Sepanyol ) iaitu agama Islam, orang-orang Islam di selatan Filipina telah


dipanggil Moro sehingga ke hari ini.2Permulaan pemberontakan masyarakat
Moro di selatan Filipina bermula pada tahun 1972 iaitu pada bulan
September. Pemberontakan Moro yang berlaku di selatan Filipina telah
dipimpin oleh Pembebasan Kebangsaan Moro/Moro National Liberation
Frontier( MNLF ).3
2.2

Faktor-faktor Penentangan Masyarakat Moro

2.2.1 Tuntutan Filipina terhadap Sabah


Tuntutan rasmi kerajaan Filipina ke atas Sabah pada 22 Jun 1962 kepada
British adalah atas nama Kesultanan Sulu. 4Tuntutan ini mempunyai kaitan
dengan sejarah masyarakat Moro menyebabkan kerajaan Filipina terpaksa
memberi

perhatian

kepada

sejarah

Sulu

khasnya

dan

sejarah

Moro

amnya.Perkara yang sebegini telah menyedarkan masyarakat Moro bahawa


mereka mempunyai sejarah yang gemilang pada masa lalu dan telah
mengembalikan keyakinan kepada diri mereka bahawa mereka merupakan
sebuah bangsa yang agung.Publisiti yang telah diberikan oleh kerajaan
Filipina telah menyedarkan masyarakat Moro di selatan Filipina bahawa
mereka adalah masyarakat yang pernah mencipta keagungan sejarah
mereka sendiri.5
2.2.2 Peristiwa Jabidah 1968
Kes pembunuhan pelatih tentera yang berlaku di Pulau Corregidor, Teluk
Manila pada bulan Mac 1968 telah menyemarakan lagi api perjuangan
masyarakat Moro di Filipina. Pendedahan kes pembunuhan ini dilakukan oleh
Jibin Arola yang merupakan salah seorang daripada 180 orang belia Moro dari
Sulu yang diambil oleh tentera Filipina untuk Operasi Merdeka. Nama
2

Abdullah zakaria Ghazali & zulkanian Abdul Rahman, Konflik Dunia Abad Ke-20, Kuala
Lumpur : DBP, 2008, hlm 73-74.
Ibid.

Mohd Ariff datuk Haji Othman, Tuntutan Filipina Ke Atas Sabah : Implikasi Dari Segi
Sejarah, Undang-Undang dan Politik, Kuala Lumpur : DBP, 1988, hlm 5.
Ibid.

operasi ini kemudiannya ditukarkan kepada Operasi Jabidah yang berpusat


di Pulau Corregidor.Menurut T.J.S George;
Masalah mula timbul apabila apabila pelatih mula menuntut
bayaran elaun sebanyak 50 peso dan sebahagian pelatih ingin
menarik diri dan pulang ke kampong masing-masing. 6
Peristiwa ini telah membawa kepada pembunuhan di Corregidor.Peristiwa ini
dianggap

penting

kerana

ianya

merupakan

titik

tolak

kepada

sikap

masyarakat Moro terhadap kerajaan Filipina.


2.2.3 Penubuhan Gerakan Kemerdekaan Islam ( MIM )
Penubuhan Gerakan Kemerdekaan Islam ( MIM )7 pada bulan Mei 1968
dilakukan oleh bekas gabenor Cotabato iaitu Datuk Udtog Matalam yang
mendapat sokongan yang kuat daripada masyarakat Moro yang marah
dengan Peristiwa Jabidah.8 Pandangan Datuk Matalam bahawa jalan yang
terbaik untuk menjamin masa depan masyarakat Moro adalah dengan keluar
daripada Filipina. Secara jelasnya di sini, penubuhan MIM oleh Datuk Matalam
yang mempunyai motif tertentu iaitu demi kepentingannya sendiri, keadaan
ini jelas telah mengeruhkan lagi keadaan di selatan Filipina.Penubuhan MIM
telah memberikan impak yang besar kepada penduduk Kristian dimana
mereka mula meninggalkan beberapa kawasan di Cotabato pada bulan Jun
1969.Penduduk Kristian yang tidak mahu meninggalkan tempat asal mereka
terpaksa menubuhkan beberapa pasukan keselamatan untuk menjaga
kawasan mereka.9

T.J.S George, Revolt In Mindanao, The Rise Of Islam In Philippine Politics, Kuala Lumpur
: Oxford University Press, 1980, hlm 61.

Di awal penubuhannya, ia diberi gelaran Gerakan Kemerdekaan Mindanao ( Mindanao


Independence Movement ) tetapi kemudiannya telah diubah kepada Gerakan
Kemerdekan Islam ( Muslim Independence Movement ) bagi mewakili masyarakat
Moro di Sulu dan Palawan.

Ibid, hlm 133.

Ibid.

2.2.4 Politik Mindanao 1970-1972


Keadaan di wilayah Cotabato yang kurang selamat menyebabkan penduduk
Moro dan Kristian mula menubuhkan pasukan bersenjata untuk menjamin
keselamatan masyarakat mereka sendiri. Pertempuran masyarakat Moro dan
Kristian di Upi, utara Cotabato pada 22 Mac 1970 telah merintis jalan kepada
pertempuran yang lebih hebat selepas itu.10Keadaan ini telah menyebabkan
seramai 30 ribu orang Kristian dan Moro telah menjadi perlarian.Keadaan ini
bertambah tegang pada kempen pilihanraya tahun 1971 untuk memilih
gabenor dan datu-datu Bandar. Keadaan yang sebegini berlaku kerana
pilihanraya tahun1971 merupakan penentu sama ada masyarakat Moro akan
menerajui politik di Cotabato atau tidak. Keputusan pilihanraya tersebut telah
memperlihatkan penguasaan politik Moro di Cotabato hamper musnah
dimana jawatan gabenor telah dimenangi oleh calon beragama Kristian
sementara jawatan datu-datu Bandar di utara Cotabato telah terlepas
daripada penguasaan masyarakat Moro. 11
2.2.5 Pengisytiharan Undang-Undang Tentera 1972.
Ancaman komunis dan puak pemisah yang dianggap mengundang bahaya
kepada Filipina merupakan alasan yang digunakan oleh Presiden Ferdinand
Marcos untuk mengisytiharkan undang-undang tentera di Filipina pada 21
September

1972.12Pengisytiharan

Undang-Undang

Tentera

1972

telah

menyebabkan berlakunya pertempuran besar-besaran di antara pasukan


tentera Filipina dengan pasukan bersenjata Moro.Perlaksanaan undangundang memperlihatkan kemasukan tentera yang ramai dalam pertempuran
telah menyebabkan konflik di antara masyarakat Moro dengan tentera
Filipina.Tidak seperti yang berlaku sebelum ini dimana pertempuran berlaku
10

Abdullah zakaria Ghazali & zulkanian Abdul Rahman,Op., Cit.,hlm 82.

11

Ibid, hlm 83.

12

Ibid.

diantara pasukan bersenjata Kristian dengan pasukan bersenjata Moro.


Pasukan bersenjata Moro yang menentang tentera Filipina adalah pasukan
terlatih yang merupakan anggota Tentera Bangsa Moro ( BMA ) yang juga
merupakan sayap tentera kepada satu pertubuhan Moro, iaitu MNLF. 13
2.3

Idea dan Motif Perjuangan MNLF

Jika dilihat dari kategori konflik antara negara dan masyarakat, gerakan
pemisah bangsa Moro ini boleh dikenalpasti dalam dua perspektif.Bangsa
Moro menganggap bahawa perjuangan mereka ditujukan untuk penentuan
nasib

sendiri

menggolongkan

atau
gerakan

selfdetermination.Sedangkan
ini

sebagai

kerajaan

pemberontakan

Filipina

bersenjata

dari

kelompok etnik minoriti.Di luar kategori tersebut, kerajaan Amerika Syarikat


mengempenkan perang melawan keganasan dan menganggap gerakan
pemisah bangsa Moro sebagai kelompok pengganas yang terkait dengan
jaringan Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah. Selain daripada kategori tersebut,
Guimel M. Alim, iaitu seorang pengarah eksekutif Kadruntaya Foundation,
dalam Philippine Solidarity 2000 menyatakan bahawa perjuangan bangsa
Moro

adalah

berpandukan

kepada

ideaperjuangan

mendapatkan

kemerdekaan yang sudah menjadi sebuah perjuangan dari generasi ke


generasi

14

Seterusnya dikatakan bahawa gerakan kemerdekaan ini merupakan


perjuangan yang menelan suatu tempoh masa yang sangat lama di Asia
bahkan di seluruh dunia.Sehingga hari ini, gerakan ini masih tetap berlaku
tanpa

menunjukan

tanda-tanda

berakhirnya

perjuangan

ini

meskipun

terdapat pelbagai rundingan perdamaian yang terus tetap berlangsung.


Perjuangan tersebut berada dalam spektrum yang luas dan kompleks dari
perjuangan untuk mempertahankan kelangsungan hidup, mempertahankan
idnetiti budaya, sehingga memperolehi kemerdekaan

15

. Menurut Peter Chalk

et., al. :
13

14

15

Ibid.
Lihat Guiamel M.Alim dalam Philipinne Solidarity 2000 disampaikan dalam European
Solidarity Conference on the Philippines, 23-25 June 1995 di Hoisdorf, Germany.
Ibid, hlm. 1

Established by Nur Misuari, an ethnic Tausug and former University of


the

Philippines

professor,

the

organization

adopted

an

overtly

nationalistic ideological agenda. Its stated goal was self-determination,


which

was

enshrined

implementation

of

as

Islamic

an

essential

institutions

in

precondition
a

future

for

the

Bangsamoro

republic.16
Barisan
pertubuhan

Pembebasan
politik

Islamiyah di Sulu,
Persidangan

Kebangsaan

di Filipina yang

Moro (MNLF)
tujuannya

Mindanao dan Palawan17.

Islam,

yang

Ia

membenarkannya

ialah

sebuah

mendirikan daulah

diakui
untuk

oleh Pertubuhan
mewakili orang

Moro dengan suatu kedudukan pemerhati. Dalam dinamika hubungan dengan


pemerintah, MNLF cenderung melakukan politik yang dinamik dibandingkan
dengan

organisasi

yang

lain.

MNLF

sebelumnya

menyerukan

upaya

pemisahan diri masyarakat Mindanao dari pemerintah Filipina, namun


kemudian menurunkan tuntutan pembentukan daripada negara Mindanao
Merdeka menjadi pemerintahan autonomi Muslim Mindanao (Autonomous
Region for Mindanano Muslim/ARMM) pada dekad 1990an. Namun beriringan
dengan semakin tersepitnya legitimasi MNLF dalam ARMM pada tahun 2001,
Nur Misuari kembali menyerukan tentangan terhadap Kerajaan Filipina yang
kemudiannya mengakibatkan penangkapan terhadapnya.
Bahkan dalam matlamat rasmi MNLF, aspirasi untuk mendirikan
Negara Mindanao merdeka kembali dibangkitkan pada pasca Final Peace
Agreement

1996.

Dalam

konteks

idealogi

organisasi,

MNLF

mengidentifikasikan diri dengan idealogi nasionalis sekular daripada idealogi


Islam. Perkara politik MNLF tidak lari daripada latar belakang Nur Misuari
sebagai aktivis gerakan sosialisme Islam sejak bergelar mahasiswa.Bahkan
Salamat Hashim menuduh bahawa Misuari telah berusaha merubah arah
gerakan MNLF menjadi gerakan yang beridealogi komunis. Dengan alasan
inilah kemudiannya Salamat Hashim memilih memisahkan diri dari MNLF dan
16

Peter Chalk et., al., The Evolving Terrorist Threat to Southeast Asia : A Net
Assessment,Santa Monica : Rand Corporation, 2009, hlm 34.

17

Salamat Hashim, The Bangsa Moro Peoples Struggle Against Oppresion and
Colonialisation, Agency for Youth Affirs-MILF, Camp Abu Bakar Ass Shiduque,
Mindanaw, 2001, hlm, 63.

menubuhkan MILF (Moro Islamic Liberation Front) yang lebih kearah


perjuangan islam. Kini, kumpulan ini adalah parti pemerintah Wilayah
Autonomi Islam Mindanao.Mindanao menjadi tanah untuk permulaan baru
apabila bidang-bidang luas tanah diberikan oleh kerajaan Filipina pada zaman
1950-an kepada para petani miskin dan pendatang lain dari bahagian lain
negara itu.
Mindanao melihat dirinya sebagai rumah angkat penduduk peneroka
Kristian yang giat berkembang yang dengan pantas mencerobohi kawasan
kehidupan penduduk Muslim dan suku asli, yang kini mula merasakan mereka
kehilangan tanah dan peluang ekonomi yang ada dengannya. Penduduk asal
ini, terutamanya

bahagian

Muslim asal,

membentuk

rasa

kecurigaan

mendalam terhadap para pegawai Republik, sebuah republik di mana mereka


merasakan diperlakukan sebagai warganegara kelas kedua. Disebabkan ini,
Mindanao menjadi medan pertempuran. Apabila kira-kira 200 pelatih tentera
Muslim Filipina dibunuh kerajaan Filipina di bawah Ferdinand Marcos pada 18
Mac

1968

di Corregidor,

sekumpulan

Muslim

yang

marah

membuat

keputusan satu-satunya pilihan untuk Muslim atau warisnya berkuasa ialah


dengan mewujudkan kembali Kesultanan Sulu (termasuk Sabah), tanpa
mengira betapa ganas atau berpanjangannya usaha ini. Nur Misuari, seorang
profesor Universiti Filipina, menjadi ketua kumpulan ini dengan gelaran
pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro pada awal 1970-an. MNLF
mewarwarkan dirinya sebagai gerakan pembebasan Muslim Filipina dan
memulakan pemberontakan

di

Filipina,

dengan

harapan

mendapat

kemerdekaan, atau sekurang-kurangnya autonomi kawasan untuk Filipina


Selatan. Perjuangan ini akan mengorbankan di antara 80,000 hingga 200,000
nyawa di puncak kekuatannya, MNLF dapat mengira 30,000 anggota
bersenjata dalam barisannya.
Bagi

mengurangkan

pertikaian,

Kerajaan

Filipina

bercadang

mengadakan perbincangan secara aman pada tahun 1976. Dalam tahun


yang sama, Perjanjian Tripoli telah dirundingkan oleh Ferdinand Marcos, ahli
politik Libya, Moammar

Gadhafi sebagai

pihak

tengah

dan

disokong

oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Perjanjian itu menyatakan supaya


diadakan gencatan senjata dan meletakkan wilayah autonomi tersebut

secara kasarnya adalah sebahagian daripada Republik Filipina.Tiga belas


daerah dalam wilayah autonomi tersebut (lapan daripadanya diduduki
majoriti

Kristian)

diisytiharkan

dibawah

peruntukan

perjanjian,

yang

membenarkan masyarakat Muslim mendirikan mahkamah, sekolah dan


sistem pentadbiran sendiri (berdasarkan penulis Lela Noble). Tambahan,
wilayah yang diduduki oleh Muslim tersebut akan disediakan sebuah
perhimpunan perundangan, majlis eksekutif, angkatan keselamatan wilayah,
sistem kewangan dan ekonomi tersendiri.
Bagaimanapun, selepas mengikat perjanjian awal tersebut, Marcos
mengadakan sebuah referendum, yang menunjukkan penentangan terhadap
penyertaan daerah-daerah tertentu, penentangan terhadap daerah yang
dianggap dimahukan oleh MNLF dan menyokong pelan Marcos agar dua
daerah diletakkan di bawah kerajaan pusat.Gencatan senjata terawal
memberikan peluang kepada Misuari dan tenteranya masa untuk berehat
(peluang yang diterima secara adil oleh tentera Filipina), yang akhirnya
memberi tekanan terhadap kepentingan MNLF.Kumpulan tersebut mengalami
masalah

dalaman

dan

berpecah

kepada

tiga

kumpulan

utama.ketidaksepakatan antara golongan sederhana dan konservatif tercetus


selepas keengganan MNLF mengadakan pemberontakan. Berikutan hal ini,
pada tahun 1981, golongan yang lebih konservatif membentuk Barisan
Pembebasan Islam Moro (MILF).Pada tahun 1996, kata sepakat akhirnya
dicapai oleh MNLF dan kerajaan.Wilayah autonomi itu diberikan kepada
majoriti

Muslim

di

kawasan

tersebut.

Kawasan

itu

kini

dikenali

sebagai Wilayah Autonomi Muslim Mindanao dengan Nur Misuari dilantik


sebagai Gabenor Wilayah Mindanao

18

18

Namun pentadbiran Nur Misuari tidak kekal lama.Misuari akhirnya ditahan atas tuduhan
melancarkan pemberontakan serangan ke atas Manila ketika dia tidak dibenarkan
bertanding dalam pilihanraya Gabenor Wilayah pada November 2001.Kesempatan ini
diambil Barisan Pembebasan Islam Moro MILF untuk mengetuai pasukan rundingan damai
dengan Filipina di mana Malaysia memainkan peranan sebagai pihak ketiga. Walaupun
Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro MNLF dan Barisan Pembebasan Islam Moro MILF
berpecah, namun matlamat mereka sama, bezanya adalah strategi. Walaupun bangsa
Moro dijajah dan berperang mempertahankan tanah air, mereka tetap tidak mengalah
kerana perjuangan ini adalah perjuangan nenek moyang mereka. Ibid, Islam in Asia:
Changing Political Realities, hal, 194.

Sememangnya idea dan perjuangan yang dilancarkan oleh Barisan


Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) adalah demi mempertahankan daulah
islamiyah yakni kawasan kepulauan Mindanao, Sulu dan Palawan yang
sememangnya kawasan asal yang didiami oleh masyarakat bangsa Moro ini.
Penindasan yang berkesinambungan merupakan antara sebab dan faktor
yang

menjadi

tujuan

utama

perjuangan

ini

dilakukan.Tambahan

pula

peristiwa pembunuhan beramai-ramai masyarakat Islam Moro ini oleh


Ferdinand Marcos telah menguatkan lagi sentimen kebencian terhadap
Kerajaan Filipina yang akhirnya mencetuskan pemberontakan bangsa Moro ini
dibawah gerakan pemisah MNLF.Selain itu, dapat diringkaskan bahawa
perjuangan

MNLF

ini

adalah

bertunjangkan

kepada

matlamat

untuk

mendapatkan kemerdekaan yang di tuntut semenjak tamatnya perang dunia


kedua.
Hal ini demikian kerana masyarakat Moro menganggap wilayah selatan
Filipina ini sebagai satu wilayah yang tidak termasuk dalam Kerajaan Filipina
selepas kemerdekaan 1946.Walaubagaimana pun, tuntutan kemerdekaan
tampaknya tidak diendahkan oleh kerajaan pusat dan hanya memberikan
kerajaan autonomi kepada wilayah Mindanao dan ianya masih dibawah
kawalan kerajaan pusat. Disamping itu, legasi sejarah Filipina yang tidak
pernah mengambil berat kewujudan masyarakat islam Moro turut menjadi
satu

motif

utama

penentangan

gerakan

pemisah

MNLF

yang

memperjuangkan hak asasi manusia dan menentang dasar dikriminasi yang


diamalkan oleh kerajaan Filipina. Idea perjuangan Barisan pembebasan
Kebangsaan Moro ini juga melihat kepada tuntutan bagi sebuah Negara yang
bertanggungjawab kepada kebajikan rakyat tanpa dasar diskriminasi.
3. ANALISIS
Moro Nationalist Liberation Front atau MNLF merupakan salah sebuah
gerakan pemisah di negara Filipina yang paling radikal. Pertubuhan MNLF
diketuai oleh NurMisuari iaitu merupakan seorang professor Universiti Filipina.
Motif utama perjuangan MNLF adalah untuk mewujudkan sebuah kerajaan
autonomi orang Islam di Filipina. Tujuan penubuhan MNLF adalah untuk
memperjuangkan hak, wilayah, budaya dan agama penduduk Islam yang

terdapat di Filipina, termasuk juga Kepulauan Mindanao dan Kepulauan Sulu


serta Luzon. Menurut Ruth McVey,
Separatism becomes the label that is attached to the kind of rebellion
that would be called communist if it took place among the ethnic
majority instead.19
Hal yang demikian disebabkan oleh diskriminasi yang dilakukan oleh
pemerintah Filipina terhadap penduduk yang beragama Islam. Kebanyakkan
penduduk di Filipina menganut agama Kristian Katolik iaitu sebanyak 80
peratus dan selebihnya adalah penganut agama Islam yang terdapat di
Kepulauan Mindanao dan Kepulauan Sulu. Keadaan tersebut menunjukkan
perbezaaan

yang

jelas

antara

kedua-dua

penganut

agama

tersebut.

Tambahan pula, pihak pemerintah iaitu Ferdinand Marcos melakukan dasar


mengkristiankan semua penduduk Filipina. Marcos menginginkan semua
penduduk Filipina untuk menganut agama Kristian Katolik.
Keadaan

tersebut menyebabkan

penganut agama

Islam

berasa

terancam dan berusaha untuk mempertahankan agama mereka. Tambahan


pula, penganut agama Kristian cuba untuk menasimilasikan penganut agama
Islam agar menjadi peganut agama Kristian.Perkara tersebut menimbulkan
kemarahan kepada orang Islam kerana dianggap tidak menghormati atau
disrespect kepercayaan agama mereka. Selain itu, Marcos juga telah
melakukan pembunuhan beramai-ramai masyarakat Islam Moro dengan
tujuan untuk menghapuskan penganut agama Islam di Filipina. Dasar
Kristianisasi yang diamalkan oleh Marcos adalah begitu radikal. Akibat
daripada segala kekejaman yang dilakukan oleh Marcos, penduduk yang
beragama Islam telah bangkit menentang pemerintahannya dan mahu
membebaskan bangsa mereka daripada pemerintahan Marcos. Penganut
agama bimbang bahwa agama, budaya dan polltik mereka akan dilemahkan
atau dihapuskan asimilasi paksa dengan dengan Republik Filipina yang
didominasikan oleh agama Kristian Katolik. Untuk itu, MNLF telah berusaha
untuk
19

menubuhkan

kerajaan

autonomi

di

Kepulauan

Mindanao

dan

M. Ruth, Separatism and the Paradoxes of the Nation-state in Perspective, Singapore:


Institute of Southeast Asian Study, 1984, hlm. 21

10

memperjuangkan serta membangunkan penduduk Islam agar menikmati


hidup yang lebih tenteram dan aman. Hal yang demikian menyebabkan MNLF
telah berusaha untuk memperjuangakan penubuhan autonomi tersebut
melalui gerakan bersenjata. Oleh itu, penganut agama Islam di kedua-dua
buah tempat tersebut telah melakukan gerakan pemisah bagi memenuhi
tujuan tersebut.20
Selain itu, penganut agama Islam juga membenci transmigrasi atau
perpidahan orang Katolik dari utara. Kebanyakkan orang Kristian Katolik juga
telah berhijrah dari utara ke Kepulauan Mindanao dan Kepulauan Sulu.
Malahan, mereka juga diberikan hak-hak yang terutamanya hak tanah di
kedua-dua

buah

kepulauan

tersebut.

Keadaan

tersebut

menimbulkan

ketidakpuasan hati dalam kalangan penganut agama Islam. Hal yang


demikian disebabkan penganut agama Katolik telah merampas hak pemilikan
tanah. Orang Islam yang sepatutnya memiliki hak tanah di tempat tersebut
hanya berputih mata melihat hak-hak mereka dirampas begitu sahaja. Orang
Islam menganggap bahawa tanah di tempat tersebut merupakan hak yang
mereka warisi sejak turun temurun. Secara tidak langsung, keadaan tersebut
telah menyebabkan populasi bangsa Moro telah berkurangan. Pengurangan
tersebut disebabkan ramai penduduk Moro telah berpindah ke tempat lain
untuk mencari tanah yang lebih sesuai dan bebas daripada orang Kristian.
Hal yang demikian menjadikan bangsa Moro menjadi bangsa minoriti di
tempat mereka sendiri. Penduduk Islam yang merupakan bangsa majoriti di
kedua-dua tempat tersebut pada asalnya telah berubah menjadi etnik
minoriti disebabkan penghijrahan orang Kristian ke tempat tersebut. Keadaan
tersebut menjelaskan bahawa hak yang sepatutnya dimiliki oleh orang Moro
telah hilang dan dikuasai oleh orang Katolik. Secara tidak langsung, penganut
agama

Islam

telah

bangkit

menentang

keadaan

tersebut

bagi

memperjuangkan hak mereka dan mendapatkan hak tersebut semula.


Kita lihat pula pembangunan ekonomi yang terdapat di kawasan
Mindanao. Berdasarkan perangkaan 2001, 15 daripada wilayah Filipina yang
paling miskin
20

terletak di kawasan selatan. Hal yang demikian disebabkan

MNLF dalam http://www.globalsecurity.org/military/world/para/mnlf.htm diakses pada 18


Disember 2011, jam 3.00 petang.

11

pembangunan ekonomi yang tidak seimbang terhadap wilayah-wilayah


negara Filipina. Perancangan ekonomi yeng dilakukan oleh Marcos adalah
tidak sistematik dan hanya menumpukan kepada beberapa wilayah sahaja.
Tambahan pula, sikap Marcos yang lebih memfokuskan pembangunan
ekonomi di orang Katolik menyebabkan perubahan tersebut berlaku. Marcos
lebih

menumpukan

pembangunan

ekonomi

terhadap

orang

Kristian

berbanding penganut agama Islam. Untuk itu, Marcos hanya menumpukan


pembangunan

di

tempat-tempat

yang

didiami

oleh

orang

Kristian

terutamanya di Filipina sendiri. Keadaan tersebut menyebabkan wilayahwilayah yang didiami oleh orang Islam adalah kurang diberi perhatian oleh
Marcos seperti di kawasan Mindanao. Marcos tidak mahu membangukan
ekonomi

untuk

orang

Islam

kerana

dianggap

boleh

mengancam

kedudukannya. Untuk itu, Marcos hanya membangunkan wilayah-wilayah


yang didiami oleh orang Kristian Katolik.21
Malahan, melalui perangkaan tersebut juga menjelaskan bahawa
terdapat sebanyak 75 peratus penduduk adalah buta huruf dan jangka hidup
yang paling rendah di Filipina iaitu sekitar 57 tahun. Angka tersebut
menjelaskan bahawa kawasan Mindanao mengalami pembangunan ekonomi
yang teruk oleh pemerintahan Marcos. Peratusan kadar buta huruf yang
tinggi tersebut menjelaskan pembangunan pendidikan di kawasan Mindanao
adalah kurang diberi perhatian. Keadaan tersebut mendatangkan kerugian
kepada pemerintahan Marcos sendiri. Orang Moro yang sebenarnya boleh
membantu dalam membangunkan ekonomi negara Filipina tidak diambil
perhatian dan menyebabkan keadaan peratusan tersebut berlaku. Marcos
tidak memandang serius terhadap aspek pendidikan yang terdapat di
Mindanao. Hanya beberapa buah sekolah yang ditubuhkan sekadar untuk
memberikan sedidkit pendidikan kepada bangsa Moro. Marcos bimbang
sekiranya

aspek

pendidikan

dinaiktarafkan,

beliau

akan

menghadapi

penentangan daripada bangsa Moro kerana memiliki ilmu pengetahuan yang


tinggi. Marcos tidak sedar bahawa sikap beliau akan memberikan kesan
kepada ekonomi negara Filipina.
21

MNLF dalam http://www.scribd.com/doc/22691892/Moro-National-Liberation-FrontMNLF-A-Profile-of-Determination diakses pada 18 Disember 2011, Jam 3.00 petang.

12

Dari segi kesihatan pula, penduduk di kawasan Mindanao memiliki


jangka hidup yang tidak lama iaitu sekitar 57 tahun sahaja. Hal yang
demikian disebabkan pembangunan kemudahan kesihatan

yang tidak

mencukupi di kawasan Mindanao. Di Mindanao, hanya terdapat beberapa


buah sahaja kemudahan seperti hospital, klinik-klinik dan pusat penyelidikan
yang ditubuhkan atau diwujudkan. Malahan, teknologi perubatan yang
digunakan juga agak ketinggalan zaman. Kita sedia maklum bahawa wilayah
Mindanao memiliki kawasan yang luas. Kemudahan perubatan yang sedikit
dan kurang efektif mempengaruhi jangka hidup penduduk di kawasan
Mindanao. Hal yang demikian menyebabkan penduduk tempatan tidak dapat
hidup dengan lama. Kemudahah perubatan yang teruk mempengaruhi
kesihatan

penduduk

kawasan

Mindanao.

Pengurangan

tumpuan

yang

diberikan oleh Marcos secara tidak langsung merupakan penyebab utama


terhadap keadaan tersebut. Hal yang demikian menimbulkan kemarahan
dalam kalangan penduduk bangsa Moro di Filipina dan kecewa dengan cara
pemerintahan Marcos yang bersifat berat sebelah. Oleh itu, orang Moro di
kawasan Mindanao telah berusaha untuk memperbaiki keadaan tersebut agar
mampu untuk mengubah keadaan pembangunan ekonomi di wilayah
Mindanao melalui pemerintahan atau pentadbiran oleh orang Moro sendiri. 22
Seterusnya, kita lihat pula tradisi berperang, menyamun atau banditry
dan pemusuhan berdarah atau blood feud. Aspek tersebut juga merupakan
sebab terhadap gerakan pemisahan Moro Nationalist Liberation Front atau
MNLF. Di Filipina, terdapat tradisi yang berbeza dengan negara lain. Tradisitradisi tersebut diamalkan secara meluas dan dibenarkan oleh pihak
kerajaan. Pengamalan tradisi tersebut sedikit sebanyak mendatangkan
masalah kepada orang Moro di Filipina. Contohnya, tradisi peperangan.
Tradisi peperangan di Filipina merupakan tradisi yang amat
masyarakat

Filipina.

Penduduk

dibenarkan

untuk

digemari oleh

berperang

bagi

mengekalkan kedudukan mereka dan merampas kawasan. Peperangan


tersebut boleh dilakukan sama ada sesama bangsa atau dengan bangsa lain.
Keadaan tersebut menyebabkan orang Moro terpaksa berperang dengan
orang Katolik di Filipina.
22

Ibid.

13

Seterusnya, kegiatan menyamun juga dibenarkan di Filipina. Penduduk


tempatan bebas untuk menyamun sesiapa sahaja dan merupakan salah satu
pekerjaan dan punca pendapatan pihak yang terlibat. Hal yang demikian
menyebabkan ramai penduduk Moro telah disamun oleh pihak tertentu
terutamanya Kristian Katolik. Selain itu, orang Moro juga menentang
pemusuhan berdarah. Permusuhan berdarah yang diimaksudkan adalah
permusuhan

anatara

orang

Katolik

dengan

penganut

agama

Islam

terutamanya di Mindanao. Tradisi tersebut menyebabkan ramai penduduk


Moro telah kehilangan nyawa. Tradisi-tradisi yang sedemikian menyebabkan
orang Moro berasa terancam dan tidak selamat. Bagi orang Moro, tradisi
yang tidak masuk akal sedemikian sepatutnya dihapuskan agar masyarakat
boleh hidup tenang. Oleh itu, orang Moro menentang pengamalan tradisitradisi tersebut.23
Moro Nationalist Liberation Front atau MNLF mengidentifikasikan diri
mereka berdasarkan 3 pegangan utama iaitu bahawa orang Moro terdiri
daripada satu bangsa yang jelas dan memiliki sejarah yang spesifik serta
identiti budaya. Selian itu, MNLF juga berpegang bahawa bangsa Moro
mempunyai hak yang sah untuk menentukan masa depan mereka sendiri.
Seterusnya,
melancarkan

MNLF

mempunyai

tanggungjawab

jihad terhadap kerajaan

dan

obligasi

untuk

Filipina. Secara keseluruhannya,

perjuangan MNLF boleh dirumuskan sebagai penentuan nasib diri atau


selfdetermination. MNLF Bertujuan untuk menubuhkan kerajaan Islam di
Kepulauan Sulu dan Mindanao melalui pemerintahan sendiri. Hal yang
demikian disebabkan diskriminasi terhadap bangsa Moro di Mindanao.
Pemerintahan yang dilakukan oleh Marcos adalah terlalu kejam terutamanya
terhadap bangsa-bangsa tersebut. Untuk itu, NurMisuari yang merupakan
ketua penubuhan MNLF berusaha untuk mengubah keadaan tersebut kepada
lebih baik. NurMisuari mahu mewujudkan sebuah kerajaan autonomi di
Mindanao

dan

Sulu

untuk

orang

Islam.

Bagi

beliau,

mereka

perlu

menubuhkan kerajaan sendiri agar dapat membebaskan diri daripada


keadaan yang teruk tersebut. Sekiranya mereka memiliki kerajaan autonomi
sendiri, meraka bebas untuk mentadbir bangsa Moro. Hal yang demikian
23

Ibid.

14

akan menjadikan kehidupan bangsa Moro menjadi lebih baik daripada


sebelumnya. Untuk itu, NurMisuari berusaha untuk mendapatkan wilayah
Mindanao daripada Marcos agar dapat mewujudkan kerajaan Islam di tempat
tersebut.

bagi

tujuan

tersebut,

NurMisuari

memperjuangkan

perkara

berkaitan persempadanan politik dengan harapan agar usaha beliau untuk


menubuhkan kerajaan Islam di Mindanao tercapai.
Usaha beliau tersebut telah disokong oleh penduduk bangsa Tausug
yang terdapat di Kepulauan Sulu. Hal yang demikian disebabkan bangsa
Tausug juga merupakan penduduk yang mengamalkan agama Islam. bagi
memantapkan

perjuangan

MNLF,

terdapat

pecahan

dinamakan sebagai Moro Islamic Liberation Front

pertubuhan

yang

(MILF) dan Abu Sayaff.

Kedua-dua pertubuhan tersebut juga memperjuangankan perjuangan yang


sama iaitu hak dan kerajaan orang Moro. Pertubuhan tersebut menggunakan
perjuangan bersenjata dan bersifat radikal. Hasil daripada perjuangan oleh
MNLF, terdapat banyak siri pertempuran yang berlaku antara pihak kerajaan
dengan pihak MNLF. Pertempuran tersebut telah menyebabkan kehilangan
nyawa dan kemusbahan harta benda yang banyak terhadap kedua-dua pihak.
MNLF menggelarkan pertempuran tersebut sebagai salah satu jihad dalam
agama Islam. untuk itu, perundingan telah diadakan antara kedua-dua pihak.
Hasilnya, kawasan Mindanao merupakan wilayah autonomi kepada MNLF dan
menjadikan NurMisuari sebagai gabenor pertama bagi kerajaan tersebut.
Kerajaan autonomi tersebut tidak dapat bertahan lama apabila NurMisuari
telah ditahan atas alasan melakukan pemberontakan keatas Manila. Oleh itu,
kerajaan tersebut telah dibubarkan semula dan orang Moro terpaksa
berjuangan semula. Perjuangan NurMisuari diteruskan oleh MILF dan Abu
Sayaff bagi menuntut hak tersebut semula dan pengiktirafan terhadap
kerajaan autonomi yang ditubuhkan oleh NurMisuari.

4. KESIMPULAN

15

Sebagai kesimpulannya, MNLF merupakan sebuah gerakan pemisah yang


wujud di selatan Filipina untuk memperjuangkan hak-hak mereka. Apa yang
telah menjadi pendorong kepada perjuangan MNLF ialah kehendak mereka
untuk

merdeka

daripada

negara

Filipina.

Walaupun,

kerajaan

mula

mengadakan rundingan dengan memberikan autonomi kepada MNLF untuk


berkuasa di Mindanao, namun kehendak MNLF yang inginkan kuasa mutlak
dalam pemerintahan di Mindanao telah mendorong kepada konflik yang
berpanjangan di selatan Filipina. Idea MNLF untuk memperjuangkan hak
bangsa Moro dengan berlandaskan ajaran Islam telah mendorong mereka
untuk berjuang menentang kerajaan Filipina melalui angkatan bersenjata
yang sememangnya telah banyak mengorbankan nyawa sejak dari tahun
1970-an lagi. Kerajaan Filipina, harus mengambil langkah lebih drastik dalam
merancang pentadbiran di Filipina kerana sekiranya kerajaan masih lagi
lambat dalam mencorak pentadbiran yang baru, konflik yang berpanjangan
ini akan berterusan.

16

RUJUKAN
Buku
Abdullah zakaria Ghazali & zulkanian Abdul Rahman. 2008.

Konflik Dunia

Abad Ke-20. Kuala Lumpur : DBP.


Kobkua Suwannathat Pian. 2003. Asia Tenggara : Hubungan Tradisional
Serantau. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lihat Guiamel M.Alim dalam Philipinne Solidarity 2000 disampaikan dalam
European Solidarity Conference on the Philippines, 23-25 June 1995 di
Hoisdorf, Germany.
Mohd Ariff datuk Haji Othman. 1988. Tuntutan Filipina Ke Atas Sabah :
Implikasi Dari Segi Sejarah, Undang-Undang dan Politik. Kuala Lumpur :
DBP.
M. Ruth. 1984. Separatism and the Paradoxes of the Nation-state in
Perspective. Singapore: Institute of Southeast Asian Study.
Peter Chalk et., al.. 2009. The Evolving Terrorist Threat to Southeast Asia : A
Net Assessment. Santa Monica : Rand Corporation.
Salamat Hashim. 2001. The Bangsa Moro Peoples Struggle Against
Oppresion and Colonialisation. Agency for Youth Affirs-MILF, Camp Abu
Bakar Ass Shiduque, Mindanaw.
T.J.S George. 1980. Revolt In Mindanao, The Rise Of Islam In Philippine
Politics. Kuala Lumpur : Oxford University Press.
Internet
MNLF

dalam

http://www.globalsecurity.org/military/world/para/mnlf.htm

diakses pada 18 Disember 2011, jam 3.00 petang.


MNLF dalam http://www.scribd.com/doc/22691892/Moro-National-LiberationFront-MNLF-A-Profile-of-Determination diakses pada 18 Disember 2011,
Jam 3.00 petang.

17

18

Anda mungkin juga menyukai