Anda di halaman 1dari 2

Mengenang kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah

3 Mac 1924 menandakan secara rasminya kejatuhan khilafah Uthmaniyyah dalam bahasa
asalnya Turki disebut sebagai Devlet-i ʿAlīye-i ʿOsmānīye. Kejatuhan ini menandakan kejatuhan secara
rasmi kuasa islam jatuh setelah hampir 1300 tahun berkuasa di rantau timur tengah, Mediterranean
selatan eropah, sebahagian afrika dan Nusantara Melayu. Kejatuhan ini menggegarkan dunia islam
kerana tempat mereka berteduh kini sudah diruntuhkan. Persoalannya mengapa kejatuhan ini
berlaku?

Sebelum kita pergi lebih jauh, perlu kita fahami bahawa Mustafa Kemal Ataturk walaupun
beliau adalah sosok tubuh yang menjadi dalang pengisytiharan Republic of Turkey dan penghapusan
sistem khilafah ini, namun kemerosotan khilafah ini telah bermula lebih awal semenjak Sultan Selim-
3 dimana bermulanya pembaratan institusi dan pemikiran golongan elit. Setelah perjanjian Karlowitz
pada 1699 dan kekalahan Uthmaniyyah kepada The Holy League di Hungary, berlaku satu perubahan
pada pemikiran Uthmaniyyah dimana mereka mula melihat peradaban barat sebagai lebih ‘superior’
dari mereka dan perlunya berlaku reformasi atau westernisasi didalam Uthamniyyah dengan
menjadikan barat sebagai sumber tamadun baru mereka. Disini ada tiga perkara utama yang saling
berkait diantara satu sama lain yang akan dikupas berkenaan kejatuhan atau kemerosotan
uthmaniyyah. Yang pertama adalah westernisasi. Kedua, nasionalisma dan yang terakhir adalah
peranan Young Ottoman dan Young Turk mewujudkan Yeni Hayat (Kehidupan Baharu).

Proses westernisasi dan modernisasi Uthmaniyyah bermula dengan sekularisasi sistem askar
kemudian kanun kod undang-undang dan sistem cukai uthmaniyyah dengan pengenalan Edict of
Gulhane dan mencetuskan era baru dikenali sebagai era Tanzimat sehingga lah keruntuhan khalifah.
Westernisasi ini juga bermakna kedudukan umat islam diletakkan setaraf dengan orang bukan islam
dari segi agama, politik, hak dan penghapusan konsep millet yang telah lama berpasak semenjak
zaman Mehmed II. Walaupun tanzimat ini gagal kerana kegelojohan sebahagian yang mahu langsung
memisahkan syariah dan mengamalkan konsep ‘Laicite’ namun kesannya memberikan impak kepada
keadaan uthmaniyyah dan diselesaikan dengan revolusi Mustafa Kemal.

5 ciri mengenai westernisasi dan modernisasi uthmaniyyah menurut pakar sejarah


Uthmaniyyah Halil Inalcik dapat digambarkan dan disimpulkan seperti berikut, pertamanya
modernisasi ini merupakan langkah “self-defence” dari imperialisma Eropah. Perkara ini
memberikan platform mudah untuk penembusan budaya barat kemudiannya. Kedua, modernisasi
secara sistematik bermula dengan reformasi ketenteraan kemudiannya ke pentadbiran dan institusi
awam. Ketiga, negara merupakan pemula kepada westernisasi dan reformasi ini dan perubahan
dilakukan dari atas ke bawah. Keempat, majoriti umat islam melawan modernisasi ini dan mereka
sangat berharap kepada ulama’, agas, a’yan atau secara mudahnya pemimpin agama mereka.
Kelima, kehendak untuk memuaskan hati non-muslim dan kuasa barat menjadi pendorong
uthmaniyyah melakukan modernisasi ini.

Modernisasi di zaman kemunduran Uthmaniyyah ini dilihat mula di implintasi secara sosial
dengan permulaan pemakaian fez dan pakaian ala barat. Seterusnya ketika era ini, banyak institusi
yang mengambil dan mengadaptasi pendidikan dan silibus dari eropah mula muncul seperti
contohnya Istanbul University. Perubahan di kalangan golongan elit ini mewujudkan satu jurang
diantara masyarakat luar bandar dan masyarakat bandar. Masyarakat elit juga pemerintah mula
menjadikan Eropah sebagai puncak kegemilangan tamadun contohnya perlumbaan membina
mahligai atau istana seperti Dolmahbace Palace dimana istana ini dibina sebagai tanda persaingan
ketinggian kuasa dan harta diantara Eropah dan Uthmaniyyah ketika abad ke 19.
Siri-siri perubahan ini dapat dilihat secara ketara berlaku pertembungan ideologi yang besar
diantara pemerintah dan golongan elit iaitu diantara golongan islamis dan golongan anti-khalifah,
sekularis, modernis. Pertembungan ini jelas dilihat dan digambarkan di era pemerintahan Sultan
Abdul Hamid ke-2 dimana Sultan Abdul Hamid merupakan seorang yang beridentiti Pan-Islamism dan
mahu semua rakyat dibawah naungannya menerima identiti Islamic Ottomanism yang dibentuk
berasaskan kepada kesatuan umat islam dibawah identiti Ottomanism dan Ummet juga penolakan
budaya barat yang cuba diserap manakala golongan Young Turk pula mahu menegakkan identiti
Turkism bahawa Uthmaniyyah adalah negara bangsa Turkish dan Ottomanism yang memberikan hak
sama rata orang bukan islam dan orang islam juga mahu membentuk identiti berasaskan konsep
pemisahan agama dari kerajaan atau negara. Kejatuhan Sultan Abdul Hamid ke 2 menandakan
runtuhnya benteng idea Pan-Islamism dan menandakan kejayaan pembaratan Uthmaniyyah dengan
hilangnya akar islam sebagai tunjang identiti Uthmaniyyah selama 600 tahun.

Munculnya figur Musatafa Kemal Atarturk hanyalah pelengkap kepada proses kemerosotan
Khilafah Uthmaniyyah dan kegagalan Uthmaniyyah dari diresapi oleh idea pembaratan dimana
tamadun barat dijadikan sebagai inspirasi golongan elit kerana dilihat lebih maju dan puncak
kegemilangan dan Islam sebagai penghalang kepada kemajuan. Kehilangan institusi penting ini
melihatkan umat islam hilang tempat berlindung dari pemikiran yang menyesatkan dan merosakkan
komuniti islam secara keseluruhannya. Kesan kejatuhan ini dapat dilihat sehingga hari ini dimana
masih tiada negara Islam yang mampu mengatasi Tamadun Barat atau tamadun timur.

Muhamad Amirul Asyraf,

Penyelidik Peradaban Islam Ottoman dan Iberia

Anda mungkin juga menyukai