Anda di halaman 1dari 4

Wahai Saudara yang jujur,

Keyakinan anda dengan baiah ini telah mewajibkan anda supaya menunaikan segala
tanggungjawab berikut agar anda menjadi seketul bata yang kukuh dalam pembinaan ini:
1. Anda hendaklah mempunyai wirid harian, tidak kurang daripada satu juzuk alQuran. Berusahalah supaya menghabiskannya tidak melebihi sebulan dan tidak kurang
daripada tiga hari.
2. Anda hendaklah memperelokkan bacaan al-Quran anda atau mendengar dan
mentadabbur maknanya. Anda hendaklah mempelajari sirah dan sejarah generasi
silam mengikut kelapangan masa yang ada pada anda. Sekurang-kurangnya buku
yang dibaca ialah, Humatul Islam. Anda hendaklah banyak membaca hadis Rasulullah
s.a.w. dan hafallah sekurang-kurangnya empat puluh hadis, terutama hadis empat puluh
Imam Nawawi. Anda hendaklah mempelajari buku-buku tentang asas akidah dan cabang
fikah.
3. Anda hendaklah melakukan pemeriksaan perubatan yang menyeluruh dan
berusaha merawat segala penyakit yang ada pada diri anda. Anda hendaklah
mengambil berat aspek kekuatan dan penjagaan badan serta jauhkanlah daripada segala
punca yang melemahkan tubuh badan.
4. Anda hendaklah menjauhkan tabiat mengambil minuman kopi, teh atau
minuman perangsang secara berlebihan. Janganlah anda minum minuman seperti ini
kecuali jika perlu dan jauhi sama sekali tabiat merokok.
5. Anda hendaklah mengambil berat soal kebersihan dalam semua
keadaan,kediaman, pakaian, makanan, tubuh badan dan tempat kerja. Kebersihan adalah
teras agama ini.
6. Anda hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak akan sekali-kali menipu.
7. Anda hendaklah bersikap amanah pada janji dan setiap percakapan. Janganlah
anda mungkiri janji walau apa keadaan sekalipun.
8. Anda hendaklah bersikap berani dan bersemangat waja. Sikap berani yang paling
baik ialah lantang menyatakan kebenaran, bersedia menyembunyikan rahsia, mengakui
kesilapan, jujur dengan diri sendiri dan mengawal diri ketika marah.
9. Anda hendaklah bersikap serius dan sentiasa bersungguh-sungguh. Walau
bagaimanapun sikap serius ini tidak bermakna anda mengenepikan senda gurau yang
benar dan gelak ketawa.
10. Anda hendaklah bersikap pemalu dan sensitif, amat peka dengan perkara yang
baik dan yang tidak baik. Gembira melihat yang baik dan sedih melihat yang tidak
baik. Anda juga hendaklah bersikap merendah diri tetapi bukan menghina diri atau
mengampu. Jika apa yang anda minta itu lebih rendah daripada kedudukan anda nescaya
apa yang anda minta itu pasti akan tercapai.
11. Anda hendaklah bersikap adil dan mampu memberikan keputusan yang betul
dalam semua keadaan. Janganlah kerana kemarahan anda melupakan kebaikan dan
jangan juga anda melelapkan mata melihat keburukan. Janganlah kerana persengketaan,
anda melupakan nilai-nilai murni. Nyatakanlah kebenaran walaupun kepada diri anda
sendiri atau kepada orang yang paling hampir dengan anda, walaupun ia pahit.
12. Anda hendaklah bergiat cergas dan terlatih untuk berkhidmat kepada
masyarakat. Anda perlu merasa seronok dan gembira jika anda mampu memberikan
sesuatu khidmat kepada orang lain. Anda hendaklah melawat orang sakit, membantu
mereka yang memerlukan bantuan, orang yang lemah dan orang yang ditimpa malapetaka

walaupun sekadar mengucapkan kata-kata yang baik. Sentiasalah berusaha untuk


melakukan kebaikan.
13. Anda hendaklah mempunyai hati yang penyayang, pemurah dan pemaaf, sedia
memaafkan, melayan dengan baik dan bersabar dengan manusia dan haiwan.Anda
hendaklah memberikan layan yang baik kepada semua manusia. Anda hendaklah
memelihara adab-adab pergaulan dalam Islam. Dengan ini bermakna anda perlu
mengasihi anak-anak kecil, menghormati orang tua, memberikan orang lain ruang untuk
duduk dalam majlis. Janganlah anda mengintip, mengumpat dan mengangkat suara.
Minta izinlah ketika ingin masuk dan keluar. Begitulah seterusnya.
14. Anda hendaklah berkemampuan untuk membaca dan menulis dengan
baik.Perbanyakkanlah membaca tulisan-tulisan, akhbar, majalah atau sebagainya yang
ditulis oleh Ikhwan. Anda sendiri hendaklah mempunyai sebuah perpustakaan walaupun
kecil. Anda hendaklah meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran anda jika anda
merupakan orang yang berkepakaran. Anda hendaklah menguasai keseluruhan
permasalahan Islam secara mendalam sehingga anda mampu memahami dan memberikan
jawapan yang tepat sesuai dengan kehendak fikrah anda.
15. Anda hendaklah menjalankan kerja-kerja ekonomi walaupun anda seorang
yang kaya. Anda hendaklah berusaha untuk bekerja sendiri walaupun secara kecilkecilan. Anda hendaklah tumpukan usaha anda dalam kerja tersebut walau setinggi mana
sekalipun pencapaian akademik anda.
16. Elaklah jawatan dalam kerajaan dan anda hendaklah menjadikan jawatan
dalam kerajaan ini sebagai pintu rezeki yang terakhir. Walau bagaimanapun
janganlah anda menolak jika anda diberi peluang dan janganlah anda melepaskan jawatan
tersebut kecuali jika jawatan tersebut bertentangan sama sekali dengan kewajipan dakwah
anda.
17. Anda hendaklah bersungguh-sungguh menjalankan tugas anda dengan menjaga
aspek kualiti, tekun, tidak korup dan hendaklah menepati janji.
18. Anda hendaklah menunaikan segala hak-hak anda dengan baik dan
menunaikan segala hak orang lain tanpa perlu diminta dan tidak melewatlewatkannya sama sekali.
19. Anda hendaklah menjauhi segala bentuk judi walau apa sekalipun tujuan di
sebaliknya. Anda hendaklah menjauhi segala sumber rezeki yang haram walaupun ia
memberikan keuntungan yang segera.
20. Anda hendaklah menjauhi semua urusan yang membabitkan riba dan
bersihkanlah diri anda daripada segala unsur riba.
21. Anda hendaklah menggunakan kekayaan umat Islam dengan cara
menggalakkan sektor perusahaan dan prasarana ekonomi Islam. Anda hendaklah
memastikan tiada satu senpun wang anda yang jatuh ke tangan bukan Islam dalam apa
keadaan sekalipun. Anda hendaklah hanya memakai dan memakan hasil buatan negara
Islam.
22. Anda hendaklah memberikan sebahagian harta anda sebagai sumbangan
kepada dakwah dan tunaikanlah zakat yang diwajibkan. Jadikanlah sejumlah harta
anda sebagai sumbangan kepada orang yang memerlukan walau sekecil mana sekalipun
pendapatan anda.
23. Anda hendaklah menyimpan sebahagian pendapatan anda walaupun sedikit
untuk masa

kecemasan. Janganlah anda terjerumus dalam kemewahan sama sekali.


24. Anda hendaklah berusaha sedaya upaya anda untuk menghidupkan budaya
Islam dan menghapuskan budaya asing dalam setiap sudut hidup
masyarakat.Budaya tersebut termasuklah cara mengucap salam, bahasa, sejarah,
pakaian, perhiasan, waktu bekerja dan berehat, makan dan minum, waktu datang dan
balik, waktu sedih dan gembira atau sebagainya. Berusahalah untuk mengamalkan
sunnah dalam semua aspek tersebut.
25. Anda hendaklah memulaukan mahkamah tempatan dan semua undang-undang
yang tidak Islamik. Anda juga perlu memulaukan semua kelab, akhbar, pertubuhan,
sekolah dan badan yang bertentangan dengan fikrah Islam anda.
26. Anda hendaklah sentiasa merasai kehadiran Allah Taala, mengingati akhirat
dan bersedia menghadapinya. Anda hendaklah melalui fasa bersuluk menuju keredaan
Allah dengan penuh hemah dan azam yang tinggi. Anda hendaklah mendekatkan diri
anda dengan Allah Taala dengan cara mendirikan ibadah sunat, antaranya sembahyang
malam, puasa tiga hari setiap bulan sekurang-kurangnya, membanyakkan zikir dalam hati
dan lidah, membaca doa yang disebutkan pada setiap masa.
27. Bersucilah dengan cara yang baik dan dalam banyak ketika cubalah berada dalam
keadaan berwuduk.
28. Lakukanlah sembahyang dengan baik dan cubalah dirikan sembahyang pada
waktunya. Berusahalah sedaya upaya untuk mendirikan sembahyang secara berjemaah
di masjid.
29. Berpuasalah di bulan Ramadan dan kerjakanlah haji jika anda
berkemampuan.Berusahalah jika boleh untuk merealisasikannya.
30. Anda hendaklah sentiasa semaikan niat untuk berjihad, cintakan mati syahid
dan bersedia sedaya upaya anda untuk merealisasikannya.
31. Anda hendaklah sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan
serta berwaspada supaya tidak melakukan dosa-dosa kecil apatah lagi dosa-dosa
besar. Anda perlu peruntukkan sejumlah masa sebelum tidur untuk anda menilai apakah
amalan baik dan tidak baik yang telah anda lakukan. Berusahalah menjaga masa kerana
masa adalah hayat anda. Janganlah gunakan masa anda untuk sesuatu yang tidak
berfaedah. Anda hendaklah bersifat warak terhadap perkara yang meragukan supaya anda
tidak terjerumus melakukan perkara yang haram.
32. Anda hendaklah melawan diri anda dengan tegas supaya anda mampu
memimpinnya. Anda perlu menutup pandangan mata anda, kawal emosi anda dan naluri
semulajadi anda. Anda perlu sentiasa membawa diri anda hanya kepada yang dihalalkan.
Anda perlu menjauhkan dirinya daripada perkara haram walau apa keadaan sekalipun.
33. Anda hendaklah menjauhi sama sekali semua minuman arak, minuman yang
memabukkan dan yang mengkhayalkan walau apa jenisnya sekalipun.
34. Anda hendaklah menjauhi sahabat-handai yang tidak baik serta tempat-tempat
yang penuh noda dan dosa.
35. Anda hendaklah menghapuskan tempat-tempat hiburan apatah lagi untuk
mendekatinya. Jauhkanlah diri anda daripada segala gaya hidup yang mewah.
36. Anda hendaklah mengenali anggota katibah anda seorang demi seorang secara
mendalam. Anda juga hendaklah memperkenalkan diri anda kepada mereka secara
mendalam. Anda hendaklah menunaikan hak-hak persaudaraan mereka seperti kasih
sayang, hormat, saling bantu-membantu dan sentiasa berikan mereka keutamaan. Anda

hendaklah menghadiri perjumpaan bersama mereka dan janganlah anda menguzurkan diri
kecuali kerana terpaksa. Anda perlu sentiasa berikan mereka keutamaan dalam setiap
urusan anda.
37. Anda hendaklah menghentikan segala hubungan anda dengan mana-mana
badan atau pertubuhan yang tidak membawa kepentingan kepada gagasan atau
fikrah anda terutama apabila anda diminta untuk berbuat demikian.
38. Anda hendaklah berusaha untuk mengembangkan dakwah anda di mana jua
dan memaklumkan kepada pimpinan anda setiap perkembangan anda. Jangan anda
lakukan sesuatu yang boleh memberikan kesan yang besar kepada dakwah melainkan
setelah anda terlebih dahulu meminta izin. Anda perlu sentiasa menjalin hubungan rohani
dan amali dengan pimpinan. Anda hendaklah sentiasa merasakan anda adalah seorang
tentera yang sedang berada dalam kem yang sentiasa menunggu arahan.
Wahai Saudara Yang Jujur,
Inilah dakwah anda secara ringkas. Inilah penjelasan ringkas tentang gagasan anda. Anda
boleh simpulkan keseluruhan asas ini di dalam lima ayat:
Allah adalah matlamat kami.
Rasul adalah ikutan kami.
Al-Quran adalah panduan kami.
Jihad adalah jalan kami.
Mati syahid adalah cita-cita kami.
Anda juga mungkin boleh gabungkan gagasan ini dalam lima perkataan berikut:
Sederhana, membaca, sembahyang, ketenteraan dan akhlak.
Didiklah semua nilai-nilai ini ke dalam diri anda dengan bersungguh-sungguh. Jika tidak
ruang untuk berpeluk tubuh bagi orang yang malas dan tidak berpendirian sentiasa
terbuka luas.
Saya yakin jika anda amalkan semua nilai ini dan anda jadikan nilai ini sebagai impian
serta matlamat hidup, anda pasti akan beroleh kegemilangan di dunia dan kesenangan
serta keredaan di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai