Anda di halaman 1dari 3

Hakikat ilmu, wahyu dan Islam.

Perbicaraan tentang ilmu dan hakikat wahyu dan hakikat Islam perlu dicerna dan
difahami secara betul kerana kesilapan pemahaman ini membawa kepada kecendurangan
penafsiran islam dan ilmu menurut hawa nafsu. Tradisi falsafah ilmu mempunyai akar
yang jelas dari wahyu dan tidak mungkin bercanggah dengan wahyu malah mengatasi
wahyu. Tujuan memahami ilmu adalah untuk kembali patuh kepada Allah dan beriman
dengan Allah sepenuhnya, manakala tujuan ilmu itu diberikan oleh Allah adalah bagi
kebaikan manusia dunia dan akhirat dan tidak terbatas kebaikan di dunia sahaja. Jika
bercanggah dengan pemahaman ini maka ilmu tersebut adalah sia-sia bagi seorang
individu di akhirat kelak.
Pada era ini , perlu kita fahami secara jelas sumber ilmu dan pembahagiannya.
Kesilapan memahami hakikat ilmu boleh menyebabkan mereka secara jelas cenderung
kepada fahaman bercanggah dengan Islam. Hakikat ilmu merupakan membawa manusia
kepada Iman kepada Allah, kebaikan kepada manusia dan memenuhi keperluan manusia.
Ilmu itu asasnya adalah datang dari Allah. Kemudian ilmu itu dibahagi kepada dua, ilmu
asasnya daripada wahyu dan ilmu yang asasnya didatangkan dari kekuasaan Allah tetapi
merupakan ilmu yang buruk seperti sihir. Ilmu dari wahyu memberi petunjuk kepada
jalan yang benar bagi seluruh aspek kehidupan manakala menyimpang darinya
merupakan tindakan mengikut hawa nafsu dan menyesatkan dari Islam.
Segala kajian dan ilmu yang bertepatan dengan wahyu juga merupakan ilmu dari
Allah yang boleh diambil manfaat selagi tidak bercanggah dan bertepatan dengan wahyu.
Namun seandainya ilmu sains atau kajian berlawanan dan bercanggah dengan wahyu
serta tidak membawa kepada keimanan maka ilmu itu adalah campuran nafsu yang
merosakkan diri.



(












)

Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah yang takut kepada-Nya
hanyalah para Ulama, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha
Pengampun. (QS Surat Fathir: 28)

Disini satu garisan sempadan perlu diletak diantara pemahaman pemikiran falsafah
barat dan umat Islam. Permainan istilah adalah satu cetusan pemikiran yang direka
golongan barat bagi merungkai sedikit demi sedikit fikrah umat Islam sehingga umat
Islam lalai berputar di paksi permainan istilah. Islam merupakan satu manhaj yang tidak
berubah mengikut peredaran zaman dan Islam tidak akan terubah dengan berlalunya
zaman. Islam bukan lah satu sistem yang berubah dari god centered kepada god-world
centered, kemudian kepada world centered dan menjadi satu thesis baru. Kecelaruan ini
lahir dari hawa nafsu mereka yang inginkan kebebasan dari mentaati sepenuhnya perintah
Allah dan Rasulullah S.A.W. Maka formula apakah yang perlu dipakai bagi kebangkitan
umat ini?


Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara
keseluruhannya. [Al-Baqarah: 208]

Al-Imam Ibnu Kathir rahimahullah berkata,

:

Allah taala berfirman, memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman kepada-Nya dan
membenarkan rasul-rasul-Nya untuk berpengang dengan kesemua ikatan Islam dan syariatsyariat-Nya, mengamalkan semua perintah-Nya dan meninggalkan seluruh larangan-Nya
semampu mereka. [Tafsir Ibnu Kathir, 1/555]
Asy-Syaikhul Al-Allamah Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz rahimahullah berkata,

; , , :
, , ,
, ,

Berkata sekumpulan ulama Salaf, makna ayat tersebut: Masuklah ke dalam as-silm
(keselamatan) secara menyeluruh, maknanya adalah masuklah ke dalam Islam, dikatakan
bahawa Islam itu adalah keselamatan, kerana itu adalah jalan yang selamat dan jalan
kejayaan di dunia dan akhirat, inilah jalan keselamatan dan menyelamatkan, kerana Islam
menyeru kepada kesejahteraan, menyeru untuk menjaga darah dengan syariatnya, seperti
hukum-hukum hudud, qisas, jihad syari lagi benar, inilah kedaimaian dan kesejahteraan dan
keamanan dan Iman. [Al-Fatawa, 1/341-342]

Pemahaman betul hakikat Islam perlu difahami oleh kesemua umat ini adalah islam
sebagai sistem hidup yang syumul, mencakupi seluruh fenomena kehidupan. Maka ia
adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan ummah. Akhlak dan kekuatan atau rahmat
dan keadilan. Kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Material dan
kebendaan atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah.
Sepertimana ia aqidah yang sebenar dan ibadah yang sahih tanpa ada bezanya.

Muhamad Amirul Asyraf Bin Ahmad Kamal Zulkhairi,

Anda mungkin juga menyukai