Anda di halaman 1dari 2

Nama NUR FATIHAH BINTI ABDUL RAHMAN

No. Pelajar 2016249808


Kumpulan EH 2

BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DALAM DIRI


SAYA?

Semangat patriotik merupakan semangat cinta akan negara yang patut lahir dan kekal tersemat
dalam diri dan sanubari setiap manusia yang bergelar warganegara. Setiap insan yang bernaung di bawah
suatu “negara” sepatutnya mempunyai sifat atau rasa sayang akan tanah air sendiri dengan cara
menghargai kemerdekaan, kemegahan, keharmonian serta keamanan yang telah dinikmati sejak sekian
lama. Inilah perasaan yang patut ada dalam diri setiap insan yang membawa gelaran warganegara
Malaysia. Rasa sayang akan negara atau tanah air yang kian luntur dan semakin hialng dalam diri generasi
kini merupakan asalah yang semakin meruncing tanpa kita sedari. Mengapakah hal ini terjadi? Tanpa
sebarang tindakan, hal ini berkemungkinan boleh menjejaskan keamanan serta keharmonian negara yang
sepatutnya bertahan lama. Usaha memupuk semangat cintakan negara bukannya terletak pada bahu
sesuatu pihak sahaja tetapi merupakan peranan setiap seorang daripada kita. Bermula dengan memupuk
semangat ini dalam diri sendiri, objektif utama untuk melahirkan warganegara yang cintakan negara akan
tercapai dengan mudah. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang boleh saya lakukan bagi memupuk
semangat cintakan negara dalam diri saya.

Pertama sekali, semangat cinta akan negara boleh dipupuk dengan cara mengenali
negara itu sendiri. Oleh itu, saya patut mengenali asal usul dan sejarah negara sendiri terlebih
dahulu iaitu sejarah Malaysia. Saya boleh membaca artikel, majalah, buku berkaitan sejarah
negara. Melalui pembacaan ini, saya dapat mengetahui asal usul negara yang saya diami
sekarang. Dengan menyelami segala keperitan dan kepayahan dalam mendapatkan
kemerdekaan negara serta memahami erti kepayahan berada di bawah jajahan kuasa besar
seperti Inggeris dan Jepun, dapat membawa suatu makna dan pengajaran bermakna buat saya
untuk lebih menghargai negara dan kemerdekaan yang telah dikecapi.

Seterusnya, bagi memupuk semangat patriotisme dalam diri saya, tempat – tempat
bersejarah perlu saya lawati bagi menghayati sejarah tempat – tempat istimewa tersebut.
Dengan menjadikan tempat bersejarah seperti Kota A Famosa, Melaka, sebagai destinasi
percutian, saya boleh mempelajari sejarah tempat – tempat berikut semasa berkunjung ke sana.
Hal ini pastinya dapat membantu saya memahami serta mendalami sejarah itu sendiri kerana
menghayati semasa berkunjung ke tempat bersejarah ternyata berbeza sama sekali dengan teori
sejarah yang telah saya pelajari di kelas.

Bukan itu sahaja, lagu – lagu patriotik yang dinyanyikan semasa sambutan Hari
Kebangsaan patut dinyanyikan dengan penuh perasaan. Masa kini, generasi muda hanya
menyanyikan lagu patriotik hanya sebagai syarat perkara yang harus dilakukan semasa
menyambut hari kemerdekaan tanpa tahu erti sebenar lagu yang meniti di bibir mereka. Oleh
itu, saya perlu memahami, menghayati bait – bait lirik lagu patriotik. Dengan melakukan
perkara ini, sedikit sebanyak semangat patriotik akan tertanam dalam diri mengenangkan
pahlawan – pahlawan yang telah terkorban dalam mempertahankan negara seperti makna yang
cuba disampaikan oleh sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Sudirman bertajuk Warisan.
Menghayati makna lagu yang dinyanyikan akan membuatkan saya menyanyikan lagu – lagu
patriotic dengan lebih bersemangat.

Kesimpulannya, banyak cara boleh dipraktikkan bagi memastikan semangat patriotik


tertanam dalam diri saya. Hal ini penting bagi memastikan semangat patriotik tidak lapuk
ditelan zaman kerana semangat ini perlu ada dan hadir dalam jiwa setiap seorang insan yang
membawa gelaran waganegara. Pastinya, saya tidak mahu sejarah lama berulang kembali,
dijajah oleh kuasa asing di tanah air sendiri sedangkan sebagai warga negara, adalah menjadi
tanggungjawab kita untuk mempertahankan tanah air sendiri. Akan tetapi, apabila tiada
semangat cintakan negara dalam diri, bagaimana untuk kita memerangi kuasa dan pengaruh
asing yang kini masih wujud dalam pelbagai cara tanpa kita sedari. Oleh itu, sebelum nasi
menjadi bubur, selagi masih ada waktu, semangat patriotic perlu dipupuk agar kemegahan serta
kemerdekaan negara kekal terpelihara.

Anda mungkin juga menyukai