Anda di halaman 1dari 6

PERSEPSI BARAT TENTANG KONSEP JIHAD

PANDANGAN ORIENTALIS BARAT TERHADAP JIHAD

Berdasarkan kepada makna dan matlamat jihad yang telah kami terangkan ini,
dimanakah dakwaan musuh Islam kononnya agama ini berkembang dengan
mata pedang, dan ia adalah syariat permusuhan.Kemudian mereka melukiskan
para mujahid Islam dengan gambaran yang menggerunkan dan menakutkan,
manusia yang buas di tangannya sentiasa terhunus pedang dan panahan
kejahatan sentiasa terpancar dari matanya. Apabila orang islam melihat orang
kafir akan terus menangkap dan mencekiknya.Musuh tersebut diberi dua pilihan
sama ada menyebut kalimah syahadah atau ia dipukul.

Cromer, seorang mubaligh Kristian,penjajah dan pembenci islam pernah


mengatakan: Jihad adalah semata-mata fikrah permusuhan dan Islam talah
mencelupnya dengan acuan syara,agar seorang muslim dapat
mempertahankan dirinya dari dari serangan musuh,sedangkan pada masa aman
ia merupakan fikrah permusuhan terhadap jiwa, harta dan maruah.Ia adalah
pemikiran yang khianat dan menggalakkan permusuhan. Mereka yang
memburuk-burukkan jihad, sekalipun ramai namun tiada seorang pun yang berani
untuk mengemukakan kepada kita satu contoh peristiwa dalam sejarah Islam
untuk membuktikan dakwaan mereka dan menyokong dakwaan
mereka,sepertimana yang dikatakan : Lempar batu sembunyi tangan.

Pencetus peperangan ini adalah daripada musuh Islam namun mereka


menyataka bahawa ini semua adalah berpunca daripada jihad dan para
mujahidin,sedangkan sudah terbukti ianya adalah gara-gara kejahatan
mereka,dan matlamat yang mereka inginkan disebalik kempen keji ini ialah agar
ramai orang Islam mengundur diri dari berjihad.
ISU- ISU BERKAITAN JIHAD

Pembunuhan Beramai-ramai Umat Islam Palestin Oleh Rejim Zionis

Palestine, Mac 1993


Senarai Pembunuhan Beramai-ramai berikut bukanlah lengkap, tetapi sekadar
membuktikan realiti sebenar penjajahan sebenar Rejim Zionis Yahudi ke atas
Palestin dan juga untuk membuktikan bahawa kekejaman dan penindasan ini
bukanlah seperti lain-lain kesan sampingan peperangan, tetapi adalah
kekejaman yang diatur rapi dengan satu tujuan mutlak, iaitu sebuah Negara
Yahudi yang bebas dari goyim (bukan Yahudi).

YEHIDA
13 Disember 1947: beberapa orang pemuda Islam di kampung Yehida
(berhampiran Petah Tekva, penempatan Zionis yang pertama ditubuhkan) telah
berjumpa di sebuah kedai kopi apabila mereka ternampak sepasukan Peronda
Tentera British memasuki kampung tersebut. Mereka berasa agak lega kerana
pada hari sebelumnya pengganas Yahudi telah membunuh 12 orang Palestin.
Empat buah kereta ronda tersebut berhenti di hadapan kedai kopi tersebut dan
beberapa orang lelaki berpakaian seragam dan bertopi besi kelaur darinya.
Namun mereka bukanlah askar-askar British tetapi penganas-pengganas Israel
yang menyamar. Mereka melepaskan tembakan dari mesingan ke arah orang
ramai yang berada di kedai kopi tersebut. Sesetengah dari mereka pula telah
meletakkan bom-bom bersebelahan dengan rumah-rumah orang Islam
manakala sebahagian yang lain melemparkan bom-bom tangan ke arah orang
awam.

Seramai 7 orang Islam terbunuh. Pada hari yang sama, sebelum kejadian tersebut,
6 orang Islam terbunuh manakala 23 lagi cedera apabila bom-bom buatan sendiri
dilemparkan ke arah orang-orang Islam yang berdiri berhampiran Damascus
Gate di Baitul-Maqdis. Di Jaffa, sebuah bom lagi membunuh 6 orang Islam dan
mencederakan 40 orang lagi.

Rejim Zionis memang kurang-ajar tetapi di manakah maruah Ummah ini apabila
hanya mengharapkan tentera kuffar untuk mempertahankannya. Hinanya kita
tanpa kekuatan hasil semangat Jihad.
KHISAS
18 Disember 1947: 2 buah kereta penuh dengan pengganas-pengganas
Haganah melalui Kampung Khisas (di sempadan Lebanon-Syria) sambil
melepaskan tembakan dari mesingan dan melontar bom-bom tangan. 10 orang
Islam dibunuh.

QAZAZA
19 Disember 1947: 5 orang kanak-kanak Islam dibunuh oleh pengganas Yahudi
yang meletupkan perumahan di perkampungan Mukhtar.

DEIR YASSIN
9-10 April 1948: Pembunuhan Beramai-ramai ini membuktikan kekejaman rejim
Zionis Israel dan juga sifat dusta mereka. Ketua kampung tersebut telah berjanji
dengan pihak Zionis untuk memberikan maklumat tentang pergerakan orang-
orang luar di kawasan tersebut dan juga lain-lain maklumat strategik dengan
syarat kampung mereka tidak diganggu oleh rejim tersebut. Rejim Zionis Israel
bagaimanapun tidak memegang janji mereka. Di dalam operasi yang dikenali
sebagai Operation Unity, pengganas-pengganas Haganah, Irgun dan Stern
telah bekerjasama. Pada jam 4:30 pagi, hari Jumaat, 9 April 1948, mereka telah
mengepung kampung tersebut yang berhampiran dengan 2 penempatan
Yahudi, Givat Shaul dan Montefiore. Selama 2 hari, pengganas-pengganas
Yahudi ini membunuh lelaki, perempuan dan kanak-kanak, merogol para wanita
dan menyamun barang-barang kemas mereka.

Seorang doktor dari Pertubuhan Palang Merah yang tiba di kampung tersebut
pada hari kedua telah menceritakan apa yang dilihatnnya sendiri sapu bersih
seperti yang dinyatakan oleh salah seorang pengganas tersebut. Menurut beliau
sapu bersih ini dilakukan dengan mesingan, kemudian bom tangan dan disudahi
dengan pisau.

Perut wanita-wanita Islam dibelah dan bayi-bayi disembelih di tangan-tangan


ibu-ibu mereka yang tidak mampu berbuat apa-apa. Kira-kira 250 orang dibunuh
sebegini. 25 dari mereka adalah ibu-ibu hamil yang ditikam perut mereka dengan
bayonet ketika masih hidup. 52 orang kanak-kanak dikudungkan di hadapan
ibu-ibu mereka, dan mereka kemudiannya dibunuh dan kepala mereka di kerat
putus. Agensi Yahudi dan komander Pasukan Darat British mengetahui tentang
peristiwa ini ketika ia berlaku, tetapi, tiada apa-apa tindakan diambil untuk
menghentikanya.

Mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada mereka yang ingin bekerjasama


dan berbaik-baik dengan puak Yahudi ini.

NASER AL-DIN
13-14 April 1948: Sebuah kontigen pengganas Lehi dan Irgun telah memasuki
kampung ini (berhampiran dengan Tiberias) pada malam 13 April berpakaian
seperti pejuang Arab. Apabila mereka tiba, para penduduk kampung telah keluar
untuk menyambut mereka. Pengganas-pengganas tersebut telah membalas
dengan tembakan, membunuh keseluruhan penduduk kampung tersebut kecuali
40 orang. Semua rumah di kampung itu diranapkan.

BEIT DARAS
21 Mei 1948: Setelah beberapa kali gagal menduduki kampung ini, rejim Zionis
telah menggerakkan sebuah kontigen yang besar dan mengepung kampung ini.
Para penduduk Beit Daras mengambil keputusan bahawa kaum wanita dan
kanak-kanak lebih baik meninggalkan kampung itu. Ketika mereka ini bergerak
meninggalkan kampung tersebut, tentera Zionis telah membunuh kesemua
mereka walaupun menyedari bahawa mereka adalah kaum wanita dan kanak-
kanak yang tidak ikut berperang.

MASJID DAHMASH
11 Julai 1948: Selepas Batalion ke-89 Komando Israel yang diketuai oleh Moshe
Dayan menduduki Lydda, pihak Israel telah mengumumkan kepada orang-orang
Islam melalui pembesar suara bahawa sekiranya mereka pergi ke sebuah masjid,
mereka akan selamat. Sebagai membalas dendam atas satu serangan bom
tangan yang membunuh beberapa orang askar Israel, 80-100 orang Islam telah
dibunuh di dalam masjid tersebut. Tubuh mereka ditinggalkan bergelimpangan
dan reput selama 10 hari. Masjid tersebut masjid berdiri tetapi ditinggalkan
sehingga kini.
Pembunuhan ini menyebabkan penduduk di Lydda dan Ramle ketajutan dan
panik. Mereka kemudian dihalau keluar dari bandar-bandar ini setelah segala
barangan milik mereka diambil oleh askar-askar Israel. Brigadier Komander ketika
itu, Yitzhak Rabin berkata, Tiada cara lain kecuali dengan kekerasan dan
tembakan amaran untuk memaksa mereka berjalan 10-15 batu ke tempat
mereka bertemu tentera. Kebanyakan dari 60,000 penduduk Lydda dan Ramle
melarikan diri ke kem pelarian berhampiran Ramallah. Kira-kira 350 orang mati
dalam berjalanan akibat kekeringan dan strok kepanasan. Ramai yang
terselamat dengan meminum air kencing mereka sendiri. Keadaan di kem
pelarian itu menyebabkan banyak kematian lagi.

KAFR QASEM
29 Oktober 1956: Para Pengawal Sempadan Israel memulakan apa yang mereka
namakan rondaan ke Perkampungan Segitiga pada jam 4 petang. Mereka
memberitahu ketua-ketua kampung di situ bahawa waktu bermulanya curfew
hari tersebut dan hari-hari seterussnya adalah 5 petang bukannya 6 petang lagi.
Mereka tiba di Kafr Qasem pada kira-kira 4:45 petang dan ketua kampung
tersebut telah memprotes kerana terdapat kira-kira 400 orang kampung yang
bekerja di laur kampung dan beliau tidak mempunyai masa yang cukup untuk
memberitahu mereka tentang waktu yang baru itu. Seorang pegawai berjanji
pada beliau yang para pekerja tersebut akan diuruskan. Para pengawal tersebut
kemudiannya telah menunggu di pintu masuk kampung tersebut. 43 orang
penduduk Kafr Qasem telah dibunuh apabila mereka pulang dari bekerja oleh
tentera Israel kerana melanggar undagn-undang yang tidak mereka ketahui.
Pada pintu masuk sebelah utara pula, 3 orang dibunuh manakala 2 orang lagi
dibunuh di dalam kampung tersebut. Mangsa-mangsa termasuklah wanita dan
kanak-kanak. Lutanat Danhan sedang meronda kawasan tersebut dengan
jeepnya dan melaporkan kejadian tersebut. Melalui wirelessnya, dia berkata,
kurang 15 orang Arab. Tidak lama kemudian dalam laporannya melalui radio ke
ibupejabatnya dia berkata, terlalu sukat untuk dikira.

AL-SAMMOU
13 November 1966: Tentera Israel menyerang kampung ini, memusnahkan 125
buah rumah, sebuah klinik dan sekolah dan juga 15 buah rumah di
perkampungan berhampiran. 18 orang terbunuh dan 54 orang cedera.
JABALIA
28 Mac 1994: Seorang polis Yahudi yang menyamar telah membunuh 6 orang
aktivis Islam dan mencederakan 49 orang lagi. Sesetengah aktivis Islam yang
cedera telah dikeluarkan dari kereta-kereta mereka dan ditembak mati di kepala
mereka.

RUJUKAN

RUJUKAN

Mohd Liki Hamid, Pengajian Tamadun Islam, Edisi ke-2, PTS Publication &
Distribution Sdn.Bhd.
Muhammad Abdullah Al-Khatib;Terjemahan:Mohd Nizam bin Mohd Ali,
Penjelasan di Sekitar Risalah Taalim ,Dewan Pustaka Fajar
Muhamad Zuhri, Penerbit : Raja-Murah-Al-Qonaah, Terjemahan Jawahirul
Bukhari.
Muhammad Qutb, Alih Bahasa : Yusoff Zaky Yaacob, Salah Faham Terhadap
Islam.
Sayyid Abul Ala Al-Maududi, Terjemahan : Wan Jaffree Wan Sulaiman, Imam
Islam Jihad.
http://www.geocities.com/ks_biltz

Anda mungkin juga menyukai