Anda di halaman 1dari 1

Jika kita lihat fenomena yang berlaku dalam masyarakat Malaysia kini, guru-guru sering

dipersalahkan jika anak-anak tidak mencapai kecemerlangan. Ini bermaksud masyarakat


telah memandang rendah terhadap profesionalisme perguruan di Malaysia sekarang,
berbanding pada zaman dahulu. Orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti
pendidikan di sekolah, seolah-olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah
dalam hal ehwal mendidik, terutamanya apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah
tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan negara. Kecemerlangan pada sijil
peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan
berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta
dan menyumbang kepada kemajuan negara-bangsa dan global.

Jika kita kaji, banyak aspek ditekankan oleh pihak pentadbiran sekolah dalam rangka
melahirkan pelajar yang berkualiti dari sudut akademik terutamanya aspek pembangunan
fizikal di sekolah. Pihak pentadbiran menuntut bangunan yang selesa, komputer yang cukup,
makmal komputer yang lengkap, makmal Sains yang banyak sudah cukup untuk
membuktikan komitmen pihak sekolah untuk melahirkan insan yang cemerlang di bidang
pelajaran. Tetapi, pada masa yang sama mereka mengabaikan mengenai aspek
pembentukan akhlak pelajar di sekolah menyebabkan selepas sekolah bukan Universiti yang
dijejaki oleh para peljar ini, tetapi Penjara dan Pusat Serenti yang menanti. Walaupun dalam
usaha melahirkan sebuah negara yang maju, kebanyakan perbincangan lebih dominan
memperdebatkan hal-hal fizikal, namun aspek pembentukan akhlak amat perlu dititikberatkan
terutamanya bermula di peringkat persekolahan. Dalam video itu juga menunjukkan peranan
guru bukan sahaja mengajar akan tetapi juga berperanan menjadi individu yang melahirkan
seseorang yang berjaya di masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai