Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan video yang ditonton, falsafah pendidikan yang amat ketara dapat dilihat

ialah falsafah esensialisme. Hal ini dibuktikan bahawa fahami ini bukan sahaja untuk
tujuan pendidikan dalam akademik tetapi pada masa yang sama untuk keperibadian
murid. Sebagaimana yang terdapat dalam video tersebut, guru tersebut mendenda
pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan seperti tidak menumpukan perhatian dalam
kelas dan merokok kerana guru mereka ingin memberitahu bahawa benda-benda yang
mereka lakukan itu tidak baik untuk diamalkan. Selain itu, fahaman ini menyatakan
bahawa guru perlu menjadi contoh dan cerminan kepada masyarakat. Ini jelas dilihat
dalam klip itu bahawa guru menunjukkan tanda saying dan prihatin kepada pelajar yang
dalam kesusahan seperti membeli kasut baru dan makanan kepada seorang pelajar
lelaki dan sanggup mencari pelajarnya yang keluar dengan lelaki yang tidak tahu niat
baik atau buruknya kerana risau jika pelajarnya akan diapa-apakan. Oleh kerana
fahaman ini menyatakan manusia lahir dengan kekurangan ilmu dan nilai-nilai murni,
guru haruslah menunjukkan contoh dan teladan yang dapat menginspirasikan pelajar-
pelajar. Ini dapat dilihat bahawa guru membantu pelajar yang susah dan sanggup
berkorban untuk menyelamatkan pelajarnya dan sudah tentu pelaajr-pelajar akan
berhutang budi dengan gurunya. Ini akan menjadikan para pelajar untuk belajar
sehingga berjaya sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan guru merek

Anda mungkin juga menyukai