Anda di halaman 1dari 10

PERMASALAHAN FIQH - BAB WANITA (2) Tugas dan Tanggungjawab Isteri Assalammualaikum wm wh ustaz.....

Saya baru saja terlihat message ustaz dengan seorang hamba Allah yang bertanya m engenai hal-hal agama ini. Jadi saya ada satu soalan pada ustaz. Semasa saya di sekolah menengah dulu, ustazah saya ada sebuntukan bahawasanya is teri tidak wajib untuk memasak atau mencuci baju untuk suaminya seperti mana mas yarakat kita lakukan sekarang ini. Betulkah apa yang diperkatakan oleh ustazah s aya itu? Dan bolehkah ustaz huraikan serba sedikit tentang hukumnya, sekiranya s i suami tadi memarahi isteri kerana tidak memasak atau mencuci bajunya. -----------------Jawapan: Pertama : komen saya terhadap pandangan ustazah itu. Apa yang dikatakan oleh bel iau adalah salah satu pendapat ahli feqah yang bersifat sementara. Tidak semesti nya pandangan itu benar 100%. Begitulah ahli feqah, mereka berfatwa, mereka beri jtihad, kadang-kadang tepat, dan kadang tersasar. Imam Malik menegaskan kata-kata semua orang boleh diterima dan boleh juga ditola k kecuali apa yang diputuskan oleh Muhammad saw. Sekarang kita akan kemukakan pandangan majoriti ahli feqah terhadap isu layanan isteri terhadap suami. Pertama: memang sewajarnya si isteri memberi layanan kepada suaminya; firman All ah (maksud): Dan mereka (para isteri) mempunyai hak seimbang dengan kewajipannya menurut yang ma'aruf. (al Baqarah:228) Ini bermaksud pelayanan isteri terhadap suami itu adalah makruf (baik); manakala si isteri yang membiarkan si suami melakukan semua kerja rumah; hanya duduk seb agai sang puteri adalah tidak ma'aruf (bukan suatu kebaikan) (Qardhawi, Fatawa M u'asirat, Vol1) Hujah yang kedua: Hak tidak sekali dapat dipisahkan dari kewajipan; Allah telah mewajibkan kaum suami menjamin nafkah, pakaian, dan tempat tinggal serta mahar ( maskahwin). Kerana itu wajarlah sebagai timbal balas, kaum isteri wajib menangan i kerja-kerja rumah (Qardhawi, ibid) Ketiga: Hujah Imam Ibn Qayyim (Zaadul Ma'ad) yang membawa suatu firman Allah (ma ksud) kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita. (an Nisaa': 34) Inilah ikata n kebiasaan dalam masyarakat Islam; yakni isteri menangani pekerjaan yang berkai tan dengan urusan rumahtangga. Keempat: kesemua isteri-isteri para sahabat menceritakan kesibukan mereka menang ani pekerjaan rumahtangga; Asma' bte Abu bakar menceritakan pekerjaan hariannya terhadap suaminya azZubair al Awwam termasuk memberi makan kuda suaminya.. Fatimah azZahra, wanita terkemuka di dunia juga tidak terkecuali (anak ketua neg ara) kerja-kerja harianya ialah menggiling roti, mengangkut air dan pernah datan g mengadu kepada baginda ayahnya untuk mendapatkan khadam, namun ditolak oleh ay ahnya. Ada orang berhujah, bahawa wanita-wanita isteri sahabat itu secara sukarela mela

kukan kerja-kerja tersebut.. Tidak, kenapa apabila Fatima azZahra datang mengadu kepada ayah nya dan meminta diberikan khadam, namun baginda menolaknya? Kita li hat baginda tidak menyuruh Fatimah, anak kesayangannya berhenti daripada melakuk an segala kerja rumahtangga atau menyuruh Ali supaya mengurus kerja-kerja rumah menggantikan fatimah. Inilah hukum Islam yang telah dipersaksikan oleh baginda t entang apa yang perlu dilakukan oleh isteri dan apa yang perlu dilakukan oleh su ami. Inilah pandangan jumhur fuqaha' yang sesuai dengan fitrah wanita dan diterima ol eh tradisi asyarakat Islam sejak dahulu kala. (Rujukan utama: Qardhawi: fatwa mu'asirat) ----------TH

Penglibatan Wanita di dalam Peperangan Comments: To: asmah@tm.net.my Assalamualaikum wbk. Saya ingin menarik perhatian dan perbincangan terbuka mengenai penilaian semula tentang penglibatan wanita melayu/Islam dalam dunia ketenteraan. 1. Apakah pendapat ulama masakini menyokong KEHARUSAN mengenainya. 2. Tanpa kita nafikan penglibatan wanita dalam perang semasa zaman Nabi Muhammad dulu.kaum wanita berada di barisan belakang sebagai perawat dan pembantu, keran a masa itu bilangan tentera Islam amat kecil. 3. Masa kini, penglibatan kaum wanita tidak lagi di barisan belakang.malah telah menjawat tinggi dan teratas.adakah ini satu KEWAJARAN dan KEMUJURAN yang boleh kita terima. ------------------------------------------------Jawapan: Wajar atau Mujur wanita melibatkan diri dalam ketenteraan adalah satu persoalan yang ijtihadi dan dauli (bermaksud sukar untuk dinyatakan kerana ia adalah perso alan polisi gunatenaga yang diputuskan oleh Dawlah Islamiah); untuk kita mengula s apa yang berlaku di depan mata kita sekarang pun tiada gunanya kerana ia sudah berlaku dan akan terus berlaku; kalau kita kita tidak wajar; ia sedang berlaku sekarang); maka ia adalah urusan polisi negara Islam yang akan ditentukan oleh k halifah berdasarkan keperluan, keadaan dan jenis kerja yang harus dimainkan oleh wanita. Bukan senang untuk mencari rekrut baru menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekarang; mungkin pemerintah hari ini beranggapan dengan membukanya kepada wani ta akan sedikit sebanyak menyelesaikan masalah ini. Namun begitu, apakah pandangan Islam terhadap kerjaya wanita secara umum? Sama s aja hukumnya seperti lelaki, firman-Nya (maksud); sesiapa yang beramal saleh dar i lelaki atau wanita, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupka n dia dengan kehidupan yang baik. (anNahl: 97) Kerjaya bagi wanita pada zatnya ialah harus dan boleh bertukar menjadi sunat ata

u wajib. Garis panduan kerjaya wanita adalah seperti berikut: Ia mestilah halal Ia hendaklah memelihara adab susila seorang wanita atau tidak menghilangkan kewa nitaannya; samaada dari sudut pakaian, berjalan, bercakap dan sebainya. Ia tidak menjejaskan kewajipan-kewajipannya yang utama yakni keatas suami dan an ak-anak. Ini saja yang perlu dilihat; kalau boleh memenuhi kesemuanya; apa jua kerjaya ad alah harus bagi wanita. (Qardhawi: Fatawa Mu'asirat, Vol 2 bab imra'at) ------------------------------------------4. pada waktu yang sama kita amat menyenangi penglibatan kaum wanita di bidang p endidikan, perubatan, guaman dan perniagaan. -----------------------------------Jawapan: Ia sudah dijelaskan di atas; cuma tambahan: Perniagaan: penglibatan wanita meman g sudah diterima dan sedia maklum; terutamanya di Kelantan dan Terengganu; wanit a adalah pengerak eknomi nombor satu dikelantan, pergilah melawat Pasar Besar Kh adijah di Buluh Kubu Square, KB. Cuma usaha kerajaan Kelantan ialah membuat kemp en menutup aurat dan menjaga waktu solat. Di zaman silam, siti Khadijah adalah s eorang pemodal yang kaya raya, business woman dan tokoh korporat Quraisy. Bidang perguruan, pendidikan dan perubatan adalah satu kerjaya yang amat secocok denga n wanita; malah dalam perubatan, ia menjadi satu keperluan jika wanita dapat mem enuhi keperluan bidang kedoktoran yang khusus bagi wanita terutama bahagian saki t puan atau untuk merawat pesakit-pesakit wanita yang melibatkan aurat. Ini mema ng diperakui oleh masyarakat tentang kepentingannya. Manakala bahagian guaman dan kehakiman; adakah boleh wanita menjadi hakim adalah isu ijtihadiah pula; jumhur ulamak mensyaratkan jawatan hakim hanya kepada lela ki kecuali Madzhab Hanafi yang membolehkan wanita menjawat jawatan hakim dalam k es-kes yang melibatkan hartabenda. Manakala madzhab Syafi'iy mensyaratkan hakim mesti mencapai taraf mujtahid, sunat mencapai taraf itu oleh Maliki. Jadi ini ia lah isu polisi dawlah Islam jika ia ditegakkan kelak untuk memutuskannya.. wslm, Allahu a'alam.. THTL

A woman should not travel except... Comments: To: f a h m i mustapah@umr.edu On Wed, 2 Jul 1997 18:34:47 -0500 (CDT) f a h m i wrote: Narrated Ibn 'Abbas: The Prophet SAW said, A woman should not travel except with a Dhu-Mahram Narrated Ibn'Umar: The Prophet SAW said, A woman should not travel for more than three days except with a Dhi-Mahram. (Sahih Bukhari)

============================================= Tajuk: Penjelasan hukum Musafir bagi wanita. Hukum asal musafir bagi wanita ialah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis-hadi s di atas (yang dinukilkan oleh saudara Fahmi); tetapi kalau kita ambil nas itu saja, maka akan berlakulah fitnah kepada umat Islam abad yang serba canggih ini; juga mobiliti (pergerakan) kaum wanita yang agak bebas kerana urusan pelajaran dan pekerjaan). Kita lihat perkara-perkara berikut: Bagaimana pula dengan wanita yang ingin mengerjakan Haji dan umrah yang tiada mu hrim (jenis yatim piatu dan sebatang kara)? Bagaimana pelajar-pelajar wanita Malaysia yang bermusafir ke UK, USA, Aussie, NZ , Mesir, Jordan atas urusan pelajaran? Atau pelancungan atau pekerjaan? Bagaimana pula pelajar-pelajar wanita dalam negeri atas urusan pergi ke universi ti tempatan; pelajar sekolah berasrama penuh travel ke sekolah mereka; musafirny a wanita untuk urusan temuduga dan sebainya.. Bagaimana kepergiannya/musafirnya perempuan tua? Bagaimana musafir wanita jika d ipastikan perjalanan adalah aman dari kejahatan? mudahnya sistem pengangkutan ki ni seperti kapalterbang, keretapi laju, bas express dan sebainya.. ================== Inilah perbahasannya: Perbahasan tentang musafir wanita dan isu ditemani muhrim banyak dibahaskan ulam ak dalam kitab feqah pada bab Haji dan musafir: Hadis riwayat Imam Bukhari dari Adi bin Hatim: (maksud) Ketika kami bersama Rasulullah saw tiba-tiba datang seorang lelaki dan ia menyat akan kemiskinannya. Kemudian datang pula lelaki lain mengadu terganggunya keaman an jalan oleh angkara penyamun. kemudian beginda bersabda, wahai Adi, pernahkah engkau sampai ke Hirah (sebuah bandar di Iraq)? Jawab saya, belum pernah, tetapi saya ada mendengar khabarnya. Sabda Baginda, sekiranya usia engkau panjang, and akan lihat pedati yang berisi wanita berangkat dari Hirah hingga tawaf di Kaaba h dalam keadaan aman, tidak ada yang ditakutinya kecuali Allah. ============= Maka di sinilah Fuqaha' membahaskan hukum musafir dan Hajinya wanita samaada har us ditemani muhrim atau diberi kelonggaran. Sebahagian Ulama Syafi'iy membolehka n wanita mengerjakan Haji bersama kumpulan wanita. Imam Karabisi dalam kitabnya (Muhadzab): dibolehkan wanita mengambil Haji sendir ian jika perjalanan aman. Imam Syan'ani (Subulus Salam): perempuan tua boleh pergi musafir tanpa teman muh rim. Imam Ibn Taymiya: Sah haji wanita yang mengerjakan haji tanpa muhrim. Khalifah Umar al Khattab membenarkan isteri-isteri Nabi pergi untuk mengerjakan haji. Daripada bab haji dan musafirnya wanita akan digunakan lagi pelbagai sumber huku m feqah termasuklah istihsan, masoleh mursalah, Uruf untuk menyesuaikan hukum as

al sesuatu perkara. Kesimpulan: Harus wanita bermusafir untuk haji dan keperluan seperti pelajaran, pekerjaan da n yang harus baginya jika: 1. Bermusafir secara kumpulan 2. Umur sudah tua 3. Dipastikan perjalanan adalah selamat dan bebas daripada gangguan. Sekian, terbuka untuk perbahasan. THTL

A woman should not travel except... - cont Comments: To: Abd Wahab Ishari bin Mohd Hashim WAHAB@fkeserv.fke.utm.my On Mon, 7 Jul 1997 12:55:12 MYT Abd Wahab Ishari bin Mohd Hashim wrote: Assalaamu'alaikum, Mengenai hadis orang perempuan bermusafir tanpa muhrim.... Saudara THTL banyak memberi amalan-amalan wanita sekarang, walaubagaimanapun, In My Humble Opinion, bukanlah kita menetapkan hukum berdasarkan amalan semasa, te tapi daripada nas yang jelas. ======================================== Penjelasan kita: Tajuk: Kejelasan Nas tidak Bermakna Fuqaha' tidak akan Berselisih Dalam Mengelua rkan Hukum Feqah. Kepesatan hidup manusia menuntut kepesatan dalam medan ijtihad. Inilah rahsia ba hawa Islam ini sesuai untuk semua zaman dan ketika. Adalah satu yang malang jika kita menggunakan fatwa yang berusia 500 tahun untuk memutuskan perkara-perkara yang muncul hanya di abad terkini; misalnya test-tube baby; surrogate motherhood , birth control, pemindahan organ, mercy killing dan sebagainya. Juga termasuk h al ehwal wanita yang begitu rancak memainkan peranan dalam aktiviti ekonomi juga memainkan peranan aktif dalam bidang politik dan dunia korporat. Ini semua menuntut kepada perkembangan yang pesat dalam ilmu feqah dan syari'at untuk memastikan umat Islam terus boleh menyaingi umat-umat yang lain. Kalau tid ak umat Islam hanya menjadi bahan ketawa umat yang lain kerana masih percaya ada lah haram menggunakan microphone di masjid kerana Rasulullah saw tidak pernah me nggunakannya.. Haram mengambil gambar fotografi kerana ia dicela oleh Rasulullah saw. Malah mas ih ramai umat Islam yang begini, mereka berpegang kepada fatwa yang sudah berusi a beratus tahun! Namun dalam Islam sebenarnya tidak begitu.. Imam Syafi'iy yang di anggap sebagai bapa Usyul Fiqh; Usyul Fiqh ialah ilmu meng

kaji dalil-dalil hukum feqah dan juga cara beristinbat (teknik memecah dalil huk um). Maka dari sinilah timbulnya pelbagai madzhab dalam feqah kerana Imam-Imam M ujtahid mempunyai beberapa lagi Usyul feqah yang tersendiri. Berbalik kita kepada masalah antara haramnya atau harusnya wanita bermusafir: ia termasuk dalam perkara-perkara yang tidak ittifaq yakni dibahaskan dengan terpe rinci oleh fuqaha' dan mereka mempunyai pelbagai pendapat dalam masalah ini. Set iap fuqaha' akan dipengaruhi oleh latarbelakang madzhab, zaman dan keadaan semas a ia berijtihad. Ulama berselisih dalam sesuatu hukum kerana terdapat dua dalil yang sama kuat; d alam hal musafirnya wanita terdapat dua hadis yang berlawanan maksud; yang meneg ah ialah hadis Syaikhan dari Ibn Abbas; manakala hadis yang membolehkan wanita m usafir secara kumpulan ialah hadis Bukhari dari Adi bin hatim. Ulama-ulama yang mengharuskannya ialah ulamak yang terbilang: Syafi'iy; Imam Sya n'ani (Subulus Salam); Ibn Taymiyah, dan lain-lain. Manakala yang menegah pun tidak kurang hebatnya ialah Abu Hanifah, Sufyan Thauri , Hasan al Basri., Imam Ahmad. Perselisihan fuqaha' dalam mentafsir dalil Ijmali (dalil Umum) ini sebenarnya sa tu rahmat kepada umat Islam untuk meneliti hujah dan dalil siapa yang paling kua t; maka kita lantas mengikutinya... Sesuatu hukum itu tidak berubah hanya dengan berubahnya kelakuan manusia tetapi berlaku perubahan dalam hukum-hakam mestilah dalam batas ilmu feqah. Islam bukan lah mengikut kaedah pragmatisme; yakni bila sesuatu bangsa melihat cara hidup ga y dan lesbian sebagai OK, maka ulamak feqah mestilah mencari ruang hukum untuk m enthabitkan ia adalah harus. INI bukanlah kaedah hukum feqah. Begitu juga hukum wanita Islam menyertai ratu cantik; Islam tetap mengharamkannya hingga Kiamat wa laupun semua negara di dunia ini mengiktirafnya sebagai satu keperluan tamaddun manusia atau apa jua alasan manusia untuk menghalalkan. Inilah konsep atau tasawwur istinbat hukum feqah. Bukanlah feqah itu menghalalka n apa saja yang disukai oleh nafsu manusia; tetapi ia mencari jalan keluar bagi manusia dalam menghadapi zaman yang berubah sebaik mungkin berdasarkan pelbagai sumber hukum dalam Islam. Sekain, dihuraikan dengan panjang lebar. Wslm THTL

lelaki 9 akal 1 nafsu wanita 9 nafsu 1 akal On Fri, 9 May 1997 11:53:46 MST Wan Hasbullah wrote: Assalamu 'alaikum danamp; selamat sejahtera Kebelakangan ini saya dengar bicara berkenaan dengan kata-kata: ## lelaki 9 akal 1 nafsu wanita 9 nafsu 1 akal ## lebih kurang begitulah.. Ada sesiapa yang pernah dengar ulasan panjang lebar?

--------------------------------Ini ialah petikan daripada kitab DurratuNassihin, yang mana banyak menyandarkan kepada hadis-hadis yang dhai'if dan palsu; ini adalah salah satu daripadanya; Ki tab ini tidak muktabar. Ia tidak mungkin datang daripada RasuluLlah saw kerana m aksud statementnya bercanggah dengan ruh alQur'an dan alHadis serta penciptaan A dam dan Hawa..... Ia adalah siri serangan terhadap wanita bermula dari ibu kita Hawa yang telah me ngeluarkan Adam dari syurga. Ini dijawab oleh alQur'an: albaqarah: 36 Lalu kedua nya digelincirkan oleh Syaitan dari Syurga. maksud) Yang kedua, masyarakat menyalahkan wanita sebagai ibu kepada segala fitnah dan b encana; ini juga tuduhan yang bercanggah dengan alQur'an dan sunnah. Sebenarnya tiadalah ibu segala fitnah dan bencana ialah kenikmatan hidup; firman ALlah: (maksud) Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan seba gai (cobaan yang sebenar-benarnya). Anbiya':35Dalam ayat lain (maksud) Ssungguhn ya hartamu dan anakpinakmu hanyalah sebagai cubaan (Taghaabun: 15) Bagaimana kah wanita mempunyai komponen yang lain daripada lelaki sedangkan haki kat penciptaan mereka sama: Firman Allah maksud) Sebahagian kamu adalah keturuna n sebahagian yang lain. Ali Imran: 195 Sabda baginda, sesungguhnya wanita itu adalah saudara kandung kepada lelaki. (HR Imam Hanbali dalam alMusnad juga alBaihaqi) statement di atas tidak benar keran a ia menjadikan wanita sebagai ibu kepada fitnah dan bencana yang menimpa dunia. .. sekian, THTL

Ianya dari hadith palsu? Comments: To: wan@COMM.MOT.COM On Mon, 12 May 1997 18:07:23 MST Wan Hasbullah wrote: Assalamu 'alaikum danamp; selamat sejahtera Adakah anda pasti ianya dalam kategori dhai'if dan palsu? Saya tiada kitab terse but untuk melihatnya walaupun tidak muktabar. -------------------------------------------------------------------Dari THTL: Oleh kerana madzhab orang jahil ialah ulamak disekelilingnya, maka sumber berita saya di atas ialah setelah saya merujuk kepada ilmuan Islam di pusat Pengajian Teras, Universiti Telekom (tempat saya bekerja) dan itulah pandangan mereka, mak a tugas kita sekarang ialah mendapatkan kitab tersebut 'Durratunnaasihin' untuk membuktikan kesahihannya... -------------------------------------------------------------------------------Adakah ianya kata-kata Rabiah al Adawiyah? Yang saya dengar biasa pun memang tiada yang mengatakan itu hadis tetapi hanya k

ata-kata dari tokoh sufi tidak silapnya adalah Rabiatun Adawiyyah? --------------------------------------------------------------------------------Dari THTL: Rabiah al Adawiyah adalah tokoh sufi yang penuh kontroversi; ada ulamak yang mem perikaikan keujudannya; namun majoriti ulamak muktabar mengatakan keujudannya, a hli sufi menggelarkan dia sebagai 'syahidah kerana keasyikan kepada Tuhan. gelar an ini tidak serasi dengan nilai-nilai tasawwuf Islam; Kebanyakan yang diriwayat kan daripada Rabiah al Adawiyah berbentuk sya'ir-sya'ir puitis yang menceritakan keasyikan beliau yang teramat sangat kepada ALlah. --------------------------------------------------------------------------------Kenyataan seterusnya boleh netters bincang sebab manusia ada kebolehan untuk men yalahgunakan kenyataan-kenyataan benar atau salah! Malah AlQuran pun ada yang di guna secara yang meragukan. Sebelum membincangkan seterusnya.. Ada sumber lain l agikah selain kitab DurratuNassihin? -----------------------------------------------------------------------------dari THTL: Untuk perbincangan menjurus kepada lebih akademik, saya minta mereka yang pertam a kali membawa statement ' lelaki 9 akal, 1 nafsu; dan wanita 9 nafsu, 1 akal' m endapatkan sumber berita tersebut secara sahih dari mana... untuk kita putuskan 'once and for all.' Saya mendatangkan hujah-hujah saya berdasarkan alQur'an untuk menolaknya kerana jika statement di atas diterimapakai, maka kita beranggapan wanita dicipta semat a-mata sebagai objek seksuil orang lelaki; apalah yang ada pada wanita hanya sec ebis aqal sahaja... sedangkan peranan mereka sama dalam Islam lihat Surah atTawb ah :71 Dan orang-orang yang beriman lelaki dan wanita setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain... Fitrah kejadian mereka adalah serupa dengan lelaki: Firman Allah Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya ialah Dia menciptakan unt uk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri... (Rum:21) Jika kita menggunakan ayat berikut untuk menguatkan hujah di atas; ialah satu ke silapan: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap wani ta, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki atas orang-orang perem puan. Kelebihan kaum lelaki di sini bermaksud kepimpinan rumahtangga bukan kelebihan d alam komponen penciptaannya.. Kita lihat perintah RasuluLlah saw: Mintalah pandangan wanita dalam urusan anak-anak perempuan mereka. (HR Ahmad dal am al Musnad)

Kemudian kita tengok kelebihan aqal yang dipamerkan oleh Ratu Balqis ketika berh adapan dengan kemaraan tentera Sulaiman: lihat ayat surat anNaml: 34. Nah, itulah hujah-hujah saya tentang kenyataan yang tidak diketahui sumbernya wa nita 9 nafsu, 1 aqal; lelaki 9 akal, 1 nafsu...; Maka sama-samalah kita mencari sumber berita ini; saya pun sedang mencari... Jazakallah

Benarkah Lelaki lebih beraqal daripada Wanita? Banyak kali ramai yang telah dengar (saya sendiri pun) mengenai nisbah 9:1 di ma na lelaki dikatakan mempunyai sembilan aqal dan satu nafsu sedangkan wanita dise baliknya, namun saya sendiri tidak tahu usul-asal samada ianya berlandaskan nasnas yang sahih atau tidak. Setakat yang saya dapat ialah ianya merupakan antara dialog Hassan Basri dengan Rabiatul Adawiyah. -----------------------------Jawab: Fungsi aqal ialah memberi pertimbangan, pendapat atau memilih sesuatu. Biasanya aqal menjadi lemah atau hilang pertimbangan jika menghadapi tekanan perasaan. Di sini wanita lebih banyak menggunakan perasaan dan emosinya berbanding lelaki. M anakala lelaki banyak menggunakan aqal drpada perasaan. Ini semua kerana fitrah, wanita diberi tugas biologi yang berbedza: mengandungi, menyusui, memelihara anak dan tugas-tugas lain yang lebih memerlukan emosi dan perasaan. Perasaan dan emosi mempunyai nilai yang tinggi dan amat diperlukan sekali untuk mewujudkan kasihsayang; sedangkan aqal mengalahkan perasaan dan kasihsayang. Sel alunya apabila seorang bapa memarahi dan memukul anaknya, si ibulah yang menenan gkan kembali si anak dengan belaian kasihsayang. Kekurangan aqal bagi wanita bukanlah ianya tercela kerana kekurangan ini memang fitrah Ilahi, malah ia adalah kelebihan wanita dan yang patut di banggakan oleh wanita dengan fitrah femininnya. Wanita juga kurang agamanya; Allah melonggarkan hak kewajipan agama keatasnya; m isalnya wanita tidak perlu solat dan puasa semasa haidh dan nifas; tidak wajib J uma'at dan berjama'ah di masjid dan tidak wajib ke medan jihad. Kekurangan kewajipan agama bagi wanita bukanlah bererti wanita kurang pahala ata u merendahkan taraf wanita. Masing-masing mendapat ganjaran pahala sesuai dengan tugas dan fitrah kejadian mereka. Firman Allah: Bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; dan bagi wanita ada baha gian drpada apa yang mereka usahakan. (maksud: an Nisaa':32) Namun athar yang berbunyi lelaki 9 aqal dan 1 nafsu; manakala wanita 1 aqal dan 9 nafsu adalah berbau male chauvinist dan exaggeration dan merendahkan martabat wanita. Perlu di cari athar atau khabar ini untuk kita pastikan siapa yang menge luarkan kenyataan. Namun maknanya benar seperti yang saya jelaskan di atas. (Ruj: Prof dari Mutawalli Sya'rawi, Anta Tasal Islam Yujib)

Anda mungkin juga menyukai