Anda di halaman 1dari 5

SoalJawab KemusykilanAnda ANDA BERTANYA ISLAM MENJAWAB Laman 1 1. Mengqada' Solat .

Soalan: Adakah perlu mengqada' solat fardhu yang telah ditinggalkan atau cukupkah dengan bertaubat sahaja? Abdullah, K. L. Jawapan: . Pengertian qada' menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar. Menurut isti lah pula ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di dalam waktunya. Mereka yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tidak, diwajibkan mengqada' kan solat itu di luar waktunya. Meninggalkan solat tanpa uzur yang syarie' diang gap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara iaitu terlupa dan tertidur. Mereka yang meninggalkannya sama ada terlupa atau tertidur atau sengaja, waj ib bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat tida k akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu, tidak lagi men inggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun, menyesal di atas segala perbu atan maksiat khususnya solat yang ditinggalkan dan berazam tidak akan mengulangi semua keburukan pada masa akan datang. Wajib ke atasnya mengqada' semula solatsolat yang telah ditinggalkan. .. .

2. Erti Saidina . Soalan: Terangkan makna saidina dan mengapa Rasulullah SAW digelar demikian sedangkan Al lah SWT telah menggelarkannya Rasulullah atau pesuruh Allah sahaja? Nur Hidayah, P. Langkawi Jawapan: 'Sayid' dalam bahasa Arab bermakna penghulu. 'Saidina' bererti penghulu kami . Penghulu adalah orang yang kita muliakan dalam satu kelompok masyarakat dan or ang yang dijadikan ikutan dan pimpinan dalam segala urusan. Apabila kita mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW 'penghulu kita' maka itu be rerti bahawa baginda adalah orang yang kita muliakan, yang kita hormati, yang ki ta junjung tinggi dan kita jadikan pimpinan dan ikutan lahir batin, dunia dan ak hirat. Jangan kita ucapkan 'Saidina Muhammad' maka itu bererti bahawa kita memuliak an baginda sebaik-baiknya dan mengangkat darjah baginda setinggi-tingginya, sesu ai dengan kedudukan baginda yang sebenarnya. . .

3. Lari Dari Rumah . Soalan: Apakah hukumnya seorang isteri lari meningalkan rumah kerana tidak tahan dengan sikap suami yang sering memukulnya? Isteri Malang, Kuala Lumpur Jawapan: Tidak salah isteri meninggalkan rumah (jika ke rumah ibu bapa) kerana hendak menyelamatkan diri daripada suami yang zalim dan mengelakkan diri dari kemudara tan. Namun kalau isteri boleh bersabar, tidak melawan dan terus tunggu di rumah pastilah pahala untuknya amatlah besar. Kalau suami zalim dan selalu memukul serta menyakiti hati, maka isteri berha k mencari perlindungan di mana-mana yang difikirkan selamat. Sebaiknya adukan ke pada pejabat Kadi dan di sana diboleh menuntut fasakh. Undang-undang Islam membela kaum wanita/isteri. Jadi, mereka hendaklah panda i mengambil kesempatan dari pembelaan itu. . .

4. Berdoa Untuk Memperolehi Suami Yang Soleh . Soalan: Apakah hukumnya seorang gadis berdoa agar dirinya segera dipertemukan jodoh dan mengharap dikurniakan seorang suami yang soleh? Rosmah, Seremban Jawapan: Hukumnya harus, memohon agar Allah SWT memberikan jodoh orang yang baik (sol eh). Di samping berdoa, mintalah bantuan ibu bapa agar dapat mencari pasangan ya ng soleh. Tindakan ini adalah lebih baik dari mencari sendiri demi mengelakkan d aripada berlakunya fitnah dan maksiat.

5. Menjadi Insan Yang Mulia Soalan: Bagaimanakah untuk mendapatkan insan yang berhati mulia dan diredhai Allah S.W.T .? Alang, KIMIA, P.J. Jawapan: Keredhaan Allah merupakan nikmat yang paling agung, yang hanya dimiliki oleh insan yang bertaqwa kepada-Nya. Ketaqwaan itu hanya dimiliki oleh insan yang be ribadah dan beramal soleh. Sedangkan amal soleh yang memperoleh keberkatan adala h amal soleh yang disertakan dengan ilmu. Jadi ilmu adalah sumber segala kekuata n untuk memperoleh keredhaan Allah. Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata "Ada dua orang yang mendatangkan b

ala bencana kepada kita iaitu orang yang berilmu yang tidak menjaga kehormatan d an orang yang bodoh yang kuat beribadah. Orang yang bodoh itu menipu manusia dengan amalnya sedangkan orang yang berilmu itu menipu manusia dengan kelalaiannya." Dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-N ya sesuai dengan tuntutan Islam maka kita akan memiliki hati yang mulia. (Sila rujuk buku Penawar Jiwa DN 049)

6. Hukum Memakai Minyak Wangi Alkohol Soalan: Apakah hukum memakai minyak wangi yang beralkohol atau mempunyai 'spirit'? Suhaimi Mohd Yatim Jawapan: Kita mengetahui bahawa alkohol yang dicampur ke dalam bau-bauan (minyak wang i) ialah diambil daripada proses tindakan kimia bijian dan kayuan. Daripada biji an tersebut disebut "alkohol Ethyl" dan daripada kayu disebut "Methyl". Semua al kohol termasuk dalam kumpulan karbon (C-OH). Alkohol Ethyl dibuat daripada bijian dan cecairnya yang telah diperam dan di jadikan bir dan wine atau disebut arak. Selain daripada itu Ethyl digunakan juga sebagai bahan campuran dalam minyak yang digunakan untuk lampu-lampu makmal dan jentera-jentera traktor dan sebagainya. Ini dilakukan untuk mengurangkan pencem aran udara. Alkohol Ethyl juga digunakan sebagai alat pemandu ubat (preservative/ubat ta han) ubat antiseptik untuk melawan kuman, ubat gosok atau minyak angin untuk ura t saraf atau terseliuh. Alkohol jenis ini juga digunakan untuk dimasukkan ke dal am minyak wangi, maka jika digunakan untuk dimasukkan ke dalam minyak wangi untu k menyerbak keharumannya. Seperti yang kita fahami bahawa alkohol jenis Ethyl ialah najis dan sekirany a kita menggunakan bahan-bahan yang dicampur dengannya seperti minyak wangi, mak a jika dibawa dalam solat tidak sahlah solat kita. Namun begitu menurut Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman tela h mengeluarkan Fatwa bahawa minyak wangi tersebut hukumnya harus dipakai walaupu n dalam sembahyang. Wallahu a'lam. . . .

7. Doa Ketenteraman Hati Soalan: Apakah doa yang boleh dibaca bagi orang yang tidak tenteram hatinya? Zie... Jawapan: Antara amalan dan doa yang paling baik untuk mententeramkan hati adalah " Se lawat ke atas Nabi SAW." Selain dari itu anda juga boleh mengamalkan doa yang k ami selitkan dalam ruangan Zikir dan Doa Amalan Harian (doa kedua). Doa tersebut lengkap, dan amat mustajab (berkesan). . .

. 8. Jama' dan Qasar Hari Jumaat Soalan: Bolehkah saya jama' dan qasar sembahyang zohor dan asar ( hari Jumaat ) dalam pe rjalanan yang cukup syarat (spt melebihi dua marhalah dan bagi tujuan yg baik ) sekiranya saya memulakan perjalanan saya itu selepas terbitnya fajar pada hari J umaat atau wajib bagi saya menunaikan solat Jumaat dahulu dan selepas itu terus jamak untuk solat asar ? Hamba Allah Jawapan: Musafir, sekalipun waktu solat Jumaat didirikan itu ia sedang berhenti maka ia tidak dituntut mengerjakan solat tersebut. Sebahagian besar ahli berpendapat bahawa bagi musafir tak ada kewajipan Jumaat, sebab Nabi SAW ketika dalam perja lanan tidaklah mengerjakan solat Jumaat Begitu juga halnya ketika baginda menger jakan haji Wada' di Arafah yang jatuh pada hari Jumaat baginda hanya solat Zohor dan Asar secara jamak taqdim dan tidak melakukan solat Jumaat. Dan demikianlah pula yang dilakukan khalifah setelah wafatnya Rasulullah SAW. . . .

9. Hukum Berzina Soalan: Orang yang melakukan zina hukumnya dalam Islam ialah sebat 100 kali bagi yang be lum berkahwin dan bagi yang sudah berkahwin hukum rejam sampai mati. Masalahnya di negara ini tidak menjalankan hukum tersebut, jadi macam mana caranya untuk be rtaubat kepada Allah? Hamba Allah... Jawapan: Sebenarnya setiap umat Islam berkewajipan untuk menjalankan hukum-hukum Isla m, namun jika pihak yang berkewajipan seperti para ulama dan pemimpin tidak dapa t menjalankannya itu kerana kelemahan kita sendiri. Moga-moga kita dimaafkan All ah. Jika kita telah terlanjur melakukan perbuatan dosa (zina) maka segeralah ber taubat dengan taubat nasuha iaitu taubat yang sebenarnya. Dalam Islam juga dianj urkan untuk merahsiakan dosa yang telah kita kerjakan dan jangan segera mengumum kan apa yang telah dilakukannya. Dalam buku Al Muwatta karangan Imam Malik mencatat suatu riwayat yang diambi lnya dari Zaid bin Aslam bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Wahai manusia t elah tiba masanya kamu menghindarkan diri dari hukuman-hukuman kerana melanggar ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Barangsiapa terjerumus dalam kejahatan ini maka hendaklah ia membentengi dirinya dengan benteng Allah. Sebab barangsiapa yang menyatakannya kepada kami, nescaya kami laksanakan atas ketentuan-ketentuan Allah". Jika kita telah betul-betul insaf, maka jalankanlah segala yang diperintahka n oleh Islam dan tinggalkan segala larangan. Kemudian bersegeralah bertaubat den gan menjalankan segala syarat-syaratnya: 1. Taubat itu hendaklah ikhlas kerana Allah SWT. 2. Taubat itu harus memenuhi syarat meninggalkan seluruh kemaksiatan dan benar-b enar tidak akan mengulanginya lagi. 3. Bertaubat itu juga harus disertai penyesalan, ertinya menyesali atas semua ke jahatan yang pernah lakukan dan berusaha untuk meninggalkannya. 4. Tidak mahu mengulanginya lagi kejahatan masa lalu. (Sila rujuk buku 'Taubat - Amalan dan Penghayatannya' DN 186 dan Al Muwatta' kar angan Imam Malik)

. . . 10. Mendidik Diri Agar Menjadi Anak Soleh dan Solehah Soalan: Bagaimana caranya mendidik hati dan diri agar menjadi anak yang solehah serta do a-doa yang perlu diamalkan? NNMS, Kuala Lumpur Jawapan: Untuk mendidik diri agar menjadi insan yang solehah adalah dengan banyak mel akukan amalan yang terpuji, berusaha untuk meninggalkan dosa-dosa yang kecil apa kah lagi dosa-dosa besar. Jangan tinggalkan amalan yang wajib, jalinkan siraturr ahim dengan sanak keluarga dan hormati kedua ibu bapa, sebab keredhaan Allah itu tergantung kepada kerdhaan ibu bapa terhadap kita. Namun yang paling penting tu tuplah aurat agar kehidupan mendapat keberkahan Allah SWT. Banyakkan membaca Al Quran dan berzikir insya Allah, hati akan menjadi tenan g. Mengenai doa-doa untuk mendidik hati dan diri, diantaranya adalah seperti be rikut:*Doa agar terhindar dari kesesatan (Ali Imran ayat 8). *Doa agar tetap pendirian (Ali Imran 147). *Doa agar diberi rahmat (Al A'raf 23). (Sila rujuk buku Wanita Solehah DN 148 dan Munajat Qiamullail Dikeheningan Mala m DN 020) Wallahu A'lam

. Anda Bertanya? Islam Menjawab!

-------------------------------------------------------------------------------Laman 1 -------------------------------------------------------------------------------| Laman Utama | Laman 2 | Mutiara Kisah | Mutiara Hikmah | Laman Tamu - Gues t Book | | Coretan Tetamu | Panas! | Senarai Buku | English Books | Borang Pesan an - Order Form | . Hakcipta Terpelihara Darul Nu'man EMAG 1997 .

Anda mungkin juga menyukai