Anda di halaman 1dari 46

TERAPI RASIONAL EMOTIF

TINGKAH LAKU
(REBT)

Albert Ellis (1913-2007)


Latar Belakang Tokoh

 Diperkenalkan oleh Albert Ellis (1913-2007)


 Dilahirkan pada 1913 di Pittsburgh, Amerika
Syarikat
 Tidak mempunyai kesihatan yang baik
sewaktu kecil
 Beliau mula mempraktikkan perkhidmatan
kaunseling dengan mempraktikkan terapi
perkahwinan, keluarga dan seks.
 Mempunyai fobia untuk bercakap di khalayak
ramai
 Beliau membuat kajian terhadap dirinya sendiri dan
berjaya mengatasi fobia tersebut
 Teori ini mementingkan tiga (3) aspek utama iaitu:
kognitif, emosi dan tingkah laku. Ianya tidak sama
dengan teori yang lain
 Memberi penekanan kepada pemikiran,
penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat
keputusan
 Pendekatan yang cepat dan tidak mengambil masa
yang lama seperti pendekatan terapi Psikoanalisis
 Segala pemikiran dan kepercayaan yang
tidak rasional berpunca dari proses dan
pengaruh budaya serta pembelajaran
Pandangan Terapi Terhadap Manusia

 Manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran


secara rasional dan tidak rasional
 Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira,
berfikir, menterjemahkan diri, sayang menyayangi,
berkomunikasi dengan orang lain, berkembang dan
mengiktiraf diri sendiri (self-preservation)
 Manusia juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya,
tidak mahu berfikir, suka menangguh kerja, mengulangi
kesilapan, mempercayai tahyul, tidak sabar, mementingkan
kesempurnaan, menyalahkan diri sendiri, mengelak dari
pengiktirafan dan pertumbahan potensi (self-destruction)
• Manusia berfungsi secara menyeluruh
(holistic) - berfikir, berperasaan dan bertindak
(tingkah laku) secara serentak.
• Apa yang mengganggu manusia bukan
berpunca daripada faktor luaran, tetapi
manusia sendiri yang menyebabkan dirinya
terganggu dan terbelenggu
 Pada asasnya manusia mengalami 4 proses utama
untuk terus hidup – gembira dan berkembang;-
 Perceiving or sensing (menaggap).
 Reasoning or thinking (mentaakul/fikir)
 Feeling or emotion (merasai)
 Moving or act (bergerak/bertindak).
Mengapa dan Bagaimana Gangguan Berlaku

 Menurut Ellis (1979), manusia menghadapi masalah


bukan akibat daripada satu perkara atau peristiwa
tetapi disebabkan oleh pandangan atau pemikiran
mereka sendiri terhadap peristiwa tersebut
 Implikasi daripada yang karut, songsang dan tidak
logik ini akan menimbulkan gangguan emosi dan
tingkah laku yang bersifat kalah diri
 Kepercayaan menyalahkan diri sendiri (self-
defeating) berlaku adalah disebabkan proses
autosuggestion, pengulangan dan berkelakuaan
seolah-olah mereka adalah berguna
 Untuk bebas daripada neurosis atau keceluaran
personaliti, individu perlu berhenti daripada
menyalahkan diri sendiri dan orang lain
 Adalah penting untuk kita belajar menerima dengan
sepenuhnya diri kita sendiri walaupun kita tidak
sempurna
 Sebahagian besar daripada gangguan emosi adalah
akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan
pemikiran kalah diri
 Pemikiran sebegini menyebabkan seseorang individu
suka menyatakan satu perkataan ‘sepatutnya’,
‘seharusnya’ dan ‘semestinya’. Perkataan-perkataan
ini digunakan dengan cara yang mutlak
Matlamat Terapi

 Menunjukkan kepada klien bahawa pemikiran


mereka merupakan punca utama terjadinya
gangguan-gangguan emosi dan tingkah laku
yang dialami oleh klien
 Berusaha kearah satu perubahan falsafah
hidup dan ideologi berpandukan kepada
andaian bahawa masalah emosi dan
perlakuan manusia adalah berpunca
daripada falsafah hidup manusia itu sendiri
 Untuk membantu klien membebaskan dirinya
daripada masalah-masalah yang telah
dinyatakan atau yang tidak diluahkan kepada
terapis
 Merupakan suntikan penyembuhan
pemikiran yang tidak rasional kepada
pemikiran yang rasional
• membetulkan semula falsafah hidup yang salah 
meminimakan pemikiran tidak rasional
• menimbulkan tanggapan yang lebih positif terhadap
peristiwa (dialami/dilihat)
• membentuk perasaan dan perlakuan yang rasional
 individu yang berkembang
- Dapat menerima realiti
- Toleransi tinggi - Melihat peristiwa secara objektif dan
rasional.
- Fleksibiliti tinggi - Positif dan yakin diri.
- Bermatlamat dan berkeyakinan tinggi - AKTIF
PROSES KAUNSELING MENURUT
REBT.
1. Membina Perhubungan (engage client)

• Masih memerlukan syarat-syarat teraputik – ketulenan,


empati, penerimaan tanpa syarat dan hormat (core
conditions of empathy, warmth and respect)
• Tidak begitu mementingkan perhubungan kaunselor klien.
• Menilai dan memerhatikan ‘masalah sekunder’ (secondary
disturbances) seperti; tidak bersemangat, memerlukan
bantuan, atau kerisauan.
• Menunjukkan cara kepada klien tentang langkah awal
untuk memungkinkan perubahan kepadanya dan
meyakinkan bahawa melibatkan diri dalam sesi
memungkinkan klien untuk mencapai matlamat tersebut
(melakukan penstrukturan).
2. Menilai Masalah, Diri dan Situasi
(Assess the problem, person, and situation)

• Mulakan dengan sudut pandangan klien tentang perkara yang


tidak kena pada diri mereka.
• Semak gangguan sekunder dan lihat bagaimana perasaan
klien dalam menghadapi gangguan tersebut.
• Taksirkan perkara-perkara yang mendorong kepada masalah.
• Dapatkan latar belakang personal dan latar belakang sosial
klien.
• Semak faktor-faktor penyebab bukan psikologikal seperti;
keadaan fizikal, perubatan/rawatan, penyalahgunaan bahan,
cara hidup atau faktor-faktor persekitaran.
• Kenalpasti kekacauan klinikal (clinical disorder) semasa atau
yang berkaitan – mengenalpasti kes mental disorder.
3. Membuat “Rational – Emotive Psycho
diagnosis” (4 langkah)

 Mengkategorikan masalah (Categorizing


Problems)
 Mengesan kepercayaan tidak rasional
(Detecting Irrational Beliefs)
 Mengenalpasti masalah utama (Detecting
Major Problem)
 Membentuk Matlamat (Goal setting)
i. Mengkategorikan masalah (Categorizing
Problems)

• Meneroka dan melihat masalah yang dihadapi oleh


klien (external and internal problems).
• Masalah Luaran (external problems)
- Masalah yang timbul daripada interaksi diri dengan
persekitaran – peristiwa yang berlaku dan dilihat
(Activating events) - A
• Masalah Dalaman (internal problems) - Gangguan
emosi dan tingkah laku yang timbul kesan
daripada peristiwa yang berlaku dan dilihat
(Consequences) – C.
ii. Mengenalpasti kepercayaan tidak
rasional (Detecting Irrational Beliefs)

Kepercayaan tidak rasional klien berkisar kepada 4 tema


utama.

 Demanding.
 Awfulizing.
 Discomfort intolerance/ I can’t
stand it.
 Self-rating.
a. Demandingnes

 Tema utama dalam memperlihatkan fikiran tidak rasional


dalam REBT berbanding tiga tema yang lain.
 Ind melihat kejadian/peristiwa secara bersyarat – gunakan
perkataan ‘sepatutnya’ dan/atau ‘semestinya’.
 Kepercayaan bahawa setiap sesuatu itu sama ada
‘sepatutnya/semestinya’ atau ‘tidak sepatutnya/tidak
semestinya’ terjadi atau berlaku sepertimana yang
dipercayai.
 Melibatkan norma peraturan yang mesti dipatuhi – untuk diri
sendiri atau untuk orang lain.
 Cth: Awak sepatutnya…..; Saya tidak sepatutnya dilayan….;
Dia tidak seharusnya buat saya…… dll
b. Awfulizing

 Fenomena/kejadian masa lalu, masa kini dan


masa akan datang – dinilai sebagai sesuatu yang
sangat dahsyat, sangat teruk, dan sangat ngeri.
 Membesar-besarkan kesan/akibat suatu
kejadian/peristiwa sama ada selepas, semasa
atau akan datang.
 Cth:- Inilah perkara paling teruk yang saya tak
pernah jumpa sebelum ni....; Saya meluat sgt
tengok gelagat dia, rasanya tak pernah saya
jumpa orang macam dia sebelum ini.... dll
c. I can’t stand it / discomfort
intolerance

 Tidak dapat menerima sesuatu kejadian atau


peristiwa yang berlaku sama ada pada diri
sendiri (dialami) atau pada org lain (dilihat).
 Fikiran seperti ini sering diiringi dengan tema
demandingness dan awfulizing agar apa yg
berlaku adalah seperti yang dijangka.
 Cth: Aku lebih rela duduk dijamban daripada
daripada berada si sini... eeeekkk.... ; Saya
rela mati berbanding dimadu......; dll
d. People-Rating

 Memberi nilai pada diri sendiri atau orang lain


 Menjatuhkan hukum kepada org lain atau diri
sendiri dari sudut trait, perlakuan dan tindakan
mengikut nilai tara yang diingini.
 Menimbulkan prasangka, labelling, jugement dll
 rendah diri, murung, terlalu mempertahankan
diri (defensivenes), bongkak, bermusuhan, dan
terlalu risau tentang sesuatu.
 Bodoh sangat saya kan…. ; Haprakk betul dia
tu…. Memang jantan keparat…. ; dll
Tiga “KEMESTIAN” (THE THREE BASICS
MUST)
 Aku, engkau dan dunia
1. Saya mesti melakukan yang terbaik dan mendapat
pengiktirafan daripada orang lain terhadap pencapaian
saya. Jika tidak saya bukan orang bagus
2. Orang lain mesti melayan saya dengan bertimbang rasa,
baik seperti saya mahukan. Sekiranya tidak mereka
bukan orang yang bagus dan mereka patut dihukum
3. Saya mesti dapat apa yang saya mahukan, bila saya
mahukannya dan saya mesti tidak dapat apa yang saya
tidak mahu. Sekiranya saya tidak dapat yang saya
mahu, musnahlah saya dan saya tidak mampu
menghadapinya.
Idea Pemikiran Tidak
Rasional
 Saya mesti disayangi dan mendapat
persetujuan oleh orang-orang yang penting
atau signifikan dalam hidup saya
 Saya mesti membuktikan bahawa saya
berkebolehan dan berkemampuan
 Apabila seseorang bertindak secara tidak adil
dan tidak diingini, maka kita harus menyalah
dan mengutuknya serta melihatnya sebagai
seorang yang tidak baik
 Masa lampau adalah penting kerana ia
mempengaruhi hidup kita. Oleh itu ia sentiasa
menentukan perasaan kita hari ini
 Saya harus melihat kehidupan saya sangat teruk
sekiranya saya tidak dapat mencari penyelesaian
yang baik kepada kehidupan realiti
 Saya perlu berpandangan tidak baik sekiranya saya
dikecewakan, disisih atau tidak dilayan secara adil
 Sekiranya satu perkara itu merbahaya dan
menakutkan maka saya mesti memikirkannya dan
risau tentangnya
 Lari daripada masalah dan tanggungjawab lebih
mudah berbanding menghadapinya
 Seseorang itu perlu bergantung kepada individu
lain dalam hidupnya
 Seseorang sepatutnya rasa terganggu dengan
masalahnya sendiri dan terganggu akibat
daripada masalah orang lain
 Rasa tidak bahagia, terganggu adalah akibat
faktor luaran, sehubungan demikian individu
tiada kawalan terhadapnya
iii. Mengenalpasti masalah utama (Detecting
Major Problem)

• Membina perkaitan antara peristiwa yang dialami 


Sistem kepercayaan tidak rasional  kesan emosi
dan perlakuan yang timbul.
• Membuat Rational-emotive Psychoduagnosis -
Kaunselor ‘menunjukkan’ perkaitan A B  C
• Langkah ini juga dikenali sebagai analisis rasional
(rational analysis).
(A) (B) (c)
Activatin Belief Emotional and behavioral
g event consequence

(D) (E) (F)


Disputing effect New feeling
intervention
-kesan( detect)
-hujah (debate)
-singkir
(discriminate)
Cth 1: Rational – Emotive Psychodiagnosis

Activating Event (A) Belief systems (B) Consequences Consequences


(C) - Emotion (C) - Behavior

Suami tidak - Demanding Sedih Murung/


mengucapkan selamat (sepatutnya tak boleh Kecewa mendiamkan
hari jadi lupa/ semestinya dia diri
belikan

Suami tidak membeli - Awfulizing (maklum la Pilu Jalan hentak


hadiah hari jadi saya dah tua/agaknya Sedih kaki/tutup
dia ada orang lain kut Kecewa pintu kuat

- I can’t stand it (aku tak Geram Tak masak/


dapat terima dia ada marah balik rumah
ada orang lain) emak

- Self-rating (jantan tak Marah Hasut anak tak


guna/tak sedar diri dah Geram tegur bapa/cari
tua….) Dendam bf lain
Cth 2: Rational – Emotive Psychodiagnosis
Activating Event (A) Belief systems (B) Consequences Consequences (C) -
(C) - Emotion Behavior

Guru marah tak buat - Demanding (tak Terkilan Buat tak tahu bila
latihan matematik sepatutnya….) marah disoal guru

Guru cubit perut apabila - Awfulizing (tak Marah Melawan guru


disoal buat tak tahu pernah jumpa geram matematik
cikgu seteruk ni…)

Dirotan guru disiplin - I can’t stand it Geram Menulis kata-kata


apabila melawan guru (menyebuk betul marah lucah tentang guru
masuk campur… ) disiplin tandas

Didenda dan dirotan bila -People-rating Marah Bocorkan kereta


didapati menulis kata- (cikgu hempeh…) Geram cikgu
kata lucah Dendam
iv. Membentuk Matlamat (Goal
setting)
• Matlamat kaunseling berdasarkan REBT akan dapat
dibentuk setelah klien menerima konsep A  B  C
• Setelah klien menerima konsep di atas barulah kaunselor
bersama klien berbincang tentang matlamat kaunseling.
• Perhatian utama kaunselor – jika klien ingin mengubah A,
minta klien berfikir apa kuasa yang dia ada utk
mengubahnya.
• Pada ketika ini proses disputation boleh dimulakan –
untuk memberi kesedaran klien bahawa matlamat sesi
adalah mengubah cara dia berpersepsi dan berfikir (B)
terhadap A.
4. Mencabar (Disputation)

• Proses ini boleh dilakukan seiring dengan peringkat ke


3 (Rational – Emotive Psycho diagnosis) iaitu Membuat
analisis rasional (rational-analysis)
- memperlihatkan perkaitan antara A – B – C
• Berhujah tentang kepercayaan tidak rasional (persepsi)
klien – pujukan , propaganda, cabaran, demonstrasi.
• Klien diminta untuk membuktikan apa perlunya dia
berperasaan negatif tentang peristiwa yang dilalui
• mencabar sistem kepercayaan tidak rasional dengan
meminta klien mengeluarkan bukti-bukti.
Contoh Disputation Pemikiran REBT

 KL : Saya tahu semua orang tak sayang saya.


Tak terima saya.
 KS : Jadi, apa yang anda fikirkan ?
 KN : Saya mesti diterima dan di sayangi
oleh orang lain
 KS : Nampaknya semua orang mesti
menyayangi anda
 KN : Memang semua orang mesti
menyayangi saya…………..
 KS : Mestikh anda disayangi oleh
semua orang ?
 KN : Mestiii……………..
 KS : Siapa kata awak mesti disayangi oleh
semua orang ?
 KN : Saya yang kata….
 KS : Siapa awak?
 KN : Saya ni sayalah (dengan nada marah)
 KS : Adakah anda dapat menentukan
bahawa anda boleh disayangi oleh semua
orang?
 KN : Tak semestinya………
 KS : Jadi adakah anda dapat menentukan
bahawa semua orang akan sayang pada
anda ?
 KN : Tidak juga………….
 KS : Jadi, apa yang anda fikirkan?
 KN : Bukan semua orang sayang pada
saya……….tapi saya tidak boleh hidup
tanpa penerimaan orang lain.
 KS : Saya sangat memahami bahawa anda
tidak boleh hidup tanpa penerimaan
orang lain.
 KN : Ya, encik…… saya rasa sangat sedih
sebab ada orang tidak dapat menerima saya
……..
 KS : Jadi, adakah anda akan terus bersedih setelah
mendapati bahawa hanya
beberapa orang tidak dapat menerima anda…
 KN : Mungkin juga……
 KS : Sampai bila anda akan bersedih ?
 KN : Entahlah encik….
 KS : Ertinya di sini anda sanggup menanggung
kesedihan walaupun telah mengetahui kenyataan bahawa
bukan semua orang dapat menyayangi anda
 KN : Tidak juga…… saya mahu gembira setelah
semua orang dapat menerima dan menyayangi saya
 KS : Adakah anda pasti bahawa anda dapat
diterima oleh semua orang ?
 KN : Tidak juga…………
 KS : Maksudnya anda kena membuat dua
pilihan…….. pilihan pertama anda akan terus
bersedih dan merana kerana memikirkan bahawa
semua orang mesti menerima dan menyayangi
anda manakala pilihan kedua anda kena
menerima kenyataan dan redha bahawa anda
ingin disayangi oleh semua orang tetapi tak
semestinya orang akan menerima dan
menyayangi anda sepenuhnya, ertinya ada
orang orang suka dan tidak suka kepada saya.
 KN : Ehmmm………….
 KS : Mana satu pilihan yang anda suka ?
 KN : Jadi ertinya bukan semua orang dapat
menerima saya…….
 KS : Sudah tentu. Sedangkan Nabi Muhammad
s.a.w. sendiripun tidak dapat diterima oleh
semua orang.
 KN : Ertinya saya kena redha bahawa hidup ini
ada orang suka dan tidak suka kepada
saya…..
 KS : Ya…., itulah sebaiknya.
TEKNIK DALAM REBT

• Teknik-teknik Emosi
- Rational-emotive Imagery – memberi gambaran/hayalan
terhadap peristiwa yang menimbulkan emosi negatif.
- Shame attacking - latihan menghilangkan perasaan malu –
melakukan perkara yang menimbulkan perasaan malu secara
beransur-ansur.
- Role-play - main peranan menunjukkan semula perasaan dan
perlakuan negatif klien – kaunselor menunjukkan pemikiran tidak
rasional yang berkaitan.
- Humor – menggunakan kata-kata lucuuntuk merasionalkan
pemikiran tidak rasional klien.
- Rational-analysis – memperlihatkan perkaitan antara A – B – C
Teknik REBT

 Bibliotherapy
 Pragmatic disputes
 Imagery
 Role playing
 Homework assignment

ahmad jazimin 2008


 Perlakuan – menggunakan teknik-teknik
perlakuan.
 i. Pelaziman operan.
 ii. Pelaziman instrumental
 iii. Modelling
 iv. Relaxation.
 v. dll.
D. Peringkat Bekerjasama

• Membina celik akal (Rational-emotive Insight)


- Klien tahu akan sistem kepercayaan tidak
rasionalnya.
- Klien menerima dirinya.
- Sedar – untuk mengatasi masalah – perlu
berusaha mengatasi kepercayaan tidak rasional

• Mengajar pemikiran rasional


• Mewujudkan pemikiran baru
• Peneguhan
 Teknik-teknik Perlakuaan/tingkah laku
- Pelaziman instrumental
- Pelaziman operan
- Modelling

dll
5. Membuat Follow-up

• Sesi kaunseling REBT tidak sekadar berakhir


dengan aliran A – B – C – D – E
• Tetapi perlu juga disertakan dengan langkah F
(Follow-up)
- Membekalkan klien dengan pelbagai
kemahiran generik bersesuaian dengan
masalah klien (Pengurusan Marah/ Pengurusan
Stress/ Latihan Asertif / Strategi belajar/
Komunikasi Interpersonal / Keibubapaan dll
6. RUMUSAN
• REBT tidak begitu mementingkan hubungan antara
kaunselor – klien
• REBT sangat mementingkan aspek kognitif – memerlukan
kemampuan berfikir klien (tidak semua orang mempunyai
kebolehan dan sesuai dengan keupayaan berfikir).
• Kaunselor REBT bersikap agak mengarah (directive) –
dalam usaha untuk menimbulkan celik akal klien dan
aplikasi teknik.
• Penglibatan kaunselor REBT aktif – usaha mencabar,
menunjuk dan berhujah tentang kepercayaan tidak
rasional klien.
• Pengaruhnya meluas – tidak banyak masa digunakan
untuk proses kaunseling.

Anda mungkin juga menyukai