Anda di halaman 1dari 16

Teori Rasional Emotif (Pendekatan Kognitif)

Pengenalan
Diasaskan oleh Albert Ellis pada 1930 di Pittsburg. Beliau merupakan bapa terapi kognitif tingkah laku. Ellis meluaskan teorinya dengan menggunakan konsep tingkah laku dan emosi daripada teori tingkah laku. Beliau mempercayai bahawa manusia sering mengalami gangguan emosi hasil pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional. Ellis mengaplikasi pendekatan kognitif tingkah laku ini bagi mengatasi masalahnya yang malu bergaul dengan wanita dan takut bercakap di khalayak ramai.

Konsep-konsep Asas RET


1. Fikiran, emosi dan tingkah laku manusia adalah saling berkaitan. Fikiran manusia akan membina perasaan dan tingkah laku. Perasaan pula akan memberi kesan kepada pemikiran dan tingkah laku manusia. Tindakan turut memberi kesan kepada pemikiran dan perasaan.

2. Manusia mempunyai potensi berfikir secara rasional ataupun sebaliknya. Manusia mampu mencintai, berasa gembira, bergaul dengan orang lain untuk mencapai kesempurnaan diri sendiri. Manusia juga mempunyai potensi untuk merosakkan diri sendiri, kepercayaan yang tidak benar, suka menangguh kerja dan tingkah laku yang boleh menghalang perkembangan diri sendiri.

3. Manusia adalah unik tetapi apabila kepercayaan telah diganggu dan mengulangi pada diri sendiri menyebabkan gangguan akan berlaku secara berterusan. Manusia berupaya menukar pemikiran, emosi dan tingkah lakunya dengan memilih tindak balas yang berbeza. Manusia yang menggunakan pemikiran rasional dan tingkah laku rasional akan membebaskan mereka daripada fikiran yang tidak rasional untuk berasa selesa dalam kehidupannya.

11 Pemikiran yang Tidak Rasional


1. Sangat memerlukan kasih sayang daripada orang yang signifikan. 2. Jika seseorang berasa dirinya berguna, dia harus lengkap, cekap dan berjaya dalam semua bidang. 3. Sebahagian daripada kita adalah jahat dan bersifat kejam serta mereka ini seharusnya dihukum. 4. Perkara yang malang sekiranya sesuatu yang diimpikan tidak menjadi. 5. Perasaan tidak bahagia merupakan suatu emosi akibat daripada peristiwa di luar kawalan individu itu sendiri.

6. Jika sesuatu yang berbahaya dan merosakkan individu, kita seharusnya sentiasa mengambil berat dan memikirkannya. 7. Melarikan diri daripada masalah merupakan jalan terbaik. 8. Kebergantungan kepada orang lain merupakan satu sifat tidak yakin kepada kemampuan diri sendiri. 9. Peristiwa buruk yang lepas tidak dapat mengubah pemikiran yang tidak rasional. 10. Memikirkan masalah orang lain yang bukan tanggungjawab individu itu adalah satu pemikiran yang tidak rasional. 11. Menganggap setiap permasalahanyang timbul mesti ada penyelesaiannya.

Matlamat Kaunseling
Sesi kaunseling yang dijalankan oleh terapis Rasional Emotif Tingkah Laku bermatlamat untuk mengubah pemikiran tidak rasional klien kepada rasional dan menerima setiap yang berlaku dengan seadanya. Terapis akan membantu klien dengan menerangkan kenapa dan bagaimana tingkah laku tidak rasional atau tidak normal itu terjadi. Dalam sesi kaunseling juga penekanan konsep ABCDE diberi perhatian:

A. Peristiwa yang berlaku kepada diri klien. B. Kepercayaan tidak rasional klien yang terbentuk daripada peristiwa yang dialami. C. Emosi terhasil daripada kepercayaan yang tidak rasional. D. Kaedah yang digunakan mahupun cabaran yang akan mengubah emosi yang tidak stabil dan kepercayaan tidak rasional dalam diri klien. E. Lahir emosi yang normal dalam diri klien.

Teknik-teknik RET
a) Kaedah Kognitif 1. Mempertikai idea yang tidak rasional. Terapis akan bertanya soalan untuk mencabar idea klien yang tidak rasional. Contohnya, Apakah pernyataan yang mengatakan anda tidak berupaya menghadapi situasi ini? Terapis akan menggunakan perkataan mesti , sepatutnya dan seharusnya untuk menyoal klien supaya klien bertanya soalan kepada dirinya sendiri.

2. Kerja rumah (homework) Kaunselor akan memberi latihan yang akan dilakukan oleh klien dengan sendiri dan pada sesi kaunseling akan datang klien akan membincangkan perkembangan daripada latihan tersebut bersama kaunselor. Langkah ini mendorong klien belajar mengatasi kebimbangan dan mencabar pemikiran yang tidak rasional. Sekiranya latihan yang diberi tidak berkesan, kaunselor akan memberikan latihan lain yang mempunyai motif yang sama untuk membetulkan kognitif yang tidak rasional dalam diri klien.

3. Menukar penggunaan bahasa seseorang. Penggunaan bahasa yang tidak sesuai akan memesongkan proses pemikiran klien. Kaunselor akan memberikan perhatian kepada corak bahasa yang digunakan. Misalnya, sepatutnya dan seharusnya kepada perkataan lebih baik. adalah teruk jika digantikan dengan perkataan kurang selesa sekiranya.

b) Kaedah Emosi 1. Rasional Emotif Imageri (REI) Merupaakn satu bentuk latihan mental untuk membentuk corak eosi klien yang baru (shaping). Kaunselor memberi peluang kepada klien untuk membayangkan dirinya, merasa dan bertingkah laku hasil daripada apa yang klien sedang fikirkan pada waktu tersebut.

2. Main Peranan Menekankan kepada perlakuan klien. Klien dikehendaki mencuba untuk merasai apa yang dia rasa dalam sesuatu situasi. Kaunselor akan mencelah bagi menunjukkan kepada klien apa yang dilakukannya itu sering mengganggu diri dan mencadangkan langkah yang lebih rasional dari yang sebelumnya.

3. Menggunakan Tenaga Penggunaan langkah ini memberi kesedaran kepada klien daripada celik akal intelektual kepada celik akal emosi. Kaunselor akan membantu klien cara klien mengendalikan dialog sesama mereka yang mengandungi kepercayaan tidak rasional serta bagaimana kuasa itu mampu mempertikaikannya.

c) Kaedah Tingkah Laku Kaunselor menggunakan kaedah perubahan dalam tingkah laku. Kaedah yang digunakan termasuk pelaziman operan, desensitisasi bersistem, teknik bertenang, prinsip pengurusan kendiri, latihan asertif dan modeling. Kaunselor akan memberi kerja rumah kepada klien bagi mengatasi kebimbangan dalam diri klien secara perlahanlahan.

Anda mungkin juga menyukai