Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan

Masalah perlakuan seks bebas di kalangan remaja telah lama dibincangkan dan menjadi salah

satu isu sosial penting di negara ini. Pelbagai pihak di setiap lapisan masyarakat memandang isu

ini sebagai satu masalah yang perlu ditangani secara holistic. Ini adalah kerana remaja

merupakan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara yang sedia ada. Jika kita tidak dapat

melahirkan generasi akan datang yang berwibawa maka negara akan ketandusan pemimpin yang

berwibawa dan ini boleh mengakibatkan krisis kepada kepimpinan negara. Namun begitu, hasil

kajian-kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik serta pemerhatian masyarakat sendiri

mendapati cabaran dalam menangani masalah ini perlu ditangani bersama secara komprehensif

oleh semua peringkat, bukann hanya tertumpu kepada mana-mana individu atau agensi sahaja.

Ketika di peringkat remaja, manusia mengalami perkembangan fizikal dan emosi yang sangat

ketara. Waktu remaja merupakan titik permulaan kepada kemahuan untuk merasai kebebasan.

Kebebasan yang dimaksudkan adalah dari aspek fizikal dan emosi, yang mana remaja tidak

mahu dikongkong pergerakannya serta pemikirannya.

Kemahuan sedemikian seringkali menjadi punca remaja mudah terpengaruh dengan gejala

negatif yang akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. Pada usia remaja juga kita

akan mengalami perasaan ingin tahu serta kehendak mencuba perkara-perkara baru dalam hidup.

Dorongan perasaan ini jika tidak dibimbing dengan pemikiran yang waras akan menyebabkan

remaja mencuba perkara-perkara negatif walaupun telah mengetahui kesan buruknya sejak awal

lagi. 1Menurut satu laporan yang dibuat mengenai fenomena remaja Malaysia dan seks telah

didedahkan oleh Healthcare Malaysia Sdn Bhd yang dibuat oleh Durex ke atas responden lelaki

dan wanita yang berumur lingkungan 18–30 tahun tanpa mengira bangsa. Dapatan kajian

mendapati bahawa, remaja yang berumur lingkungan 18 hingga 24 tahun paling kerap

melakukan hubungan seks dan melahirkan anak luar nikah. Purata mereka melakukan hubungan

seks sebanyak 121 kali setahun atau tiga kali seminggu.

1
Mohamad Shatar Sabran. (2003). Pengenalan Kepada Masalah Sosial. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia).
Isi 1 : Konflik Keluarga

Institusi keluarga juga turut mempengaruhi berlakunya perlakuan seks bebas dalam kalangan

remaja kini. Keluarga terutamanya ibu bapa seharusnya berperanan dalam memberi didikan

agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Namun demikian, pada hari ini kebanyakan

ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja harian sehinggakan tidak dapat meluangkan masa bersama

anak-anak mereka. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal

anak-anak mereka. Yang paling penting, ibu bapa tahu akan peranan mereka dan mengamalkan

masa yang berkualiti dengan anak- anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk

berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.


2
Interaksi antara manusia dengan persekitaran sosialnya akan menghasilkan perlakuan atau

tingkahlaku sosial tertentu. Tingkah laku individu adalah disebabkan oleh orang lain atau

persekitaran. Persekitaran sosial yang tidak kondusif; misalnya dipenuhi dengan pelbagai anasir

negatif yang bersifat destruktif seperti pelbagai masalah dalam keluarga seperti perbalahan,

pergolakan dalam keluarga, ibu bapa yang tidak bertanggung jawab, kemiskinan, perpecahan dan

perceraian, memberi kesan terhadap tingkah laku remaja. berpotensi tinggi membentuk individu

yang bertingkahlaku bertentangan daripada norma, nilai dan peraturan sosial.

Golongan ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam memberi didikan agama dan

sosial dari kecil lagi kerana ibu bapalah yang bertanggungjawab membentuk sahsiah atau

keperibadian anak-anak mereka. Kekurangan kasih sayang mahupun kebebasan yang keterlaluan

diperolehi daripada keluarga adalah antara faktor mengapa remaja terjebak dalam perlakuan seks

bebas. Ibu bapa bukan sahaja memerlukan ilmu keibubapaan yang tinggi tetapi juga kematangan

fikiran untuk mengasuh, mendidik dan mendisiplinkan anak-anak untuk berhadapan cabaran

dunia Internet. Ketua keluarga memainkan peranan utama dalam membentuk sebuah institusi

keluarga yang harmoni dan berakhlak.

2
Siti Hajar, Noralina, Siti Balqis & Zaiton (2010), Program Pencegahan Berasas Keibubapaan Untuk Bertindakbalas
Dengan Masalah Hamil Luar Nikah, The Malaysia Journal of Social Administration, 9(1): 1-28
Ibu bapa mempunyai peranan kepimpinan yang penting dalam mendekati anak-anak mereka

supaya dapat mewujudkan persefahaman dan komunikasi berkesan. Sekarang, ibu bapa terlalu

sibuk bekerja mengejar kekayaan sehingga anak-anak diabaikan. Berdasarkan yang telah

dilakukan, masalah keruntuhan moral remaja berlaku akibat institusi keluarga semakin rapuh,

hubungan antara anggota keluarga renggang, ketiadaan kasih dan sayang, kurang komunikasi,

tiada pegangan dan pendidikan agama serta sikap ibu bapa yang terlalu mempercayai dan

mengambil mudah pergerakan anak-anak mereka. Kelemahan hubungan keluarga ditambah pula

dengan kemudahan mengakses Internet, jaringan laman-laman sosial, pengaruh televisyen dan

hiburan, tekanan dan pengaruh rakan sebaya, memburukan lagi situasi pada masa kini.

Sikap ibu bapa yang gagal menjalinkan hubungan yang baik dengan anak mereka dalam konteks

sosial kehidupan seharian akan menjelmakan masalah kekecewaan terhadap anak itu dan

mewujudkan tingkah laku negatif dan tekanan psikologikal kepada anak itu sendiri. Dalam

kajian ini, hubungan yang tidak baik yang ditunjukkan oleh ibu bapa telah memberi tekanan

emosi yang mendalam kepada anak remaja yang boleh membawa mereka kepada masalah yang

lebih besar atau negatif. 3Mahmood (1993), menyatakan bahawa tingkah laku negatif dalam

kalangan remaja juga disebabkan oleh konflik dan tekanan psikologikal. Mereka gagal melihat

keluarga adalah satu persekitaran yang sihat dan boleh membahagiakan mereka. Kegagalan

institusi rumah tangga khususnya ibu bapa yang gagal merancang dan mewujudkan situasi

hormoni dalam sesebuah keluarga akan memberi impak yang besar walaupun dilihat dari segi

mata kasar ianya sesuatu perkara yang mudah. Kegagalan institusi rumah tangga telah membawa

berlaku pelbagai keruntuhan moral seperti lari dari rumah, salah laku seks, pelacuran, buang

bayi, vandalisma dan sebagainya.

3
Mahmood Nazar Mohamed. (1993). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd
Isi 2 : Kestabilan Emosi

Golongan remaja ini merupakan golongan yang perlu diberi perhatian dan tidak boleh diabaikan .

Tekanan emosi merupakan salah satu fenomena emosi yang dihadapi oleh remaja dalam proses

perubahan dan perkembangan psikologinya yang perlu ditangani. Remaja yang tertekan

emosinya akan menunjukkan gejala seperti agresif, mudah memberontak, marah yang tidak

dapat dikawal, kemurungan, dan mudah sakit. Mereka mudah berubah emosi dan geraklaku

mereka sering berlaku tanpa sebab tertentu seperti memicit hidung, menggaru, mengusik rambut,

atau suka menconteng kertas di hadapannya. Ledakan marah kadang-kadang diikuti oleh rasa

girang, tangis sedu dan sebagainya.

Emosi yang tidak stabil akan mendatangkan kemudaratan kepada fungsi tubuh badan dan mental

seseorang. Kehidupan sehariannya akan turut terjejas dan dapat menimbulkan masalah kepada

keluarganya sendiri, tempat kerja serta masyarakatnya di mana dia tinggal. Rumahtangga

mungkin akan menjadi kucar kacir, prestasi kerjayanya merosot dan dia menumbang secara tidak

langsung kepada masalah sosial yang memang sedang hangat wujud dalam masyarakat hari ini.

Perubahan daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa merupakan masa yang mengelirukan

remaja kerana golongan remaja ini akan melalui peringkat perubahan diri yang kritikal dari segi

mental dan fizikal.

Pelbagai fenomena ganjil menghujani mental dan fizikal mereka dan golongan remaja yang

menghadapi tekanan ini akan melakukan tindakan-tindakan di luar kawalan. 4Menurut Azizi dan

Rosnah (2007), fenomena ini mungkin berlaku disebabkan remaja yang terlibat ingin meluahkan

perasaan tidak puas hati, ingin membalas dendam dan sebagainya. Selain itu, kurangnya

penghayatan akhlak dalam diri remaja juga boleh mendorong remaja terlibat dalam masalah
5
sosial. Menurut Najati (1993), menyatakan keruntuhan nilai akhlak di dalam sesebuah

masyarakat boleh menjadi ancaman kepada kesejahteraan mental individu.

4
Azizi Yahaya dan Rosnah Buang (2007). Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengsterisme Di Kalangan Remaja Di
Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri. Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Pendidikan.
5
Najati, Muhammad Uthman. (1993). Al-Hadith al-Nabawiy wa ‘Ilmu al-Nafs. Beirut: Dar alSyuruq.
Pada usia remaja mereka akan mula merasakan apa yang mereka lakukan adalah betul dan

mereka tidak mahu dikongkong dalam setiap perkara yang mereka lakukan supaya keinginan

mereka dapat dicapai. Ketika ini mreka akan mula melalui peringkat perkembangan kematangan

dari segi mental, sosial, intelektual dan emosi. Pada usia remaja, mereka mula mempunyai

keinginan kebebasan dalam pelbagai perkara dan pada masa yang sama juga, mereka mengalami

perkembangan fizikal dan mental yang cepat.

Remaja memerlukan kebebasan dalam membuat keputusan yang dapat memenuhi

citarasa mereka. Selain aspek keinginan mencuba sesuatu yang baru dan keinginan kebebasan

dalam setiap perkara yang dilakukan, antara aspek yang mempengaruhi berlakunya masalah

sosial, adalah kerana remaja tersebut inginkan perhatian. 6Zainudin Sharif & Norazmah, ( 2011)

menyatakan bahawa secara umumnya remaja mempunyai jiwa yang sensitif. Mereka sentiasa

ingin dibelai dan diberi perhatian dalam setiap perkara yang mereka lakukan walaupun

kadangkala ibu bapa merasakan perkara tersebut adalah sesuatu yang biasa dan remeh.

Perlakuan seks bebas banyak mendatangkan kesan buruk sama ada dari sudut jasmani, akhlak,

emosi, sosial dan ekonomi. Akhirnya berlaku gejala sosial lain termasuklah pembuangan bayi,

pengguguran kandungan, pembunuhan seperti yang telah dijelaskan dalam perenggan

sebelumnya. 7Remaja secara lazimnya memiliki perasaan ingin mencuba di samping nafsu yang

tidak terkawal boleh mendorong seseorang itu melakukan seks bebas tanpa memikirkan kesan

buruk perbuatan tersebut remaja terutamanya paling mudah terpengaruh dan sering terdedah

kepada unsur-unsur yang kurang sihat seperti dadah, mengambil minuman keras dan pergaulan

bebas yang menjurus kepada seks bebas.

6
Zainudin Sharif, & Norazmah, M. R. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah
Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Journal of Education Psychology & Counselling, Vol 1 :
115-140.
7
Farahwahida, M. Y., & Norzila, B. S. (2011). Persepsi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam Terhadap Amalan
Seks. Journal of Education Psychology & Counselling, Vol 1 : 94-114.
Cadangan

Semua pihak perlu memandang serius akan perkembangan masalah sosial ini keana

perkembangannya dalam masyarakat boleh mempengaruhi aspirasi pembangunan negara pada

masa depan. Ini kerana sebilangan besar yang terlibat dalam masalah sosial ini terdiri daripada

golongan muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinand an pemerintahan negara kita pada

masa depan. Tanpa komitmen daripada semua pihak dan langkah penguaktkuasaan susulan,

golongan ini akan mudah hanyut dan terjerumus ke dalam kancah masalah lain yang seterusnya

boleh menggugat pencapaian pembangunan negara pada masa depan. Pemantauan dan

penguatkuasaan undang-undang adalah penting dalam membendung masalah sosial yang

berlaku.

Pengenalpastian faktor risiko bagi kejadian masalah sosial memerlukan kerjasama bersungguh-

sunggh daripada semua pihak. Masalah tidak akan selesai sekiranya setiap pihak saling lepas

tangan dan mengabaikan tugas yang dipertanggungjawabkan keatas mereka. Oleh itu ibu bapa,

pihak sekolah, masyarakat dan kerajaan mestilah gigih mengenalpasti keadaan berisiko ‘the roots

of the problem’ dan menggunakan alternatif yang terbaik bagi menyekat percambahan keadaan

berisiko yang boleh menyumbang kepada kejadian masalah sosial. Asas kepada pembasmian

keaadaan berisiko adalah dengan menggunakan pendekatan pendidikan.

Dalam konteks ini, aspek pendidikan akan menjadi faktor protektif yang boleh membantu

memperkukuhkan kepatuhan masyarakat kepada undang-undang, peraturan dan norma-norma

sosial dan seterusnya melindungi masyarakat daripada terlibat dalam salah laku yang tidak

diingini. Pendidikan yang sempurna adalah pendidikan yang mampu mengembangkan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani , intelek, dan sosial. Sekiranya individu dalam masyarakat diberikan

didikan yang baik dan sempurna maka lahirlah kelompok masyarakat yang berilmu pengetahuan,
berktrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Masalah sosial wujud sekiranya perubahan sosial menghakis faktor proaktif dan banyak

mencetuskan faktor risiko. Beberapa cadangan telah dikenalpasti untuk menangani masalah

perlakuan seks bebas di kalangan remaja. Antaranya ialah;

Hubungan Berkualiti Remaja Dan Keluarga

Remaja perlu mengimbangkan keperluan emosi diri seperti perasaan ingin tahu dan kehendak

untuk berpasangan dengan matlamat hidup iaitu untuk berjaya dalam pelajaran dan mencapai

cita-cita yang disemat sejak kecil lagi. Oleh yang demikian, remaja amat memerlukan hubungan

yang berkualiti dan dipercayai dengan ahli keluarga dan guru-guru. Apabila hubungan tersebut

dapat disemai maka remaja akan memilih untuk berkongsi setiap suka dan dukanya serta tidak

memerlukan individu lain bagi mengisi kekosongan emosinya.

Pemilihan Rakan Sebaya

Sesuai dengan sifat ingin tahu yang tinggi serta gemar untuk berkawan, sudah tentulah remaja

akan mudah didampingi oleh ramai rakan-rakan tanpa mengira peringkat usia. Adalah penting

bagi seorang remaja untuk memilih rakan-rakan yang baik untuk menjadikan diri sendiri menjadi

lebih baik. Rakan yang baik akan mengajak remaja untuk belajar bersungguh-sungguh supaya

berjaya dalam pelajaran, mendengar nasihat ibubapa serta menjadikan guru-guru sebagai idola

untuk maju dalam kehidupan. Rakan yang tidak baik pula mendorong remaja untuk mencuba

perkara-perkara yang negatif serta tidak mengendahkan nasihat ibubapa dan guru-guru. Rakan

yang tidak baik juga akan memperkenalkan remaja dengan orang lain tanpa arah tujuan yang

khusus serta sering mengajak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.


Jauhi Dari Berpasangan Ketika Ini

Pada peringkat remaja, perkembangan fisiologi, emosi dan seksual adalah seiring dan secara

tidak langsung menyebabkan wujud perasaan ingin berpasangan. Namun begitu, perlu difahami

oleh remaja bahawa pada usia ini tumpuan diperlukan untuk pelajaran bagi memastikan peluang

yang lebih baik di masa hadapan. Sebagai individu yang masih muda, remaja tidak mampu untuk

melakukan pelbagai perkara besar dalam satu-satu masa. Sebagai contoh, mempunyai teman

wanita atau teman lelaki akan menyebabkan pemikiran remaja banyak tertumpu kepada

hubungan tersebut, sekaligus mengurangkan tumpuan kepada pelajaran. Selain itu, dibimbangi

juga hubungan tersebut sampai ke peringkat yang melampaui batas pergaulan seperti hubungan

seks luar nikah serta mengandung.

Menyediakan Jadual Waktu

Mengatur masa dengan baik merupakan kunci kepada kejayaan. Tidak kira samada individu

tersebut masih di peringkat bayi, kanak-kanak, remaja atau dewasa pembahagian masa sangat

membantu kita untuk mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental dan emosi. Remaja yang

dapat mengatur masa dengan baik akan mendahulukan perkara-perkara yang penting dan

mengenepikan perkara-perkara yang kurang penting. Pengaturan masa secara bertulis dapat

memastikan remaja mengenalpasti adakah aktiviti yang dijalankan setiap hari berfaedah atau

tidak serta jangkamasa yang diambil untuk setiap aktiviti tersebut. Secara tidak langsung remaja

akan mengetahui apakah aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk dilakukan tidak kira samada di

hari persekolahan atau hari cuti, dan akhirnya mengeluarkan aktiviti yang tidak berfaedah

daripada jadual waktu tersebut.


Kawalan Terhadap Media Sosial dan Alatan Teknologi

Aspek ini memerlukan kerjasama yang padu di antara remaja sendiri, keluarga, sekolah,

masyarakat serta pentadbiran negara. Seperti yang diketahui, dunia tanpa sempadan pada hari ini

menyebabkan semua maklumat yang tidak ditapis mampu sampai kepada pengetahuan remaja.

Nilai etika, moral, budaya serta ideologi perlu ditapis sendiri oleh remaja sedangkan pengetahuan

mereka adalah terbatas dan kemahuan untuk meneroka perkara-perkara baru adalah sangat

tinggi. Oleh yang demikian, kawalan terhadap maklumat yang boleh diakses oleh remaja amat

perlu. Sebagai ibubapa dan guru, peranan sebagai individu yang terdekat dengan remaja perlu

digunakan sebaik mungkin untuk menerapkan kesedaran kepada remaja untuk menjauhi portal-

portal media yang memberi pengaruh negatif kepada fikiran dan emosi

Anda mungkin juga menyukai