Anda di halaman 1dari 10

1.

Pengenalan

Keadaan semasa dan trend dalam masyarakat semakin mencabar keutuhan institusi

perkahwinan dan kekeluargaan. Ia secara langsung atau tidak disedari sedikit sebanyak

mempengaruhi kualiti perhubungan suami isteri. Perubahan konteks dan susunan

masyarakat dunia telah mencetuskan kepelbagaian dalam hidup berkeluarga. Pola dan

jangkaan perkahwinan telah berubah, fungsi & bentuk keluarga semakin mengelirukan

serta corak perhubungan intim menjadi semakin kompleks. Di Malaysia, kerapuhan &

kepincangan institusi keluarga semakin bertambah & membimbangkan. Kebanyakan

masalah pada hari ini berpunca daripada kepincangan keluarga & struktur masyarakat itu

sendiri. Kebanyakan masalah hari ini disebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan &

kemasyarakatan. Dalam memperkatakan isu kekeluargaan pada masa kini sangat luas.

Pelbagai isu dapat dilihat dalam situasi sekarang sehingga memberi kesan yang besar

dalam proses pembinaan sesebuah keluarga dan Negara khususnya.

Antaranya ialah isu pengabaian nafkah kepada isteri dan anak-anak. Seramai 12,300

suami ingkar membayar nafkah kepada isteri. Factor kecurangan juga memainkan

peranan penting dalam usaha merosakkan hubungan dalam keluarga. Kecurangan

bermaksud perbuatan seseorang suami atau isteri dalam bentuk menjaling hubungan

secara diam-diam dengan seseorang di luar perkahwinan dengan alasan untuk

memperolehi perlakukan atau cinta dari orang lain yang bukan pasangan sahnya. Menurut

Asnawi (2002) berlakunya kecurangan adalah disebabkan kehilangan ghairah untuk

berhubung rapat dengan suami atau isteri, adanya kekerasan dalam keluarga , sarana

untuk membalas dendam, suami tidak mampu memberi keturunan, gangguan seksual

pada suami, mencari variasi hubungan seksual dan adanya masalah ekonomi.

1
Selain daripada isu kekeluargaan, isu melibatkan seksualiti juga menjadi elemen penting

di dalam institusi kekeluargaan. Seksualiti dapat didefinisikan sebagai sesuatu perasaan

melibatkan kefahaman diri terhadap emosi dan respon seksual seseorang (Khadijah

Rohani Mohd. Yunus, 2008). Perasaan ini merangkumi aspek perkembangan manusia

yang bersifat multi dimensi dan komprehensif, iaitu selain mengenai fungsi anatomi,

fisiologi dan biokimia sistem respons seksual manusia, seksualiti juga merangkumi aspek

kognitif (kemahiran asertif, berkebolehan membuat keputusan bijak dan seterusnya

bertanggungjawab terhadap keputusan tersebut), afektif (perasaan kemesraan, diterima,

disayangi, disukai dan rasa dihargai yang resiprokal antara dua insan), dan tingkah laku

manusia seperti membina hubungan interpersonal yang sihat dan berkemahiran

komunikasi yang efektif.

Perbincangan mengenai seksualiti tidak seharusnya dihadkan kepada kategori individu

tertentu sahaja.Couwenhoven (2001) mengatakan semua orang adalah makhluk seksual.

Ini bermakna murid bermasalah pembelajaran turut tidak terkecuali daripada mengalami

perkembangan seksual seperti orang lain. Kellogg (2009) berpendapat faktor-faktor

seperti masalah dari segi penguasaan kemahiran sosial, tidak mengetahui had-had

personal yang dibenarkan, kesukaran mengawal tenaga dalaman dan tidak mengetahui

perkara-perkara tidak sesuai yang boleh menimbulkan ketidakselesaan orang lain telah

menyebabkan murid bermasalah pembelajaran menunjukkan masalah tingkah laku

seksual dan akhirnya menjadi mangsa kepada masalah tersebut. Masalah tingkah laku

seksual merupakan tingkah laku yang tidak sesuai dari segi perkembangan, bersifat

peribadi dan mengganggu serta kasar pada pandangan orang lain (Kellogg, 2009).

2
2. Anggapan Biasa Filem American Beauty

Filem pertama karya Sam Mendes ini boleh dikatakan adalah salah satu filem yang

sangat sempurna , baik dari segi jalan cerita, suntingan, pelakon, muzik latar dan

sebagainya. Maka tidak hairan, filem ini mendapat lima anugerah OSCAR sekaligus di

dalam festival filem yang sangat berprestij ini. American Beauty menceritakan tentang

kisah keluarga kelas atasan di Amerika yang mempunyai konflik dalam seperti yang

ditunjukan oleh watak-watak lakonan di dalam filem ini iaitu Lester Burnham dilakonkan

oleh Kevin Spacey, Carolyn Burnham dilakonkan oleh Annette Bening dan Jane

Burnham dilakonkan oleh Thora Birch. Dalam kehidupan rakyat Amerika kelas atas

dapat dicirikan dengan memiliki rumah mewah dengan laman yang luas, kereta, dan

pekerjaan yang stabil.

Punca tercetusnya konflik di dalam keharmonian keluarga mereka disebabkan kurangnya

interaksi diantara anggota keluarga seperti yang ditunjukan oleh watak Lester dan

Carolyn. Mereka dilihat memiliki ego mereka sendiri dan tidak ada yang mahu mengalah

dengan ego masing-masing . Maka tidak hairan bila Jane yang masih remaja dan masih

memerlukan perhatian menjadi mangsa kepada keegoan mereka. Kekuatan filem ini

diterajui oleh watak Lester yang dilakonkan oleh Kevin Spacey. Watak Lester

digambarkan sebagai bapa yang tidak berupaya di dalam keluarga dan juga kariernya.

Isterinya, Carolyn, dan anaknya Jane, benar-benar merasakan bahawa Lester tidak

berguna sebagai seorang suami dan seorang ayah. Imej itu menjadi semakin buruk

apabila Lester mula berkenalan dengan kawan sekolah anakya iaitu Angela Hayes yang

dialakonkan oleh Mena Suvar).

3
Pada ketika itu Lester dilihat seolah-olah terpaku dan dia tidak dapat berhenti untuk

melihat wajah cantik Angela yang membuatkan isteri dan anaknya merasakan iri hati

dengan tidakan yang dibuat oleh Lester. Selain dari Lester, dalam kehidupan Carolyn

sebagai perunding hartanah turut mengalami pelbagai konflik. Beliau dilihat sudah

beberapa kali gagal dalam percubaan untuk menjual sebuah rumah dan itu

menjadikannya sangat tertekan. Beliau juga dilihat sangat cemburu dengan pesaiangnya

di dalam bidang hartanah yang merupakan seorang lelaki yang juga seorang perunding

tetapi dilihat lebih berjaya daripada dirinya sendiri. Pada ketika itu Carolyn berjaya untuk

bertemu lelaki itu untuk belajar bagaiman teknik-teknik untuk membuat jualan dan

berbincang kaedah-kaedah menarik untuk membuat jualan. Namu daripa keakaraban ini

Carolyn telah terjebak dengan dengan kecurangan apabila beliau mula memiliki perasaan

terhadap rakan beliau. Beliau telah membuat hubungan sulit dengan lelaki tersebut tanpa

pengetahuan suaminya Lester.

Kemudian, kita juga akan melihat kehidupan remaja perempuan bernama Jane yang tidak

mahu menonjol dan kelihatan cantik ketika berada di kawasan sekolah. Jane seorang

budak perempuan yang hidup dalam suasana awal remaja dan ini menyebakan Jane masih

keliru walaupun tidak seperti keluarganya. Bagaimanapun, pasangan suami isteri Lester

dan carolyn menerima tetamu yang tidak diundang. Secara tiba-tiba muncul seorang

lelaki aneh bernama Ricky Fitts yang juga salah seorang penduduk baru di sebelah rumah

Jane. Ricky benar-benar menyukai Jane, walaupun dia selalu mengeluarkan Kamera

Video beliau dan selalu merakam Jane, sama ada di rumah atau di sekolah. Disebabkan

tindakan Ricky itu Jane member respon kepada Ricky dan pada akhirnya kedua-duanya

kedua-dua watak tersebut saling jatuh cinta.

4
Kehadiran Ricky tidak hanya memberi impak kepada Jane tetapi turut memberikan kesan

kepada bapanya iaitu Lester. Kerana apabila mereka secara tidak sengaja bertemu, Ricky

dengan segera menawarkan Lester sejenis dadah dan menyebabkan Lester berubah. Dari

sini kita menyedari bahawa Ricky adalah pengedar dadah secara kecil-kecilan untuk

mencari sumber pendapatan sampingan. Kemudian, dari sejak itu, Lester selalu

memanggil Ricky ketika dia memerlukan bekalan dadah daripadanya.

Kesan daripada dadah ini telah mengubah kehidupan Lester dan keluarganya. Kerana

bermula saat itu, Lester menjadi lebih berani untuk menluahkan perasaan yang selama ini

terbuku kepada Carolyn dan Jane tentang ketidakadilan mereka melayan lester sebagai

seorang suami dan seorang ayah. Dia kini tidak lagi menjadi seorang pengecut, tetapi

lelaki yang sangat berani malahan begitu berani apabila Lester memutuskan untuk

berhenti kerja dan kembali ke tugas lamanya iaitu sebagai seorang tukang masak

makanan segera. Dia juga mula bersenam dan ini menjadikan tubuhnya lebih berotot

untuk ditunjukan kepada Angela iaitu rakan sekolah anak perempuanya sendiri.

Sebagai penonton filem ini kita semestinya akan merasakan bahawa perbuatan Lester

sebagai seorang suami dan sebagai seorang ayah adalah salah dan kita akan lebih

bersimpati kepada isternya dan juga anaknya dengan kelakuan yang ditunjukan oleh

Lester yang sanggup untuk melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya kepada

Anggela yang juga merupakan rakan sekolah anaknya sendiri. Tetapi pada penamat filem

ini kita akan mula sedar dan akan membuat kita di dalam keadaan serba salah dengan

menyalahkan Lester dari tindakan yang dibuat oleh beliau sebelum ini.

5
Ini adalah kerana pengakhiran cerita ini penonton disajikan dengan kematian Lester yang

memberi makna yang mendalam kepada penonton bahawa kematian itu adalah satu rehat

yang panjang penuh dengan kedamaiaan.

3. Isu Keluarga Dan Seksualiti Di Dalam Filem Ameriacan Beauty

Keluarga merupakan unit asas dalam masyarakat di mana setiap ahli keluarga

menjalankan peranan dan tanggungjawab sendiri serta tanggungjawab bersama, demi

untuk mencapai kesejahteraan dan keharmonian keluarga. Setiap ahli keluarga saling

berinteraksi dan bergantung sesama sendiri dan dengan ahli masyarakat yang lain.

Keluarga Asas (Nuclear Family) merupakan unit keluarga yang paling kecil dan asas.

Keluarga asas terdiri daripada suami, isteri dan anak. Lazimnya adalah bersaiz kecil

sebagai penyambung tradisi dan budaya bagi generasi akan datang. Keluarga Luas

(Extended Family) pula merujuk kepada keluarga asas dan ahli keluarga yang lain yang

mempunyai hubungan darah yang sah. Keluarga luas terdiri daripada ibu, bapa, anak-

anak, datuk, nenek, dan saudara mara.

Lazimnya mereka tinggal dalam rumah yang sama atau berdekatan atau saling

berhubungan. Keluarga jenis ini sering terdiri daripada dua atau lebih generasi. Duvall

(1977) mengemukakan bahwa keluarga adalah sekumpulan orang yang dihubungkan oleh

ikatan perkahwinan, adopsi dan kelahiran, yang bertujuan menciptakan dan

mempertahankan budaya yang umum, meningkatkan perkembangan fisik, mental, emosi,

dan sosial setiap anggota.

6
Menurut Bailon dan Maglaya (1978) mengemukakan bahwa keluarga adalah sebagai dua

atau lebih individu yang berhubungan berdasarkan hubungan darah, ikatan perkawinan,

atau adopsi, hidup dalam satu rumah tangga, berinteraksi satu sama lain dalam

persekitarannya, menciptakan dan mempertahankan suatu budaya (dalam Supartini,

2004). Di dalam filem American Beauty ini terdapat isu yang sangat banyak diperkatakan

dan banyak kajian telah dijalankan berkaitan dengan isu keluarga. Dalam memperkatakan

isu-isu dan cabaran keluarga pada masa kini sangat luas. Pelbagai isu dapat dilihat dalam

situasi sekarang sehingga memberi kesan yang besar dalam proses pembinaan sesebuah

keluarga dan Negara khususnya. Antaranya ialah isu pengabaian nafkah kepada isteri dan

anak-anak. Factor kecurangan juga memainkan peranan penting dalam usaha merosakkan

hubungan dalam keluarga.

Kecurangan bermaksud perbuatan seseorang suami atau isteri dalam bentuk menjaling

hubungan secara diam-diam dengan seseorang di luar perkahwinan dengan alasan untuk

memperolehi perlakukan atau cinta dari orang lain yang bukan pasangan sahnya.

Berlakunya kecurangan adalah disebabkan kehilangan ghairah untuk berhubung rapat

dengan suami atau isteri, adanya kekerasan dalam keluarga , sarana untuk membalas

dendam, suami tidak mampu memberi keturunan, gangguan seksual pada suami, mencari

variasi hubungan seksual dan adanya masalah ekonomi. Selain daripada isu

kekeluargaan, isu melibatkan seksualiti juga menjadi elemen penting di dalam institusi

kekeluargaan.Seksualiti dapat didefinisikan sebagai sesuatu perasaan melibatkan

kefahaman diri terhadap emosi dan respon seksual seseorang.

7
Perasaan ini merangkumi aspek perkembangan manusia yang bersifat multi dimensi dan

komprehensif, iaitu selain mengenai fungsi anatomi, fisiologi dan biokimia sistem

respons seksual manusia, seksualiti juga merangkumi aspek kognitif (kemahiran asertif,

berkebolehan membuat keputusan bijak dan seterusnya bertanggungjawab terhadap

keputusan tersebut), afektif (perasaan kemesraan, diterima, disayangi, disukai dan rasa

dihargai yang resiprokal antara dua insan), dan tingkah laku manusia seperti membina

hubungan interpersonal yang sihat dan berkemahiran komunikasi yang efektif.

8
4. Kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa struktur sesebuah keluarga adalah keseluruhan peraturan

operasi yang diguna-pakai oleh keluarga berkenaan untuk menjalankan fungsi-fungsi

utama yang penting. Ia membentuk kerangka bagi memahami bagaimana sesebuah

keluarga itu diuruskan terutama dalam mengekalkan kestabilan atau melakukan adaptasi

ketika sesuatu perubahan perlu dilakukan. Ini dilakukan dengan mengenal-pasti pola-pola

yang terbentuk akibat perlakuan yang berulang-ulang, konsisten dan berpanjangan Pola-

pola yang dimaksudkan apabila telah terbentuk biasanya amat sukar untuk berubah

kecuali berlaku perbalahan yang menyebabkan ketegangan dimana keadaan tersebut

mengakibatkan sistem keluarga terbabit menjadi tidak stabil seterusnya membolehkan

perubahan boleh berlaku. Memandangkan isu dan masalah keluarga telah meningkat

setiap masa walaupun beberapa aktiviti dan program telah dilaksanakan oleh pihak

kerajaan. Namun begitu untuk meningkatkan lagi keberkesanan bagi mencegah dan

mengurangkan permasalahan dalam sesebuah keluarga dan sekaligus meningkatkan

kualiti keluarga maka perkhidmatan kaunseling keluarga sangat penting harus diberi

perhatian oleh semua pihak.

9
Rujukan

Amir Hasan Dawi. (2007). Pendidikan seks suatu perspektif sosial.Tanjong Malim: Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Asnawi, S. (2002). Teori motivasi. Jakarta. Studia press.

Couwenhoven, T. (2001). Sexuality education: Building on the foundation of healthy attitudes.

Disability Solutions, 4(6): 1- 16.

Dunn, M., & Rea.P. (2006). Current issues, parental concerns and societal biases surrounding the

teaching of sex education to students with developmental disabilities. Sex Education, 3.

Cuskelly, M., & Bryde, R. (2004). Attitudes towards the sexuality of adults with an intellectual

disability: Parents, support staff, and a community sample. Journal of Intellectual &

Developmental Disability, 29(3), 255-264. doi:10.1080/13668250412331285136

Khadijah Rohani Mohd. Yunus. (2008). Pendidikan seks untuk remaja berkeperluan khas

(terencat akal): Satu analisis keperluan.Dlm Nik Aziz Nik Pa & Noraini Idris, Perjuangan

memperkasakan pendidikan di Malaysia: Pengalaman 50 tahun merdeka (ms. 308-335).

Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Kamarul Azmi Jasni, Siti fauziyani Md. Salleh @ Masrom 2007. Pendidikan dan Keluarga

Cemerlang. Skudai. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Sullivan, P., & Knutson, J. F. (2000). Maltreatment And Disabilities: A population based

epidemiological study. Child Abuse & Neglect, 24, 1257-1274.

10

Anda mungkin juga menyukai