Anda di halaman 1dari 17

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kehidupan masyarakat merupakan satu ketaraturan social dimana ia merupakan satu

hubungan yang melibatkan penilaiaan kelakuan individu terhadap tindakan dan perilaku

di dalam masyarakat. Jika terdapat perbezaan perilaku dari individu atau sesuatu perilaku

yang melanggar norma masyarakat atau sesuatu kelakuan yang bercanggah dengan

kehidupan masyarakat ianya dikelaskan sebagai pelakuan abnormal dimana belakunya

percanggahan dan kelakuan yang menyimpang dari masyarakat. Individu yang

berkelakuan tidak normal daripada masyarakat biasa sehingga dilabel sebagai golongan

yang tidak normal di dalam kehidupan masyarakat setempat.

Menurut Mahmood (2010) terdapat sebanyak 32 juta penduduk dunia mengalami

masalah abnormal dan turut dikaitakan dengan masalah jiwa seperti yang dilaporkan oleh

Persatuan Kesihatan Mental Malaysia. Isu transeksual bukanlah satu pekara baru yang

berlaku dalam Negara kita. Dimana sabana hari kita dipaparkan dengan berita di media

massa dan di dada akhbar. Trenseksual dilihat menjadi barah di dalam masyarakat kita

dan pelbagai kata-kata yang kurang enak didengar tentang golongan ini. Isu trenseksual

terutama yang melibatkan golongan lelaki atau perempuan sering mendapat perhatian

oleh masyarakat setempat tentang permasalahan golongan ini. Pelbagai istilah yang

digunakan terhadapa golongan ini seperti mak nyah, pondan, pengkid dan juga tomboy.

1
Pelbagai tomahan dan dan juga kritikan yang dilemparkan terhadap golongan ini dari

masyarakat sehingga membawa pandangan serong oleh masyarakat terhadap golongan

ini. Cemuhan dan pandangan serong seperti ini telah meninggalkan kesan kepada

kehidupan golongan ini dan sekaligus memberikan satu stigma yang buruk terhadap

golongan ini. Istilah transeksual pertama kali muncul dalam penulisan Hirschfeld (1923),

namun istilah ini hanya digunakan secara meluas pada 1950-an (David l. Rowland &

Luca Incrocci, 2008). Istilah ini menerangkan individu tersebut mempunyai keinginan

yang kuat untuk hidup sebagai jantina yang berbeza dengan jantina asal dan juga

berkeinginan untuk menukar jantina supaya dapat menjalani kehidupan yang diinginkan.

Dalam Oxford Dictionary Of Sociology (Gordon Marshall, 1998), turut mendefinisikan

istilah transeksual sebagai individu yang lahir sebagai jantina tertentu, namun ingin

menjadi jantina sebaliknya, ingin menjalani pembedahan menukar jantina dan ingin

hidup sepenuhnya sebagai jantina yang diingini. Istilah dan kriteria transeksual seperti

yang telah dinyatakan ini juga turut digunakan dalam International Statistical

Classification of Diseases and Related Health Problems (ICD-10; World Health

Organization, 1992). Terdapat penulisan yang menyatakan bahawa seseorang individu itu

tidak dikatakan sebagai transeksual sekiranya mereka hanya melakukan pembedahan

pertukaran jantina (Ruth K. Westheimer & Sanford Lopater, 2002). Ini kerana golongan

transeksual yang melakukan pembedahan pertukaran jantina telah lama menjalani hidup

sebagai jantina yang diingini, mereka yakin dan percaya apa yang mereka rasa dan

bagaimana untuk mereka kelihatan.

2
Golongan ini juga tidak merasakan diri mereka sebagai homoseksual, tetapi merasakan

diri mereka merupakan jantina sebaliknya yang terperangkap dalam jantina mereka

sekarang. Dalam kajian-kajian dan penulisan lepas, terdapat pelbagai faktor dikaitkan

dengan pembentukan dan perkembangan transeksual. Noraini Mohd Noor et.al (2005)

menyatakan bahawa faktor penolakan ibu bapa kerana mereka menginginkan jantina anak

yang sebaliknya menyebabkan anak tersebut didedahkan terlalu awal dengan idea

maskuliniti dan feminiti, memakaikan anak dengan pakaian yang berlawanan jantina,

cara anak dibesarkan, peranan ibu bapa yang bertukar di mana ibu memainkan peranan

bapa dan bapa pula sama ada tiada atau amat kurang memainkan peranan beliau dan juga

kurang pengetahuan agama. Pandangan ini cenderung ke arah pengaruh faktor psikologi

dan sosiologi dalam pembentukan dan perkembangan transeksual.

1.2 Permasalahan Kajian

Kecelaruan jantina atau transeksual telah menjadi satu masalah di dalam masyarakat di

dalam Negara ini, ia menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat setempat.

Oleh itu isu tentang transeksual harus diberikan perhatian khusus bagi mengetahui

permasalahan yang berlaku di dalam masyarakat. Isu ini juga turut mendapat pemerhatian

dari peringkat teritinggi pentadbiran apabila berlakunya masalah ini dalam sebuah

masyarakat yang harmoni. Apabila berlakunya masalah kecelaruan jantina kepada

seorang individu, ia akan mula menunjukan tindak balas dengan menyatakan

ketidakselesaan terhadap jantina asal individu tersebut.

3
Kecelaruan identiti jantina di dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental

Disorders Forth Edition-Text Revision diterangkan sebagai pengenalpastian identiti

jantina yang kuat terhadap jantina yang berlawanan 5 dengan jantina yang asal (American

Psychiatric Association, 2000). Individu yang mengalami kecelaruan identiti jantina akan

merasa tidak selesa dengan alat kelamin dan bentuk fizikal mereka. Pandangan

masyarakat merupakan pekara utama di dalam kajian ini dimana ia bagi mengenalpasti

pandangan masyarakat terutama masyarakat yang berada di pinggir Bandar tentang

kehadiran golongan transeksual ini di dalam kehidupan seharian mereka.

Pandanagn yang berbeza mungkin dapat dilihat di kalangan penduduk Bandar dimana

mereka telah didedahkan dengan permasalahna traneksual ini lebih awal dan meluas.

Berbeza dengan masyarakat yang berada di pinggir Bandar dimana berlaku kemungkinan

dimana kurangnya pendedahan terhadap golongan transeksual ini. Kajian ini akan

menilai sejauhmana reaksi masyarakat pinggir Bandar terhadap golongan transeksual ini

dimana golongan ini dianggap golongan yang bercangaah dari kehidupan normal dan

menyimpang dari kehidupan masyarakat. Kajian ini akan dilakukan berpandukan

beberapa objektif yang dikenalpasti bagi menilai sejauhmana reaksi masyarakat pinggir

Bandar terhadap kehidupan golongan transeksual.

4
1.3 Persoalan Kajian

Terdapat beberapa persoalan yang timbul dalam kajian ini. Persoalan kajian wujud dari

permasalahan yang telah dinyatakan di dalam kajian.

1. Apakah reaksi masyarakat pinggir Bandar terhadap golongan transeksual?

2. Sejauhmanakah pemahamana masyarakat pinggir Bandar tentang transeksual?

3. Bagaimanakah penerimaaan masyarakat pinggir bandarterhadap golongan

transeksual?

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bagi mengkaji reaksi masyarakat pinggir bandar terhadap isu

transeksual. Kajian ini dilakukan adalah untuk mencapai objektif berikut

a) Menilai reaksi masyarakat pinggir Bandar terhadap transeksual

b) Mengenalpasti kefahaman masyarakat pinggir Bandar terhadap transeksual..

c) Mengkaji penerimaan golongan traseksual dikalangan masyarakat pinggir

Bandar.

5
1.5 Hipotesis

Hipotesis yang diuji dalam kajian ini adalah seperti berikut

Ha1 : Terdapat hubungan yang signifikan antara reaksi masyarakat dengan

transeksual.

Ha2 : Terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman masyarakat dengan

transeksual.

Ha3 : Terdapat hubungan yang signifikan antara penerimaan masyarakat dengan

transeksual.

6
1.6 Definisi Konsep

Terdapat beberapa konsep digunakan oleh penyelidik untuk melakukan kajian berkaitan

dengan isu yang dikaji. Beberapa definisi perlu diberikan penerangan bagi menerangkan

dengan lebih tepat berkaitan dengan kehendak dan keperluan penyelidik di dalam kajian

ini. Antara definisi yang digunapakai ialah seperti berikut :

1.6.1 Masyarakat

Masyarakat adalah sekumpulan individu yang membentuk sebuah sistem yang

berhubungan tetap dan mempunyai kepentingan yang sama. Perkataan

masyarakat adalah terbitan dari bahasa Arab, musyarakah yang membawa maksud

yang lebih luasnya. Manakala menurut Kamus Dewan menyatakan: Masyarakat

ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan

cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan – kumpulan kecil merupakan

anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota

tersebut, khususnya, melalui hubungan bersemuka. Dalam kajian inikumpulan

masyarakat yang terlibat adalah masyarakat yang berada di luar Bandar.

1.6.2 Transeksual

Transeksual boleh didefinisikan sebagai kecelaruan identiti yang mempunyai

anggota kelamin tertentu namun berasa begitu yakin bahawa mereka daripada

jantina sebaliknya. Transeksual menjurus kepada seseorang individu yang

mempunyai keinginan untuk mengamalkan gaya hidup yang bertentangan dengan

fitrah jantinanya.

7
Manakala menurut ajaran Islam, gender manusia lazimnya terbahagi kepada

empat kumpulan iaitu lelaki, perempuan, khunsa dan mukhannis atau

mukhannas. Khunsa secara umumnya bermaksud dwi jantina dan sejak dilahirkan

golongan ini mempunyai status identiti yang bercelaru kerana mereka

dianugerahkan alat kelamin lelaki dan wanita.

1.6.3 Luar Bandar

Menurut jabatan perangkaan Malaysia luar Bandar ditakrifkan sebagai kawasan

yang diwartakan dan mempunyai jumlah penduduk kurang daripada 10,000 orang

serta kawasan yang tidak diwartakan, dikelaskan sebagai luar bandar. Dalam

konteks di Malaysia, petempatan luar bandar adalah dikategorikan kepada lima

kategori iaitu penempatan orang asli, penempatan kampung Melayu tradisional,

kawasan penempatan berkelompok, kampong baru Cina dan kawasan perladangan

milik syarikat-syarikat korporat. Dalam kajian ini definisi luar Bandar yang

mempunyai beberapa ciri seperti latarbelakang masyarakat yang dianggap sedikit

ketinggalan dari sudut pemikiran digunakan untuk melihat reaksi masyarakat luar

Bandar terhadap isu transeksual.

1.6.4 Reaksi

Reaksi ditakrifkan sebagai gerakan atau aksi yang lahir kerana sesuatu pengaruh

yang dipaparkan. Reaksi juga akan mempengaruhi tindakan sesetengah individu

sama ada melibatkan sokongan atau penentangan terhadap sesuatu isu. Dalam

kajian melibatkan isu transeksual in, reaksi masyarakat akan dikaji untuk

mendapatkan hasil samada terdapat penerimaan atau penentangan.

8
1.7 Kajian Lepas

Transeksual

Menurut Haslee Sharil et al. (2014), menyatakan Transeksualism merupakan salah satu

sub-kategori dalam istilah transgender. Transeksualism merupakan kecelaruan identiti di

mana seseorang itu lebih suka untuk menerima, mempamer, hidup dan diterima sebagai

jantina yang berlawanan dengan jantina asal mereka. Terdapat pelbagai terminalogi

digunakan bagi menerangkan individu yang tidak termasuk dalam kumpulan lelaki atau

perempuan. Sebagai contoh, istilah “mak nyah” “bapok”, “pondan”, “darai” dan “bantut”

merupakan antara istilah yang digunakan di Malaysia bagi merujuk kepada lelaki

transeksual. Transeksualiti juga dikenali sebagai gender dysphoria. Gender dysphoria

merupakan kesedihan dan kedukaan yang keterlaluan kerana ketidaksesuaian jantina

biologi dengan peranan jantina yang dimainkan.

Ketidakkongruenan antara diri sebenar dengan diri ideal juga boleh membawa pelbagai

isu dalam kehidupan seseorang seperti kemurungan dan kecelaruan seterusnya memberi

kesan terhadap kesejahteraan psikologi seseorang. Dalam situasi ini, sesuatu perlu

dilakukan bagi mencari jalan terbaik bagi membantu golongan ini agar mereka tidak terus

berada dalam dunia mereka sendiri. Antara pelopor kajian berkaitan gender dysphoria ini

adalah Harry Benjamin, doktor perubatan yang merupakan salah seorang ahli The Society

for The Scientific Study of Sex. Beliau membuat kajian berkaitan transeksual antara

tahun 1938 dan 1953 (Schaefer & Wheeler,1995). Kebanyakan pesakit beliau

menggunakan terma yang sama untuk menerangkan diri mereka sebagai terperangkap

dalam badan jantina lain.

9
Menurut Haslee Sharil et al. (2014), yang merujuk kepada kajian Harry Benjamin (1966)

menyatakan, golongan transeksual amat tidak gembira dengan jantina asal mereka.

Berpakaian seperti jantina sebaliknya hanya sebagai kepuasan sementara sahaja.

Golongan transeksual yang sebenar merasakan mereka adalah berjantina berlawanan

dengan jantina asal mereka. Mereka ingin menjadi dan berfungsi sebagai jantina

sebaliknya, bukan sekadar berpenampilan seperti jantina yang diingini. Bagi mereka, alat

kelamin perlu diubah melalui pembedahan pertukaran jantina. Benjamin juga telah

membahagikan golongan transeksual kepada tiga kumpulan mengikut tahap. Tahap

rendah iaitu kumpulan satu merupakan golongan transeksual yang tidak sedar bahawa

mereka memuaskan keinginan mereka melalui silang pakaian (cross-dressing). Mereka

dikenali sebagai transvetisme.

Golongan transeksual dalam kumpulan dua iaitu tahap sederhana mempunyai keinginan

yang lebih tinggi untuk memuaskan kehendak dan menyeimbangkan emosi mereka. Pada

tahap ini, silang pakaian tidak lagi mampu untuk memuaskan mereka. Mereka bergerak

ke arah beberapa perubahan fizikal khususnya pada bahagian buah dada. Pada tahap ini

mereka mula goyah di antara kepuasan transvetisme dengan kehendak transeksual untuk

melakukan perubahan. Kumpulan ketiga merupakan kumpulan transeksual tahap tinggi

iaitu mereka yang cukup sempurna (full-fledged) sebagai transeksual dan dikenali sebagai

transeksual sebenar (true transsexual). Dalam kajian-kajian dan penulisan lepas, terdapat

pelbagai faktor dikaitkan dengan pembentukan dan perkembangan transeksual. Noraini

10
Mohd Noor et.al (2005) menyatakan bahawa faktor penolakan ibu bapa kerana mereka

menginginkan jantina anak yang sebaliknya menyebabkan anak tersebut didedahkan

terlalu awal dengan idea maskuliniti dan feminiti, memakaikan anak dengan pakaian

yang berlawanan jantina, cara anak dibesarkan, peranan ibu bapa yang bertukar di mana

ibu memainkan peranan bapa dan bapa pula sama ada tiada atau amat kurang memainkan

peranan beliau dan juga kurang pengetahuan agama. Pandangan ini cenderung ke arah

pengaruh faktor psikologi dan sosiologi dalam pembentukan dan perkembangan

transeksual. Hafiz Firdaus Abdullah (2009) juga menyokong kenyataan tersebut di mana

penulis menyatakan faktor peranan ibu bapa, pendidikan seks yang salah, pengalaman

hidup, peranan masyarakat dan salah faham terhadap takdir antara faktor pemikiran

jantina dan seks berlawanan fitrah. Selain itu, terdapat juga kajian yang menyokong

pengaruh aspek sosiologi dalam pembentukan kecelaruan identiti gender di mana

dikatakan lingkungan sosial seseorang itu akan mempengaruhi tingkahlaku seksual

seseorang dan pandangan ini sokong oleh beberapa kajian yang menunjukkan bahawa

pengaruh rakan, media dan kumpulan merangsang ke arah transeksual.

Kehidupan Transeksual

Menurut Amran Hassan et al. (2013) menyatakan norma masyarakat merupakan

keteraturan sosial yang berhubungan dengan penilaian individu terhadap tindakan dan

gagasan melalui perilaku seseorang anggota dalam masyarakat. Jika tingkahlaku

masyarakat tidak mengikut norma atau sesuatu perilaku menyimpang dan bercanggah,

ianya dianggap sebagai perilaku abnormal. Keabnormalan itu dianggap sebagai suatu

yang mengalami simptom-simptom tingkah laku yang bercelaru yang berpunca oleh

sebab-sebab organik atau juga psikologi (Azizi dan Jamaludin, 2007).

11
Abnormal ditakrifkan sebagai tingkah laku yang ditunjukkan atau dialami yang

merupakan masalah bagi dirinya dan orang lain (Azizi dan Jamaludin, 2007). Mereka ini

berkelakuan luar biasa daripada masyarakat dan jauh terpesong daripada kelakuan orang

ramai sehingga dikatakan sebagai golongan tidak normal. Selain itu, is juga dikatakan

sebagai tingkah laku yang tidak berasas sebagai orang yang normal dan dikategorikan

sebagai bercelaru atau 'disorders'. Persatuan Kesihatan Mental Malaysia menganggarkan

sebanyak 32 juta penduduk dunia menghadapi masalah abnormal ini dan mereka semua

dikaitkan dengan permasalahan jiwa (Mahmood, 2010). Isu transeksualiti terutama

melibatkan golongan lelaki lembut atau juga dipanggil `male femailing', 'male efiminet',

'mak nyah', `bapok', 'male transexual' dan pondan' merupakan isu yang hebat melanda di

Malaysia.

Pelbagai andaian, tohmahan, kritikan dan cemuhan telah diberikan terhadap golongan

yang terkategori sebegini sehingga membawa kepada pandangan serong masyarakat.

Pandangan serong ini telah menyusahkan hidup mereka, sekaligus memberikan satu

impak stigma yang buruk dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan (Teh, 2002). Ibu bapa

dan keluarga juga tidak dapat menerima anak mereka jika berkeadaan pelik, lebih-lebih

lagi melibatkan lelaki lembut yang mula terjebak dalam isu transeksual. Cemuhan,

kritikan dan gelaran yang tidak berasas akan mengukuhkan lagi anak-anak atau individu

ini untuk menjadi lebih teruk. Tambahan pula, wujudnya didikan yang terabai dan tidak

memberikan perhatian terhadap kekurangan yang wujud dalam dirinya itu (Rozumah dan

Rumaya, 2002). Keadaan ini menimbulkan perasaan kepada individu seperti rendah diri

dan mengelak untuk berada di khalayak ramai.

12
Perasaan kurang senang dan pendaman akan timbul sehingga menyebabkan din mereka

memberontak secara dalaman. Jimat (2010) mengatakan bahawa seorang lelaki itu

lembut bukan sahaja dari segi tutur kata, malah dalam kehidupan seharian seperti

memakai beg tangan wanita, bersolek, serta sering bercakap tentang kekacakan dan

ketampanan seseorang lelaki yang lain. Mereka dikaitkan dengan golongan yang

termasuk dalam golongan konflik gender, iaitu terdapat sebilangan lelaki sudah tidak

kelihatan seperti lelaki, dan perempuan tidak kelihatan sebagai seorang perempuan

(Amran, 2011). Semua ini menunjukkan bahawa wujudnya konflik gender secara

dalaman hasil daripada pemberontakan perasaan yang dizahirkan secara luaran untuk

menyatakan mereka sebenarnya sedang berkonflik.

13
1.8 Kerangka Kajian

Reaksi Masyarakat Pinggir


Bandar Terhadap Golongan
Transeksual : Satu Kajian Kes Di
Masyarakat Pinggir Kampar, Perak. Reaksi Masyarakat
Bandar 1. Reaksi Masyarakat Terhadap
Transeksual
2. Kefahaman masyarakat tentang
OUTPUT
transeksual
INPUT 3. Penerimaan masyarakat terhadap
golongan transeksual.

PROSES

Rajah 1 : Kerangka Kajian

Kerangka kajian merupakan panduan kepada pengakaji untuk melakukan kajian


berdasarkan topic yang ingin dikaji dan ia melibatkan tiga komponen iaitu input, proses
dan juga output :

Input

komponen input adalah mengenai responden yang ingin dikaji iaitu penduduk pinggir
Bandar Kampar, Perak.

Proses

Menilai reaksi masyarakat terhadap golongan transeksual, mengenalpasti kefahaman


masyarakat pinggir Bandar tentang transeskual dan juga mengkaji penerimaan
masyarakat pinggir Bandar terhadap golongan transeksual.

Output

Output merupakan hasil kajian dan pengumpulan data yang dilakukan dan reaksi

masayrakat pinggir Bandar tentang golongan transeksual akan diketahui.


14
1.9 Metodologi

1.9.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini memberi tumpuan kepada kaedah campuran kuantitatif. Kaedah

kuantitatif digunakan kerana ia sesuai bagi kajian ini yang bertujuan untuk

menerangkan satu-satu fenomena dengan meramalkan skor pada pembolehubah

yang dikaji. Kajian kuantitatif juga sesuai bagi kajian yang mempunyai saiz

sampel yang besar (Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof, 2015). Selain itu,

kajian kuantitatif juga mudah digunakan untuk mengumpul data dan menjimatkan

masa (Looi Theam Choy, 2014). Pada masa yang sama, kajian kualitatif pula

penting dalam kajian ini agar dapatan kajian daripada data kualitatif dapat

digunakan untuk menerangkan dan mengintepretasikan dapatan kajian daripada

data kuantitatif tadi.

1.9.2 Jenis Data

Dalam kajian ini data yang diperolehi adalah berbentuk deskriptif di mana ianya

diperolehi melalui soal selidik dan temubual yang dijalankan. Melalui kaedah ini,

satu set soalan selidik berstruktur telah direka untuk mendapatkan data yang

diperlukan dalam kajian. Selain itu, data turut diperolehi dari bahan pembacaan

melibatkan buku, jurnal, kajian-kajian terdahulu dan juga kajian ilmiah.

15
1.9.3 Populasi dan Sampel

Kajian ini melibatkan responden yang terdiri dari penduduk pinggir Bandar

melibatkan penduduk di Bandar Kampar, perak. Kajian ini melibatkan penduduk

Bandar Kampar kerana bersesuaian dengan kehendak kajian. kerana kajian ini

hanya menumpukan kepada reaksi masyarakat pinggir bandar di sekitar Bandar

kampar, Perak.

1.9.4 Persampelan

Dalam kajian ini seramai 30 orang responden melibatkan lelaki dan perempuan di

sekitar Pekan Kampar, Perak telah dijadikan sebagai sampel kajian. Kajian ini

memerlukan maklumat dari responden dan maklumat ini penting dalam

memberikan hasil kepada kajian ini.

1.9.5 Instrumen Kajian

Instrument kajian dalam kajian melibatkan isu transeksual adalah satu set soalan

temubual dibuat bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan di dalam kajian ini.

Soalan yang dibuat adalah berbentuk terbuka bagi membolehkan responden bebas

memberikan jawapan terhadap soalan yang dikemukakan.

16
1.9.6 Analisis Data

Penyelidik telah menggunakan beberapa strategi dalam meningkatkan kesahan

dan kebolehpercayaan kajian ini. Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

bahasa yang difahami, mahir dan paling selesa digunakan oleh responden semasa

kajian dijalankan. Data yang diperolehi dikumpul dan dianalisis dengan bantuan

Statistical Package for Social Science (SPSS).

1.10 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian akan dapat memberi pendedahan yang bersifat semasa berkaitan

dengan realksi masyarakat pinggir Bandar berkenaan isu transeksual. Kajian ini

dijalankan untuk memerhati reaksi masyarakat terutama masyarakat di pinggir Bandar

atau luar Bandar tentang golongan transeksual. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk

menilai sejauhmana penerimaan dan tentangan oleh masyarakat terutama masyarakat

pinggir Bandar terhadap golongan transeksual Di samping itu, kajian ini adalah untuk

melihat kefahaman dan pemahaman masyarakat luar Bandar tentang masalah yang

dihadapi oleh golongan transeksual itu sendiri. . Kajian ini juga akan membantu pihak-

pihak berkepentingan untuk menilai sejauhmana masalah transeksual ini terjadi dalam

masyarakat setempat dan diharap kajian ini dapat memberikan gambaran yang jelas

reaksi masyarakat untuk pihak berkaitan melakukan pelbagai usaha pencegahan atau

bantuan yang dirasakan perlu.

17

Anda mungkin juga menyukai