Anda di halaman 1dari 5

Pengerusi : Assalamuailaikum dan selamat sejahtera kepada semua ahli panel yang sudi

hadir dalam forum yang dianjurkan. Disebelah kiri saya ini saudara/

saudari…………………………………………… dan disebelah kanan saya pula

saudara/saudari………………………………………..

Pengerusi : Pada hari ini kita berkumpul dalam satu suasana yang harmoni bagi

membincangkan satu topic yang seringkali menjadi bualan dan perbahasan tokoh-tokoh

akademik. Topic yang kita akan bicangkan adalah berkenaan “ Sumbangan Tamadun

Islam Terhadap Perkembangan Tamadun Barat”.

Pengerusi : Tampa berlengah lagi saya mempersilakan ahli panel yang pertama

saudara/saudari……………………………………untuk memulakan perbincangan.

Ahli Panel 1 : (bagi kata-kata aluan). Tamadun islam mula berkembang dengan meluas

selepas peristiwa hijrah Rassullulah s.a.w dari Mekkah ke Madinah. Peristiwa hijrah ini

menjadi titik permulaan dalam perkembangan tamadun Islam. Secara umumnya, sudah

diketahui ramai orang tamadun Islam berkembang lebih awal dari tamadun barat dan

pekara ini turut diperakui oleh sarjana-sarjana barat ketika ini bahawa tamadun Islam

telah melahirkan pelbagai tokoh dalam pelbagai disiplin ilmu melibatkan falsafah,

bahasa, sains dan teknologi pada ketika itu.

Ahli Panel 1 : disini ingin saya tekankan bahawa Semasa tamadun Islam pada abad

Pertengahan berada di dalam kegemilangannya, Barat masih lagi dalam zaman

kegelapannya. Barat ketika itu masih memusuhi sains, dan melihat sains sesuatu yang

bertentangan dengan agama Kristian. Seterusnya saya mempersilakan ahli panel kedua

saudara/saudari…………………………… untuk menjelaskan dengan lebih lanjut

berkaitan topic ini, terima kasih.


Ahli Panel 2 : (bagi kata-kata aluan). Terima kasih kepada saudara……………….

Tamadun Islam pernah berada di puncak kegemilangan ketamadunan dengan kombinasi

kecemerlangan yang dicapai di Timur dan Barat. Di sebelah timur, kemajuan yang

dicapai di Kufah, Baghdad dan Damsyik menjadi titik tolak ke arah melonjakkan

tamadun Islam. Manakala di sebelah barat, kejayaan menguasai Sicily telah membuka

mata dunia. Manakala kejayaan yang dicapai di Andalusia tidak dapat ditandingi pada

waktu tersebut oleh kuasa-kuasa Eropah yang lain.

Ahli panel 2 : Walau bagaimanapun Kejayaan umat Islam tersebut tidak bertahan lama,

terutama di sebelah barat. Ia mengundang rasa iri barat lalu berusaha untuk merampas

kembali tanah barat dari kekuasaan Islam. Kejayaan yang dicapai telah menggamit

kedatangan tentera musuh yang merancang dari awal iaitu semenjak penguasaan Islam di

Andalusia. Seterusnya saya mempersilakan ahli panel ketiga

saudara/saudari…………………………… untuk menjelaskan dengan lebih lanjut

berkaitan tajuk ini, terima kasih.

Ahli panel 3 : (bagi kata-kata aluan). Terima kasih kepada saudara……………….

Bibit-bibit kelemahan pemerintahan kerajaan Islam dan kewujudan wilayah-wilayah kecil

di Andalusia hanya menjadi asbab yang dicari bagi melegalisasikan rampasan semula

oleh pihak Kristian ke atas wilayah Asbania tersebut. Pencapaian masa lampau oleh umat

Islam membanggakan dunia sehingga ke hari ini. Hampir 14 abad Islam menguasai

pentas dunia.

2
Ahli Panel 3 : Pengaliran tamadun islam ke eropah telah berjaya membuka pemikiran

masyarakat barat yang datang ke pulau silicy yang terletak antara selatan itali dengan

benua Afrika untuk menimba ilmu pengetahuan yang dipelopori oleh ilmuan islam.

Akhirnya timbul kesedaran yang membawa kepada tercetusnya zaman peralihan

menyebabkan pemikiran masyarakat barat terbuka luas dan menimbulkan permusuhan

terhadap gereja yang berakhir dengan kejatuhan golongan gereja.

Ahli Panel 3 : Zaman pencerahan bermula dengan revolusi perindustrian perancis yang

membangkitkan pemikiran barat untuk maju dalam bidang sains dan teknologi, sehingga

mendewakan sains moden barat yang berjaya.

Ahli Panel 3: Seterusnya saya mempersilakan ahli panel keempat

saudara/saudari…………………………… untuk menjelaskan dengan lebih lanjut

tentang sumbangan ilmuwan dari tamadun islam, terima kasih.

Ahli Panel 4 : (bagi kata-kata aluan). Terima kasih kepada saudara……………….

Pada tahun 1000 masihi merupakan zaman kegelapan barat, ia disebabkan pemisahan

antara ilmu dengan agama yang dilakukan oleh pihak gereja yang menyebabkan

masyarakatnya menjadi mundur dalam bidang ekonomi, keilmuan dan kerohanian. Pada

zaman kegelapan barat inilah ilmuan Islam tumbuh dan bercambah dan memperkukuhkan

ketamadunnanya.

Ahli Panel 4 : Pengaruh pemikiran Islam ke atas barat bermula dari abad ke-11 sehingga

abad ke-13 dan abad ke-14 Masihi. Pada abad ke-13 masihi,kerajaan Islam Mughal telah

diserang dan dimusnahkan. Ini mengakibatkan banyak khazanah Islam musnah dan

dipindahkan ke dunia barat.

3
Ahli Panel 4 : Pada masa yang sama ini jugalah, dunia barat khususnya Eropah mula

membina tamadun mereka dengan menggunakan ilmu yang diasaskan oleh sarjana Islam.

Dalam kepesatan pembangunan tamadun Barat, beberapa bidang ilmu yang banyak

disumbangkan oleh tamadun islam terhadap tamadun barat, dimana banyak para ilmuwan

barat mempelajari ilmu berkaitan dengan sains Perubatan, sains kimia, sains botani, sains

fizik, astronomi, matematik, kejuruteraan, falsafah dan juga kemasyarakatan.

Ahli Panel 4 : Di antara sarjana Islam yang terkenal dalam bidang sains ialah Ibnu Sina.

Kemashuran beliau dalam bidang sains melangkaui dunia Islam. Eropah mendapat

pengetahuan ilmu sains menerusi kehebatan ilmu Ibnu Sina. Buku karangannya ‘Al

Qanun fi al-Tibb’ telah diterbitkan di rom pada tahun 1593 dan dialihbahasakan kedalam

bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine.

Pengerusi : Terima kasih kepada semua ahli panel. Begitu menarik pendapat yang

dikemukakan pada hari ini berkenaan sumbangan tamadun islam tehadap perkembangan

tamadun di barat.

Pengerusi : secara kesimpulanya dari apa yang saya perhatikan dalam perbincangan kita

pada hari ini, Penghijrahan sarjana barat ke negara Islam dan aktiviti penterjemahan yang

dijalankan oleh sarjana barat merupakan fasa pertama pemindahan pemikiran tamadun

Islam ke tamadun barat.

4
Pengerusi : Pada hari ini ramai yang baru menyedari bahawa banyak percangahan fakta

sebenar yang berlaku mengenai kegemilangan tamadun Islam. Ini menyebabkan ramai

orang Islam menggangap bahawa Barat adalah destinasi terpenting mereka dalam

mencari ilmu pengetahuan, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Sedangkan

ilmu sebenarnya terkandung di dalam Al-Quran dan Sarjana Islam dulunya menggangap

mencari dan mengkaji ilmu bukanlah kerana nama tetapi merupakan tanggungjawab yang

berat dipikul sebagai hamba Allah.

Pengerusi ; sekian saja dari kami dalam membicarakan topic yang sanggat menarik

untuk dikupas. Diharap kita dapat bertemu lagi di dalam waktu yang lain. Semoga

perbincangan ini dapat member pendedahan kepada anda semua. Seseungguhnya yang

baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datangya dari kami. Segalah salah dan silap,

terkasar bahasa saya dahulukan dengan ucapan maaf dan berjumpa kita lagi di masa yang

akan datang. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai