Anda di halaman 1dari 5

Perancangan Akademik

JKA 513
INDUSTRIALISASI
DAN
PERUBAHAN SOSIAL

Sidang Akademik 2017/2018


Sidang Video/WEBEX Tarikh Masa

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
(Tarikh dan masa kelas sidang video.WEBEX perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual
Sidang Video Sidang Akademik 2017/2018 yang telah dihantar kepada pelajar)
JKA513/4

JKA 513 INDUSTRIALISASI DAN PERUBAHAN SOSIAL

Pengenalan

Proses industrialisasi merupakan salah satu faktor utama yang membawa kepada perubahan
masyarakat sejak ia bermula dalam pertengahan kurun yang ke-18 di Eropah. Proses ini telah
mengubah banyak struktur asas masyarakat yang mengalami industrialisasi. Perubahan ini
termasuk perubahan ekonomi, politik, teknologi, sosial dan aspek-aspek lain yang berkaitan
dengan mereka. Oleh yang demikian, adalah penting untuk pelajar antropologi-sosiologi
mempelajari dan memahami industrialisasi dan kesannya terhadap interaksi sosial dan budaya
dalam masyarakat yang telah atau sedang mengalami industrialisasi.

Hasil Pembelajaran

Kursus ini bertujuan membolehkan pelajar meninjau dan memahami proses industrialisasi dan
kesannya terhadap kehidupan bermasyarakat secara ilmiah. Pelajar akan diperkenalkan
kepada pelbagai teori dan konsep asas kajian industrialisasi untuk memahami perubahan sosial
yang dibawanya secara sistematik, rasional dan kritis. Pelajar juga akan diperkenalkan kepada
pelbagai isu social yang penting dalam proses industrialisasi. Selepas mengikuti kursus ini,
pelajar diharapkan akan dapat:

 Mengenal pasti teori-teori dan konsep-konsep industrialisasi dan perubahan sosial;


 Menghuraikan isu-isu perubahan sosial akibat daripada industrialisasi dalam negara
membangun dengan teori-teori dan konsep-konsep tersebut;
 Menganalisis implikasi perubahan sosial akibat industrialisasi.

Bacaan Wajib & Rujukan Tambahan

Bacaan Wajib:

1. Empat jilid e-Module JKA513 (JKA415).

Rujukan Tambahan:

2. Elmhirst, B., & Saptari, R. (Eds.). (2004). Labour in Southeast Asia: Local processes in a
globalised world. Retrieved from https://ebookcentral.proquest.com
https://ebookcentral.proquest.com/lib/unisains-ebooks/detail.action?docID=200894

3. Andersson, M., & Gunnarsson, C. (Eds.). (2003). Development and structural change in
asia-pacific: Globalising miracles or the end of a model? Retrieved from
https://ebookcentral.proquest.com
https://ebookcentral.proquest.com/lib/unisains-ebooks/detail.action?docID=180904
Baca Bab 6, 7, 8, 9 & 10.

Rujukan tambahan lain akan diberikan dalam portal e-Learning.

- 1 -
JKA513/4

Struktur Kursus

No. Topik Bacaan Wajib

SIDANG VIDEO/WEBEX 1, 2 & 3 (Sep 2017 – Jan 2018)

1 Pengenalan -

2 Perkembangan Industrialisasi Modul 1. Pelajaran 1

3 Pendekatan untuk Memahami Industrialisasi Modul 1. Pelajaran 2

*SIDANG WEBEX 4, 5, 6 & 7

4 Industrialisasi di Negara-negara Membangun Modul 1. Pelajaran 3 & 4

5 Industrialisasi dan Permodenan -

6 Perubahan Social: Migrasi Modul 2. Pelajaran 1

7 Perubahan Social: Perbandaran** Modul 2. Pelajaran 2

PEPERIKSAAN BERTERUSAN
TARIKH TUTUP PENGHANTARAN TUGASAN: 10 Jan 2018

SIDANG VIDEO/WEBEX 8, 9 & 10 (Mac – Mei 2018)

8 Perubahan Social: Kekeluargaan Modul 2. Pelajaran 3

9 Perubahan Social: Peranan Wanita*** Modul 2. Pelajaran 4

10 Revolusi Industri Keempat -

PEPERIKSAAN AKHIR: Jun 2018

* Kelas bersemuka semasa Kursus Intensif dibatalkan dan akan digantikan dengan 4
Sidang Webex. Sila rujuk pengumuman terkini.
** Skop PB termasuk Topik 7.
**** Skop PA termasuk Topik 9.

Penilaian

Pelajar akan dinilai menerusi kerja kursus dalam bentuk Tugasan dan Peperiksaan Berterusan
(PB) dan juga Peperiksaan Akhir (PA). Format dan sumbangan markah kerja kursus dan
peperiksaan ialah seperti berikut:

Tugasan (rujuk Lampiran 1) : 20%


Peperiksaan Berterusan (soalan esei) : 20%
Peperiksaan Akhir (soalan esei) : 60%

- 2 -
JKA513/4

Portal e-Learning

Pelajar diwajibkan mengikuti perkembangan kursus melalui portal e-Learning rasmi JKA 513.

Pelajar juga boleh mengikuti kumpulan Facebook JKA 513 untuk perbincangan dan maklumat
terkini, walau bagaimanapun, portal rasmi e-Learning mesti dirujuk.

Pautan kumpulan JKA 513: https://www.facebook.com/groups/117869875534355/

Pengurus Kursus

Nama: Dr Chua Hang Kuen

Pejabat: Bilik 155


Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang

E-mel: hkchua@usm.my

Facebook: https://www.facebook.com/hkchua70000

No. Telefon (P) : 04-653 4568

- 3 -
JKA513/4

Lampiran 1: Arahan Tugasan (20%)

Bentuk tugasan: Berkumpulan (2 atau 3 orang)

Tarikh tutup tugasan: mesti sampai di Pejabat Am pada/sebelum 10 Jan 2018


(2% akan dipotong dari markah akhir setiap hari lewat selepas
tarikh tutup)

Bilangan muka: 8 muka surat (teks utama sahaja, tidak termasuk senarai rujukan)
mengikut format di bawah.

Format: Guna kertas A4; margin kiri 1.0” dan margin lain 0.5”;
Font Arial, saiz 11pt, perenggan justify dan 1.5 spacing.
Jarakkan setiap perenggan.

Format rujukan: APA style. Masukkan nombor muka surat untuk rujukan dalam
teks, contoh: (Ritzer, 2008: 12)

[Amaran: Pelajar yang didapati menjiplak akan diberi kosong markah]

Arahan:

1. Pilih salah satu bab/topik (KECUALI Bab 1, 2, 3, 5, 9 & 14) dari e-book:

Elmhirst, B., & Saptari, R. (Eds.). (2004). Labour in Southeast Asia: Local processes in a
globalised world.
https://ebookcentral.proquest.com/lib/unisains-ebooks/detail.action?docID=200894

2. Dengan merujuk kepada bab/topik pilihan, anda dikehendaki mencari maklumat berkenaan
topik tersebut untuk Malaysia. Contoh: Bab 4 berkenaan dengan kesatuan sekerja di
Vietnam, maka anda perlu cari maklumat tentang kesatuan sekerja di Malaysia.

3. Kemudian, anda perlu membandingkan keadaan Malaysia dengan negara Asia Tenggara
dalam bab/topik pilihan dan menerangkan mengapa keadaan di negara tersebut berbeza
daripada keadaan di Malaysia. Contoh: Untuk pilihan Bab 4, anda perlu bandingkan
keadaan kesatuan sekerja di Vietnam dengan Malaysia, dan terangkan mengapa keadaan
kesatuan sekerja Vietname berbeza daripada Malaysia.

4. Pastikan rujukan dalam teks dilengkapi dengan muka surat rujukan, dan guna format APA
yang betul.

- 4 -

Anda mungkin juga menyukai