Anda di halaman 1dari 6

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOLEJ PERNIAGAAN
PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

TUGASAN INDIVIDU (15% Markah)

PENDAHULUAN

Tujuan tugasan ini adalah untuk menyedarkan dan melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan
tentang senario dan persekitaran keusahawanan di Malaysia pada masa kini. Tambahan pula, tugasan
ini akan meyakinkan pelajar keluar ke dunia nyata perniagaan dengan pengumpulan maklumat melalui
jaringan keusahawanan, pencarian maklumat dari Internet, kemahiran temu duga dan sebagainya.

GARIS PANDUAN UNTUK PELAJAR

1. Anda dikehendaki memilih SALAH SATU SOALAN yang diberikan.

2. Pelajar diminta untuk mendaftarkan soalan pilihan masing-masing dengan pensyarah melalui email
ataupun semasa pertemuan pertama.

SOALAN TUGASAN

(a) Pada penghujung tahun 2019, seluruh dunia dikejutkan dengan virus corona (COVID19) yang
menyaksikan perubahan drastik kepada seluruh kehidupan manusia. Perlaksanaan perintah
berkurung serta perintah kawalan pergerakan (PKP) telah memberi impak kepada ekonomi
seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali dalam kemelut pemulihan negara bagi membenteras
virus yang merbahaya dan membawa maut ini di samping bantuan yang diberikan bagi
memastikan semua rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup. Golongan usahawan
dikatakan sangat terkesan dengan perintah kawalan pergerakan yang telah di jalankan
semenjak Mac 2020.

Berdasarkan penyataan di atas, pilih SATU artikel yang berkaitan dengan ISU USAHAWAN dalam
menghadapi KEMELUT PANDEMIK ini. Berikan refleksi berkaitan artikel berkenaan

REFLEKSI perlu mengandungi huraian, perbincangan dan cadangan tentang:


 Bidang keusahawanan yang terkesan
 Cabaran/halangan/masalah yang dihadapi
 Persekitaran makro/luaran umum
 Persekitaran mikro/luaran khas
 Cadangan,kaedah dan rekomendasi dalam isu yang dibincangkan
ATAU;

(b) Sistem francais merupakan satu industri yang dapat dikembangkan dengan lebih mudah,
teratur dan cepat. Walaupun, sistem francais asalnya dari negara barat, tetapi ia berkembang
dengan pesat selepas perang dunia kedua ke negara-negara dunia ketiga. Misalnya, kesan
perluasan sistem francais ini dapat dilihat di Malaysia dengan adanya beratus-ratus jenama
luar negara dan tempatan. Walaupun, industri francais dianggap sebagai pemangkin ekonomi
tetapi sering kali ada kes-kes tertentu menjadi halangan awal bagi usahawan-usahawan baru
dan muda.

Pilih SATU ARTIKEL yang berkaitan dengan industri francais dan huraikan secara terperinci tentang
INDUSTRI FRANCAIS.

 Huraian, perbincangan dan cadangan perlu mengandungi:


 Sejarah pembangunan industri francais pada peringkat global dan Malaysia
 Kepentingan industri francais terhadap pembangunan ekonomi dan sosial.
 Tahap pembangunan industri francais di Malaysia beserta contoh produk francais Malaysia
 Sistem sokongan oleh pihak kerajaan dan swasta industri francais di Malaysia
 Cabaran/halangan yang dihadapi oleh francaisi dan francaisor di Malaysia.
 Masa hadapan industri francais di Malaysia.
.

FORMAT TUGASAN:

1. Bahan rujukan anda perlulah yang TERBARU (keluaran 2016-2021).

2. Siri Modul Kendiri PJJ tidak boleh digunakan sebagai rujukan.

3. Bahan rujukan perlulah disertakan sebagai lampiran dan dijilidkan bersama tugasan tersebut.
Rujukan perlu mengikut format AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION (APA).

4. Pelajar dikehendaki mengikut turutan yang disenaraikan di bawah dalam laporan tugasan:

 Muka depan (tajuk, kod/nama kursus, nama pensyarah, nama/nombor matriks dan tarikh
serahan).
 Skema markah (Sila lihat Lampiran 1)
 Senarai kandungan
 Kandungan Tugasan (Pengenalan, Isi dan kesimpulan.)
 Rujukan
 Lampiran

Tugasan hendaklah bertaip menggunakan kertas A4 dengan langkau 1.5 baris (1.5 spacing).

5. Gunakan tulisan (font) Times New Roman berskala 12 point.

6. Jumlah muka surat ialah 10-15 muka surat sahaja.


7. Setiap helaian kertas jawapan perlu ditaipkan nombor muka surat, kod kursus dan nama
kursus.

8. Anda dibenarkan membuat tugasan ini sama ada dalam Bahasa Malaysia ATAU Bahasa
Inggeris.

9. Sila gunakan tanda bacaan yang betul.

10. Markah keseluruhan tugasan anda akan dipotong jika terdapat kesalahan menaip (typo error),
kesalahan ejaan (spelling error) dan kesalahan tatabahasa (grammatical error).

11. Sebarang alasan di atas kelewatan menghantar tugasan tidak akan diterima.

12. Sebarang tugasan yang terbukti ada unsur-unsur plagiarisme, peniruan atau persamaan isi
kandungan, susunan ayat dan sebarang bentuk kecurangan akademik tidak akan diberi
sebarang markah.

13. Jika didapati tugasan anda tidak memenuhi mana-mana syarat yang ditetapkan di atas, maka
markah keseluruhan tugasan akan dipotong dengan sewajarnya.

14. Sebarang permasalahan atau persoalan, sila rujuk pensyarah anda.

**PELAJAR DIWAJIBKAN MENYEDIAKAN TUGASAN SEPERTIMANA DALAM ARAHAN FORMAT TUGASAN.


LAMPIRAN 1 (WAJIB dilampirkan)

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER JANUARI 20212022 (JJ211)


BPME1013- ASAS KEUSAHAWANAN

SKEMA MARKAH

NO Penilaian Markah yang Markah yang


diperuntukkan diperolehi
1 Pengenalan 5
2 Huraian, perbincangan dan 20
cadangan
3 Kesimpulan 5
4 Rujukan dan lampiran 5
5 Kualiti penulisan 5
6 Blog -

Jumlah markah 40 markah

Komen:
Tandatangan Pemeriksa : _________________________

Nama Pemeriksa : _________________________

Tarikh : _________________________

**cover page

TUGASAN 1 : INDIVIDU

(soalan (a)/soalan (b))

DISEDIAKAN OLEH

**Maliani Mohamad

NO.MATRIK#:

School of Business Management (SBM)

<Email: maliani.mohamad@uum.edu.my>

BPME1013 : ASAS KEUSAHAWANAN

Dr. Maliani Mohamad


**24 OGOS 2021

Anda mungkin juga menyukai